Pelakon terkenal, Rita Rudaini meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin mencipta kejayaan membanggakan dalam bidang sukan.
Mewakili Kontinjen Selangor di Kejohanan Olahraga Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) peringkat Kebangsaan Kali Ke-11, Rayyan berjaya meraih pingat emas bagi acara 110-meter lari berpagar, sekali gus memecah rekod MRSM Semalaysia
Kejayaan itu pastinya menjadi momen cukup bermakna buat Rita yang turut hadir memberi sokongan kepada anaknya.
Lebih manis, pencapaian tersebut bukan sahaja mengharumkan nama kontinjen Selangor, malah membuktikan disiplin, kerja keras dan semangat juang Rayyan dalam dunia olahraga.
Ads
Dalam perkongsiannya, Rita menitipkan ucapan tahniah buat Rayyan selain menzahirkan penghargaan kepada guru, jurulatih dan rakan seperjuangan yang sentiasa memberi sokongan di sebalik kejayaan tersebut.
“Di belakang seorang juara, pasti ada guru yg tidak pernah jemu membimbing. Mereka tidak meminta nama mereka disebut, cukup melihat anak didik berdiri megah di podium.
Ads
“Itulah kebahagiaan seorang pendidik, terima kasih Cikgu Izwan dan Cikgu Zarul. Jasa cikgu jadi kenangan untuk Airit Rayyan, di tahun akhir sebagai anak didik cikgu di MRSM SUBES. Terima kasih kerana membawa Airit hingga mewakili Selangor,” ujar Rita.
Ads
Bagaimanapun, di sebalik kejayaan di trek, Rita turut mengingatkan anaknya supaya kembali memberi fokus kepada persediaan akademik memandangkan peperiksaan percubaan SPM peringkat MRSM bakal menjelang tidak lama lagi.
Selain berjaya memecahkan rekod kejohanan, Rayyan turut membuktikan kehebatannya dalam acara pecut apabila meraih pingat perak bagi acara 100-meter dan pingat gangsa untuk acara 200-meter.
Terdahulu, Rayyan juga pernah mencipta perhatian apabila memecah rekod acara 100 meter di peringkat MSSD Sabak Bernam, sekali gus membuktikan dirinya antara bakat muda yang wajar diberi perhatian dalam arena olahraga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apa yang bermula sekadar cabaran peribadi buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini bertukar menjadi satu pengalaman sukan keluarga yang cukup bermakna apabila Bella Astillah akhirnya turut sama menyertai International Sunrise TriFest @ Desaru 2026.
Acara multisukan yang berlangsung di Sand & Sandals Desaru Beach Resort itu berjaya menghimpunkan kira-kira 1,000 peserta dari hampir 30 negara, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara festival triathlon dan aquathlon paling berkembang di Malaysia.
Namun di sebalik kemeriahan acara tersebut, perhatian ramai nyata tertumpu kepada kemunculan “keluarga BASS” yang semakin menjadi perhatian dalam dunia gaya hidup aktif dan sukan endurance.
Jika sebelum ini Bella hanya hadir memberikan sokongan kepada Syed Saddiq dari tepi laluan perlumbaan, tahun ini penyanyi dan pelakon popular itu akhirnya membuat debut rasmi sebagai peserta.
Bella menyertai kategori Olympic Distance Female Relay menerusi pasukan “BAM” bersama rakan baiknya Datin Indera Dr. Sharifah Nur ‘Insyirah atau lebih dikenali sebagai Dr. Affa serta atlet junior elit Australia, Michaella Widjaya.
Pasukan mereka berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga keseluruhan dengan catatan masa 3 jam 20 minit 59 saat.
Bella sendiri mengendalikan segmen berbasikal dan mencatat masa 1:50:06, manakala Michaella melakukan acara renang sementara Dr. Affa menggalas cabaran larian.
Menurut Bella, pengalaman pertama menyertai acara multisukan itu membuka perspektif baharu tentang dunia endurance sports yang selama ini hanya dilihat dari luar.
“Ini pengalaman yang sangat baru dan menyeronokkan untuk saya. Sebelum ini saya hanya datang untuk menyokong Saddiq dari tepi sahaja, tetapi kali ini saya sendiri dapat menyertainya,” katanya.
Tambah Bella lagi, selepas merasai sendiri cabaran acara tersebut, dia kini lebih menghargai disiplin, usaha dan semangat yang diperlukan untuk menyertai sukan multisport.
“Apa yang membuatkan ia lebih bermakna ialah dapat melaluinya bersama keluarga dan rakan-rakan sambil melihat Ayden dan Ara turut menikmati pengalaman ini,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Syed Saddiq turut kembali menyertai kategori paling mencabar iaitu 113 Triathlon buat tahun ketiga berturut-turut.
Acara tersebut melibatkan:
Beliau berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa cukup baik iaitu 5 jam 30 minit 13 saat sekaligus menduduki tempat kelima kategori lelaki 30 hingga 39 tahun.
Menurut Syed Saddiq, edisi kali ini membawa makna lebih besar kerana insan tersayang kini turut sama melalui perjalanan tersebut bersamanya.
“Saya sangat gembira dapat kembali ke sini untuk tahun ketiga berturut-turut. Apa yang bermula sebagai cabaran peribadi kini menjadi sesuatu yang jauh lebih bermakna kerana orang yang saya sayang turut melalui perjalanan ini bersama saya,” katanya.
Beliau turut meluahkan rasa bangga melihat Ayden kembali berlumba dan Ara membuat debut pertama dalam acara multisukan.
Anak Bella, Ayden Adrean, 9 tahun, turut kembali menyertai perlumbaan selepas membuat debut tahun lalu.
Ayden berjaya menamatkan kategori Super Sprint Triathlon Boys 10-12 di kedudukan kelapan dengan catatan masa 1:08:59.
Sementara itu, Ara Adreanna yang baru berusia enam tahun pula berjaya mencuri perhatian apabila meraih tempat ketiga kategori KiTS Aquathlon Under-7 selepas menamatkan cabaran 50 meter renang dan 500 meter larian dalam masa 20 minit 19 saat.
Momen tersebut sekali gus menjadikan penyertaan keluarga ini antara kisah paling menarik sepanjang festival berlangsung.
Pengarah perlumbaan, Andy Foo menyifatkan perjalanan keluarga tersebut menggambarkan semangat sebenar International Sunrise TriFest.
Menurutnya, acara seperti ini bukan sekadar mengenai persaingan atau siapa paling pantas menamatkan perlumbaan.
Sebaliknya, ia tentang bagaimana sukan mampu menyatukan keluarga, membina gaya hidup sihat dan mencipta memori bersama.
“Anda dapat lihat bagaimana minat seseorang terhadap sukan akhirnya memberi inspirasi kepada orang sekeliling untuk turut sama menyertainya,” katanya.
Beliau turut menyifatkan perkembangan daripada Syed Saddiq yang mula datang bersendirian, kemudian Bella hadir sebagai penyokong, Ayden mula berlumba dan kini Bella serta Ara sendiri turut menyertai acara sebagai sesuatu yang cukup bermakna buat komuniti multisport.
Selain kisah keluarga Bella dan Syed Saddiq, International Sunrise TriFest @ Desaru 2026 turut menyaksikan penyertaan atlet dari pelbagai negara.
Acara triathlon yang dipertandingkan termasuk:
Manakala program aquathlon pula melibatkan:
Tahun ini juga menyaksikan pengenalan beberapa kategori baharu aquathlon bagi menggalakkan lebih ramai beginner mencuba dunia multisport.
Dengan penyertaan antarabangsa yang semakin meningkat serta sokongan komuniti tempatan yang semakin kuat, International Sunrise TriFest kini dilihat terus berkembang sebagai antara festival endurance sports paling menarik di Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seorang pemuda dari Selangor, Fendy Shahril mengakui berat badannya pernah mencecah sehingga 100kg setelah 2 tahun berkahwin.
Namun setelah mendapat first baby, Fendy nekad untuk menurunkan berat badan dan berkat usaha dalam beberapa tahun, hasilnya sangat memuaskan.
Kongsi Fendy kepada Maskulin, sewaktu melakukan rutin disiplin hariannya, dia hilang 26kg sekali gus menjadikan berat tubuhnya yang terkini adalah sekitar 74kg sahaja.
Jujurnya, antara sebab mengapa badannya mengalami peningkatan berat yang mendadak adalah kerana tidak bersukan dan tidak jaga makan.
Menyedari kesihatan perlu dijaga dan perlu didapatkan semula, Fendy mengubah jadual hidupnya dan melakukan beberapa perkara asas yang boleh menguruskan tubuhnya :
Fendy menggunakan aplikasi Myfitness Pal untuk mengira bilangan kalori. Untuk badan lelaki biasanya, jumlah kalori yang ada adalah sekitar 2000 kcal hingga 2500 kcal. Jadi kalau nak kurangkan berat, sebanyak 500 kcal dari kalori intake yang biasa perlu dibuang.
Mula amalkan konsep makan makanan sihat sebanyak 80 peratus setiap hari dan jangan sesekali biarkan perut berlapar. Namun anda perlu balasnya dengan senaman sekurang-kurangnya 20 peratus setiap hari.
Untuk mendapatkan bentuk tubuh badan yang sihat, anda perlu kurangkan gula sama ada dalam pemakanan mahu pun minuman. Jika anda seseorang yang begitu suka dengan makanan sekali pun, kurangkan makanan berminyak.
Anda juga digalakkan menyediakan bahan makanan anda sendiri. Jika dibeli dari luar, anda sendiri pun ada kalanya tidak tahu apa bahan-bahan yang mereka campurkan.
Apabila anda mengurangkan gula, tidak bermaksud anda tidak boleh mendapatkan ‘gula asli’. Maka, tukarkan gula yang biasa diambil itu dengan manis buah. Makanlah buah-buahan kerana ia mengandungi serat yang baik selain sangat berkhasiat.
Mengurangkan makan sahaja tidak mencukupi. Ada baiknya jika ia disusuli dengan budaya rajin workout mengikut masa anda. Nak ke tak nak jer.. Kalau malas, itu adalah alasan!
Sentiasa cakna tentang perkara ini untuk memastikan tubuh anda selain mampu mengurangkan berat, ia mahu menjadi lebih sihat dan kuat.
Jika tidak tahu hendak bermula dari mana, tidak salah untuk mencari tenaga pengajar untuk mendisiplinkan anda. Jika mahu, boleh belajar secara online. Dekat YouTube bersepah tip workout disediakan.
Minum air masak adalah perkara wajib untuk membersihkan kotoran dalam tubuh termasuk dalam pembuluh darah dan sebagainya. Selain itu, amalan ini diyakini memang boleh menguruskan badan seseorang itu.
Tidur adalah satu keperluan yang utama bagi tubuh anda. Tidur yang cukup bukan bermaksud tidur yang melebih-lebih sehingga anda sendiri pun menjadi malas. Akhirnya, berat anda semakin bertambah semula.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebut sahaja Amazon pastinya cukup ramai yang mengenali jenama ini. Apa tidaknya ia kini berada ditangga ketiga jenama paling berharga di seluruh dunia.
Jadi tidak hairanlah logonya juga cukup dikenali ramai dan sentiasa muncul di skrin komputer dan juga peranti pintar milik kita semua. Tapi tahukah anda maksud di sebalik logo jenama Amazon?
Segalanya bermula dengan pengasasnya yang kini merupakan manusia ketiga terkaya di dunia iaitu Jeff Bezos. Mengimbas kembali penubuhan syarikat ini pada tahun 1994, Jeff Bezos merancang untuk mencipta kedai buku terbesar di dunia.
Bermula dari situ dia mula mencari idea untuk memberikan nama dan logo yang sesuai. Pada awalnya, Jeff Bezos dikatakan ingin menamakan syarikatnya dengan nama ‘Cadaver’, seperti dijelaskan oleh penulis teknologi terkenal, Brad Stone menerusi bukunya, ‘The Everything Store’.
Namun selepas melihat beberapa kemungkinan Jeff Bezos membukan halaman kamus pada seksyen huruf ‘A’. Di situ dia tertarik dengan perkataan ‘Amazon’. Jelas Brad lagi, nama Amazon itu sendiri cukup hebat kerana ia bukan sahaja sungai terbesar di dunia malah berkali ganda lebih besar dari sungai seterusnya.
Ia merupakan nama yang dilihat cukup sesuai buat syarikatnya dan berharap untuk menjadikan platform buku di atas talian mampu memberikan tawaran besar secara simbolik seperti sungai tersebut.
Bak kata orang, ‘the rest is story’. Sejak penubuhannya Amazon kini menjadi gergasi dunia dengan mengembangkan tawaran produk pelbagai kategori. Malah boleh dikatakan apa sahaja jenis produk terlintas di fikiran pasti ada di Amazon.
Lihatlah pula pada logonya. Sekali imbas ramai akan ingat terdapat bentuk senyuman di bawah logo ‘Amazon’. Namun tahukah anda ia adalah anak panah yang merujuk daru huruf ‘a’ ke huruf ‘z’?
Ia melambangkan pengguna mampu mencari apa sahaja produk tersenarai dari A sampai Z.
Sekarang anda tahu!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan sekadar hiburan kosong, siri premium Astro Originals 'Good Boys Go To Heaven' benar-benar meninggalkan impak sosial yang mendalam dan terus hidup dalam ingatan penonton.