Anda tidur berdengkur, baca 10 fakta tentang berdengkur Apakah anda salah seorang yang suka berdengkur?? atau anda mempunyai pasangan atau keluarga yang suka berdengkur??
1. Satu dari lima penduduk dunia berdengkur. -Dianggarkan lebih dari satu milion orang di seluruh dunia berdengkur semasa tidur kerana pelbagai sebab.
2. Lelaki lebih banyak berdengkur. – Lebih banyak lelaki yang berdengkur dibandingkan wanita, perbandingannya adalah 80% laki-laki dan 20% perempuan. Alasannya berkait dengan distribusi kelebihan berat badan orang lelaki yang bertumpu di bahagian dada dan leher sehingga menyebabkan penyempitan saluran udara. Kelebihan berat badan pada wanita umumnya bertumpu di bahagian punggung. Lelaki juga mempunyai leher lebih besar daripada wanita. Ukur lilit leher 40 cm adalah lebih cenderung membuat orang berdengkur.
3. Radang amandel (tonsilitis) menyebabkan kanak-kanak berdengkur. – Salah satu ciri kanak-kanak yang terkena radang amandel (tonsilitis) adalah berdengkur semasa tidur.
4. Posisi tidur mempengaruhi seseorang berdengkur. – Tidur terlentang lebih cenderung untuk berdengkur dibandingkan tidur mengiring.
5. Kelebihan berat badan menyebabkan berdengkur. Kelebihan berat badan sangat biasa di kalangan orang yang berdengkur. Ini kerana lemak yang terbentuk di sekitar kerongkong akan menyempitkan saluran udara. Selain itu, lemak di perut dapat menyebabkan diafragma berfungsi secara tidak teratur.
6. Pil tidur dan obat penenang menambah resiko berdengkur. Ubat-Ubatan ini menyebabkan relaksasi otot dan meningkatkan peluang berdengkur.
7. Wanita berumur 50an yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki. Akibat proses penuaan, wanita kehilangan otot dan lemak di kawasan kerongkong. Lidah, pangkal kerongkong, dan jaringan lainnya yang berhampiran juga boleh sedikit menyusut. Perubahan ini akan mengurangkan ukuran saluran nafas dan meningkatkan risiko berdengkur. Hanya 5% perempuan yang berdengkur semasa berumur tiga puluhan, namun pada usia di atas 50 tahun jumlahnya boleh mencapai 40%. Pada usia ini, jumlah wanita yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki.
8. Berdengkur menandakan penyakit. – Bendengkur merupakan gejala obstructive sleep apnea (OSA), gangguan umum dan berpotensi serius di mana nafas berulang kali terhenti dan berlanjutan semasa tidur. Seseorang dengan sleep apnea sering bangun malam untuk bernafas, tetapi biasanya tidak mengingatinya. Sleep apnea seringkali tidak disedari tetapi sangat berbahaya bagi kesihatan kerana menyebabkan kurang tidur, kekurangan oksigen, depresi dan meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke.
9. Bunyi dengkur dapat mencapai 90 desibel. – Sama dengan bunyi yang dihasilkan oleh sebuah lori truk yang laju di jalan raya.
10. Merokok menyebabkan berdengkur – Asap rokok dapat menginfeksi jaringan kerongkong yang menyebabkan bengkak. Ini menyebabkan penyempitan saluran udara dan membuat orang berdengkur.
Ads
Ads
Ads
sumber: tulahan.blogspot.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penyakit ini sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki, tetapi ia boleh juga menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari
Kali ini, admin tertarik dengan perkongsian Cik Mil Neena tentang petua gout. Menurut beliau, ia telah diamalkan oleh suaminya yang menderita penyakit gout selama 15 tahun. Setelah sebulan, ia menampakkan hasil yang amat memberangsangkan.
Mari ikuti perkongsian beliau selanjutnya di bawah ini.
Hari ini saya nak share satu petua gout. Macam-macam petua tradisional dah cuba tapi tak ‘jalan’. Akhirnya terpaksalah makan ubat farmasi, iaitu Allupurinol untuk turunkan paras asid urik dan Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang tak boleh dipisahkan dengan dua jenis ubat ini, bukan?
Alhamdulillah, dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout. Bahan-bahannya pula mudah disediakan. Yang pasti, jus yang dihasilkan memang sedap dan insha Allah boleh diminum sebab baunya wangi. Rasanya tak melekat dalam mulut apabila diminum dan tak pahit. Isteri pun boleh curi-curi minum!
BAHAN-BAHAN
Berikut adalah bahan-bahannya.
1 biji timun
2 batang saderi@celery
3 hirisan lemon buang biji dulu nanti pahit
1. Kisar
Saya masukkan semua dalam slow juice maker (beli dalam Lazada RM179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air. Saya dapat dua gelas jus.
Bagi yang nak guna mesin pengisar / blender, boleh juga. Tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
2. Minum 2 Kali Sehari
Minum 2 kali sehari ya. Satu gelas selepas bangun tidur (awal pagi) dan satu gelas sebelum nak tidur (malam).
Tips kalau malas nak kena basuh bekas-bekas jus, boleh buat jus untuk dua hari siap-siap. Maknanya gandakan bahan di atas kemudian masukkan ke dalam botol kosong. Kena pakai sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus seimbang bila nak minum nanti.
Insha Allah semoga berkesan untuk anda juga.
NAMPAK PERUBAHAN DALAM 1 BULAN!
Kalau serasi macam suami saya, mudah-mudahan kesannya nampak dalam masa 1 bulan ini. Walaupun makan udang dekat 1kg, suami saya tak perlu bergantung pada ubat farmasi lagi dan rasa sakit dah kurang terutama di tempat bengkak.
Kemungkinan kristal asid urik di kawasan tulang kaki dah menurun. Berat dia pun turun 2kg mungkin sebab amalkan waktu pagi perut kosong dan malam sebelum tido. Jus gout ini memang ‘cuci’ habis dalaman dia.
Pada masa yang sama, perlulah jaga pemakanan dan mengawal diet seperti yang ditetapkan oleh doktor. Kalau gout masih tak berkurang dan bertambah teruk, janganlah pula hanya bergantung kepada petua. Pastikan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda.
Kajian membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Perubatan New England edisi terbaru itu menyatakan, lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.
Ketua kajian dari Institut Pemakanan Manusia Jerman di Potsdam-Rehbrucke, Dr Tobias Pischon, berkata kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda bukan saja berpunca daripada kegemukan semata-mata tetapi juga disebabkan masalah pengedaran lemak dalam badan.
“Lemak di bahagian perut bukan saja menyimpan tenaga, tetapi merangsang pengeluaran sejenis hormon dikenali cytokines yang menyumbang kepada serangan penyakit kronik,” katanya.
Beliau berkata, hasil kajian itu mencadangkan doktor agar mengira ukur lilit bahagian perut dan punggung pesakit, selain purata indeks jisim tubuh sebagai pemeriksaan asas yang mesti dilakukan ke atas pesakit.
Perbandingan yang dibuat ke atas pesakit dengan indeks jisim tubuh sama, menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda meningkat apabila ukur lilit pinggang mereka semakin besar.
“Risiko mati muda meningkat dua kali ganda bagi mereka yang mempunyai perut buncit iaitu lebih ukur lilit pinggang melebihi 120 sentimeter bagi lelaki dan lebih 100 sentimeter bagi wanita, berbanding mereka yang mempunyai ukur lilir lebih kecil iaitu kurang daripada 80 sentimeter bagi lelaki dan kurang 65 sentimeter bagi wanita,” katanya.
Dr Pischon berkata, nisbah ukur lilit antara pinggang dengan punggung juga boleh menjadi penunjuk yang penting kepada keadaan kesihatan seseorang.
Nisbah yang lebih kecil antara pinggang dan punggung menunjukkan risiko kesihatan yang lebih rendah berbanding nisbah yang lebih besar antara kedua-duanya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jutawan ini sumbang semua harta apabila meninggal dunia. Kadang-kadang Allah jadikan sakit sbgai asbab kita menjadi lebih baik lebih bertaqwa dan lebih mnghargai segala nikmat yg Allah kurniakan. Sebab tu hidup di dunia ni jangan keduniaan sangat. Nak belajar tentang hidup sila ke hospital, kubur, penjara, sesi mandi dan kafan jenazah.
RAMAI yang tidak mengenali Ali Banat, seorang pemuda Islam yang berasal dari Sydney. Dia hidup dalam kemewahan, memakai pakaian berjenama dan memandu kereta mewah. Tiga tahun lalu, Ali, yang merupakan seorang ahli perniagaan telah disahkan menghidap kanser dan diberikan masa selama tujuh bulan untuk hidup.
Namun Ali dipanjang usia oleh Allah sehingga tiga tahun selepas disahkan menghidap kanser. Sejak itu dia menukar gaya hidup dan membelanjakan wangnya untuk kebajikan dan kemanusiaan.
Namun semalam, bintang YouTube popular, Adam Salleh telah mengumumkan berita kematian Ali menerusi akaun twitternya.
“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un! Ali Banat adalah inspirasi kepada saya dan untuk dunia ini!!. Beliau mempunyai kisah emosi untuk memberitahu dunia bagaimana beliau diberkati dengan kanser !! Beliau selalu senyum. Saya terkesan bagaimana beliau tewas dalam perjuangan dengan kanser, Tolong doakan beliau,’’ demikian tulis Adam.
Ali mula dikenali selepas videonya Gifted With Cancer atau `Diberkati Dengan Kanser’ menjadi viral.
Video itu memaparkan kehidupan Ali sebelum ini yang dilimpahi dengan kemewahan. Bilik tidurnya dipenuhi dengan kasut Louis Vuitton iaitu satu-satunya jenama yang dipakainya, gelang bernilai RM180,000 serta salah satu kereta yang dimilikinya termasuk Ferrari Spider yang berharga RM1.7 juta.
Bagaimanapun selepas Ali jatuh sakit, dia menyedari kemewahan itu tidak memberi makna kepadanya.
“Apabila anda jatuh sakit atau anda tidak mempunyai banyak masa untuk hidup, ini adalah perkara terakhir yang anda ingin kejar. Dan itulah bagaimana kita perlu menjalani kehidupan kita setiap hari,’’ katanya dalam video itu.
Ali kemudiannya menderma hartanya menerusi organisasi kebajikan iaitu Muslims Around the World (MATW) yang diasaskannya.
Dengan wang yang ada, dia membina 200 rumah untuk ibu tunggal, masjid, sekolah untuk 600 anak yatim, klinik dan perniagaan untuk penduduk setempat di Togo, Ghana dan Burkina Faso.
Selain itu, Ali juga melawat negara Afrika berkenaan dan bekerja keras untuk mengutip sumbangan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.