Ramai orang tidak berapa gemar memakan sayuran hijau, mungkin rasanya yang kurang sedap. Namun terdapat alternatif sayuran lain yang boleh dimakan untuk kita sama-sama dapatkan kebaikan terutamanya kesihatan.
Antara sayuran yang popular adalah lobak merah. Ia mempunyai pelbagai kebaikan yang kadangkala ramai orang tidak berapa tahu. Dalam entri ini MASKULIN bagi anda pencerahan lanjut tentang kebaikannya.
Memakan 6 biji lobak merah dapat mengurangkan risiko koleterol tidak baik dalam tubuh serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Zat antioksidan dalamnya juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi yang dapat menggalakkan penyakit jantung.
2. Mencegah angin ahmar
Jika memakan 6 lobak merah dalam seminggu mengurangkan risiko anda untuk diserang strok lebih baik daripada hanya memakan satu biji sebulan.
Ads
3. Baik untuk kesihatan buah pinggang
Ia mempunyai sifat penyembuhan yang membantu pembersihan buah pinggang. Ia bagus untuk menjaga kesihatan buah pinggang.
4. Menjaga kesihatan mata
Orang tua terutamanya boleh menjaga mata daripada diserang katarak kerana lobak merah mempunyai kandungan beta-kerotin yang banyak untuk mencegah penularannya.
Sayuran ini mempunyai zat falcarinol dan falcarindiol yang banyak, malahan ia merupakan zat anti-barah yang melindungi manusia daripada terkena penyakit barah seperti barah paru-paru, barah usus besar dan barah payu dara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lobak merah bukan sahaja mengandungi Vitamin A yang baik untuk mata anda, tetapi ia mengandungi banyak gizi dan mineral (kalori, protein, hidrat, kalsium dan zat besi) yang mampu untuk mencegah masalah penyakit strok. Kandungan dalam 122 gram jus lobak merah mengandungi Vitamin A sebanyak 34, 317, 40 mg, beta karoten 16,678 mcg, Vitamin C 11,35 mg, folat 17,08 mcg. Vitamin K 16,10 mcg. Manakala kandungan gizinya kalori sebanyak 52,46 kalori, protein 1,26 gram dan air 167,10 gram. Mineral pada lobak merah pula adalah fosfor, kalium dan atrium yang cukup tinggi.
Anda perlu tahu dan amalkan!
1. Lobak merah bukan sahaja baik untuk kesihatan mata, tetapi ia juga mampu mencegah atau mengatasi serangan strok. Seseorang yang mengalami strok, digalakan untuk mengambil atau makan makanan yang kaya dengan Vitamin A bagi mengurangkan kerosakan neurologis (saraf) dan berupaya untuk sembuh.
2. Elak terkena strok dengan makan lobak merah yang kaya serat lima kali dalam seminggu. Kandungan beta karoten (pigmen paling aktif) yang terdapat di dalam lobak ini dapat mencegah terjadinya plak atau pengumpulan kolesterol di dalam pembuluh darah.
3. Lobak merah juga berguna sebagai detox dan antioksidan yang sangat baik. Ia dapat mengurangkan risiko serangan penyakit jantung.
4. Anggaran secawan lobak merah mengandungi 16.679 mcg beta karoten yang juga dapat menurunkan risiko terkena kanser. Penyelidikan yang dicatatkan dalam Journal of Agriculrural pada Ford Chemistry, fulcarinoid yang terkandung dalam lobak merah boleh menurunkan risiko kanser usus besar, serta ia juga dapat mencegah penyakit diabetes.
5. Kandungan bensopyrine yang terdapat dalam asap rokok dapat menurunkan kandungan Vitamin A di dalam tubuh seseorang. Kekurangan Vitamin A ini boleh menyebabkan timbulnya masalah kanser dan pembengkakan paru-paru. Sebab itu, seorang perokok digalakkan untuk mengambil atau makan lebih banyak Vitamin A.
6. Lobak merah juga dikatakan dapat mencantikkan kulit-kulit lebih halus dan mengurangkan masalah jerawat di kulit wajah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi membendung penyakit kencing manis dan obesiti dalam kalangan rakyat. Kerajaan Thailand mengambil langkah dengan menaikkan sehingga 25 peratus cukai terhadap minuman ringan, teh, kopi segera atau jus buah, bergantung kepada kandungan gulanya.
Selepas Afrika Selatan dan Britain, Thailand muncul negara terbaharu mengenakan cukai bagi minuman bergula dalam usahanya untuk memerangi masalah kegemukan rakyatnya.
Secara purata, dikatakan seorang rakyat Thailand dikatakan lazim memakan gula sebanyak 28 sudu teh pada setiap hari – lebih seganda daripada apa yang disarankan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri.
Ini boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan yang serius. Para pegawai kesihatan Thailand menyatakan 32 peratus penduduk negara itu kini memiliki berat badan berlebihan dan 10 peratus menghidap penyakit diabetes. Jumlah ini kian bertambah. Sepanjang tahun lalu sahaja, sebanyak 600,000 kes baharu penyakit kencing manis berjaya dikesan di seluruh Thailand malah kadar tersebut adalah yang ketiga tertinggi di benua Asia.
Justeru, dalam usaha untuk mengawal permasalahan tersebut, pihak berkuasa Thailand mengenakan cukai baharu pada minuman yang manis berdasarkan kepada tahap kandungan gulanya.
Cukai 20 peratus dikenakan bagi minuman yang mengandungi antara 6 hingga 10 gram gula bagi setiap 100 mililiter. Jika kandungan gulanya lebih daripada itu, kadar cukainya adalah 25 peratus. Menurut para pegawai cukai, syarikat-syarikat tidak menentang keras cukai itu. Pihak berkuasa pula memberi syarikat-syarikat berkenaan tempoh kelonggaran dua tahun untuk mengurangkan kadar gula dalam minuman keluaran masing-masing. – CNA
Sumber : Mynewshub
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Meskipun lelaki menghasilkan jutaan sperma per hari (dibandingkan dengan perempuan yang melepaskan sel telur sejumlah 300-400 selama hidup mereka), faktor luaran seperti suhu dapat sangat mempengaruhi kesihatan sperma
1. Panas Berlebihan
Testis manusia tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih dingin daripada bahagian tubuh yang lain. Untungnya, anatomi laki-laki dirancang untuk menciptakan jarak antara testis dan suhu tubuh. Jika suhu testis naik hingga menjadi 37˚C, pengeluaran sperma terhenti. Apabila produksi terganggu, ini dapat dilihat secara negatif pada sperma selama berbulan-bulan. Jadi, apa yang akan terjadi jika testis terdedah panas sehingga menimbulkan kerosakan pada kemampuan reproduksi lelaki? Jumlah keseluruhan sperma tentunya menjadi lebih rendah.
2. Berendam Air Panas
Ada benarnya juga jika berendam air panas sering disebut sebagai penurun kesuburan bagi lelaki. Air panas atau bersuhu tinggi tidak baik untuk testis, bahkan 30 minit berendam di jakuzi atau mandi air panas dapat menurunkan produksi sperma untuk sementara. Rendaman air panas ini dapat mempengaruhi sperma untuk waktu yang sangat lama. Sperma memerlukan waktu yang sangat lama untuk menjadi “dewasa”, jika produksinya sudah terganggu akibat air panas, biasanya akan memerlukan setidaknya tiga hingga enam bulan untuk kembali normal.
3. Demam
Demam tinggi dapat mempengaruhi yang sama dengan berendam air panas pada sperma. Efeknya pun memakan waktu yang sama. Bergantung pada waktu daripada proses produksi sperma anda, konsentrasi sperma dapat menurun sampai 35% setelah demam. Jika anda sedang merancang untuk hamil, penting untuk menjaga kesihatan dan daya tahan tubuh agar tidak mudah terserang penyakit terutama yang menyebabkan demam.
4. Komputer riba
Peningkatan suhu ini memiliki kesan berbahaya yang sudah terbukti pada spermatogenesis (proses pembentukan gamet jantan). Jadi jika anda sedang mencuba miliki anak, letakkan komputer riba di atas meja.
5. Jenis seluar dalam lelaki
Perbezaan antara seluar dalam model boxer dengan seluar dalam normal tidak cukup besar dan tidak terlalu mempengaruhi perubahan jumlah sperma. Menggunakan seluar dalam model boxer memang lebih baik dibandingkan seluar dalam yang sendat, jika sperma lelaki sedang dalam jumlah yang rendah. Tapi jika jumlah sperma dalam keadaan normal, model seluar dalam apa saja tak masalah. Yang jelas, mengenakan seluar ketat seperti bicycle pants atau skinny jeans untuk jangka waktu yang lama merupakan idea yang buruk. Semakin sempit atau ketat seluar lelaki, semakin buruk keadaan testis untuk menghasilkan sperma.
6. Kegemukan
Berlebihan berat badan bukan hanya mengganggu kesuburan wanita, tapi juga dapat mengurangi jumlah sperma dan menyebabkan disfungsi seksual pada lelaki. Menurut sebuah penelitian tahun 2009 oleh WHO, lelaki yang awalnya subur namun kemudian mengalami kegemukan ternyata fungsi testisnya menurun drastik dan jumlah sperma menjadi lebih rendah secara signifikan. Namun, walaupun kegemukan dapat mengurangi jumlah sperma, ini tidak akan membuat lelaki mandul kecuali ia menderita obesiti atau berlebihan berat badan ekstrem.
7. Alkohol, dadah dan rokok
Tembakau, alkohol dan ganja dapat merosak fungsi seksual. Penyalahgunaan alkohol mempengaruhi kualiti dan penghasilan sperma secara negatif, sementara merokok mengganggu pergerakan sperma. Selain melambatkan keluarnya sperma, penelitian lain menunjukkan bahawa merokok dapat merosak DNA sperma dan meningkatkan disfungsi ereksi. Ganja juga tidak baik kerana telah terbukti mengurangkan jumlah sperma, fungsi sperma dan kesuburan lelaki secara keseluruhan.
8. Masalah Lain Yang Mempengaruhi Sperma
Beberapa keadaan fizik dan psikologi juga dapat mempengaruhi sperma secara negatif, termasuk: Penyumbatan mencegah sperma memasuki air mani. Penyumbatan yang disebabkan oleh cacat lahir, infeksi, trauma atau vasektomi.
Kelainan genetik. Kelainan kromosom dapat menyebabkan penurunan atau terhentinya produksi sperma. Faktor yang merugikan lainnya. Antibodi anti sperma, ketidakseimbangan hormonal, kanser testis, buah zakar yang tidak turun dan masalah seksual juga dapat mempengaruhi sperm
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.