Temasya anugerah berprestij bagi pencipta kandungan media sosial, Tiktok Awards 2024 melabuhkan tirainya pada Ahad lalu menyaksikan ramai wajah-wajah baharu sebagai penerima anugerah dari pelbagai kategori.
Bagi Tiktok Awards 2024 kali ini, terdapat dua penerima anugerah yang menekankan kepentingan melanjutkan pelajaran. Individu itu adalah seperti berikut:
Amin & Abid – Anugerah Kategori Education of The Year
Foto: Amin & Abid, pemenang anugerah kategori Education of The Year di Tiktok Awards 2024.
Pasangan kembar Muhammad Amin Othman dan Muhammad Abid Othman sememangnya dikenali dengan kreativiti mereka mencipta pelbagai barangan yang berguna.
Ketika sesi sidang media selepas menerima anugerah berkenaan, Abid mengakui yang kandungan media sosial yang bermanfaat akan bertahan lama jika dihasilkan dengan asas ilmu pengetahuan.
“Kalau kamu cepat naik, cepatlah kamu jatuh. Kalau kamu perlahan-lahan ambil pengalaman dan belajar daripada kandungan Tiktok, kamu akan lambat jatuh,” ujar Abid memetik pesanan seorang ustazah yang pernah menjadi guru mereka.
Selain itu, mereka juga memanfaatkan laman Tiktok mereka sebagai resume dan portfolio digital.
“Tiktok lah menjadi platform untuk kita tunjuk bakat kita, apa kemahiran kita kepada mata-mata yang memandang dekat luar sana,” jelas Amin.
Ads
Untuk rekod, Amin dan Abid merupakan graduan dari Universiti Teknologi Mara dalam bidang reka bentuk industri dan sedang menunggu tempoh istiadat konvokesyen.
Keputusan bagi penganugerahan kategori ini juga dibuat sepenuhnya berdasarkan penilaian juri.
Kingshahx – Anugerah Kategori Gaming Creator of The Year
Foto: Kingshahx, pemenang anugerah kategori Gaming Creator of The Year di Tiktok Awards 2024.
Berbeza dengan pemenang anugerah Gaming Creator of The Year, Kingshahx atau nama sebenarnya Muhammad Shafiq tidak memiliki sijil akademik institusi pengajian tinggi.
Walaupun begitu, dia sering berpesan kepada pengikut-pengikutnya agar mengejar kelayakan akademik setinggi yang boleh dahulu
“Kejar dulu, cuba belajar paling tinggi kalian boleh buat,” pesannya ketika sesi sidang media sejurus selepas menerima anugerah berkenaan.
Ads
“Sebab apa saya cakap macam ini? Itu adalah satu benda yang saya gagal, yang saya tak dapat bagi dekat mak saya sekarang,” tambahnya lagi.
Kingshahx mengakui terkilan kerana tidak berjaya membanggakan ibunya dengan pencapaian akademik
“Saya tak pernah naik pentas ambil diploma ke apa,” kongsinya.
Bagaimanapun, Kingshahx tetap bersyukur berpeluang menjejakkan kaki di pentas Tiktok Awards 2024 meraih anugerah tersebut.
Foto: Khairul Aming ketika memenangi anugerah Creator of The Year di Tiktok Awards 2023.
Terdahulu, ucapan kemenangan Khairul Aming ketika dinobatkan sebagai Creator of The Year di Tiktok Awards tahun lalu meraih pujian ramai.
Ads
Dia yang terkenal dengan perkongisan siri 30 Hari 30 Resipi setiap kali bulan Ramadan itu menyeru kepada anak muda agar menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi walaupun bercita-cita untuk menjadi seorang pencipta kandungan media sosial,
Menurut Khairul, menjadi seorang pencipta kandungan bukan semudah yang dilihat. Selain mencipta video yang menarik di laman sosial, ia juga perlu memberi manfaat kepada penonton.
“Content creator ni satu industri yang sangat memerlukan banyak skill dan juga pengetahuan. Bukan setakat pandai buat video, kena ada problem-solving skill, kreativiti, kena pandai komunikasi, kena pandai jaga adab dengan orang,” katanya ketika ditemui media sejurus selepas memenangi anugerah tersebut.
“Bila dah ada ilmu yang cukup nanti, share lah sebanyak mungkin, buatlah video sebanyak mungkin. Ramai orang boleh ambil manfaat nanti,” tambahnya.
Baginya, menjadi seorang pencipta kandungan bukanlah sekadar untuk menjadi tular semata-mata.
“Untuk relevan lama dalam industri ini, awak (golongan muda) perlukan banyak pengetahuan… Jadi habiskan pembelajaran dan jadilah pelapis content creator yang bagus, yang boleh majukan negara kita, okay?”.
BERTUBUH KECIL, SEDERHANA ATAUPUN BESAR, SOAL PENJAGAAN DIRI PERLU DIUTAMAKAN. ANDA SENDIRI PERLU SELIDIK DAN ARIF TENTANG FIZIKAL LUARAN ANDA. INI ADALAH UNTUK MEMASTIKAN DIRI SENTIASA AKTIF, SIHAT DAN SELESA WALAU DIMANA ANDA BERADA. MASKULIN SENARAIKAN TIP-TIP YANG BOLEH ANDA GUNA BERSESUAIAN DENGAN JENIS TUBUH ANDA
DIET PEMAKANAN DAN JENIS MAKANAN YANG SESUAI UNTUK MEREKA YANG BERSAIZ GEMPAL
# Pastikan pengambilan makanan anda dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu 50% karbohidrat / 45% protein dan 5% lemak.
# Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. Nasi memang boleh menggemukkan kalau berlebihan. Banyakkan makan oats, buah-buahan dan sayuran bagi mengawal saiz badan.
# Disaran untuk mengamalkan diet atkin, iaitu sejenis diet mengurangkan karbohidrat dalam diet tetapi lebihkan makanan yang tinggi dengan protein. Protein akan mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Dengan ketiadaan karbohidrat untuk dibakar sebagai tenaha, badan terpaksa membakar lemak. Proses ini dinamakan ketosis.
PRODUK MAKANAN TAMBAHAN YANG SESUAI UNTUK DIAMBIL UNTUK MEREKA YANG BERBADAN GEMPAL
# Buat yang bersaiz gempal, dinasihatkan untuk mengambil protein kerana ia lebih ekonomi.
#Jangan bergantung kepada produk-produk tertenu untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan baik, kehidupan yang cergas dan gabungkan dengan makanan tambahan seperti multivitamin.
TIP SENAMAN PALING SESUAI DIPRAKTIKAN UNTUK MEREKA YANG BERBADAN GEMPAL
# Heavy weightlifting atau senaman mengangkat beban. Kelebihan yang paling utama adalah ia dapat menambahkan kekuatan badan dan meningkatkan metabolisma badan seseorang, kedua-dua faktor ini penting untuk mengekalkan kesihatan badan manusia. Kombinasi latihan kardiovaskular dan latihan mengangkat beban boleh membantu membakar lemak 40% lebih banyak daripada melakukan latihan kardiovaskular sahaja pada tempoh masa yang sama.
# High Intensity Interval Training (HIIT). Ia melibatkan selang-seli antara senaman ‘pantas’ dan senaman ‘perlahan’. Sebagai contoh, ‘sprinting’ selama 30 saat, kemudian berjalan selama 60 saat. HIIT boleh dilaksanakan serentak bersama anarob (weights) dan aerobic (cardio). latihan selang-seli membolehkan andamelakukan ‘higher exercise intensity’ untuk tempoh yang lebih lama daripada keadaan ‘steady’, jadi anda membakarlebih banyak lemak.
APA YANG PERLU DIELAK DALAM SOAL PERMAKANAN / DIET UNTUK YANG BERBADAN GEMPAL?
# Elakkan dari mengambil karbohidrat di waktu pagi terutama sekali buat mereka yang berbadan gempal. Ini kerana di waktu pagi tahap sensitiviti insulin sangat tinggi. Maka ia akan menggalakan penyerapan glukosa di dalam tubuh badan dan akan menyebabkan penyimpanan tenaga tambahan yang tidak diingini.
TIP FESYEN YANG SESUAI BUAT MEREKA YANG BERBADAN BESAR
# Pastikan pakaian yang disarung tidak terlalu ketat terutama di bahagian peha dan pinggul. Sedikit longgar akan menyerlahkan personaliti anda.
# Pakai mengikut keselesaan. Less is more!
# Pakaian berwarna hitam dapat menyamarkan saiz anda yang berlebihan.
# Pemakaian blazer dan jacket juga sesuai untuk mereka yang berbadan besar bagi menutupi bahagian perut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Minggu bermula pada minggu hadapan dijangkakan jutaan kenderaan akan mula keluar dari ibu kota untuk pulang meraikan cuti Hari Raya Aidilfitri. Keterujaan rakyat Malaysia pada kali ini dirasakan lebih signifikan selepas dua tahun tidak dapat pulang beraya akibat pandemik Covid-19.
Seiring dengan jumlah kenderaan yang berlipat kali ganda di atas jalan raya, pihak berkuasa seperti tahun-tahun terdahulu akan menjalankan tugas dengan lebih kuat dengan operasi khas ‘Ops Hari Raya’.
Operasi seperti ini bukanlah ingin mencari kesalahan pengguna tetapi ingin memastikan trafik berjalan lancar dan perjalanan pengguna jalan raya lebih selamat. Di sebalik kesesakan jalan raya kita sudah biasa menyaksikan pengguna dan pemandu tidak bertanggungjawab melanggar undang-undang.
Namun awas ya!
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (Foto: Sinar Harian)
Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkan terdapat lima jenis kesalahan trafik yang tidak akan dibenarkan untuk dikompaun. Malah mereka perlu menghadapi kesalahan tersebut di mahkamah.
Lima jenis kesalahan yang tidak boleh dikompaun sepanjang operasi ini ialah memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon pintar ketika memandu, gagal mematuhi lampu isyarat atau melanggar lampu merah, memotong barisan dan juga memandu melebihi had laju.
Perkara tersebut dinyatakan oleh beliau ketika melancarkan kempen keselamatan dan Ops Bersepadu bersempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri di Putrajaya beberapa hari lalu.
Operasi Bersepadu tersebut akan bermula pada 29 April sehingga 8 Mei 2022.
Foto hiasan: Astro Awani
“Seramai 2,200 orang anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terlibat dalam Ops Hari Raya Aidilfitri sebagai inisiatif utama untuk mengurangkan kadar nahas di jalan raya.
“Sepanjang tempoh pelaksanaan Ops Bersepadu ini, kaedah penyamaran sebagai penumpang bas ekspres juga akan dilakukan,” jelasnya lagi.
Mengekalkan tema “Pandu Cermat, Sampai Selamat, Ops Bersepadu itu melibatkan kolaborasi kerajaan dan swasta iaitu JPJ, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi Lebuhraya Utara Selatan (Plus).
Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, pemantauan melalui Enforcement Based Station (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya akan turut dijalankan.
Selain itu beliau berkata, JPJ juga turut menjalankan pra Ops Hari Raya Aidilfitri bermula 25 hingga 28 April ini melibatkan pemeriksaan bas ekspres di 75 depoh dan 28 terminal bas utama bertujuan memastikan kondisi bas sentiasa berada dalam keadaan selamat.
Jika tidak mahu disaman dan terpaksa ke mahkamah, patuhilah undang-undang jalan raya. Pandulah dengan selamat. Biar lambat asal selamat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Diet Soda– Walaupun diet soda mempunyai jumlah gula dan kalori yang kurang berbanding minuman soda yang lain, ia sepatutnya membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Tetapi hasil kajian terkini yang dilakukan, diet soda sebenarnya tidak membantu anda mengurangkan berat badan malah ia sebenarnya akan menyebabkan peningkatan terhadap berat anda.
Pemanis tiruan– Tidak kira samaada makanan atau minuman diet yang berada dipasaran, selagi ia masih menggunakan pemanis atau gula tiruan terhadap kandungan bahannya, ia tidak akan membantu diet anda. Ini kerana pemanis atau gula tiruan akan membuatkan anda berasa lebih cepat lapar berbanding gula yang asli.
Diet makanan yang diproses/makanan ringan– Ramai yang menyangkakan bahawa makanan diet yang beku daripada peti sejuk seolah-olah seperti pilihan yang baik ketika cuba untuk menurunkan berat badan, tetapi kebiasaannya makanan ini mengandungi kandungan natrium dan gula yang tinggi. Periksa label pemakanan pada makanan yang anda beli. Lihat senarai bahan yang digunakan dalam makanan keseluruhannya, dan bukannya bahan-bahan yang anda tidak tahu.
Yogurt berperisa– Yogurt sememangnya pilihan makanan diet yang terbaik sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan kerana kaya dengan kandungan protein dan kalsium. Tetapi perkara sebaliknya akan berlaku sekiranya anda memilih yogurt yang berperisa kerana ia mangandungi kandungan gula yang agak tinggi.
Cip kentang– Makanan ini juga biasanya menjadi pilihan utama terhadap sesiapa yang mengamalkan diet. Tetapi, kentang yang dibakar biasanya mengandungi kandungan sodium dan gula yang tinggi dan kandungan kalori nya pula akan berkurangan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kenapa kena tukar tayar motosikal baru, betul ke tayar kilang tak selamat? Bagi pemilik motosikal baru, salah satu perkara yang sering dibincangkan ialah tayar yang datang sekali dengan motosikal tersebut atau lebih dikenali sebagai tayar kilang.