Rasanya pada masa kini tidak sah jika jika seseorang yang mempunyai hobi melakukan aktiviti kecergasan secara rutin tidak memiliki jam pintar yang mampu merakamkan pelbagai jenis data.
Bukan sahaja mencatatkan data kecergasa tetapi jam pintar pada masa kini mampu bertindak lebih daripada itu. Mencadangkan corak latihan serta menjadi ‘jurulatih’ peribadi juga merupakan fungsi jam pintar yang sangat penting pada masa kini.
Amazfit, sebuah jenama yang sinonim dengan teknologi canggih dan reka bentuk yang menawan kini kembali mengejutkan pasaran teknologi boleh pakai dengan memperkenalkan Amazfit Active Edge.
Peranti terbaru Amazfit ini bukan hanya sebuah jam pintar; ia adalah karya seni yang menggabungkan keanggunan, kekuatan, dan teknologi.
Reka Bentuk dan Kualiti
Selain kepelbagaian fungsi yang ditawarkan, reka bentuk memainkan peranan sangat penting buat pengguna.
Hadir dengan reka bentuk dua-ton yang elegan dan sporty, Active Edge menarik perhatian pada pandangan pertama. MASKULIN sempat menggunakan sendiri peranti ini dalam warna ‘Mint Green’ yang cukup trendy dan bergaya.
Lebih menarik, tali jamnya hadir dengan separa tembus menawarkan keselesaan dan ketahanan. Dengan berat hanya 54 gram ia menjadi salah satu jam tangan paling ringan di pasaran, namun tanpa mengorbankan ketahanan dan kefungsian.
Ads
Ketahanan militer jam ini menjadikannya pilihan sempurna untuk penggemar aktiviti luar. Tambahan lagi, penarafan ketahanan air 10 ATM membolehkannya menghadapi cabaran sukan air dan kondisi cuaca yang menuntut.
Kualiti Paparan
Amazfit Active Edge tampil dengan skrin sesentuh TFT display 1.32 inci dengan resolusi 360×360 piksel. Ia sekali gus menawarkan kejelasan dan kecerahan cukup memuaskan, walaupun tidaklah lebih vibrant seperti AMOLED.
Namun, pilihan ini membantu menjaga Active Edge sebagai pilihan yang lebih berpatutan, tanpa mengorbankan pengalaman visual pengguna.
Ciri-ciri dan Prestasi
Salah satu aspek yang paling menonjol adalah GPS terintegrasi lima satelitnya. Ketepatan dan keandalan GPS ini bolehlah dianggap sebagai aset cukup berharga untuk mereka yang suka bersenam atau berolahraga di kawasan luar tanpa bergantung kepada telefon pintar.
Tidak keterlaluan MASKULIN katakan bahawa ia menawarkan pemetaan laluan yang tepat, data berkualiti dan jarak yang boleh diandalkan.
Ads
Dengan pemantauan denyut jantung sepanjang hari, Active Edge memberikan data yang penting untuk memantau kesihatan kardiovaskular.
Lebih daripada itu, dengan lebih dari 130 mod sukan, ia menyediakan pelacakan yang tepat untuk hampir setiap jenis aktiviti kecergasan, dari larian biasa hingga sukan ekstrem.
Hayat Bateri
Daya tahan bateri adalah salah satu aspek paling menakjubkan, dengan tuntutan hingga 16 hari penggunaan.
Ini sangat mengagumkan, memandangkan ciri-ciri dan fungsi yang ditawarkan oleh jam. Walaupun penggunaan sebenar mungkin berbeza bergantung pada kekerapan penggunaan GPS dan pemberitahuan, hayat bateri tetap menjadi salah satu kekuatan utama Active Edge.
Ads
Keseluruhan
Amazfit Active Edge bolehlah dianggap sebagai jam pintar yang tampil dengan gabungan sempurna di antara teknologi, keanggunan dan ketahanan.
Dengan reka bentuk yang menawan, ciri-ciri kecergasan canggih dan keandalan yang tidak diragukan, ia adalah pilihan yang luar biasa bagi siapa saja yang mencari jam pintar yang mampu mengikuti gaya hidup aktif dan dinamik.
Buat anda yang menghargai kecergasan, kegigihan dan teknologi, Amazfit Active Edge mungkin boleh menjadi jawapan paling tepat kepada pencarian anda.
Rating MASKULIN: 4/5
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap hari kita berdepan dengan risiko bertembung dengan anjing liar atau anjing jalanan apabila berjalan atau berjogging. Sesetengah anjing ini adakalanya sukar nak dijangka kelakuannya dan boleh menjadi agresif dan tidak mesra.
Tidak dinafikan, ramai yang takut dengan anjing lebih-lebih lagi umat Islam kerana kita tidak dibiasakan dengan haiwan peliharaan tersebut. Malah, ia juga boleh mendatangkan ancaman bahaya kepada manusia.
Jadi, bagaimana anda mahu mengelakkan diri dari diserang atau digigit anjing ini
Satu perkongsian yang telah dibuat oleh pengguna TikTok ini boleh dijadikan panduan, mengenai alat yang boleh digunakan untuk menghalau anjing.
Dikenali sebagai Shameer Iqmal, video yang dimuat naik empat hari lepas telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan. Alat ini akan mengeluarkan bunyi ultrasonic yang hanya boleh didengar oleh haiwan. Katanya, ada yang jadi dan ada juga anjing yang buat ‘relax’ sahaja. Hiks! Tapi apa-apa pun ikhtiar sahaja la kan.
Dalam video tersebut, Shameer juga berkongsi situasi dimana dia menggunakan alatan tersebut terhadap haiwan-haiwan itu dan nyata, memang anjing tersebut beredar daripadanya.
Alat ini boleh dibeli di Shopee dengan harga serendah RM18.
Siapa sangka, hobi mengumpul dan bermain ‘toys’ atau figura aksi bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah semakin mendapat tempat dalam kalangan lelaki dewasa.
Menurut kajian psikologi, aktiviti ini boleh membantu meningkatkan kesejahteraan mental. Ia juga membantu lelaki melepaskan tekanan harian dan juga menjadi ruang ‘escapism’ yang sihat untuk mereka.
Mengapa Hobi ‘Toys’ Ini Memberi Manfaat?
Pakar psikologi menjelaskan bahawa apabila seseorang meluangkan masa untuk mengurus dan bermain dengan koleksi ‘toys’, ia dapat memberi kesan menenangkan dan membantu menyalurkan fokus, serupa dengan amalan meditasi atau aktiviti santai lain.
Mainan seperti kereta kawalan jauh, figura, kapal terbang, motor atau drone adalah antara alat permainan yang diminati sesetengah golongan lelaki dewasa.
Manfaat Hobi Ini untuk Lelaki:
Mengurangkan Kebimbangan dan Tekanan: Aktiviti ini membantu otak berehat daripada tekanan harian.
Meningkatkan Kreativiti: Lelaki dapat mengembangkan imaginasi dengan mereka bentuk cerita atau susunan unik menggunakan koleksi mereka.
Membina Jaringan Sosial: Melalui komuniti peminat ‘toys’, seseorang dapat memperluas jaringan sosial dan berkongsi minat yang sama.
Meningkatkan Kemahiran Motor dan Ingatan: Mengendalikan figura ‘toys’ secara terperinci dapat melatih koordinasi dan daya ingatan.
Mungkin ada yang menganggap lelaki dewasa yang meminati benda sebegini dianggap ‘kebudak-budakan’ namun hakikatnya, itu adalah impian mereka yang tak mampu dimiliki suatu ketika dahulu.
Kajian psikologi menunjukkan hobi sebegitu dapat membantu lelaki melepaskan tekanan harian dan juga menjadi ruang ‘escapism’ yang sihat untuk mereka.
Cadangan Memulakan Hobi:
Mulakan dengan pelaburan kecil terlebih dahulu.
Sertai komuniti dalam talian atau lawati kedai khusus untuk mendapatkan panduan dan sokongan.
Jadikan hobi ini sebagai waktu rehat yang konsisten untuk membantu mengurus tekanan.
Jadi, jika anda mengalami tekanan atau keletihan, cuba hobi baru dengan mengumpul dan bermain ‘toys’ yang anda suka masa kecil dahulu.
Di antara keresahan ramai pengguna Android tidak dapat menggunakan Google Pay kerana kad debit atau kad kredit tidak disokong.
Tak dinafikan dalam dunia serba pantas hari ini, kemudahan adalah kunci, terutamanya apabila ia melibatkan transaksi dalam talian.
Anda mungkin sedang melayari laman web kegemaran, mata sudah tertancap pada item idaman – barangan gaya hidup, gajet terkini atau mungkin sepasang kasut sneaker edisi terhad.
Saat tiba di kaunter pembayaran ‘checkout’ maya, seringkali kita bergantung pada kad debit atau kredit. Namun, bagaimana jika dompet digital adalah pilihan utama anda?
Penggunaannya di Malaysia kini telah diperluakan dengan menyertakan dua dompet digital paling popular di Malaysia iaitu ShopeePay dan TNG eWallet.
Perkembangan ini bukan sahaja signifikan, malah menjadikan pasaran Malaysia yang pertama di Asia Tenggara menikmati ciri integrasi sebegini.
Bagaimana Integrasi eWallet Ini Berfungsi?
Fungsi baru ini, yang tersedia untuk pengguna Android di seluruh negara, membolehkan anda membuat pembayaran untuk pembelian dalam talian melalui Google Pay menggunakan ShopeePay atau TNG eWallet.
Berbanding hanya bergantung pada kad bank semata-mata. Namun, penting untuk diingat bahawa integrasi ini buat masa ini khusus untuk transaksi yang dilakukan melalui laman web mudah alih peniaga terpilih, diakses menggunakan pelayar Google Chrome.
Peniaga-peniaga yang terlibat dalam fasa awal ini kebanyakannya adalah mereka yang menggunakan gerbang pembayaran (payment gateway) popular seperti Fiuu dan iPay88.
Tambah Nilai eWallet
Menariknya, anda kini juga boleh menambah nilai atau reload dompet digital ShopeePay atau TNG eWallet anda terus melalui antara muka Google Pay, tanpa perlu beralih aplikasi.
Google turut mengumumkan perancangan untuk memaparkan baki eWallet anda dalam aplikasi Google Pay di masa hadapan, serta usaha untuk menyokong lebih banyak platform eWallet lain.
Namun, penting untuk jelas di sini bahawa integrasi eWallet ini disokong pada platform Google Pay untuk pembayaran dalam talian, tetapi tidak pada aplikasi Google Wallet yang digunakan untuk fungsi ‘tap and pay’ fizikal di kedai-kedai runcit atau restoran menggunakan telefon atau jam tangan Wear OS anda.
Jadi, untuk pembayaran di kaunter fizikal, kaedah sedia ada masih terpakai.
Langkah Mudah Bayaran Pertama Dengan eWallet di Google Pay
Proses untuk mula menggunakan ciri ini agak ringkas:
Masukkan kaedah pembayaran ShopeePay dan/atau TNG eWallet ke dalam Google Pay, dan lengkapkan proses pengesahan dalam aplikasi eWallet yang berkaitan.
Apabila berbelah-belah di laman web peniaga yang mengambil bahagian, cari butang Google Pay semasa pembayaran atau pilih ‘eWallet’ jika ada pilihan bayaran terus menggunakan ShopeePay atau TNG eWallet.
Untuk tujuan keselamatan, anda akan diminta untuk melalui proses pengesahan sekali sahaja semasa membuat pembayaran pertama dengan eWallet pilihan anda melalui Google Pay.
Setelah pengesahan pertama selesai, pembayaran seterusnya melalui Google Pay dengan eWallet ini boleh dilakukan dengan hanya satu klik, disusuli pengesahan cap jari atau PIN untuk setiap transaksi demi keselamatan.
Integrasi ini jelas membuka lembaran baru dalam kemudahan pembayaran dalam talian di Malaysia. Ia bukan sahaja memudahkan pengguna eWallet sedia ada, malah menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian anda bakal menjadi lebih pantas dan lancar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.