Amy Search bukanlah satu nama asing dalam industri muzik tanah air kita. Tapi disebalik kejayaan legenda rock negara ini terselit kesusahan dan pahit getir dalam hidupnya. Bersempena sambutan Hari Pekerja yang di sambut setiap 1 Mei ini, penyanyi terkenal Amy Search berkongsi pengalamannya ketika mula mencari sumber rezeki.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, berkata dia tidak akan lupa hari pertama bekerja sebagai buruh kasar di tapak perumahan di Johor Bahru.
Menurut penyanyi berusia 60 tahun itu, daripada pekerjaan itulah bermula perjalanan kisah hidupnya di usia muda.
“Kerja pertama aku sebagai buruh kasar di tapak perumahan baru di Taman Iskandar, Pasir Pelangi dengan budak-budak kampung aku.
“Mana lagi budak kampung Bakobatu la. Hari pertama mula kerja bancuh simen tak akan aku lupa sebab itu bermula perjalanan cerita cari makan aku.
Ads
Amy kongsi pengalaman pekerjaan pertamanya.
“Daripada buruh kasar aku jadi seorang pengimpal,” tulis Amy menerusi laman Instagramnya.
Tambah bapa kepada pelakon Nabila Huda ini, selepas melalui pengalaman tersebut dia bekerja sebagai ‘mat despatch’ di sebuah syarikat peguam.
Kata Amy lagi, dia juga pernah bekerja sebagai penala piano sebelum menjejak kaki dalam bidang seni.
Ads
Dengan berbekalkan impian, doa dan restu, vokalis kumpulan rock Search itu mampu tersenyum melihat dirinya yang dahulu.
“Lepas puas berpanas terik berhujan aku kerja pejabat jadi mat despatch di 2firma accountant and lawyer di Komtar, Johor Bahru.
Gambar : ig aku.amysearch
Ads
Amy dan isteri berjaya ke Kem Pangkalan Annapurna (ABC), Nepal.
“Kerja yang terakhir sebelum aku ke dunia seni aku kerja sebagai piano tuner di Yamaha Music.
“Hari ini bila aku toleh belakang aku senyum sebab dengan impian, doa dan restu yang bawa aku ke sini,” katanya.
Sementara itu, Amy turut memberi ucapan sempena Hari Buruh kepada semua peminatnya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.
“Buat semua peminat #Malaysia #Indonesia #Singapore #Brunei aku ucapkan Selamat Hari Buruh. Moga Allah merahmati kita semua. Selamanya #amysearch #phewiiit,” ujarnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Andainya anda hendak mencegah diri daripada terkena penyakit seperti masalah kolestrol yang tinggi, ada pantang-larang yang patut anda ikuti. Contohnya seperti elakkan makan makanan yang berminyak dan berlemak. Andainya anda nak elakkan daripada terkena penyakit seperti diabetis, jangan letakkan terlalu banyak gula dalam makanan ataupun minuman anda. Begitu juga hal penjagaan rambut.
Masalah yang sudah berlaku, kadangkala sukar untuk diselesaikan dan boleh juga menyebabkan kedatangan masalah-masalah lain. Oleh itu, adalah sangat penting bagi anda untuk mengikuti pantang-larang ini agar anda dapat menjaga dan memelihara rambut dengan baik. Jadi di sini, kami ingin kongsikan 6 pantang larang yang anda harus ikut seandainya anda mahu mengekalkan rambut yang sihat, segar dan menawan.
Jangan basuh rambut guna air panas
Membasuh rambut menggunakan air panas akan menyebabkan rambut anda tidak bersinar, mengerekot dan mudah gugur.
Banyakkan makanan yang mengandungi vitamin A dan D
Makanan seperti ikan dan sayur mengandungi banyak vitamin A dan D di mana ia membantu mengekalkan pertumbuhan rambut yang normal dan sihat.
Bersenam
Dengan bersenam, anda akan melancarkan lagi pengedaran darah agar sampai ke kepala di mana ia membawa nutrient-nutrien yang diperlukan untuk menjaga dan memelihara rambut dan kulit kepala anda.
Elakkan stres
Apabila anda stres, hormon kortisol akan meningkat dengan cepat dan seterusnya menyebabkan perubahan hormon yang mendadak lalu menyebabkan masalah keguguran rambut.
Elakkan minum minuman yang berkafein secara berlebihan
Kafein yang berlebihan dalam badan akan menyebabkan badan anda kekurangan zat besi dan akan menyebabkan rambut menjadi tidak kuat dan mudah gugur.
Elakkan menggunakan syampu yang banyak bahan kimia
Menggunakan syampu yang banyak bahan kimia boleh merosakkan rambut anda dalam jangka masa panjang. Ia boleh merosakkan zat-zat dan vitamin-vitamin yang diperlukan untuk menyihatkan rambut anda dan menghalang penumbuhan rambut yang sihat.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hukum lelaki menggunakan sejadah daripada sutera. Dalam Islam, terdapat beberapa garis panduan dalam berpakaian yang perlu diikuti oleh umatnya, termasuk hukum pemakaian sutera bagi lelaki.
Sutera adalah salah satu jenis kain yang mewah dan lembut, sering dikaitkan dengan kemewahan dan status sosial yang tinggi.
Islam menetapkan larangan bagi lelaki memakai pakaian daripada sutera. Lalu, bagaimana pula hukum seorang lelaki menggunakan sejadah daripada sutera ketika mendirikan solat?
Pada asasnya, hukum lelaki memakai sutera adalah haram. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW:
أحلَّ الذهبُ والحريرُ لإناثِ أُمتي، وحُرِّم على ذكورِها
Maksudnya: “Dihalalkan emas dan sutera bagi wanita dalam kalangan umatku, dan diharamkan bagi kaum lelakinya.”
Imam al-Ramli berkata: “(Diharamkan ke atas lelaki) memakai sutera tulen atau sutera bercampur yang kadar suteranya lebih banyak melainkan ke atas kanak-kanak.”
Menurut beliau lagi: Diharamkan lelaki dan khunsa memakai sutera tulen atau sutera. Sekiranya sutera tulen atau kadar suteranya lebih banyak (dominan) daripada campuran kain lain, mereka (lelaki dan khunsa) tidak boleh memakai sutera dan dibaj (sejenis sutera). Berbeza pula material kain yang selainnya lebih banyak atau kadar kainnya sama rata dengan sutera, maka tidak haram kerana tidak dinamakan baju sutera.
Seterusnya memakai sutera dibenarkan hanya pada situasi darurat seperti tiada baju melainkan sutera dan pada situasi keperluan seperti mengalami penyakit kulit. Kanak-kanak lelaki boleh memakai sutera dan penjaganya boleh menggayakan anak lelakinya walaupun sudah mencapai had umur mumayyiz.
Pengecualian bagi kaum lelaki untuk membolehkan memakai kain sutera disebabkan penyakit kulit berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik R.A:
Maksudnya: “Nabi SAW memberikan kelonggaran untuk Zubair dan Abd Rahman untuk memakai sutera karana penyakit gatal yang mereka derita.”
Al-Hafiz Ibn Hajar ketika mensyarahkan hadith di atas, menukilkan pandangan al-Tabari, di mana beliau menyatakan dalil hadis yang menunjukkan larangan bagi kaum lelaki yang menggunakan sutera tidak termasuk orang yang mempunyai penyakit yang boleh berkurangan dengan hanya memakai pakaian sutera.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, katanya:
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat seorang lelaki yang memakai pakaian wanita, dan seorang wanita yang memakai pakaian lelaki.”
Syeikh Badr al-Din al-‘Aini dalam menjelaskan hadith ini, menyebut: (Celaan ini) adalah pada perbuatan orang lelaki menyerupai orang perempuan dari sudut pakaian dan juga perhiasan yang khusus buat orang perempuan seperti memakai serkup kepala, rantai, gelang, gelang kaki, dan juga anting-anting.
Jelas daripada hadith ini bahawa adalah haram hukumnya bagi seseorang untuk memakai pakaian mahupun perhiasan yang khas bagi jantina yang berlawanan dengannya.
Dinyatakan di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah bahawa tiada khilaf dalam kalangan fuqaha’ akan pengharaman bagi lelaki menyerupai wanita dari sudut pergerakan badan, kelembutan kata-kata, perhiasan, pakaian dan lain-lain yang khas bagi wanita dari sudut adat dan tabiat.
Ibnu Hajar al-Haitami pula menyatakan bahawa antara bentuk menyerupai wanita ialah memakai perhiasan yang dikhususkan kepada wanita dan yang dilazimi oleh mereka, seperti gelang tangan dan gelang kaki; adapun cincin maka diharuskan bagi lelaki memakainya.
Sepertiman yang telah dijelaskan di awal perbincangan, hukum memakai sutera adalah haram bagi kaum lelaki dan halal bagi kaum wanita. Hal ini berdasarkan hadith nabi SAW:
أحلَّ الذهبُ والحريرُ لإناثِ أُمتي، وحُرِّم على ذكورِها
Maksudnya: “Dihalalkan emas dan sutera bagi wanita dalam kalangan umatku, dan diharamkan bagi kaum lelakinya.”
Imam al-Syaukani menyatakan hadis ini merupakan dalil yang digunakan oleh jumhur ulama’ yang berpendapat bahawa sutera dan emas adalah haram bagi lelaki dan harus bagi wanita.
Maksudnya: “Nabi Muhammad SAW mengambil sutera dan dipegangnya dengan tangan kanan. Lalu baginda mengambil emas dan dipegangnya dengan tangan kiri. Kemudian baginda bersabda, “Kedua-duanya ini (sutera dan emas) haram untuk kaum lelaki dalam kalangan umatku, dan halal untuk kaum wanitanya.”
Saidina ‘Ali bin Abi Thalib R.A menyatakan: “Nabi SAW pernah memberiku pakaian daripada sutera bergaris maka aku pun keluar mengenakannya. Ketika Rasulullah SAW melihatnya, tampaklah kemarahan di wajah baginda. Maka aku pun membahagikan pakaian sutera tersebut di antara wanita-wanitaku.”
Selain itu, para ulama’ menyatakan hikmah pengharaman sutera bagi lelaki kerana kerana Islam adalah agama jihad dan kekuatan. Maka Islam juga menjaga sifat kelelakian kaum lelaki daripada segala perkara yang menunjukkan kelemahan dan kelembutan.
Sedangkan sutera itu sifatnya lembut dan melambangkan kewanitaan. Hal ini berbeza dengan wanita yang dihalalkan memakai sutera kerana Allah menciptakannya dengan sifat kelembutan yang sukakan kecantikan dan kewajipannya untuk berhias demi kesenangan suaminya.
Kita sedia maklum bahawa hukum pemakaian sutera adalah haram bagi kaum lelaki dan harus bagi kaum wanita. Justeru, apakah hukum mengambil sutera sebagai alas untuk solat atau duduk dan sebagainya?
Hukum menggunakan sutera sebagai selimut, cadar atau alas untuk solat adalah seperti hukum memakai sutera iaitu diharamkan bagi lelaki dan diharuskan bagi wanita. Ini adalah pandangan jumhur ulama’ daripada mazhab Syafi’e, Maliki dan Hanbali.
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata dalam bab ‘mengambil sutera sebagai alas’: “Hukumnya (menjadikan sutera sebagai alas) adalah sama seperti hukum (memakai sutera) dari sudut pengharaman dan keharusan.”
Imam Ibn Hajar al-Haitami berkata: “Dan diharamkan bagi lelaki untuk menjadikan sutera sebagai pakaian, alas untuk duduk atau bersandar, alas untuk tidur dan segala jenis penggunaan”
Hal ini bersandarkan hadith Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Huzaifah:
نَهَانَا رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم عَن لبس الْحَرِير والديباج وَأَن نجلس عَلَيْهِ
Maksudnya: “Nabi SAW melarang kita daripada memakai sutera dan dibaj (sejenis sutera) serta duduk di atasnya.”
Imam al-Mawardi menyebut ketika menjawab pandangan daripada Abu Hanifah yang mengharuskan pemakaian sutera sebagai alas: “Pandangan ini adalah suatu pandangan yang bersalahan kerana keumuman hadis nabi SAW yang menyatakan “Dihalalkan emas dan sutera bagi wanita dalam kalangan umatku, dan diharamkan bagi kaum lelakinya”, oleh yang demikian mengambil sutera sebagai alas adalah suatu perkara yang berlebih-lebihan dalam mempamerkan kemewahan, justeru hukumnya lebih berat daripada hukum memakai sutera, maka lebih utama ia diharamkan”.
Justeru, diharamkan bagi kaum lelaki menggunakan sutera selain daripada pakaian seperti sejadah, selimut, cadar dan sebagainya. Hal ini berdasarkan keumuman hadis nabi SAW yang melarang pemakaian sutera bagi lelaki. Tambahan pula ia merupakan simbol kemegahan dan berlebih-lebihan dalam mempamerkan kemewahan.
Meskipun diharamkan bagi lelaki untuk memakai pakaian sutera atau menjadikannya alas ketika solat, namun sekiranya dia solat dalam keadaan sedemikian solatnya itu tetap sah di sisi jumhur ulama’.
Ibn al-Mulaqqin berkata: “Diharamkan mengerjakan solat dengan mengenakan pakaian yang diperbuat daripada sutera, dan barangsiapa yang melakukan hal sedemikian, maka solatnya sah tetapi dia berdosa, dan ini adalah pendapat jumhur ulama’. Dan berkata Imam Syafie dan Abu Thaur: “Perbuatan (mengenakan pakaian sutera) ketika solat itu haram, tetapi solatnya sah”.
Ibn Nujaim berkata: “Dan sekiranya dia menutupi dirinya dengan pakaian daripada sutera dan menunaikan solat (dalam keadaan itu), maka solatnya sah tetapi dia menanggung dosa sama seperti hukum orang yang solat di tanah yang dirampas”.
Imam al-Rajihi ketika mengulas tentang hukum solat dengan mengenakan pakaian daripada sutera berkata: “hukum solatnya sah tetapi dia mendapat dosa, kerana kaedah fiqh menyebutkan, sekiranya larangan itu merujuk kepada zat (syarat dan rukun), maka hukumnya boleh membatalkan solat, namun sekiranya larangan itu merujuk kepada faktor luaran, maka hal tersebut tidak membatalkan solat. Seorang Muslim hanya dituntut untuk memastikan pakaian dan badannya bersih ketika solat”. Sekiranya dia memakai pakaian bernajis maka solatnya tidak sah, namun sekiranya dia bersolat memakai pakaian daripada sutera, maka solatnya sah tetapi berdosa kerana mengenakan pakaian yang diharamkan”.
Berdasarkan keterangan di atas, dapat difahami bahawa hukum memakai sutera adalah haram bagi kaum lelaki dan halal bagi kaum perempuan selagi tidak melanggar batas syariat. Namun begitu, kaum lelaki diharuskan memakai sutera ketika dalam keadaan darurat seperti memakainya ketika tiada pakaian yang boleh menutupinya pada musim sejuk atau untuk tujuan perubatan.
Selain itu, dalam menjawab persoalan di atas berkenaan hukum menggunakan sutera selain daripada pakaian sama ada di dalam solat seperti sejadah atau di luar solat seperti selimut, cadar, dan sebagainya adalah sama seperti hukum memakai sutera iaitu haram bagi kaum lelaki dan halal bagi kaum perempuan.
Manakala bagi lelaki yang memakai sutera atau menggunakannya sebagai alas untuk solat, dia menanggung dosa kerana melakukan perbuatan yang haram tetapi solatnya tetap sah di sisi jumhur ulama’. Hal ini kerana perkara tersebut tidak memberi apa-apa kesan dari sudut sah dan batalnya solat mengikut hukum syarak.
Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Maka tidak hairanlah jika ada diantara masyarakatnya yang dilahirkan dalam keluarga ‘rojak’.
Memetik laporan Astro Awani, itulah yang dialami oleh pelakon lelaki popular Keith Foo yang membesar dalam keluarga berdarah campuran Cina dan India.
Keith Foo menyifatkan dirinya bertuah kerana dapat menyambut Tahun Baharu Cina dengan keunikan tersendiri dan harmoni.
Menurut Keith, setiap tahun dia dan adik-beradik akan berkumpul di kampung halamannya di Gemas, bagi meraikan perayaan itu bersama bapa Foo Kia Suan, 79, dan ibunya Anita Foo, 70.
Selebriti itu berkata berkata antara juadah ‘makan besar’ istimewa hari ini ialah ayam kukus, sayur campur, sambal udang petai dan pelbagai lagi.
“Tahun Baharu Cina adalah satu tradisi. Kami beragama Kristian dan turut menyambut Krismas, selain itu kami sekeluarga turut meraikan perayaan Deepavali kerana ibu saya berbangsa India.
“Aidilfitiri juga diraikan kerana kakak dan abang saya yang mualaf. Saya fikir ia adalah kehidupan yang harmoni dalam kalangan kami dan kami membesar dengan diberikan kebebasan (mengamalkan) kepercayaan masing-masing. Paling penting bagi saya adalah hormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Tambahnya, penerapan nilai seperti tolak ansur, kepercayaan serta saling hormat- menghormati antara satu sama lain menjadi rahsia utama usia perkahwinan ibu bapanya mampu melangkaui lebih 30 tahun.
Selain itu, Keith dapat menguasai Bahasa Tamil, Mandarin, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik hasil lahir dalam keluarga campuran.