Jenama fesyen mewah Jerman, MCM memperkenalkan wangian lelaki pertamanya, MCM ONYX Eau de Parfum. Sinonim dengan batu permata yang berkuasa, MCM ONYX memberi inspirasi kepada tenaga, pemerkasaan dan kekuatan.
Diilhamkan oleh beg galas Stark ikonik jenama itu, MCM ONYX membayangkan semula reka bentuk botol wangian yang memenangi anugerah MCM asal dalam warna moden namun halus, disalut dengan Visetos hitam dan kelabu gelap yang digandingkan dengan aksen gunmetal.
Presiden MCM, Sabine Brunner berkata, “Reka bentuk ini adalah teras kepada DNA MCM, melambangkan semangat bebas mengembara. Kami teruja dengan wangian baharu ini yang membawa puak nomad digital abad ke-21 kami dalam perjalanan yang melampaui daripada ramuan kepada sentimen, wangian kepada perasaan dan nota kepada emosi”.
Ads
Bau MCM ONYX muncul dengan aroma halia segar dan rempah ratus, gabungan yang menarik namun individualistik dengan nota yang sedikit bersahaja tetapi halus. Dasarnya, lavender aromatik, mengaburkan sempadan antara segar dan bungaan. Nota woody ONYX meninggalkan jejak kehangatan pijar yang berbeza dengan mineraliti tahan lama.
Masa Depan Wangian Yang Lebih Mampan
Formula vegan MCM ONYX diperbuat daripada lebih 79% bahan terbiodegradasi dan lebih 89% daripada ramuannya dicipta menggunakan prinsip kimia hijau, kedua-duanya adalah kunci untuk masa depan wangian yang lebih mampan. Lebih 72% daripada bahan-bahan Naturals Together™ yang diperoleh secara mampan memberi kesan sosial yang positif kepada komuniti tempatan di seluruh dunia. Bahan-bahan utama termasuk:
Ads
Halia: Dipetik sendiri oleh petani bebas di Nigeria antara Oktober dan November, halia segar kemudian diangkut ke koperasi tempatan yang memotong, mencuci dan menyimpan sejuk untuk pemuliharaan. Hasilnya ialah bau halia yang kuat yang berbeza daripada yang lain, memberikan daya tarikan semula jadi kepada wangian itu.
Lavender: Dengan kerjasama rakan kongsi di Provence, Perancis, program kepelbagaian telah dibangunkan untuk memastikan pendapatan yang lebih tinggi dan lebih tetap untuk petani tempatan di kawasan di mana mereka memetik lavender sejurus sebelum ia mekar, pada tahap yang paling harum untuk mencapai haruman seimbang yang segar dan beraroma dengan aroma yang hangat.
Ads
Clearwood®: Versi lembut dan bersih bagi profil nilam yang dihasilkan daripada tebu melalui bioteknologi, Clearwood® memberikan semua ganjaran reka bentuk ramuan moden: ia dibuat dengan 100% karbon boleh diperbaharui dan mudah terbiodegradasi.
Terdapat tiga saiz yang tersedia untuk pembelian. MCM ONYX berharga RM 467 untuk 75ml, RM 384 untuk 50ml dan RM 300 untuk 30ml di semua Butik MCM serta kedai runcit seperti Sogo, Isetan, Aeon, Parkson, dan Sasa.
Jika perempuan takut pada jerawat, lelaki pula takut pada situasi ‘botak tenggah’. Perkara ini boleh berlaku atas beberapa sebab antaranya seperti genetik daripada bapa, kurang penjagaan kulit kepala dan mungkin juga tekanan hidup.
Selain berjumpa dengan pakar rambut atau mencuba cara saintifik, tak salah jika anda cuba lakukan cara alami pula.
Di sini merupakan beberapa cara untuk kembalikan rambut yang lebat buat kaum lelaki.
1. Santan kelapa
Orang dulu-dulu sering menggunakan santan kelapa sebagai masker rambut untuk melebatkan rambut. Caranya mudah sahaja ambil setengah cawan santan kelapa (yang pekat) dan lumurkan ke seluruh bahagian kepala, lalu urut perlahan di kulit kepala. Balut dengan shower cap atau tuala dan biarkan selama satu jam. Bilas dengan air bersih dan amalkan setiap minggu selama sebulan.
2. Telur
Telur mempunyai sumber protein semula jadi dan tinggi dengan sulfur. Lumurkan kuning telur pada bahagian rambut dan kulit kepala. Kemudian, bilas dengan air sejuk.
3. Teh Hijau
Teh hijau bukan sahaja bagus untuk orang diet, tetapi ia juga bagus untuk mengembalikan rambut yang lebat buat lelaki. Ini kerana ia mengandungi anti-oksida yang boleh mengatasi masalah keguguran rambut. Caranya mudah sahaja, renehkan 2 uncang teh hijau ke dalam satu cawan. Biarkan sehingga sejuk dan sapukan air tersebut ke permukaan kulit kepala. Biarkan selama satu jam dan bilas dengan air bersih.
4. Yogurt
Beli yorgut di kedai dan sapukan ke seluruh kepala dan rambut. Balut dengan tuala selama beberapa minit dan kemudian, bilas dengan air sejuk. Cara ini bukan sahaja bagus untuk melembutkan rambut, malah ia juga bagus untuk pertumbuhan anak rambut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda tak perlu gelabah kalau jerawat muncul kerana acne patch ada penyelesaiannya. Ia dikatakan berkesan untuk memulih dan mengecutkan jerawat baru yang muncul di sekitar wajah.
Penggunaan acne patch ini secara tidak langsung dapat memelihara jerawat daripada menyebabkan iritasi dan kemerahan pada kulit. Penggunaannya mudah! Anda hanya perlu tampal acne patch ini sebelum tidur dan keesokan harinya jerawat anda sudah mengecut dan hilang.
Kalau anda sedang berdepan dengan masalah jerawat, ini ada 5 pilihan acne patch yang anda boleh cuba.
1. Miacare Acne Patch
Jika anda mencari acne patch yang multi-tasking di mana ia boleh bekerja pada waktu siang dan malam, maka jenama Miacare ini sesuai untuk anda! Ia didatangkan dengan dua pilihan iaiti siang dan malam. Saiz acne patch untuk kegunaan malam agak tebal berbanding acne patch untuk kegunaan siang bagi membolehkan penyerapan yang maksimum. Anda tidak perlu segan untuk memakainya kerana rekaan jenama ini sangat nipis.
2. Watsons Acne Patch
Watsons Acne Patch ini sesuai digunakan oleh anda yang miliki kulit alah terutamanya alah pada krim jerawat yang agak keras. Acne patch ini akan menyerap minyak dan melindungi jerawat daripada kekotoran dan menjangkiti kulit lain. Ia tersedia dalam semi-lutsinar bersaiz 0.04cm dan sangat nipis untuk menutup jerawat dengan sempurna. Ia juga kalis air dan sangat selesa untuk digunakan.
3. OXY Anti-Bakterial Acne Patch
Ada banyak pilihan di farmasi tapi jenama dari OXY ini juga tak kurang hebatnya. Kenapa? OXY Acne Patch hadir dengan formula anti-bakteria yang terbukti berkesan menghalang bakteria jerawat. Ia dapat memberi perlindungan maksima selama 8 jam, menyerap minyak dan nanah di dalam jerawat serta meningkatkan pemulihan jerawat. Acne patch ini super nipis dengan ketebalan hanya 0.3cm dan berwarna lutsinar seakan-akan warna kulit. Ini menjadikannya tidak begitu ketara apabila ditampal pada kulit wajah
4. Cosrx Acne Pimple Master Patch
Acne patch ini menjadi antara pilihan kebanyakan K-Beauty. Ia berkesan mengecut dan meratakan jerawat serta menipiskan jerawat bernanah dengan lebih cepat. Dalam satu pek tersedia 24 keping dengan tiga saiz berbeza iaitu 12 mm, 10 mm, dan 7 mm. Selain melindungi kawasan kulit yang berjerawat, produk ini juga tahan lasak dan selesa dipakai walaupun ketika mandi.
5. Purederm
Bukan acne patch biasa. Jenama Purederm ini mampu mengawal kemerahan dan bengkak jerawat yang berada di peringkat awal. Disuntik dengan asid salistik – digunakan sebagai bahan utama dalam produk anti-jerawat.
Kesemuanya boleh didapati di drugstores. Cuba lihat keberkesannya apabila anda menggunakannya. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan hanya wanita, lelaki juga pastinya berangan-angan nak miliki kulit wajah yang bebas jerawat dan licin bak putih telur. Tentu pelbagai cara telah anda cuba. Apa kata anda buat sendiri gel timun seperti yang dikongsikan lelaki bernama Nauf Safuan ini.
Bukan hanya miliki kulit wajah licin bak putih putih, gel timun ini juga boleh mengecutkan jerawat. Bahan yang digunakannya juga murah dan mudah untuk didapati.
Jom kita tengok cara membuatnya.
GEL TIMUN UNTUK DPT KULIT MACAM PUTIH TELUR
Gel timun ni sangat sesuai untuk dapatkan kulit kilat kilat macam ni sebelum raya. Kalau ada jerawat yang berleluasa kat muka tu pon boleh cuba pakai gel timun ni. Dan paling best. Gel timun ni boleh elak dari En J terus merebak. Pakai sebelah malam. Esok bangun pagi inshAllah En J akan segera kecut. Best kan?
Untuk yang ada masalah pori besar pun di galakkan untuk pakai gel timun ni. Sat ja pori akan mengecut dengan pemakaian secara konsisten.
Bahan-bahan:
1/2 biji timun
Aloe vera beli kat Watson @ Quardian
Penyagat
Cara penyediaan:
1. Sagat timun tu bagi habis. Kemudian asingkan air timun tu dengan hampas timun.
2. Amik air timun, campur dengan aloe vera.
3. Masukkan dalam bekas. Simpan dalam peti ais sebelum guna. Gel timun ni boleh bertahan 2 minggu kalau simpan dalam peti.
4. Pakai sekali pagi dan sekali sebelah malam sebelum tidur. Lepas ni tak payah risau muka tak flowless lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.