Siapa sangka, hanya bermodalkan RM2000 sebagai permulaan, seorang usahawan Mohd Ridhuan Said atau Wan Said kini miliki perniagaan dengan jualan mencecah jutaan Ringgit!
Jenama minyak wangi miliknya, Blanco Fragrance diasaskan olehnya dan kini semakin mencipta dalam industri dan menghasilkan keuntungan yang cukup lumayan.
Diasaskan pada tahun 2017, jenama ini bermula kecil-kecilan dengan mengambil tempahan pelanggan secara individu. Ketekunan dan keberaniannya untuk meneroka pasaran komersial telah menjadi titik tolak kepada kejayaan hari ini.
“Pada mulanya saya ambil pesanan pelanggan terlebih dahulu, baru kita buat minyak wangi tersebut. Maknanya tidak ada stok yang sudah tersedia. Tetapi lama kelamaan, Blanco semakin mendapat sambutan selepas saya mula aktif menjual dalam talian penghujung 2021,” jelasnya yang ditemui MASKULIN di Malam Apresiasi Blanco Fragrance baru-baru ini.
Sehingga kini Blanco Fragrance menampilkan kira-kira 130 jenis bauan, termasuk wangian khas yang direka sendiri. Dengan hanya satu kedai fizikal di Batu Caves, Blanco menjadikan platform digital seperti TikTok dan Shopee sebagai medan utama jualan.
Dalam masa tiga tahun mereka mencatatkan jualan sebanyak 2 juta botol minyak wangi. Malah pada tahun ini sahaja mereka telah berjaya memasarkan 1.3 juta botol dengan 1.2 juta daripadanya menerusi TikTok.
Kejayaan besar yang diraih oleh Wan Said dengan jenama minyak wanginya banyak disumbangkan oleh strategi affiliate yang kukuh. Menurutnya, Blanco Fragrance memiliki lebih 56,000 affiliate di seluruh negara.
Menurut Wan Said, cara ini bukan sahaja pantas tetapi memberi peluang kepada lebih ramai individu menjana pendapatan. Tahun depan, Blanco Fragrance bakal membuka cawangan kedua di Pulau Pinang untuk memperkukuh kehadirannya di zon utara.
“Kami lebih fokus kepada jualan dalam talian. Kaedah ini lebih mudah dan pantas, sesuai dengan trend pelanggan hari ini,” tambahnya lagi.
Walaupun menggunakan bahan mentah berkualiti tinggi yang diimport dari Switzerland, Perancis, dan Itali, harga minyak wangi Blanco kekal mampu milik, bermula dari RM35 hingga RM44 untuk botol bersaiz 35ml.
Kelebihan ini membolehkan Blanco Fragrance memonopoli pasaran tempatan sebagai jenama minyak wangi lokal nombor satu di TikTok Malaysia.
Perjalanan kejayaan Wan Said tidak terlepas daripada ujian. Pernah berdepan isu laporan pesaing yang menyebabkan akaun TikTok Shop mereka ditutup, Blanco tetap bertahan selepas rayuan berjaya.
“Alhamdulillah, kini kami berada dalam Top 3 Beauty and Personal Care Seller di TikTok Malaysia,” jelasnya yang dilihat cukup bangga dengan pencapaian jenamanya.
Sebagai penghargaan kepada affiliate terbaik yang berjaya mencapai jualan jutaan ringgit, baru-baru Blanco Fragrance menganjurkan Malam Apresiasi di Hotel Aloft Kuala Lumpur. Turut hadir adalah Dayang Nurfaizah yang menghiburkan para tetamu.
Pada malam itu juga, Blanco memperkenalkan rekaan botol minyak wangi terbaru sebagai simbol inovasi berterusan jenama ini.
Kisah Blanco Fragrance ini membuktikan bahawa lelaki moden bukan sahaja mampu berjaya dengan kerja keras, tetapi juga perlu bijak membaca trend dan peluang di pasaran. Dengan modal serendah RM2000, ketekunan dan strategi yang betul, kejayaan pasti dapat dicapai.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Beberapa hari lalu sambutan Hari Bapa telah diraikan di seluruh dunia. Bak kata orang pengorbanans eorang ayah itu tiada sempadannnya.
Sanggup melakukan apa sahaja demi mencari rezeki buat isteri dan anak-anak. Malah ada yang sanggup berlapar, bekerja di tengah panas serta menghadap apa jua cabaran di tempat kerja demi anak-anak.
Tiada ibu bapa yang tak ingin melihat anak-anak mereka dapatkan yang terbaik dalam hodup mereka. Disebabkan itulah ramai yang sanggup melakukan apa sahaja demi keselesaan anak-anak bergantung dengan kemampuan mereka.
Itulah yang ditunjukkan oleh seorang bapa kepada anaknya di Kemboja. Menurut satu posting di Facebook dalam Bahasa Khmer yang dikongsi oleh pengguna bernama Sophous Suon menampilkan seorang kanak-kanak dengan sebuah beg sekolah yang cukup unik.
Perkonghsian yang disertakan dengan beberapa keping foto itu menunjukkan kanak-kanak tersebut menggalas sebuah beg yang diperbuat daripada tali rafia berwarna biru!
Beg berwarna biru disertakan dengan tali berwarna hitam dan buckle pengetat ini mencuri perhatian warganet di negara tersebut dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Menurut perkongsian itu lagi, beg istimewa ini mempunyai ketahanan yang cukup untuk membawa kelengkapan seorang pelajar seperti beg dan alat tulis.
Beg tersebut dipercayai telah dihasilkan oleh bapa pelajar tersebut kerana tidak mampu untuk membelinya. Usaha yang ditunjukkan oleh bapa pelajar ini ternyata membuat ramaiw arganet berasa terharu dan kagum.
Walaupum tidak berkemampuan namun dia berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anaknya. Malah ramaijuga warga tempatan melahirkan keinginan untuk membantu pelajar ini.
Bertuah kau dik dapar seorang bapa yang bukan sahaja kreatif tapi sanggup memberikan yang terbaik demi pendidikan anaknya.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran yang terbaik buat ktia semua yang mungkin hidup lebih senang di sini. Bersyukurlah kerana majoriti daripada kita tak perlu untuk berdepan dengan segala kesusahan seperti yang dialami oleh pelajar ini dan keluarganya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Adakah anda bersetuju bahawa hidup single adalah sesuatu yang menakjubkan dalam hidup lelaki? Jika tidak, anda mungkin mempunyai alasan yang kukuh. Ketahui mengapa terdapat sebahagian lelaki lebih senang memilih hidup secara solo dari berpasangan.
Ada beberapa pemimpin negara yang “membujang’ tanpa ‘first lady’ mereka disisi. Dari pemimpin negara masa lalu hingga pemimpin negara yang masih ada saat ini. Para pemimpin negara tersebut tidak mempunyai kekasih mahupun isteri, atau ada yang sempat mempunyai isteri tapi kemudian bercerai dan menyendiri.
Berikut para pemimpin dunia yang pernah “membujang”:
Founding Father atau Bapa Pendiri Bangsa Amerika Syarikat Thomas Jefferson hidup menduda ditinggalkan isterinya yang wafat, ketika itu dua bermula menjabat jawatan Presiden pada 1801. Ketika dia masih bekerja sebagai pengacara, Jefferson menikahi janda muda berusia 23 tahun bernama Martha Wayles Skelton. Setelah 10 tahun kemudian, Martha menderita sakit diabetes.
Beberapa bulan setelah melahirkan anak bongsunya, Martha meninggal pada pada usia 33 tahun. Jefferson sangat terkesan dengan tragedi ini. Dia sempat mengurungkan dirinya di dalam bilik selama 3 minggu. Selepas itu, dia sering melancong jauh sendirian kerana masih terasa kehilangan isterinya yang begitu besar. Beberapa tahun kemudian, pada tahun 1801, dia terpilih sebagai Presiden dan memimpin pemerintahan tanpa First Lady.
Sebelum menjadi Presiden ke-15 AS, James Buchanan awalnya sempat bertunang dengan seorang wanita bernama Anne Caroline Coleman pada 1819. Namun sejak itu, mereka jarang bertemu kerana Buchanan sangat sibuk dengan pekerjaannya sebagai pengacara hingga akhirnya Coleman membatalkan pertunangan itu. Coleman sendiri meninggal secara tiba-tiba pada 9 Desember 1819.
Selepas kematian Coleman, Buchanan diketahui tak pernah menjalin hubungan lagi dengan seorang wanita ataupun menunjukkan rasa tertarik terhadap wanita. Ada khabar angin yang menyebut dia tidak tertarik dengan seks dan banyak petanda bahawa dia seorang pencinta sesama jenis. Buchanan tetap membujang hingga terpilih sebagai Ketua Negara AS pada 1857. Selama pemerintahannya, anak saudaranya, Harriet Lane diangkat menjadi anaknya dan berperanan sebagai First Lady.
Vladimir Putin pernah bernikah sebelum dirinya menjadi Presiden Rusia. Tapi kini dia menbujang dan tak punyai pasangan. Pada 28 Julai1983, Putin menikahi Lyudmila Shkrebneva, seorang mahasiswi jurusan filologi Sepanyol yang juga bekas pramugari Aeroflot. Putin dan Lyudmila kemudian dikhabarkan bercerai pada 6 Jun 2013.
Cleveland menjadi penghuni utama Rumah Putih atau Presiden AS dengan status bujang. Saudara kandungnya, Rose Cleveland, diangkat sebagai First Lady selama 2 tahun pertama pemerintahannya. Tapi status bujangnya berakhir pada 1885 ketika bertemu dengan Frances Folsom, seorang mahasiswi yang merupakan anak dari temannya. Setelah berkali-kali menjalin komunikasi menerusi surat, Cleveland memutuskan untuk mengahwini Frances.
Pada 2 Jun 1886, Cleveland menikahi Frances Folsomdi Rumah Putih. Ia merupakan satu-satunya presiden AS yang melangsungkan pernikahan di Rumah Putih.
Francois Hollande menjabat sebagai Presiden Perancis sejak 2012. Ketika itu, statusnya sudah menduda. Dia bercerai dengan isterinya, Segolene Royal pada 2007. Sehingga dia menjadi pemimpin utama negara tanpa isetri. Walaupun Hollande diketahui tengah menjalin hubungan dengan seorang wartawan Perancis bernama Valerie Trierweiler sejak 2007. Hingga terpilih sebagai presiden pada 2012, Hollande masih bercinta dengan Valerie sebagai sepasang kekasih.
Sejak itu, Valerie tinggal bersama Hollande di Istana Elysee dan ikut sang presiden ke beberapa perjalanan kenegaraan. Namun hubungan keduanya berakhir sejak Hollande dikhabarkan curang. Pada 25 Januari 2014, Hollande secara rasmi mengumumkan hubungannya dengan Valerie telah berakhir, setelah majalah Closer mewartakan kecurangannya dengan aktres Julie Gayet. Kini Hollande jadi presiden namun belum mempunyai isteri meski sudah punya kekasih.
Sumber : Hangat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perasan tak ramai pemain Piala Dunia 2026 pakai but merah jambu? Rupanya ada sebab saintifik dan strategi pemasaran bernilai jutaan dolar di sebalik trend paling mencuri perhatian tahun ini!