
Perbuatan memicit jerawat adalah tidak digalakkan sama sekali. Ini kerana apabila isi jerawat tersebut meletup keluar, kulit anda akan berwarna kemerah-merahan.
Apatah lagi jika jerawat anda itu belum masak, selagi ditekan-tekan, kulit anda bukan sahaja menjadi merah, bengkak yang tidak sepatutnya pun akan kelihatan.
Cara mudah untuk menangani masalah ini adalah :
1. Jangan picit langsung
Biarkan jerawat anda masak dengan sendirinya. Jika anda menyental muka atau badan dengan kain lembut sewaktu mandi, ia akan pecah sendiri sekali gus bakteria juga terus dapat dibersihkan.
2. Guna krim jerawat
Anda boleh menggunakan krim jerawat terbaik mengandungi kandungan seperti benzoyl peroxide atau asid salicylic dan sapukan pada kulit wajah anda semalaman. Biarkan ia meresap ke dalam kulit.
Namun jika tangan anda tetap gatal untuk memicit jerawat di wajah itu juga, pastikan anda buat perkara ini :
1. Sebelum picit, cuci wajah anda terlebih dahulu. Kemudian lakukan rutin exfoliate dan sesudah itu, tekapkan wajah dengan kain yang hangat.
2. Jika ingin memicit keluar blackhead pada wajah, gunakan tisu dan jika ianya sejenis bintik putih, sebaiknya gunakan lancet dan cucuk dengan berhati-hati pada bahagian tengah jerawat tersebut.
3. Jika ia sejenis jerawat merah yang tidak punya isi (cecair putih), seeloknya jangan picitnya beriya-iya. Sapukan krim untuk masakkannya agar kotoran pada bintik jerawat merah itu dapat dikeluarkan lebih cepat.
4. Lepas picit jerawat, cuci wajah dengan bersih dan kemudiannya, sapukan toner. Toner berfungsi untuk membersihkan lagi kulit wajah di samping meredakan kulit kemerah-merahan.
5. Letak ais pada kawasan berjerawat yang baru dipicit. Teknik ini boleh meredakan kawasan wajah yang bengkak.
6. Jangan sentuh kulit wajah anda dengan tangan. Kadang-kala, tangan yang tidak bersih seperti kuku yang kotor boleh mengakibatkan bakteria merebak.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Petua Rambut Lebat, Hitam & Sihat Dengan 7 Jenis Makanan Sihat

Jika wanita menganggap rambut mereka sebagai mahkota, lelaki juga apa kurangnya. Lihat sahaja di pasaran sekarang pelbagai jenis produk penjagaan rambut boleh didapati.
Ini sekali gus menunjukkan kaum lelaki kini sangat mengambil berat tentang kesihatan rambut mereka.
Selain wajah, rambut merupakan antara visual diri yang pertama akan dilihat oleh orang lain terutamanya wanita. Dan persepsi daripada pandangan pertama itu sangat penting.

Selain menggunakan pelbagai jenis produk dan juga supplement anda sebenarnya harus menjaga pemakanan seharian untuk mendapatkan rambut yang lebih sihat.
Dengan makan makanan yang kaya dengan nutrien yang terbukti secara saintifik untuk membantu rambut anda, ia boleh mengembalikan sinaran dan kelebatan rambut anda. Berikut adalah makanan yang boleh anda nikmati untuk rambut.
Jadi apakah makanan yang terbaik untuk rambut?
Almond Butter

Mentega badam mengandungi pelbagai nutrien, termasuk protein, lemak sihat, dan vitamin tertentu, yang semuanya dikaitkan dengan kesihatan rambut. Ia mengandungi vitamin E yang terbukti memberi kesihatan pada rambut anda menurut kajian. Satu kajian telah dibuat terhadap seorang lelaki yang memakan almond butter selama lapan bulan mendapati peningkatan pertumbuhan rambut sebanyak 42 peratus. Hanya satu sudu kacang badam yang menyediakan hampir dua pertiga daripada RDA untuk vitamin E.
Tangerines

Mempunyai kandungan vitamin C menjadikan ia lebih mudah menyerap zat besi seperti bayam. Vitamin B12 dalam buah limau kecil ini juga menggalakkan pertumbuhan rambut, mengurangkan keguguran dan melambatkan proses uban. Sebab itu orang cina rambutnya cantik-cantik.
BACA: Lelaki Pun Ada Risiko Kanser Payudara!
Bayam
Dalam sesetengah kes (terutamanya di kalangan wanita), kekurangan mineral adalah penyebab keguguran rambut. Menurut Dr. Carolyn Jacob ahli dermatologi dari Eat This Not That, bayam penting untuk memastikan anda tidak mempunyai kekurangan sesuatu dalam diet anda yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Dia juga memastikan tahap protein, besi, vitamin D anda tidak mempunyai kekurangan. Bayam kaya dengan zat besi dan mengandungi sebum, yang bertindak sebagai perapi semula jadi untuk rambut. Hijau daun juga menyediakan asid omega-3, magnesium, kalium, kalsium dan besi. Semua membantu menjaga rambut berkilau, berkilat dan yang paling penting, tidak kering! Bayam merupakan salah satu daripada 8 Superfoods yang Harus Makan Setiap Hari!
Geek yogurt

Anda selalu tengok patung-patung Yunani berdiri megah dengan rambut lebat bukan? Rambut yang tebal, penuh, rambut berombak. Mungkin menjadi pilihan artistik? Tetapi mungkin ia disebabkan oleh yoghurt pekat dan kaya protein yang golongan ini telah makan sejak 500 B.C. Siapa tahu kan? Haha. Geek Yogurt kaya dengan vitamin B5 (dikenali sebagai asid pantothenic), yang membantu aliran darah ke kulit kepala dan pertumbuhan rambut anda.
Kayu Manis

Baunya sahaja cukup memikat. Ia bukan saja untuk anda yang ingin memasak, malah ia membawa oksigen dan nutrien ke folikel rambut anda. Taburkan rempah ini pada roti bakar anda dan kopi anda, atau taburkannya di atas oat anda. Sedap pun sedap juga.
Jambu

Vitamin C menghalang rambut daripada menjadi rapuh dan pecah. Dalam yang diterbitkan dalam Jurnal Klinikal dan Estetik Dermatologi, penyelidik menguji suplemen oral yang mengandung vitamin C pada wanita dengan rambut menipis. Mereka mendapati peningkatan pertumbuhan rambut yang signifikan pada wanita dengan penipisan rambut berifat sementara apabila wanita itu makan jambu secara harian. Walaupun ada yang mengatakan buah oren sebagai sumber terbaik vitamin C, satu biji jambu merupakan empat hingga lima kali ganda lebih banyak berbanding babuah oren.
Telur

Pernah ke telur tidak memberi impak terhadap anda? Telur kaya dengan vitamin B dipanggil biotin, yang membantu rambut tumbuh dan menguatkan hujung rambut yang rapuh. Tidak cukup vitamin ini boleh menyebabkan keguguran rambut. Sumber biotin lain yang baik, badam, avokado dan ikan salmon.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bau Minyak Wangi Kekal Lebih Lama Dengan 10 Cara Semburan Ini

Tentu anda stres bila minyak wangi yang disembur pada waktu pagi semakin hilang menjelangnya tengah hari. Sebenarnya ada cara nak pastikan bau minyak wangi kekal lama.
Ramai yang suka pakai minyak wangi. Selain boleh menyerlahkan penampilan, memakai minyak wangi juga boleh meningkatkan keyakinan diri.
Jadi amat penting untuk melakukan semburan yang baik.
Ini 10 tipnya.
Sapu Vaseline pada nadi
Tip berkesan agar bau minyak wangi bertahan lama ialah dengan menyapu sedikit Vaseline terlebih dahulu pada nadi sebelum anda memakai minyak wangi.
Semburan di dada
Semburan di bahagian ini membuatkan bau minyak wangi kekal lama kerana kawasan ini tidak memerlukan pergerakan yang banyak. Malah perpeluhan di kawasan ini juga akan meningkatkan lagi bau minyak wangi yang anda pakai.

Pakai losen atau pelembap dahulu
Kajian menunjukkan bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak berbanding kulit kering. Jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan losen atau pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum anda menyembur minyak wangi.
Pakai selepas mandi & sebelum pakai baju
Kelembapan pada kulit anda akan membantu mengekalkan bau minyak wangi. Jadi pakailah minyak wangi selepas mandi dan sebelum anda memakai pakaian. Cara ini juga akan menghalang bau minyak wangi dari mengotori pakaian atau aksesori anda.
Elak simpan di tempat panas
Haba, cahaya dan kelembapan boleh memecahkan molekul pada minyak wangi dan mengurangkan kualiti baunya. Langkah sebaiknya anda simpan minyak wangi di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari tingkap.

Elak gosok selepas sembur
Elak menggosok minyak wangi dengan tangan kerana perbuatan ini boleh merosakkan molekul wangian tersebut dan menyebabkan baunya jadi berbeza. Cara yang baik, semburkan minyak wangi pada jarak 4-6 inci dari kawasan sasaran.
Elak sembur pada sesuatu kawasan itu dengan semburan yang lama atau panjang. Cukup hanya semburan ringan kerana ia akan menyebarkan bau yang sama rata pada tubuh anda.
Sembur pada sikat rambut
Jangan sembur minyak wangi pada rambut kerana kandungan alkoholnya boleh membuatkan rambut jadi kering. Sebaiknya, semburkan minyak wangi pada sikat dahulu sebelum anda menyikat rambut.
Sembur di kulit yang panas
Minyak wangi berkesan kepada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Selain di bahagian dada, anda juga boleh menyembur minyak wangi di belakang telinga, nadi pada sendi tangan, siku, celah paha, belakang lutut dan pergelangan kaki untuk mengekalkan bau minyak wangi.
Jangan bazirkan titisan akhir
Langkah berjimat, anda boleh campurkan titisan akhir minyak wangi ke dalam losen badan anda. Ini akan membuatkan losen anda sentiasa wangi.
Elak goncang botol minyak wangi
Jangan goncang botol minyak wangi kerana cara ini akan membuatkan udara mudah masuk dan mengurangkan kualiti bauannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tip Jaga Rambut Panjang Dengan Betul, Agar Tak Kering & Bercabang

Beruntunglah anda lelaki yang memiliki rambut panjang kerana sentiasa berjaya mencuri perhatian ramai! Namun apa gunanya jika sekadar berambut panjang tetapi tidak tahu cara yang betul untuk menjaganya.
Jika anda mengabaikan cara penjagaan rambut, kelak anda akan berdepan dengan pelbagai masalah rambut.

Jadi pastikan anda sentiasa peka dengan tip-tip penjagaan rambut agar sentiasa kemas, bersih, sihat dan dijaga dengan baik.
Alert perkara ini kalau nak simpan rambut yang panjang
BIAR SESUAI
Sebelum nak menyimpan rambut, tanya diri sendiri dahulu sama ada ia sesuai ataupun tidak untuk anda. Tidak semua orang sesuai untuk membela rambut yang panjang. Selain gaya, anda juga perlu memikirkan tentang kerjaya anda. Ada sesetengah kerjaya tidak membenarkan anda berambut panjang.
KEKERAPAN SYAMPU
Jangan syampu rambut anda setiap hari. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi semakin kering, merosakkan folikel rambut dan mengganggu pertumbuhan rambut yang sihat.
Penggunaan syampu dengan bahan sulfat yang tinggi juga perlu dielakkan kerana ia boleh menghilangkan minyak semula jadi yang ada di kulit kepala dan membuatkan rambut anda lebih bermasalah.
DIET BERNUTRISI
Pengambilan makanan yang berzat boleh membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat sekali gus memelihara rambut.
Amalkan pemakanan dengan kandungan zat protein, vitamin C dan biotin yang boleh membantu pertumbuhan rambut dengan baik. Ambillah buah-buahan, daging, sayur-sayuran, ikan, kekacang, tauhu dan sebagainya yang boleh membantu dalam menggalakkan pertumbuhan rambut.
WAJIB GUNA PERAPI
Jika anda miliki rambut yang panjang, menjadi kemestian untuk anda menggunakan perapi rambut agar mudah untuk diuruskan.
Kandungan perapi rambut ini penting kerana ia dapat membantu menjaga hujung rambut agar tidak kusut dan bercabang. Selain itu perapi juga bolehmenjadi pengganti minyak semula jadi untuk melembapkan rambut.
CARA KERINGKAN RAMBUT
Selesai sahaja mencuci rambut, lapkan lebihan air yang membasahi rambut anda secara perlahan menggunakan tuala kering.
Kemudian biarkan rambut anda kering dengan sendiri. Jangan gosok rambut anda dengan kuat kerana ia boleh menyebabkan rambut rosak, mudah patah dan kusut.

TRIM DARI SEMASA KE SEMASA
Trim atau buang hujung rambut yang rosak dan bercabang merupakan cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan rambut. Tidak semestinya perlu ke salun kerana anda boleh mengguntingnya sendiri. Memotong hujung rambut secara teratur akan membantu pertumbuhan rambut menjadi lebih baik.
VITAMIN RAMBUT
Rambut panjang lebih berisiko besar mengalami masalah rambut kusam dan rapuh. Untuk menjaganya agar akar rambut tetap kuat dan sihat, gunakan vitamin rambut agar nutrisinya tetap terjaga.
Vitamin ini boleh anda ambil sama ada dalam bentuk suplemen yang diminum, dioles pada rambut ataupun menggunakan minyak semula jadi seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.
MINUM AIR MENCUKUPI
Sama seperti kulit pada tubuh badan, kulit kepala juga boleh mengalami kekeringan. Jadi minumlah air dalam anggaran satu setengah liter hingga dua liter sehari. Selain untuk keperluan tubuh badan, air juga diperlukan untuk pertumbuhan rambut yang sihat.

JANGAN IKAT KUAT
Masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat akar rambut yang tertarik boleh berlaku ketika anda mengikat rambut dengan getah yang kuat. Akhirnya rambut akan mengalami keguguran yang banyak sehingga lama-kelamaan menjadi nipis dan botak.
LAKUKAN SENAMAN KARDIO
Oksigen berfungsi dalam membantu sel berkembang dan membuatkan tubuh badan lebih sihat. Senaman kardio seperti berlari, berjoging, berbasikal dan sebagainya dapat membantu menjadikan pertumbuhan rambut lebih sihat.
BACA: Lima Hero Pakistan Selamatkan Mangsa Kebakaran Gas Dirai & Diberikan Penghargaan Istimewa
TIDUR SECUKUPNYA
Keperluan tidur yang secukupnya juga boleh mempengaruhi kesihatan rambut. Ketika tidur, tubuh badan mengalami proses perbaikan secara semula jadi.
Tidur yang teratur anggaran tujuh hingga lapan jam sehari boleh membuatkan sel kulit kepala anda menjadi lebih aktif. Selain itu, tidur juga dapat meningkatkan pengedaran darah di sekitar folikel rambut sehingga membantu rambut anda tumbuh lebih lebat dan sihat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

