Misi yang sedang dilakukan oleh pelakon Amar Baharin dan Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin dalam kayuhan ‘Journey to Tanah Haram’ bakal sampai penamatnya.
Terbaharu, kedua-dua mereka kini dilaporkan berada di lokasi kira-kira 400 kilometer (km) dari Madinah di mana kini telah memasuki wilayah Al Qasim di Arab Saudi kelmarin dan sedang berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Masjid Nabawi yang dijangka mengambil masa lebih empat jam.
Bukan Sekadar Perjalanan Fizikal, Tapi Menguatkan Jiwa
Dengan menempuh ribuan kilometer merentas benua, panas terik, ribut pasir, pendakian berbukit, mereka bukan sekadar menguji fizikal, tapi menguatkan rohani dan semangat lelaki muslim sebenar.
Muhammad Muqharabbin dalam kenyataan berkata, beliau mengalami kekejangan otot akibat cuaca panas dan terpaksa berehat selama dua malam di pekan Qassim.
Ads
Dalam kenyataan sama, Amar berkongsi ‘keajaiban’ yang dialami ketika misi itu termasuk tayar basikal pancit di lokasi strategik antaranya di depan bengkel kenderaan atau di tempat teduh serta diberikan minuman dan makanan oleh penduduk.
Cuaca panas sehingga 51 darjah celsius
Perkembangan terkini Amar dan Qobin juga dikongsi isteri Amar, iaitu pelakon dan pengacara, Amyra Rosli. Dia menyatakan bahawa perjalanan mereka tidak diteruskan setiap hari kerana perlu berehat berikutan cuaca panas sehingga 51 darjah celsius.
“Perjalanan mereka bukanlah senang untuk dapat hotel atau makanan. Mereka berehat antara sehari hingga dua hari selepas kayuhan dalam jarak tertentu, kemudian sambung semula. Mereka tidak terlalu tegesa-gesa sebab kalau hendak kejar masuk Makkah atau Madinah dalam waktu sekarang, orang sudah terlalu ramai. Mereka hanya kayuh ‘slow and steady’ sahaja,” jelasnya.
Ads
Dalam masa yang sama, Amyra turut memaklumkan bahawa misi kayuhan Amar dan Qobin ini merupakan program di bawah #JourneyToTanahHaram dan dijangka berakhir di Madinah.
Untuk info, misi kayuhan yang dilepaskan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail itu bermula di Padang Besar, Perlis pada 27 April lepas antaranya melalui Thailand, Iran, UAE dan Arab Saudi.
Perjalanan Elon Musk dari zaman kanak-kanak yang mencabar di Afrika Selatan kepada menjadi salah satu tokoh teknologi dan eksplorasi angkasa yang paling berpengaruh adalah bukti kepada ketahanan dan pemikiran visioner.
Pengalamannya yang penuh cabaran dengan buli dan isu keluarga telah membentuk keazaman beliau untuk berinovasi dan mengubah pelbagai industri.
Dilahirkan pada 28 Jun 1971 di Pretoria, Afrika Selatan, Elon Reeve Musk merupakan anak sulung kepada Maye Musk, seorang model dan pakar diet kelahiran Kanada, dan Errol Musk, seorang jurutera elektromekanikal dari Afrika Selatan.
Kehidupan dalam keluarga Musk tidak mudah; selepas perceraian ibu bapanya pada tahun 1980, Elon memilih untuk tinggal bersama bapanya, satu keputusan yang kemudian beliau kesali kerana hubungan yang sukar dan kompleks.
Menjadi Mangsa Buli
Tahun-tahun persekolahan Elon dicemari dengan buli yang berterusan. Sifatnya yang dikatakan introvert dan minat mendalam terhadap buku serta teknologi menjadikan dirinya sebagai sasaran pembuli.
Dalam satu insiden yang menyayat hati di Bryanston High School, sekumpulan pelajar menolaknya dari tangga dan memukulnya sehingga pengsan, menyebabkan dia dimasukkan ke hospital selama seminggu.
Memetik satu artikel dari India Today insiden ini mengakibatkan beliau perlu menjalani pembedahan berulang kali untuk membaiki kerosakan pada bahagian hidungnya.
Buli itu bukan sekadar fizikal sahaja. Elon turut menghadiri “veldskool,” kem survival di mana agresif dianggap sebagai kebiasaan, dan beliau turut mengalami penderaan di sana. Abangnya, Kimbal Musk, menyatakan bahawa dalam kem ini, buli dianggap suatu kelebihan, menyebabkan Elon semakin terasing dalam satu perkongsiannya bersama BizNews.
Pencapaian Akademik dan Inovasi Awal
Walaupun menghadapi cabaran ini, keingintahuan intelektual Elon berkembang pesat. Beliau mendalami sains fiksyen dan teknologi, membaca secara meluas, dan mengajar dirinya sendiri pengaturcaraan komputer.
Pada usia 12 tahun, beliau menghasilkan dan menjual permainan video bertajuk Blastar dengan harga sekitar USD500, menunjukkan kebolehan awalnya dalam teknologi dan keusahawanan.
Mencari peluang yang lebih luas, Elon berpindah ke Kanada pada usia 17 tahun untuk belajar di Queen’s University di Ontario.
Beliau kemudian berpindah ke University of Pennsylvania, di mana beliau memperoleh ijazah dalam fizik dan ekonomi. Asas akademik ini menjadi landasan untuk kejayaannya dalam bidang teknologi dan perniagaan.
Perjalanan keusahawanan Musk bermula dengan Zip2, syarikat yang menyediakan direktori perniagaan dalam talian untuk akhbar.
Foto: RR Auction
Walaupun menghadapi banyak penolakan pada mulanya, Zip2 akhirnya dijual dengan harga USD307 juta. Beliau kemudian mengasaskan X.com, syarikat pembayaran dalam talian yang kemudiannya menjadi PayPal, dan dijual kepada eBay dengan harga USD1.5 bilion.
Dengan hasil yang diperoleh, Musk memulakan usaha yang lebih besar: SpaceX, dengan tujuan mengurangkan kos penerokaan angkasa; Tesla, yang menumpukan kepada kenderaan elektrik; dan SolarCity, yang mempromosikan tenaga solar.
Ilustrasi hiasan
Namun, syarikat-syarikat ini menghadapi cabaran besar, termasuk kegagalan teknikal dan krisis kewangan.
Pada tahun 2008, SpaceX dan Tesla hampir muflis. Musk melaburkan wang peribadinya yang terakhir untuk memastikan kedua-dua syarikat itu dapat terus beroperasi, menunjukkan keazaman beliau terhadap visi yang diimpikannya.
Kejayaan dan Impak Global
Keazaman Musk akhirnya membuahkan hasil. Pada tahun 2008, SpaceX mencapai kejayaan besar apabila menjadi syarikat swasta pertama yang melancarkan kapal angkasa ke orbit.
Tesla pula memperkenalkan Model S pada tahun 2012, yang mengubah persepsi terhadap kenderaan elektrik, mendapat pujian kritikal dan kejayaan komersial. Pencapaian ini mengukuhkan reputasi Musk sebagai tokoh yang mengubah landskap teknologi dan pengangkutan.
Selain itu, Musk juga menerajui projek seperti Neuralink, yang membangunkan antaramuka otak dan mesin, serta The Boring Company, yang bertujuan merevolusikan terowong dan infrastruktur.
Foto: The Hill
Visinya melangkaui Bumi dengan perancangan misi berawak ke planet Marikh, melalui SpaceX, dengan matlamat menjadikan manusia spesies yang hidup di pelbagai planet.
Kehidupan peribadi Musk mencerminkan wataknya yang kompleks. Beliau secara terbuka membincangkan perjuangannya dalam hubungan peribadi dan cabaran untuk mengimbangi kerjaya yang mencabar dengan kehidupan keluarga.
Walaupun menghadapi kesulitan ini, beliau terus didorong oleh keinginan untuk menangani cabaran global, termasuk tenaga lestari dan eksplorasi angkasa.
Kisah hidup Musk menekankan kuasa ketahanan dan inovasi. Mengatasi zaman kanak-kanak yang penuh cabaran, beliau telah menjadi kekuatan utama dalam pelbagai industri, sentiasa melangkaui batasan yang ada.
Perjalanannya menjadi inspirasi, menunjukkan bahawa dengan keazaman dan visi, seseorang boleh mengatasi halangan besar untuk mencapai kejayaan luar biasa.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lain orng lain caranya. Jika minggu lalu warganet heboh memperkatakan tentang beberapa kerat selebriti yang tidak henti-henti menagih bantuan kerajaan kini tumpuan pula beralih kepada yang memberikan sumbangan kepada golongan yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Di antara selebriti yang selalu disebut-sebut warganet melakukan kerja amal yang tidak pernah kenal erti penat ini ialah Zarina Anjoulie, Man Raja Lawak dan ramai lagi.
Inilah masanya untuk selebriti menggunakan pengaruh serta kuasa tular yang ada pada tangan mereka untuk menyeru lebih ramai orang tampil ke hadapan untuk membantu golongan yang memerlukan.
Terbaru, Shahrul Shiro turut menggerakkan kerja amal yang tersendiri di Kluang, JOhor. Perkara tersebut dikongsi olehnya di laman Instagram kendaliannya.
Dikenali sebagai pengacara dan pelawak terkenal, Shahrul Shiro melontarkan ucapan terima kasibh tidak terhingga kepada sekumpulan rider penghantar makanan daripada Food Panda kerana turut serta menjayakan ‘Projek Hantor Sumbangan Kluang’ bersama syarikat produksinya Bushido Production.
Menerusi hantaran Instagram tersebut juga Shahrul turut berterima kasih kepada Pemuda UMNO Kluang yang turut membantunya menjayakan misi amal tersebut.
Difahamkan program tersebut telah diadakan pada hujung minggu lalu yang turut menyaksikan kehadiran Ketua Plois Kluang dan Exco Pelancongan Belia dan Sukan Negeri Johor.
“Maka bohonglah diri saya jika saya bergerak sendirian di Kluang tanpa bantuan sesiapa..
“Saya rakamkan jutaan terima kasih anak2 muda Kluang, sahabat2 dari Food Panda dibawah saudara Daiyan, Saudara Khairul Ketua Pemuda Kluang dan sahabat2 Pemuda UMNO kluang dan saudara Halim Amin dari UMNO bhg Kluang..
“Juga kpd insan yg sentiasa mengambil peduli tentang anak muda di Johor Dato @onnhafiz exco pelancongan belia dan sukan Johor dan Ketua Polis Kluang Tuan Mohammad Abduh serta pegawai dan anggotanya..
“Semoga sumbangan ini dimanfaatkan dan sampai ke tangan yang berhak..Doa sy yg baik2 mengiringi kalian semua..Kepada Allah kita berserah semoga keadaan kembali pulih..🤲🏻
“Dalam hidup ini, jika kamu tak mau membantu sesama kamu, maka kamu bukan benar benar hidup, kamu hanya bernafas”
Memetik laporan dari Gempak, Shahrul berkata pertolongan ini bukan sebab merka kaya tapi sebab memahami bagaimana rasa perit bila tiada, rasa perit bila berada dalam kesusahan.
“Saya pernah rasa…
“Ini bukan masa bergaduh dan bertelagah tentang siapa yang patut dapat bantuan. Ini masa kita buka mata tengok masyarakat sekeliling kita. Jangan bagi sesiapa susah sampai terputus bantuan makanan.
“Tak dapat bangi banyak, sikit pun tak apa. Pihak yang bagi bantuan pun harap jaga diri, pakai mask, guna sanitizer dan jarakkandiri. Tahniah semua!,” katanya.
Sumber & kredit: Instagram Sharul Shiro (@shahrul_shiro)
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila tiba Hari Raya Aidiladha, antara momen yang paling dinantikan ialah aktiviti gotong-royong melapah lembu korban. Bagi lelaki, inilah saatnya untuk tunjuk jiwa kental, semangat kebersamaan dan kekuatan fizikal yang sebenar.
Namun, bagi yang pertama kali turun padang, pengalaman ini boleh jadi mencabar jika tidak bersedia. Artikel ini menyenaraikan 10 persiapan penting yang perlu anda lakukan agar bukan sahaja mampu memberi sumbangan tenaga, tapi turut menjadi inspirasi kepada orang sekeliling.
1. Fahami Tanggungjawab Korban
Sebelum turun padang, lelaki Maskulin wajib memahami maksud sebenar ibadah korban. Ini bukan sekadar aktiviti melapah daging, tetapi satu ibadah yang dituntut dalam Islam. Jadi, hadir dengan niat yang betul dan semangat membantu.
2. Tidur dan Rehat Secukupnya
Aktiviti melapah lembu memerlukan tenaga dan fokus. Pastikan anda cukup tidur malam sebelumnya. Elakkan berjaga lewat, kerana keletihan boleh menjejaskan prestasi dan keselamatan anda di lokasi.
3. Sarapan Pagi yang Berkhasiat
Jangan sesekali turun gotong-royong tanpa makan. Ambil sarapan yang ringan tetapi mengenyangkan seperti roti, telur rebus dan air kosong. Ini akan memberi tenaga sepanjang pagi.
4. Pakaian Sesuai dan Sopan
Pilih pakaian yang sesuai seperti t-shirt berlengan, seluar panjang dan kasut bertutup. Elakkan selipar atau pakaian yang terlalu ketat atau longgar. Penampilan maskulin bermula dengan disiplin diri.
5. Bawa Peralatan Sendiri Jika Boleh
Jika anda mempunyai pisau melapah sendiri, bawa sekali. Pastikan ia diasah dan bersih. Ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah meningkatkan kualiti kerja anda.
6. Jaga Kebersihan Diri dan Sekeliling
Walaupun lokasi mungkin kotor dan berdarah, lelaki maskulin tetap menjaga kebersihan. Bawa tuala kecil, sarung tangan, dan sanitizer. Buang sisa dengan betul dan bantu memastikan kawasan bersih selepas selesai.
7. Tahu Peranan dalam Proses Melapah
Melapah bukan kerja satu orang. Ada yang pegang kaki, ada yang kuliti, ada yang potong daging. Pastikan anda tahu peranan yang sesuai dengan kemahiran anda. Bertanya jika perlu dan jangan ego.
8. Peka Terhadap Keselamatan
Elakkan tempat yang licin, pisau yang terdedah dan jangan bergurau keterlaluan. Lelaki sejati tahu bila masa untuk serius dan menjaga keselamatan diri serta rakan.
9. Bantu Tanpa Menunggu Arahan
Jangan tunggu orang panggil baru nak tolong. Ambil inisiatif untuk bantu. Sikap proaktif dan ringan tulang mencerminkan jati diri lelaki maskulin sejati.
10. Niatkan Ibadah dan Keikhlasan
Akhir sekali, lakukan semuanya dengan niat lillahitaala. Ikhlas dalam membantu, dan jangan jadikan ia sekadar konten media sosial. Keberkatan korban terletak pada keikhlasan hati.
Hari Raya Korban bukan hanya tentang daging dan darah, tapi tentang pengorbanan, persaudaraan dan keikhlasan. Lelaki Maskulin, inilah masa untuk tampil sebagai pemimpin masyarakat, bukan sekadar pemerhati. Turun padang, turun berbakti!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.