Apabila menyebut tentang mesin pencukur mungkin rata-rata di antara kita akan terus membayangkan kegunaannya untuk rambut di kepala. Tapi pernahkah anda terfikir dan tertanya tentang kewujudan mesin pencukur yang lebih kurang sama untuk kegunaan di bahagian sulit lelaki?
Ya, produk seperti ini sebenarnya telah wujud di Malaysia. Lebih membanggakan ia merupakan produk hasil dari anak jati kita sendiri. Jarred Chuah, CEO dan Pengarah Bahagian Perkembangan Syarikat menampilkan Nateskin, produk mesin pencukur dan alat kemas bahagian sulit lelaki.
MASKULIN berkesempatan menemubual usahawan muda ini untuk mengetahui apakah inspirasinya untuk membangunkan produk yang mungkin dianggap tabu oleh sesetengah pihak.
Ikuti temubual MASKULIN bersama Jarred Chuah di bawah;
Pertama sekali boleh kongsikan dari mana datangnya idea untuk anda memulakan jenama dan produk Nateskin?
Semasa Malaysia menghadapi pandemik dan PKP, saya bermastautin dan bekerja di Australia bersama pasangan, Rebecca. Sejurus selepas kerajaan Australia menamatkan arahan kawalan pergerakan, kami terus rancang untuk bercuti.
Inspirasi ini bermula apabila saya ternampak satu iklan di lapangan terbang Melbourne yang agak unik kerana kata slogan yang digunakan masih terngiang-ngiang bermain di dalam fikiran saya hingga ke hari ini iaitu “Make your PP look bigger with this PP laser”. Iklan tersebut adalah iklan untuk produk mesin cukur dan alat kemas bahagian sulit lelaki.
Di situlah bermulanya idea untuk memulakan Nateskin, yang berazam untuk memberikan solusi kepada maskulin Malaysia yang ingin membeli produk mesin cukur dan alat kemas diri yang boleh digunakan di rumah untuk menambah keyakinan diri sendiri.
Adakah anda melakukan tinjauan terlebih dahulu sebelum memajukan atau menghasilkan produk Nateskin?
Sebelum kami mengeluarkan produk kami yang pertama, kami lakukan tinjauan pasaran alat cukur dan kemasan bahagian sulit lelaki yang ada di Malaysia. Kami mendapati banyak produk yang di luar sana menggunakan jenis pisau besi untuk alat cukur mereka. Malah, saya mendapati bahawa risiko kecederaan adalah lebih tinggi dengan jenis pisau besi di kalangan pengguna.
Jadi, saya terus buat kajian tentang jenis bahan yang lain untuk menggantikan bahagian tersebut. Kami mendapati jenis bahan seramik adalah pilihan yang terbaik bagi menggantikan besi untuk produk kami kerana bahan tersebut bukan sahaja dapat mengurangkan risiko kecederaan, malah adalah alternatif yang paling selamat dan efektif untuk digunakan.
Ads
Bagaimana anda meyakinkan diri sendiri dan mungkin rakan niaga untuk merealisasikan idea penghasilan produk Nateskin?
Berdasarkan kajian awal dan survey kami terhadap pasaran lokal dan persepsi masyarakat umum, ramai yang berpendapat bahawa mereka sedar tentang masalah pertumbuhan bulu dan mahukan solusi dan keputusan yang sama tetapi masih kurang pasti dengan tindakan yang harus diambil untuk menangani masalah tersebut.
Bagi sesetengah responden yang sudah mengenal pasti cara yang terbaik untuk menangani masalah tersebut, mereka tidak selesa dan malu untuk melanggani servis seperti waxing dan laser kerana ia melibatkan orang lain.
Kekurangan inisiatif terhadap masalah yang disebut di dalam pasaran lokal Malaysia dan Singapura ditambahkan pula dengan fakta bahawa beberapa jenama dan syarikat telah berjaya membuka haluan dalam bidang yang sama di Amerika Syarikat dan UK, ia menjadikan pilihan yang jelas untuk melancarkan Nateskin di pasaran yang masih belum diteroka terutama sekali di Asia Tenggara.
Penjagaan bahagian sulit lelaki merupakan satu perkara yang cukup ‘taboo’ terutamanya di kalangan masyarakat Timur seperti Malaysia. Apakah pendekatan pemasaran yang anda lakukan bagi mempromosikan produk ini?
Saya setuju dengan pernyataan yang diberikan di dalam solan. Ya, topik tentang pengemasan diri lelaki di kalangan masyarakat Malaysia seumpama tiada bunyi dan sensitif untuk dibincangkan.
Ads
Di situ datangnya Nateskin, kerana walaupun matlamat utama kami adalah untuk menyediakan alternatif untuk lelaki Malaysia mengemaskan bahagian sulit mereka dengan selesa, kami juga bermatlamat untuk menjadikan topik perbincangan ini lebih mudah untuk dibincangkan secara umum di kalangan masyarakat.
Bagaimana? Nateskin menggunakan pendekatan dengan pengguna melalui lawak dan jenaka dalam semua aspek dari pemasaran, pembungkusan hingga copywriting. Contoh seperti lampiran yang diberi dibawah, gambar tersebut adalah sedikit sebanyak gambaran teknik pendekatan kami untuk membuatkan topik yang sensitif ini lebih mudah dibincangkan di kalangan masyarakat umum.
Seperti yang dilihat dibawah, ada frasa yang kelakar dan unik seperti, “Avatar: The Last Hairbender” yang pasti akan buat pengguna tertawa sebaik sahaja mereka membaca manual pengguna kami. Mesej utama kami dari sini adalah supaya pengguna rasa lebih yakin dan selasa untuk membincangkan topik ini dan setiap kali mereka buat sedemikian, mereka akan terus ingat Noteskin.
Apakah perbezaan utama Nateskin berbanding produk mesin pencukur yang lain?
Keselamatan pengguna telah menjadi keutamaan di Nateskin. Seperti yang dibincangkan di atas, alat mesin cukur kami menggunakan seramik sebagai bilah pisau berbanding besi tahan karat yang digunakan secara menyeluruh oleh jenama-jenama yang ada di pasaran di luar sana.
Kenapa seramik? Kerana seramik jauh lebih kukuh, tajam dan efektif malah lebih selamat digunakan untuk bahagian yang sensitif seperti alat sulit. Jadi, ini dapat mengurangkan kadar kecederaan dan luka yang tidak diingini apatah lagi di bahagian tersebut.
Ads
Selain itu, Nateskin juga menggunakan teknik pendekatan pengguna yang unik melalui sedikit lawak jenaka yang memberi laluan kepada Nateskin untuk berinteraksi dengan pengguna dan masyarakat dengan cara yang sangat unik tapi ramah!
Boleh kongsikan bagaimana sambutan tempatan dan apakah perancangan masa hadapan Nateskin?
Setakat tahun 2023, sebanyak 8,000 unit Nateskin Bush Trimmer dengan angka pendapatan daripada hasil jualan sebanyak RM500k sebulan. Daripada jumlah tersebut, 60% adalah dari Malaysia. Kebanyakan pengguna kami adalah daripada umur 25 ke 40 tahun dan kami mempunyai jumlah permintaan yang stabil daripada kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Walaupun kami masih belum mengetahui mengapa permintaan lebih tinggi daripada empat bidang ini, tetapi kami berharap dapat mengumpul lebih banyak data dan maklum balas daripada pengguna kami.
Ia bagi memahami dengan lebih lanjut bagaimana kami dapat menyesuaikan dengan misi syarikat untuk menjadikan Nateskin sebagai penyelesaian untuk digunakan bagi tujuan kemasan bahagian sulit di samping misi untuk memberi platform perbahasan topik yang sensitif di kawasan lain.
Apakah maksud tersirat yang ada pada nama Nateskin?
Semasa zaman PKP, pengalaman orang lain terhadap isu pengemasan diri juga serupa dengan pengamalan saya. Saya rasa diri dan rupa saya tidak terurus kerana servis yang saya kerap gunakan tidak beroperasi disebabkan arahan kawalan pergerakan. Apatah lagi, arahan tersebut berkuatkuasa berbulan lamanya.
Jadi saya pun mula mencari solusi sendiri untuk tujuan kemasan diri. Saya cuba mengunakan alat mesin cukur di rumah tetapi pengalaman tersebut tidak seindah khabar kerana saya terluka secara tidak sengaja. Pengalaman ini juga mendorong saya untuk menerajui Nateskin. Jadi daripada saya gunakan Jaredskin sebagai nama jenama ini, saya gunakan Nateskin. Perkataan ‘Nate’ di dalam Nateskin mempunyai maksud dan isitillah punggung atau dalam Bahasa Inggeris, buttock dan rump. Menarik tak?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan hanya wanita, lelaki juga berdepan dengan pelbagai masalah rambut yang boleh mengurangkan keyakinan diri.
Memandangkan rambut merupakan aset nombor satu lelaki, pastinya anda ingin memastikan rambut kekal sihat dan bebas daripada sebarang masalah yang boleh merosakkan imej.
Selain keturunan, faktor pemakanan, stres, penyakit, ubat-ubatan dan gaya hidup juga boleh mempengaruhi kesihatan rambut.
Kini, semakin ramai lelaki muda terutamanya di awal usia 20-an sudah mula mengalami kehilangan rambut. Jika tidak dirawat segera, rambut anda akan menjadi teruk dan akhirnya botak.
Jadi, jangan ambil mudah dengan masalah-masalah rambut yang menghantui kaum lelaki ini.
Siapa yang tidak bimbang jika rambut semakin menipis sehingga menampakkan kulit kepala? Bimbang rambut semakin jarang dan akhirnya botak. Rambut menipis dan jarang jika tidak dirawat boleh menyebabkan helaian rambut menjadi lemah dan gugur.
Sebenarnya normal bagi setiap orang mengalami rambut gugur antara 100 hingga 150 helai sehari kerana ia merupakan kitaran semula jadi di dalam tubuh. Namun jika rambut anda gugur terlalu banyak sehingga segenggam, beri perhatian untuk mendapatkan bantuan segera daripada pakar yang bertauliah.
Jika dahulu imej botak sinonim dengan lelaki berusia, namun kini semakin ramai yang berimej botak bukan kerana fesyen semata-mata sebaliknya kerana berdepan dengan masalah rambut. Tidak dinafikan bukan semua lelaki serasi dengan imej botak. Ada yang sesuai, tak kurang juga yang nampak serba tak kena dengan imej sebegitu.
Masalah botak pada lelaki kebanyakannya disebabkan oleh faktor hormon yang disebut dihydrotestosterone (DHT) dan pengaliran darah yang kurang baik di kulit kepala. Apabila rambut baharu tidak dapat dihasilkan dan folikel rambut mati disebabkan kurang nutrisi, maka anda akan kehilangan rambut secara kekal.
3. Beruban di usia muda
Rambut beruban sebelum sampai waktunya tentu sahaja membimbangkan kaum lelaki kerana ia akan membuatkan anda rasa rendah diri. Apatah lagi jika usia anda baru sahaja mencecah 30-an tapi rambut sudah putih dan kelihatan tua.
Rambut berubah menjadi putih disebabkan oleh tahap melanin yang rendah dalam folikel rambut. Melanin merupakan sejenis pigmen yang akan memberikan warna pada rambut dan kulit. Jadi semakin kita bertambah usia, penghasilan melanin akan menjadi kurang dan akhirnya rambut mula berubah warna ke putih.
Kelemumur juga antara masalah yang turut membimbangkan kaum lelaki. Berbeza dengan wanita, kelemumur pada lelaki lebih mudah terjadi dan kelihatan di bahagian bahu. Kelemumur adalah keadaan radang yang kronik pada kulit kepala sehingga menyebabkan kulit mengelupas terutama pada bahagian kulit kepala yang paling berminyak.
Apabila kulit terkopek, kelemumur akan kelihatan. Ia disebabkan jangkitan kulat pada kulit kepala yang berpunca daripada pertumbuhan yis yang biasa ada pada kulit. Apabila terdapat radang pada kulit kepala, yis berkenaan akan berkembang sehingga berlakunya dermatitis seborea.
5. Rambut rapuh dan kering
Rambut boleh rapuh mungkin disebabkan oleh kerosakan akibat penggunaan produk penjagaan atau proses bahan kimia ketika anda meluruskan, mewarna atau mengeritingkan rambut. Selain itu, masalah kesihatan tertentu seperti Sindrom Cushing’s juga boleh menyebabkan rambut rapuh. Ia merupakan penyakit kelenjar adrenal yang menyebabkan penghasilan hormon kortisol yang berlebihan.
Bagi anda yang memiliki rambut kering, mungkin ia petanda tubuh badan anda mengalami kekurangan asid lemak Omega-3. Jadi , pastikan anda mengambil makanan bersumberkan Omega-3 yang boleh didapati pada ikan salmon, minyak ikan, kekacang dan bijirin.
6. Jerawat di kulit kepala
Jerawat di kepala boleh terjadi jika folikel rambut tersumbat akibat jangkitan bakteria. Keadaan ini biasanya dimulakan dengan benjolan kemerah-merahan dan ada ketikanya disusuli dengan nanah. Selain pedih, jerawat yang muncul di kulit kepala ini juga boleh menimbulkan rasa gatal. Jika dibiarkan tanpa rawatan, jerawat yang pecah di kulit kepala ini akan menjadi luka hingga mengakibatkan masalah lain timbul.
Lelaki yang menyimpan rambut panjang, pastikan kesihatan rambut anda terjaga kerana rambut jenis ini mudah mengalami masalah termasuk rambut berminyak. Masalah rambut berminyak berpunca daripada hormon yang tidak stabil sehingga menghasilkan minyak yang berlebihan di tubuh badan sekali gus meningkatkan produksi minyak pada kulit kepala dan rambut. Keghairahan mengambil makanan yang berlemak, berminyak dan bergoreng secara berlebihan juga antara penyebab rambut cepat berminyak.
Kelenjar sebum kulit kepala terletak berdekatan dengan folikel rambut. Biasanya, kelenjar sebum ini akan menghasilkan sejumlah rembesan yang mencukupi untuk membentuk lemak sebagai pelindung tipis. Jika berlebihan, sebilangan besar sebum yang dihasilkan akan menyumbatkan folikel rambut dan secara beransur-ansur berkumpul di kulit kepala sehingga perkembangan proses ini terganggu. Dari sini hayat rambut akan berkurangan sehingga akhirnya timbul masalah pada rambut anda.
Bercukur adalah rutin harian yang sering dilakukan oleh ramai orang, sama ada untuk menghilangkan misai, jambang atau bulu badan.
Walau bagaimanapun, ia juga boleh menyebabkan masalah kulit seperti luka, iritasi dan kemerahan jika tidak dilakukan dengan cara yang betul.
Untuk membantu anda mengelakkan masalah ini, berikut adalah lima tip penting yang boleh diamalkan untuk memastikan proses bercukur berjalan dengan lancar dan kulit kekal sihat.
Foto : Remaja
Gunakan Pisau Cukur yang Tajam dan Berkualiti
Salah satu sebab utama kulit luka semasa bercukur adalah menggunakan pisau cukur yang tumpul.
Selain itu, pisau cukur yang tumpul juga menyebabkan pencukuran menjadi kurang lancar, menjadikannya lebih sukar dan berisiko tinggi untuk mencederakan kulit.
Oleh itu, pastikan pisau cukur anda tajam dan berkualiti. Gantilah pisau cukur secara berkala supaya proses bercukur menjadi lebih selamat dan berkesan.
Basahkan Kulit dengan Air Suam Sebelum Bercukur
Membasahkan kulit sebelum bercukur adalah langkah yang sangat penting untuk mengelakkan kulit luka.
Air suam membantu membuka liang pori kulit, menjadikan rambut lebih lembut dan lebih mudah dicukur.
Selain itu, kulit yang dibasahi dengan air juga akan mengurangkan geseran antara pisau cukur dan kulit, yang dapat mencegah iritasi.
Elakkan menggunakan air panas yang terlalu membakar, kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan sensitif.
Foto : Maskulin
Gunakan Krim atau Gel Pencukur yang Sesuai
Menggunakan produk pencukur yang sesuai adalah langkah seterusnya untuk mengelakkan kulit luka.
Krim atau gel pencukur berfungsi untuk melincirkan kulit, membolehkan pisau cukur bergerak dengan lebih lancar tanpa merosakkan lapisan atas kulit.
Produk pencukur yang mengandungi bahan pelembap juga membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengurangkan kekeringan dan iritasi selepas bercukur.
Pilihlah produk pencukur yang bebas daripada alkohol atau bahan kimia yang keras, kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering atau sensitif.
Cukur dengan Gerakan Lembut Mengikut Arah Rambut
Apabila bercukur, banyak orang cenderung untuk mencukur rambut secara terbalik (menentang arah pertumbuhannya) dengan harapan ia akan memberikan hasil yang lebih licin.
Walaupun ini boleh memberikan hasil yang lebih halus, ia juga meningkatkan risiko iritasi dan luka pada kulit.
Sebaliknya, disarankan untuk mencukur dengan lembut mengikut arah pertumbuhan rambut.
Ini akan mengurangkan tekanan pada kulit dan meminimumkan geseran, yang seterusnya mengelakkan keradangan dan luka.
Setelah selesai bercukur, jangan lupa untuk merawat kulit dengan menggunakan pelembap yang sesuai.
Kulit yang baru dicukur cenderung lebih sensitif dan kering, jadi penting untuk menenangkannya dengan pelembap yang bebas alkohol.
Penggunaan pelembap juga membantu mengurangkan kemerahan dan bengkak yang mungkin timbul selepas bercukur.
Pastikan untuk menggunakan pelembap yang lembut dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh merengsakan kulit sensitif.
Ingatlah untuk memberi perhatian lebih kepada perawatan kulit selepas bercukur agar kulit kekal sihat, segar, dan bebas dari kesan buruk.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmy🔥 Semakin sukar, semakin hangat! 🔥 10 Bros, sawah bendang dan cabaran dengan tahap kesukaran tak masuk akal, Muddle Trouble! 🌾💪 Kali ini Bros harus melakukan cabaran untuk melepasi blockers dalam game ala galah panjang terdiri dari pemain ragbi? 🏉🤯 Siapa yang akan tampil paling menyerlah? Siapa bro, siapa lawan? 📺 Jangan lupa saksikan MASKULIN Who’s Your Bro episod 4, malam ini jam 9pm di Astro Ria! 🚀 #maskulin #maskulinwhosyourbro #SiapaBroSiapaLawan #Ideaktiv #astro #astroria♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Guardian Malaysia memperkenalkan rangkaian Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey, produk yang berinspirasikan kepada alam semula jadi yang berfungsi melembab serta melindungi kulit dan rambut kering dengan manfaat ramuan tradisional untuk rambut yang lebih terurus.
Pelancaran dengan bertemakan ‘Be A Mess Free Beauty’ berjaya menghasilkan ramuan kecantikan secara “DIY” menggunakan biji chia dan madu melalui tutorial di laman YouTube. Pada masa yang sama berkongsi manfaat dua ramuan tersebut untuk jenis kulit dan rambut yang kering hingga normal.
Tentu apabila anda berada di pejabat yangt erdedah dengan penghawa dingin, mandi, pengering rambut dengan tahap kepanasan yang tinggi serta penggunaan produk penjagaan diri yang tidak sesuai dengan kondisi kulit dan rambut boleh menyumbang kepada masalah kekeringan. Apabila usia kita semakin meningkat, kulit akan hilang keanjalan dan keremajaannya, sementara kulit kepala pula kurang menghasilkan minyak yang boleh menyebabkan masalah rambut kering.
Rangkaian baru produk Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey menawarkan penyelesaian kepada pengguna yang peka terhadap alam sekitar dan mahukan produk penjagaan diri yang lembut dan efektif. Ia terdiri daripada syampu Deep Moist and Protect, perapi, minyak rambut, cucian badan, losyen serta krim tangan untuk penjagaan harian rambut dan kulit. Produk-produk ini memfokuskan ke atas ciri-ciri melembap serta melindungi kulit dan rambut dari jenis yang kering hingga jenis yang normal.
Rangkaian produk ini diformulasi dengan 100% minyak biji chia organik yang disahkan eco dari Jerman untuk memulihara kelembapan semula jadi kulit dan rambut. Di samping mengekalkan kelembapan dan diperkaya dengan ekstrak madu organik dari Perancis yang tinggi kandungan mineral, vitamin dan anti-oksidannya. Kombinasi minyak biji chia organic yang 100% disahkan eco dan ekstrak madu organic menawarkan tahap lembapan serta hidrasi yang ideal untuk jenis kulit kering dan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.