Sememangnya tidur meniarap akan membuatkan anda rasa selesa, malah dapat membantu orang berdengkur tidur lebih senyap. Namun tanpa anda sedar, tidur meniarap boleh mendatangkan beberapa risiko lain.

Menurut penjelasan yang dipetik dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah terdapat hadis dari Nabi SAW mengenai larangan untuk tidur secara meniarap.

Ini sepertimana riwayat daripada Ya’ish daripada ayahnya, Tikhfah bin Qaysi al-Ghifari RA bahawa pada suatu hari ketika beliau sedang tidur di dalam masjid dalam keadaan meniarap, lalu ada seseorang yang menggerakkanku (membangunkanku) dengan mengunakan kaki lalu berkata:

إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ. قَالَ فَنَظَرْتُ فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم

Maksudnya: Sesungguhnya ini adalah cara tidur yang dimurkai Allah. Kemudian Tikhfah RA berkata: “Lalu aku melihat lelaki itu (yang membangunkanku) adalah Rasulullah SAW. – Riwayat Abu Daud (5040) & al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad (1187)

Dalam hadis dengan lafaz yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:

قُمْ وَاقْعُدْ فَإِنَّهَا نَوْمَةٌ جَهَنَّمِيَّةٌ

Maksudnya: Bangun dan duduk, sesungguhnya ini adalah cara tidurnya penghuni neraka. – Riwayat Ibn Majah (3725)

IKLAN

Menurut kajian saintifik pula, tidur meniarap boleh mengundang beberapa risiko terhadap kesihatan. Jika tidur meniarap ini dilakukan secara terus-menerus, dibimbangi ia boleh mendatangkan masalah yang lebih besar kepada kesihatan tubuh badan.

BACA: Tidur Dalam Keadaan Lampu Terbuka Meningkatkan Penambahan 5Kg Berat Badan – Kajian

1. Sakit belakang atau alami masalah pada tulang belakang

Jangan Buat Main, Kerap Tidur Meniarap Boleh Undang 5 Risiko Yang Bahayakan Kesihatan!

Kebanyakan orang yang tidur meniarap berisiko tinggi untuk mendapat sakit belakang dan leher. Menurut pakar, tidur meniarap akan meletakkan tekanan yang banyak pada bahagian belakang badan dan tulang belakang kerana berat badan seseorang tertumpu pada bahagian tengah tubuh. Oleh itu, agak sukar untuk tulang belakang berada pada posisinya dan kemungkinan teralih ketika tidur.

Tekanan pada tulang belakang juga akan melemahkan badan. Apabila keadaan tulang belakang terjejas, kesakitan itu akan berjangkit ke bahagian tubuh yang lain kerana tulang belakang merupakan saluran kepada sambungan saraf-saraf dalam badan seseorang. Antara simptom awalnya adalah seperti kebas-kebas.

IKLAN

2. Sakit leher

Jangan Buat Main, Kerap Tidur Meniarap Boleh Undang 5 Risiko Yang Bahayakan Kesihatan!

Tidur meniarap akan memaksa seseorang untuk memalingkan wajahnya agar boleh bernafas ketika sedang lena. Cara itu sebenarnya akan memberi tekanan kepada urat leher (seolah anda memulas tulang tengkuk) dan dalam masa sama, menjejaskan struktur tulang belakang.

Pada awalnya mungkin anda tidak akan rasa kesakitannya namun, hari demi hari jika terus dilakukan ia akan menyebabkan sakit leher yang kritikal. Jaga-jaga agar anda tidak diserang Herniated Disk.

Herniated Disk berlaku apabila lapisan kusyen tulang yang memelihara tulang daripada bergesel antara satu sama lain tersepit dan terkeluar daripada landasannya menyebabkan saraf terasa sakit disebabkan penolakan kusyen yang tersepit itu tadi.

BACA: Selain Banyak Kebaikan, Pakai Stoking Ketika Tidur Pun Penting Untuk Tenaga ‘Dalaman’ Lelaki!

IKLAN

3. Menjejaskan jantung dan kesihatan otak

Jangan Buat Main, Kerap Tidur Meniarap Boleh Undang 5 Risiko Yang Bahayakan Kesihatan!

Tidur meniarap juga boleh menjejaskan kesihatan jantung dan otak kerana oksigen kurang sampai kepada kedua-dua bahagian organ tersebut. Jadi anda boleh memilih untuk tidur secara mengiring selepas ini.

4. Kedutan pada wajah

Jangan Buat Main, Kerap Tidur Meniarap Boleh Undang 5 Risiko Yang Bahayakan Kesihatan!

Kekerapan tidur meniarap boleh menyebabkan masalah kedutan pada wajah, sekali gus menjadi punca wajah cepat melalui proses kedutan. Tidur dengan posisi berbaring boleh mengelakkan kulit wajah bersentuhan atau bertindih terlalu lama di atas bantal.

BACA: Kesan Buruk Tidur Menghadap Kipas Yang Boleh Bahayakan Diri. Memang Nikmat Tapi Awas!

5. Jerawat

Jangan Buat Main, Kerap Tidur Meniarap Boleh Undang 5 Risiko Yang Bahayakan Kesihatan!

Sarung bantal atau cadar tilam boleh memerangkap minyak dari kulit dan ini menyebabkan masalah jerawat. Sebaiknya, cuci cadar dan sarung bantal setiap minggu sekali. Anda akan rasa lebih selesa dan lebih mudah untuk tidur. Namun jika anda rasa yang ia agak sukar untuk anda mencucinya setiap minggu, elak daripada meletakkan kulit wajah anda bergeseran dengan sarung bantal yang boleh memerangkap banyak bakteria.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI