Jaga-jaga! Anda mungkin alami hipersomnia jika selalu mengantuk di waktu siang walaupun sudah tidur secukupnya di sebelah malam.
Simptom ini menunjukkan anda mengalami hipersomnia di mana anda akan rasa mengantuk yang keterlaluan disebabkan anda tidur berlebihan pada waktu malam.
Simptom gejala hipersomnia ini dikongsikan oleh Intan Jelita Etp menerusi laman Facebooknya.
Kadang-kadang, terfikir juga malam dah tidur cukup dah, tapi siang masih mengantuk lagi. Apa yang tak kena? Jaga-jaga, anda mungkin mempunyai simptom hipersomnia. Apa itu hipersomnia?
Hipersomnia merupakan satu gejala di mana anda akan mengalami mengantuk yang berlebihan. Mengantuk yang berlebihan atau ‘excessive sleepiness’ ini adalah disebabkan anda mempunyai tidur yang berlebihan pada waktu malam atau dalam keadaan lain, mempunyai waktu tidur yang berlebihan pada siang hari.
Berdasarkan World Sleep Foundation, ada tiga jenis hipersomnia iaitu:
1. Hipersomnia berulang
Berasa mengantuk secara berulang dan kadang-kadang memerlukan hampir 16-20 jam sehari waktu tidur. Bila bangun tidur selama jam tersebut, masih tidak hilang rasa mengantuk.
2. Idiopatik
Situasi yang sama seperti hipersomnia berulang, cuma keadaan memerlukan tidur dan selalu mengantuk berlaku setiap hari.
Ads
3. Post trauma
Ini berlaku kepada sesiapa yang pernah melalui tragedi seperti kemalangan atau kecederaan kepala. Mereka mungkin memerlukan tidur yang lebih lama tetapi jangan risau, post trauma selalunya akan hilang selepas beberapa minggu.
CARA MENGATASI HIPERSOMNIA
“Semalam dah tidur 10 jam dah, kenapa hari ni mengantuk macam tak tidur semalaman?”
Pernah merasakan situasi sebegini? Kadang-kadang mengantuk tu macam tak tidur semalaman, padahal dah 10 jam tidur. Bila datang pejabat atau memulakan kerja pada siang hari, mula lah nak mengantuk. Betul ke orang cakap kalau terlebih tidur pun boleh menyebabkan anda mengantuk pada waktu siang? Ya, memang salah satu sebab yang menjadikan anda mudah mengantuk pada waktu siang adalah kerana anda sudah ‘terlajak’ tidur dan mengalami HIPERSOMNIA! Apa itu hipersomnia? Jom kita baca.
Terdapat beberapa sebab yang menjadikan anda selalu mengantuk, antaranya ialah:
1. JETLAG
Jetlag adalah istilah yang digunakan bagi sesiapa yang baru sahaja pulang dari merantau atau melancong. Jetlag ini akan makin terasa jika anda ‘travel’ ke negara yang berbeza zon waktu dengan negara kita. Perbezaan waktu ini secara langsung akan memberikan kesan kepada jadual tidur kerana anda mungkin tidak terbiasa untuk tidur mengikut waktu di negara tersebut.
Ads
2. BEKERJA SHIFT
Salah satu sebab yang menjadikan anda mudah mengantuk adalah kerana anda bekerja secara ‘shift’ atau ‘rotation’. Bila bekerja secara ‘shift’, jadual waktu tidur anda agak berlainan dari satu masa ke masa yang lain. Kadang-kadang tidur pukul 1 pagi, kadang-kadang kalau waktu kerja bertukar, anda tidur pukul 8 malam. Jadi, perbezaan jadual ini akan menyebabkan tidur anda tidak teratur dan menyebabkan mengantuk.
3. ‘SKIP’ WAKTU TIDUR
Mungkin ramai orang yang melakukan perkara ini iaitu dengan melangkau waktu tidur. Biasalah, nak tengok bola, nak tengok ‘movie’ dan ada juga yang berjaga malam untuk menyiapkan kerja. Ini yang menyebabkan anda selalu mengantuk. Bila mengantuk, anda mesti akan tidur pada waktu siang kan? Rutin sebegini akan menganggu waktu tidur pada malam hari kerana anda akan merasa tidak mengantuk.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan masalah ini.
1. Kurangkan pengambilan air berkafein, merokok dan makanan pedas yang boleh mengganggu jadual tidur anda.
2. Atur jadual waktu tidur dan pastikan anda bangun dan tidur pada waktu yang sama pada setiap hari. Nanti, mudah untuk anda bangun tanpa perlu dikejutkan.
3. Mandi dengan air suam juga boleh dijadikan rutin kerana dapat membantu badan lebih relaks dan tenang.
Ads
4. Pastikan suasana di bilik lebih teratur dan nyaman. Hal ini kerana, suasana bilik yang tidak teratur dan tidak bersih juga boleh menyebabkan tidur anda terganggu.
5. Jika gejala hipersomnia ini makin berlarutan, pastikan anda bertemu dengan doktor supaya dapat konsultasi yang terbaik.
Jadi, peringatan untuk anda semua, tidur itu sangatlah penting untuk memastikan kesihatan badan terjamin. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan teratur, elakkan tidur yang berlebihan dan cukupkan tidur anda yang masih tidak cukup itu. Semoga artikel ini dapat membantu ya!
Selain itu, Dr Zubaidi Hj Ahmad turut berkongsikan kesan tidur secara berlebihan di laman Facebooknya.
KESAN TIDUR BERLEBIHAN
Waktu tidur individu yang mengalami hipersomnia biasanya boleh mencecah lebih daripada 12 jam, sedangkan pola waktu tidur yang normal dan anjal untuk orang dewasa adalah dalam lingkungan enam hingga lapan jam sehari.
1. Kencing Manis
Terdapat beberapa kajian membuktikan bahawa individu yang tidur lebih lama daripada waktu yang sepatutnya cenderung menghidap penyakit kencing manis. Meskipun diketahui ia adalah penyakit turun-temurun tetapi, dengan mengamalkan tidur secara berlebihan risiko mendapat penyakit ini cukup tinggi.
2. Sakit Jantung
Sekiranya anda biasa tidur lebih dari lapan jam setiap hari maka risiko untuk menderita sakit jantung adalah tinggi. Berdasarkan beberapa penelitian yang dijalankan, jumlah tidur sembilan hingga 12 jam sehari sangat tidak digalakkan kerana ia melebihi had waktu rehat yang sepatutnya.
3. Mudah lupa
Waktu tidur yang lebih dari lapan hingga sembilan jam sehari boleh meninggalkan kesan negatif ke atas tubuh badan. Pola tidur berlebihan boleh melambatkan fungsi sel otak sekali gus mengakibatkan masalah ingatan. Jika tidak ditangani segera, ia mungkin lebih membahayakan hingga mengundang risiko nyanyuk.
4. Kenaikan berat badan
Kadar metabolisme dalam badan berjalan sangat perlahan ketika anda sedang tidur. Disebabkan itulah bagi individu yang mengamalkan tidur berlebihan berisiko tinggi untuk mengalami obesiti sehingga 21 peratus berbanding mereka yang mendapatkan tidur secara normal.
Nota dari Utusan Malaysia
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan apa.. sebabnya, ada wanita yang boleh jadi merenyam dan kalaulah dia dapat baring dekat dada yang super itu, pasti dia terbuat dek mimpi!
Jadi apa caranya?
Untuk menyelesaikan masalah itu, Maskulin berkongsi beberapa steps workout dan diharap ia membantu kaum lelaki kelihatan lebih segak dan macho :
1. Chair Dips
Dalam misi mahu membentuk otot dada, latihan ini perlu dilakukan kerana ia begitu efektif untuk membentuk otot bahu dan tricep.
Ini kerana ketika tubuh anda berkerja, ketiga-tiga otot tersebut dengan sendirinya akan dilatih secara saksama dan pada akhirnya boleh membentuk postur tubuh anda.
Tahap pelaksanaan : Posisikan kedua tangan anda tepat pada kerusi dengan jarak selebar bahu.
Angkat badan atau tubuh anda dengan memfokuskan kepada otot dada, bahu, dan tricep secara saksama.
Lenturkan tubuh anda kearah belakang. Turunkan tubuh anda dengan perlahan ke bawah tetapi dengan posisi punggung anda kekal lurus. Kembali ke posisi awal lagi
2. Rotation Pushup
Di samping boleh membantu dalam membentuk otot dada, latihan ini juga baik untuk meningkatkan koordinasi dan keseimbangan tubuh anda.
Tahap pelaksanaan : Ambil posisi push up. Buka tangan kanan anda sampai tubuh mengiring ke kanan. Kembali kepada posisi semula. Ganti dengan tangan kiri.
3. Pull Up
Latihan ini tak hanya membentuk otot dada saja, tetapi pull up juga dapat melatih otot latissimus dorsi atau bahagian punggung ke bawah.
Tahap pelaksanaan : Genggam palang pull up selebar bahu. Gunakan cara pegangan overhand.
Pastikan tubuh anda bergantung dengan lengan lurus. Tarik tubuh anda ke atas sampai menyentuh palang. Turunkan kembali tubuh anda kepada posisi asal. Ulangi lagi.
4. Plyometric Push Up
Untuk anda yang sudah muak dengan latihan push up biasa, anda juga boleh mencuba latihan ini.
Di samping boleh membentuk otot dada, latihan ini juga boleh melatih otot tricep dalam satu gerakan sekaligus.
Tahap pelaksanaan : Ambil posisi push up. Tekan tubuh anda ke bawah. Angkat tubuh anda ke atas sampai kedua tangan terangkat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selalu bila kita bersukan pasti akan ada sahabat yang tercedera dan paling popular adalah kaki terseliuh. Ia mungkin disebabkan salah step dan tidak bermain secara betul. Namun ada cara yang lebih baik untuk pemulihan kaki terseliuh.
Apabila perkara sebegini berlaku kita pasti akan dinasihatkan untuk samada pergi berurut atau sapu minyak panas. Disebabkan itu, sebuah laman Facebook Public Health Malaysia telah berkongsi cara betul untuk pemulihan kaki terseliuh.
Tuam dengan ais batu selama 20 minit, kemudian berehat. Lakukan rutin ini setiap jam dalam tempoh 48 jam. Ia dapat mengurangkan radang dan kesakitan. Tetapi elakkan meletakkan ais secara berterusan, ia akan menggangu peredaran darah dan boleh akibatkan frostbite
3. Compress atau balut
Balut secara ringan dengan kain bandage yang elastik. Jangan terlalu ketat
4. Tinggikan kaki
Tinggikan bahagian yang tercedera dengan letakkan ditempat yang lebih tinggi seperti atas kerusi dan timbunan bantal.
Dapatkan pemeriksaan lanjut jika kesakitan semakin serius
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn. Bhd melancarkan Lucozade Sport™ varian berkarbonat dalam satu acara yang diadakan di Padang @ 1 Utama Petaling Jaya baru-baru ini.
Lucozade Sport™, jenama minuman sukan nombor satu di United Kingdom menawarkan produk berkarbonat bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna dengan perisa original dan lemon.
Ketua Bahagian Pemasaran Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd, Rodney Tan berkata, Lucozade Sport™ menawarkan rasa yang hebat dan menyegarkan untuk hidrasi yang pantas.
“Matlamat kami adalah sentiasa membekalkan pengguna dengan minuman isotonik yang membantu mereka sewaktu bersukan selain dari menghilangkan dahaga dengan cara yang lebih baik.
“Lucozade Sport™ varian berkarbonat ini dihasilkan dengan formula khas menerusi kajian mendalam sebelum diperkenalkan di Asia untuk kali pertama,” jelasnya yang turut memperkenalkan kempen baharu Lucozade Sport™, ‘Your Sport, Your Rules’.
Pelari marathon terpantas Malaysia 2016, Edan Syah, yang juga duta jenama turut hadir menjadi berkongsi pengalaman mengenai Hidrasi Lucozade Sport™.
“Dalam larian, ia adalah amat penting untuk kekal berhidrasi. Sebagai seorang pelari marathon, cara mengambil minuman mempengaruhi larian terutamanya untuk larian jarak jauh.
“Sebab itulah amat penting untuk pelari membuat pelan hidrasi dengan terancang, dan Lucozade Sport™ merupakan salah satu minuman yang menghilangkan dahaga.
“Tidak kira anda gemarkan isotonik biasa atau yang berkarbonat, sentiasa pastikan diri untuk kekal berhidrasi. Saya gembira dengan keputusan Lucozade Sport™ untuk membawa varian berkarbonat bagi menambah pilihan kepada pelari,” katanya.
Bersempena dengan pelancaran kempen ini, pasukan promosi Lucozade Sport™ akan menjelajah sekitar Lembah Klang untuk memperkenalkan varian berkarbonat ini. Selain itu, Lucozade Sport™ turut akan menjadi minuman isotonik rasmi Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2017 dimana ia akan membantu menghidrasi pelari-pelari sehingga ke garisan penamat.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.