Blackhead atau bintik hitam adalah salah satu masalah kulit yang paling biasa berlaku, terutamanya di bahagian hidung, dagu, dan dahi. Walaupun ia tidak menyakitkan seperti jerawat merah yang meradang, blackhead tetap mengganggu kerana ia membuatkan kulit kelihatan kusam dan tidak bersih.
Hilangkan Blackhead Guna 2 Bahan
Punca Blackhead Terjadi
Ada beberapa sebab utama kenapa blackhead muncul di wajah:
Pengeluaran Minyak Berlebihan
Kulit menghasilkan sebum secara semula jadi, tetapi jika terlalu banyak, ia boleh menyumbat liang pori dan membentuk blackhead.
Penggunaan Produk yang Tidak Sesuai
Produk yang terlalu berat atau berminyak boleh menyumbat pori, terutama jika anda mempunyai kulit jenis berminyak atau kombinasi.
Kurang Eksfoliasi (Pengelupasan Kulit)
Sel kulit mati yang tidak dibersihkan akan terkumpul di permukaan kulit, menyumbat liang pori dan menyebabkan blackhead.
Tidak Cuci Muka dengan Betul
Jika anda selalu tidur dengan mekap atau tidak mencuci muka dengan bersih, sisa kotoran akan menyumbat liang pori.
Hormon dan Genetik
Ada orang lebih cenderung mengalami blackhead kerana faktor hormon atau keturunan.
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Jadi, ini beberapa langkah mudah yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan blackhead:
✅ Cuci muka dua kali sehari – Gunakan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda, terutama yang mengandungi salicylic acid kerana ia membantu membersihkan pori.
✅ Eksfoliasi 2-3 kali seminggu – Skrub lembut atau exfoliator yang mengandungi AHA/BHA dapat menanggalkan sel kulit mati dan mengelakkan pori tersumbat.
✅ Gunakan produk yang tidak menyumbat pori (non-comedogenic) – Pilih pelembap, sunscreen, dan mekap yang ringan dan bebas minyak.
✅ Jangan picit blackhead dengan tangan kotor – Ini boleh menyebabkan iritasi atau jangkitan, malah mungkin meninggalkan parut.
✅ Gunakan clay mask atau charcoal mask – Masker ini membantu menyerap lebihan minyak dan membersihkan pori secara mendalam.
✅ Tukar sarung bantal secara berkala – Kotoran dan minyak dari rambut atau kulit boleh berpindah ke sarung bantal dan menyebabkan pori tersumbat.
Ads
Kalau nak hilangkan blackhead dan ketatkan pores cara paling mudah, anda boleh menggunakan dua bahan ini.
Pastikan kedua bahan disapu pada kulit wajah sebelum guna cotton pad. Hah, jom ikuti langkahnya.
Kulit Wajah Rasa Macam Kertas Pasir Terus Jadi Licin
Hilangkan Blackhead
1. Safi minyak zaitun
2. Petroleum jelly
Apa yang best minyak zaitun ini dia ada kandungan vitamin A, C, dan E. Okay, jom kita cuba.
1.Langkah pertama adalah kita sapu minyak zaitun dulu.
Ads
2.Kemudian langkah kedua, sapu pula petroleum jelly. Biarkan selama 10-15 minit.
Setelah seharian bekerja, wajah anda pasti akan terdedah dengan debu dan sinaran matahari yang melampau bukan? Kulit muka merupakan bahagian paling penting untuk dijaga setiap hari. Jika anda seorang yang pembersih, memakai pencuci muka yang banyak bukan satu kemestian, namun anda hanya perlu memakai sejenis pencuci muka dan ia akan memberi keselesaan pada rongga kulit muka anda dan terus kelihatan bersih sepanjang masa. Ini antara beberapa pencuci muka yang bagus untuk anda:
Pencuci muka ini paling basic untuk lelaki dan wanita. Ia tidak mampu untuk membuatkan kulit anda cerah dan licin jika anda tidak makan makanan yang berkhasiat, namun jika anda memakai secara harian, jangan terkejut kalau satu hari nanti kulit muka anda akan lembut dan cerah!
Ia dapat membantu untuk mengecilkan pori-pori muka anda dan membersihkan wajah anda yang berminyak tu. Sesuai untuk semua jenis kulit lelaki.
Ia mengandungi bahan-bahan semulajadi untuk membolehkan kulit anda bernafas setelah dibersihkan dan menjadikan kulit muka anda licin dan bersih. Ramai yang mencadangkan pencuci muka ini untuk para lelaki di luar sana.
Kalau anda malas sangat nak cuci muka, sebab anda malas nak berhadapan dengan air. Apa kata anda cuba wet tissue ni. Balik saja dari kerja, terus gunakan tisu ini untuk membasmi kotoran degil pada wajah anda. Ia juga sangat senang untuk dibawa ke mana-mana saja. Simpan dalam bag pack anda dan jika anda ternampak wanita cantik dihapadan, lap muka anda terus dengan tisu ni untuk buang muka anda yang berkilat tu.
Ini juga senang dan mudah untuk anda gunakan. Ia bagus untuk muka anda yang berminyak tu. Boleh dipakai oleh seisi keluarga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila menyebut tentang mesin pencukur mungkin rata-rata di antara kita akan terus membayangkan kegunaannya untuk rambut di kepala. Tapi pernahkah anda terfikir dan tertanya tentang kewujudan mesin pencukur yang lebih kurang sama untuk kegunaan di bahagian sulit lelaki?
Ya, produk seperti ini sebenarnya telah wujud di Malaysia. Lebih membanggakan ia merupakan produk hasil dari anak jati kita sendiri. Jarred Chuah, CEO dan Pengarah Bahagian Perkembangan Syarikat menampilkan Nateskin, produk mesin pencukur dan alat kemas bahagian sulit lelaki.
MASKULIN berkesempatan menemubual usahawan muda ini untuk mengetahui apakah inspirasinya untuk membangunkan produk yang mungkin dianggap tabu oleh sesetengah pihak.
Ikuti temubual MASKULIN bersama Jarred Chuah di bawah;
Pertama sekali boleh kongsikan dari mana datangnya idea untuk anda memulakan jenama dan produk Nateskin?
Semasa Malaysia menghadapi pandemik dan PKP, saya bermastautin dan bekerja di Australia bersama pasangan, Rebecca. Sejurus selepas kerajaan Australia menamatkan arahan kawalan pergerakan, kami terus rancang untuk bercuti.
Inspirasi ini bermula apabila saya ternampak satu iklan di lapangan terbang Melbourne yang agak unik kerana kata slogan yang digunakan masih terngiang-ngiang bermain di dalam fikiran saya hingga ke hari ini iaitu “Make your PP look bigger with this PP laser”. Iklan tersebut adalah iklan untuk produk mesin cukur dan alat kemas bahagian sulit lelaki.
Di situlah bermulanya idea untuk memulakan Nateskin, yang berazam untuk memberikan solusi kepada maskulin Malaysia yang ingin membeli produk mesin cukur dan alat kemas diri yang boleh digunakan di rumah untuk menambah keyakinan diri sendiri.
Adakah anda melakukan tinjauan terlebih dahulu sebelum memajukan atau menghasilkan produk Nateskin?
Sebelum kami mengeluarkan produk kami yang pertama, kami lakukan tinjauan pasaran alat cukur dan kemasan bahagian sulit lelaki yang ada di Malaysia. Kami mendapati banyak produk yang di luar sana menggunakan jenis pisau besi untuk alat cukur mereka. Malah, saya mendapati bahawa risiko kecederaan adalah lebih tinggi dengan jenis pisau besi di kalangan pengguna.
Jadi, saya terus buat kajian tentang jenis bahan yang lain untuk menggantikan bahagian tersebut. Kami mendapati jenis bahan seramik adalah pilihan yang terbaik bagi menggantikan besi untuk produk kami kerana bahan tersebut bukan sahaja dapat mengurangkan risiko kecederaan, malah adalah alternatif yang paling selamat dan efektif untuk digunakan.
Bagaimana anda meyakinkan diri sendiri dan mungkin rakan niaga untuk merealisasikan idea penghasilan produk Nateskin?
Berdasarkan kajian awal dan survey kami terhadap pasaran lokal dan persepsi masyarakat umum, ramai yang berpendapat bahawa mereka sedar tentang masalah pertumbuhan bulu dan mahukan solusi dan keputusan yang sama tetapi masih kurang pasti dengan tindakan yang harus diambil untuk menangani masalah tersebut.
Bagi sesetengah responden yang sudah mengenal pasti cara yang terbaik untuk menangani masalah tersebut, mereka tidak selesa dan malu untuk melanggani servis seperti waxing dan laser kerana ia melibatkan orang lain.
Kekurangan inisiatif terhadap masalah yang disebut di dalam pasaran lokal Malaysia dan Singapura ditambahkan pula dengan fakta bahawa beberapa jenama dan syarikat telah berjaya membuka haluan dalam bidang yang sama di Amerika Syarikat dan UK, ia menjadikan pilihan yang jelas untuk melancarkan Nateskin di pasaran yang masih belum diteroka terutama sekali di Asia Tenggara.
Penjagaan bahagian sulit lelaki merupakan satu perkara yang cukup ‘taboo’ terutamanya di kalangan masyarakat Timur seperti Malaysia. Apakah pendekatan pemasaran yang anda lakukan bagi mempromosikan produk ini?
Saya setuju dengan pernyataan yang diberikan di dalam solan. Ya, topik tentang pengemasan diri lelaki di kalangan masyarakat Malaysia seumpama tiada bunyi dan sensitif untuk dibincangkan.
Di situ datangnya Nateskin, kerana walaupun matlamat utama kami adalah untuk menyediakan alternatif untuk lelaki Malaysia mengemaskan bahagian sulit mereka dengan selesa, kami juga bermatlamat untuk menjadikan topik perbincangan ini lebih mudah untuk dibincangkan secara umum di kalangan masyarakat.
Bagaimana? Nateskin menggunakan pendekatan dengan pengguna melalui lawak dan jenaka dalam semua aspek dari pemasaran, pembungkusan hingga copywriting. Contoh seperti lampiran yang diberi dibawah, gambar tersebut adalah sedikit sebanyak gambaran teknik pendekatan kami untuk membuatkan topik yang sensitif ini lebih mudah dibincangkan di kalangan masyarakat umum.
Seperti yang dilihat dibawah, ada frasa yang kelakar dan unik seperti, “Avatar: The Last Hairbender” yang pasti akan buat pengguna tertawa sebaik sahaja mereka membaca manual pengguna kami. Mesej utama kami dari sini adalah supaya pengguna rasa lebih yakin dan selasa untuk membincangkan topik ini dan setiap kali mereka buat sedemikian, mereka akan terus ingat Noteskin.
Apakah perbezaan utama Nateskin berbanding produk mesin pencukur yang lain?
Keselamatan pengguna telah menjadi keutamaan di Nateskin. Seperti yang dibincangkan di atas, alat mesin cukur kami menggunakan seramik sebagai bilah pisau berbanding besi tahan karat yang digunakan secara menyeluruh oleh jenama-jenama yang ada di pasaran di luar sana.
Kenapa seramik? Kerana seramik jauh lebih kukuh, tajam dan efektif malah lebih selamat digunakan untuk bahagian yang sensitif seperti alat sulit. Jadi, ini dapat mengurangkan kadar kecederaan dan luka yang tidak diingini apatah lagi di bahagian tersebut.
Selain itu, Nateskin juga menggunakan teknik pendekatan pengguna yang unik melalui sedikit lawak jenaka yang memberi laluan kepada Nateskin untuk berinteraksi dengan pengguna dan masyarakat dengan cara yang sangat unik tapi ramah!
Boleh kongsikan bagaimana sambutan tempatan dan apakah perancangan masa hadapan Nateskin?
Setakat tahun 2023, sebanyak 8,000 unit Nateskin Bush Trimmer dengan angka pendapatan daripada hasil jualan sebanyak RM500k sebulan. Daripada jumlah tersebut, 60% adalah dari Malaysia. Kebanyakan pengguna kami adalah daripada umur 25 ke 40 tahun dan kami mempunyai jumlah permintaan yang stabil daripada kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Walaupun kami masih belum mengetahui mengapa permintaan lebih tinggi daripada empat bidang ini, tetapi kami berharap dapat mengumpul lebih banyak data dan maklum balas daripada pengguna kami.
Ia bagi memahami dengan lebih lanjut bagaimana kami dapat menyesuaikan dengan misi syarikat untuk menjadikan Nateskin sebagai penyelesaian untuk digunakan bagi tujuan kemasan bahagian sulit di samping misi untuk memberi platform perbahasan topik yang sensitif di kawasan lain.
Apakah maksud tersirat yang ada pada nama Nateskin?
Semasa zaman PKP, pengalaman orang lain terhadap isu pengemasan diri juga serupa dengan pengamalan saya. Saya rasa diri dan rupa saya tidak terurus kerana servis yang saya kerap gunakan tidak beroperasi disebabkan arahan kawalan pergerakan. Apatah lagi, arahan tersebut berkuatkuasa berbulan lamanya.
Jadi saya pun mula mencari solusi sendiri untuk tujuan kemasan diri. Saya cuba mengunakan alat mesin cukur di rumah tetapi pengalaman tersebut tidak seindah khabar kerana saya terluka secara tidak sengaja. Pengalaman ini juga mendorong saya untuk menerajui Nateskin. Jadi daripada saya gunakan Jaredskin sebagai nama jenama ini, saya gunakan Nateskin. Perkataan ‘Nate’ di dalam Nateskin mempunyai maksud dan isitillah punggung atau dalam Bahasa Inggeris, buttock dan rump. Menarik tak?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat masa sekarang lebih ramai memilih untuk lebih berhai-hati dan tidak pergi ke kedai gunting rambut dengan kerap. MASKULIN berpendapat kita harus membantu sektor industri ini dengan terus mengunjunginya. Namun biarlah tidak terlalu kerap dan menuruti SOP yang ditetapkan. Bagi anda yang berjambang, trik trim jambang dan janggut ini boleh anda lakukan di rumah.
Kalau ikut langkah dengan betul, anda boleh dapatkan hasil seperti mengunjungi kedai gunting rambut. ‘Membela’ jambang bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan perhatian yang cukup dengan penjagaan seperti melakukan trimming dan mencuci dengan baik.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi trik bagaimana untuk trim jambang dan janggut seperti dilakukan oleh kebanyakan tukang gunting atau barber profesional.
Jangan biarkan jambang anda sentiasa berada dalam keadaan kering. Ia boleh memberikan penampilan yang serabai dan tidak terurus. Oleh itu pastikan jambang sentiasa bersih dan dicuci menggunakan syampu.
Dan syampu yang digunakan bukanlah syampu rambut biasa tetapi syampu khas untuk jambang dan janggut. Ini kerana kulit wajah anda sangat berbeza dengan kulit kepala. Kondisi yang terjaga seperti ini akan memudahkan anda melakukan trimming dengan baik.
Selepas melakukan cucian, keringkan dahulu dengan menggunakan tuala. Kemudian ambil berus untuk menggosoknya ke arah melawan arah supaya ia lebih lurus dan tegak. Kedudukan jambang seperti ini akan memudahkan anda melakukan trimming serta menunjukkan perbezaan panjangnya.
Untuk mendapatkan trim yang berkesan gunakan mesin trimmer janggut yang sepsifik. Usah guna mesin rambut biasa kerana ‘matanya’ lebih kasar dan berbeza. Anda boleh dapatkan mesin trimmer janggut di pasaran pada harga yang berpatutan.
Triknya, gunakan clipper yang lebih besar terlebih dahulu bagi mendapatkan kepanjangan yang anda mahukan. Jika anda mahu potongan lebih pendek dan ringkas, anda boleh gunakan sahaja clippers saiz universal.
Lakukan trimming di bahagian misan dengan menggunakan mesin trimmer janggut. Pastikan anda menggunakan clippers bersaiz sama bagi memastikan kepanjangannya konsisten.
Namun berhati-hati bila melakukannya di sekitar bahagian hidung agar tidak mesin tidak terlekat di situ. Kemudian lakukan trim dengan lebih lengkap dengan menggunakan gunting kecil khas untuk misai. Ia trik yang simple tapi memerlukan kesabaran.
Ini merupakan bahagian yang mungkin paling sukar. Mendapatkan trimming yang baik dengan garisan leher atau neckline yang baik agar sedikit mencabar. Jika trim jambang terlalu rapat dengan tulang rahang ia akan membuatkan anda kelihatan memiliki double chin.
Cara terbaik melakukan trimming di bahagian ini ialah untuk membuang segalanya yang berada di bawah halkum. Kemudian lakukan trimming dalam bentuk ‘U’ bermula dari bawah hingga ke atas.
Sama seperti rambut, jambang dan janggut anda juga memerlukan ‘kasih sayang’ yang sempurna. Oleh itu jangan lupa untuk menyapu minyak janggut agar ia sentiasa lembab dan sihat. Tamatkan proses ini dengan menggunakan minyak janggut berkualiti. Ratakan minyak ke semua bahagian dengan menggunakan sikat.
Semoga tip dan trik grooming kali ini mampu membuatkan anda tampil dengan gaya lebih kacak dan tampan. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik tentang lelaki.
Buat anda yang ingin mendapatkan produk pakaian outdoor pada harga menarik, boleh dapatkannya di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.