Dengan dunia digital yang semakin mengambil alih dunia manusia penggunaan password dalam kehiduoan seharian kita sememangnya merupakan satu keperluan asas.

Kita memang tidak akan dapat lari daripada menggunakan password. Dan dengan pelbagai ancaman jenayah siber yang semakin menggila pada hari ini ramai orang menggunakan pelbagai jenis password untuk memastikan akaun bank, laman media sosial dan pelbagai aplikasi berada dalam keadaan selamat.

Baru-baru ini heboh tentang sistem perbankan di sebuah bank ternama negara berdepan dengan ancaman jenayah siber. Keadaan beginilah yang membuatkan ramai orang semakin risau akan keselamatan sistem sekuriti akaun mereka.

Anda Mungkin Tak Percaya Dengan 25 Jenis Password Paling Top Digunakan Sepanjang 2018

IKLAN

BACA: Vivo Nex Dual Display Edition: Telefon Pintar Memiliki Skrin Depan & Belakang

Namun pada era kini wujud juga orang yang tidak mengambil berat dan kisah akan password mereka. Seperti yang dilaporkan oleh Gizmodo, mereka telah menyenaraikan 25 jenis password yang paling popular digunakan. Dan senarai ini merupakan password yang mempunyai ciri-ciri keselamatan paling lemah kerana ia sangat predictable!

IKLAN

Pesan kami kepada anda semua janganlah ambil mudah terhadap password yang digunakan. Carilah kombinasi yang sukar untuk diketahui oleh orang lain.

IKLAN

Jika password anda terdapat dalam senarai di bawah kami nasihatkan tukarlah segera ya!

  1. 123456
  2. password
  3. 123456789
  4. 12345678
  5. 12345
  6. 111111
  7. 1234567
  8. sunshine
  9. qwerty
  10. iloveyou
  11. princess
  12. admin
  13. welcome
  14. 666666
  15. abc123
  16. football
  17. 123123
  18. monkey
  19. 654321
  20. !@#$%^&*
  21. charlie
  22. aa123456
  23. donald
  24. password1
  25. qwerty123

Anda Mungkin Tak Percaya Dengan 25 Jenis Password Paling Top Digunakan Sepanjang 2018

Sedikit tips dari kami. Gunakan empat perkataan random yang anda biasa guna, gabungkan menjadi satu perkataan. Sebagai contoh; ‘saya suka makan durian’. Jadikannya sebagai ‘sayasukamakandurian’. Jangan jadikan satu isitlah atau susunan yang obvious dan senang untuk orang lain menekanya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI