Angkat Tiga Surah Pilihan, Malaysia #QuranHour 2023 Bakal Berlangsung Pada 30 Ogos

Share

Memartabatkan dan mengangkat kesucian Al-Quran merupakan salah satu misi yang dibawa oleh program Malaysia #QuranHour yang menyaksikan ia memasuki penganjuran kali kesembilan pada tahun ini.

Baru-baru ini, penganurnya Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bersama-sama rakan sinergi media Malaysia dari pelbagai platform media telah bersama-sama merapatkan saf bersama bagi menjayakan program Malaysia #QuranHour ke-9.

Penganjuran pada tahun ini bakal berlangsung pada 30 Ogos selama satu jam bermula pada jam 12 tengahari sehingga 1 tangahari diadakan serentak di seluruh negara dengan lokasi perdana bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, Malaysia #QuranHour bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66, buat pertama kalinya memfokuskan agenda anak muda dan peranan orang dewasa dalam membawa misi ‘Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar’.

“Sehingga 12 Ogos 2023, para pemimpin, calon dan rakyat berhempas pulas dengan pelbagai cara untuk menentukan kempimpinan di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Kini tiba masanya untuk semua bangkit beryukur dan membina legasi negara Madani yang amanah, ikhlas, teguh, harmoni, sejahtera dan progresif. Ini selari dengan tema Hari Kebangsaan, ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’.

Malaysia #QuranHour pada kali ini mengangkat tiga surah iaitu Al-Fatihah, Al-Insan dan Al-Asr.

Agenda berinteraksi dengan al-Quran sempena Hari Kebangsaan ini dilhat sebagai pendekatan ‘tadabbur’ menerusi ketiga-tiga surah tersebut yang dipilih dalam usaha melahirkan golongan muda berkemahiran yang akan menjadi pemimpin abrar pada masa hadapan.

Penganjuran pada tahun ini juga menyaksikan buat pertama kali RTM menjadi penyiar rasmi bagi Malaysia #QuranHour yang akan ditayangkan secara langsung. Pada tahun 2017 yang lalu, RTM turut memainkan peranan sama di Merdeka #QuranHour.

IKLAN