Amir Ahnaf, pelakon yang kian meningkat naik dan menjadi bualan ramai dek karismanya dan bakat seninya.
Penangan watak Kahar sebelum ini dalam drama bersiri Projek: High Council benar-benar memberi impak kepada karier lakonannya. Penghayatan sebagai pelajar yang nakal benar-benar meresap ke dalam dirinya lantas membuai jiwa sesiapa sahaja yang menonton.
Graduan UPSI & Ketua Pelajar MRSM. Amir Ahnaf Aktor Berkarisma & Juga Bijak
Imbas kembali, jejaka berusia 23 ini merupakan bekas peserta Hero Remaja 2021. Menamatkan saingan di kedudukan ketujuh, perkara itu bukanlah pematah semangat untuk dirinya terus maju.
Lebih menarik, Amir yang juga merupakan artis BBNU Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular (ABPBH35) ligat mencari ruang untuk terus bernafas dalam dunia seni. Amir berkongsi, “First job yang Amir dapat adalah hosting. Selepas itu Amir ada dapat tawaran dari RTM kemudiannya ke konti extra. Selepas itu mula mendapat watak pelakon pembantu.”
Ads
Antara drama lakonannya sebelum Projek: High Council adalah seperti Hierarki, Komedi Seram, Sakit Tengkuk Betullah, Rindu Darul Iman dan Perempuan Itu.
Apabila berbicara soal pemilihan dirinya sebagai Kahar dalam drama popular itu. Jejaka tinggi lampai ini berkongsi yang pada mulanya dia menghadiri uji bakat untuk watak Zahrin, namun dia kemudiannya diberikan cabaran untuk memegang watak Kahar.
Ads
Menyifatkan karakter dirinya jauh berbeza dari watak Kahar, Amir berkongsi yang keluarganya juga seolah-olah tidak percaya melihat dia membawa karakter tersebut dengan jayanya.
“Amir seorang yang sangat manja, baik hati dan cakap pun lemah lebut dan kadang-kadang pendiam. Benda itu sangat berbeza dengan karakter Kahar. Jadi ahli keluarga pun pernah berkata yang watak tersebut lain benar dengan diri saya,” ujarnya yang merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu.
Ads
Merupakan graduan dalam jurusan Diploma Reka Bentuk & Pembangunan Permainan (Games Development) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, jejaka yang berasal dari Kuala Terengganu ini mendedahkan dia mendapat sokongan yang padu daripada keluarganya untuk bergelar anak seni.
Menceritakan satu perkara yang ramai tidak tahu, Amir berkongsi, “Satu rahsia yang ramai orang tak tahu, mama Amir pun memiliki latar belakang dalam dunia teater. Jadi dia banyak membantu dan memberi sokongan sewaktu Amir menceburkan diri dalam teater ketika belajar di UPSI dahulu.”
Sekadar indormasi, Amir merupakan bintang kelahiran Hero Remaja 2021 sezaman dengan Mierul Aiman, Fazziq Muqris dan Aqil Taqee.
Jangan lupa subscribe dan follow YouTube dan TikTok MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dunia kini seakan lumpuh apabila kebanyakan negara melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan kerana ingin mengurangkan penularan wabak COVID-19.
Di beberpa negara yang memiliki jumlah rakyat yang ramai serta padat berdepan dengan cabaran yang sangat besar bagi memastikan pergerakan orang awam terkawal.
Disebabkan itulah usaha kerajaan sahaja tidak mencukupi kerana mereka mengharapkan seberapa banyak bantuan yang ada. Sebagai contoh di India yang mempunyai seramai kira-kira 1.39 billion penduduk dengan beberapa bandar utamanya seperti New Delhi dan Mumbai berkepadatan tinggi.
Melihatkan keadaan semakin meruncing bintang Bollywood legenda, Shah Rukh Khan tampil memberikan bantuan. Memetik laporan India Today, Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri Khan telah menawarkan ruang pejabat berupa bangunan empat tingkat milik syarikat mereka untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin.
Shah Rukh Khan & isteri, Gauri Khan memainkan peranan mereka membantu negara dalam keadaan meruncing.
Perkara ini disahkan oleh Brihanmumbai Municipal Corporation (BMC) yang mengucapkan terima kasih kepada dua figura besar industri lakonan di India kerana menyumbangkan bangunan empat tingkat sebagai langkah memperluakan lokasi kuarantin dan stor simpanan keperluan perubatan.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada Shah Rukh Khan & Gauri Khan yang menawarkan ruang pejabat empat tingkat dan membantu meluaskan kapasiti kuarantin terutamanya untuk wanita, kanak-kanak dan golongan tua.
“Tindakan yang mulia di saat yang sangat memerlukan!”
Terdahulu, Shah Rukh Khan turut mengumumkan sumbangan kepada PM-CARES Fund, Chief Minister’s Relif Fund if Maharashtra, Delhi and West Bengal. Malah menteri kabinet Maharashtra turut mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada Shah Rukh Khan menerusi Twitter di atas sumbangan besar beliau.
Inilah dia betul-netul hero bukan hanya di layar perak sahaja. Semoga menjadi teladan buat kita semua!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
KRU cipta fenomena baharu, GenKRU 2025 diiktiraf Malaysia Book Of Records. Trio adik-beradik terkenal tanah air, KRU, mencatat satu lagi pencapaian gemilang dalam sejarah kerjaya mereka apabila Konsert GenKRU 2025 yang berlangsung selama empat malam berturut-turut di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil menerima pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records (MBOR).
KRU Cipta Fenomena Baharu, GenKRU 2025 Diiktiraf Malaysia Book Of Records
Konsert mega yang dianjurkan oleh ICON Entertainment itu diiktiraf sebagai “Persembahan Terbanyak Dalam Satu Siri Konsert” (Most Shows in a Single Concert Series) — satu pengiktirafan yang mengangkat kembali status legenda kumpulan yang dianggotai Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Yusry Abdul Halim, dan Edry Abdul Halim.
Persembahan berlangsung pada 3 dan 4 Mei, serta disambung pada hujung minggu berikutnya dengan sambutan yang cukup luar biasa daripada para peminat.
“Kejayaan ini bukan hanya milik KRU, tetapi penghargaan khas buat semua peminat yang menjadi nadi utama kepada kejayaan GenKRU. Daripada hanya dirancang satu malam, permintaan luar biasa telah memanjangkan konsert ini hingga ke malam keempat,” ujar Datuk Norman, mewakili kumpulan.
Bukan itu sahaja, ICON Entertainment turut mengukir nama dalam MBOR menerusi anugerah “Penjualan Tiket Konsert Terpantas Dalam Tempoh Satu Jam” (Most Concert Tickets Sold Out In An Hour) selepas 8,000 tiket habis dijual dalam masa hanya 60 minit.
Menurut Iman Tang, pengasas ICON Entertainment, pencapaian ini adalah bukti kekuatan sokongan peminat dan kepercayaan mereka terhadap jenama KRU serta kualiti persembahan yang dibawakan.
“Pengiktirafan ini kami tujukan khas kepada peminat setia KRU. Sokongan padu mereka bukan sahaja melonjakkan jualan tiket, tetapi turut menjadikan GenKRU 2025 sebagai antara konsert paling berprestij pernah dianjurkan,” katanya.
Lebih 30,000 penonton membanjiri lokasi sepanjang empat malam konsert, yang turut menampilkan artis jemputan popular seperti Elite, Adam AF, dan Feminin, menambah lagi kehangatan malam bersejarah ini.
SHAH ALAM – Atas usaha Kemanusian Sejagat, Ummah Ikhlas, Sinar Karangkraf, Karya Bestari, TV Al Hijrah dan My Aqsa Defenders bekerjasama menganjurkan #Quranhour untuk Gaza di Shah Alam. Dengan mesej ‘memanusiakan manusia’ menerusi pengisian Surah Al Insan, acara dijangka berlangsung pada Ahad, 22 Oktober 2023 bertempat di Dataran Karangkraf mulai 830 – 930 pagi.
Jemputan dibuat kepada semua Muslim untuk hadir ke sesi #QuranHour khas ini, berdoa dan bersolat hajat untuk saudara yang sedang menderita di Gaza.
Solusi secara bersama ini diharapkan dapat menghentikan keganasan, mencapai gencatan senjata, juga kemanusiaan ini dapat sampai kepada ratusan ribu wanita, kanak-kanak dan lelaki yang tidak bersalah di sana.
Sertai Dari Lokasi Anda Sendiri
Peserta disarankan membawa Al-Quran dan payung sendiri dan berkumpul di Dataran Karangkraf. Atau boleh bersama menjalankan misi ini di tempat masing-masing pada waktu yang sama.
Sabtu lepas, selepas pejuang Hamas berjaya ‘menembusi’ wilayah Israel dari Gaza, Presiden Israel, Benjamin Netanyahu telah mengisytiharkan perang terhadap Hamas. Pihak Palestin melaporkan serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2,778 orang meninggal di Gaza dan angka kematian terus meningkat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.