Hiburan

Amar Asyraf Enggan Berlakon Lagi, Rasa Bersalah Bersentuhan Pelakon Wanita

Share

Rasa bersalah dan tidak selesa melakukan babak bersentuhan dengan pelakon wanita membuatkan Amar Asyraf, 38, meninggalkan terus bidang lakonan.

Amar berkata, kali terakhir berlakon, dia memegang bahu pelakon, Mimi Lana dan itu membuatkan dia berasa sangat bersalah.

“Padahal, pegang bahu dan tak sentuh pun. Tapi, dalam kamera nampak macam sentuh betul. Saya tahu, sebelum itu saya ada pegang-pegang, peluk pun pernah. Tapi, itu aib dulu.

“Jadi, saya rasa nak ubah sebab dah tak boleh. Itu antara sebab-sebab. Takutlah,” katanya kepada Harian Metro.

Amar berkata, kali terakhir dia berlakon ialah menerusi drama bersiri Perempuan Itu yang ditayangkan di TV3 tahun lalu.

Tumpu Perniagaan Wangian

Amar berkata, dia kini memilih untuk memberikan tumpuan penuh kepada perniagaan wangian yang dibinanya.

“Saya berbincang dengan isteri dan rakan usahawan. Saya pernah buat perniagaan sebelum ini, tapi ada yang lingkup sebab tak tumpukan perhatian. Bila fokus, syukur kepada Allah SWT, ia mula menjadi.

“Sumber pendapatan utama dari perniagaan. Dari dunia seni memang tak ada langsung dah sebab saya potong terus. Orang nak upah saya untuk buat ulasan produk pun, saya buat secara percuma.

“Tawaran memang ada. Baru-baru ini pun ada orang hubungi untuk tawarkan lakonan, tapi saya tak buat kot,” katanya.

Kredit Sumber: Harian Metro

BACA: Tidak Cukup Jadi Menteri & Penyampai Radio, KJ Kini Peragawan Baju Melayu Elrah

 

IKLAN