Keyakinan diri adalah elemen penting dalam membina hubungan sosial, terutamanya apabila berinteraksi dengan perempuan.
Namun, satu masalah yang sering diabaikan tetapi sangat mempengaruhi keyakinan diri seorang lelaki adalah bau badan.
Masalah ini bukan sahaja memberi kesan kepada persepsi orang lain, tetapi juga menjadikan lelaki itu berasa malu dan kurang yakin untuk mendekati atau berbual dengan perempuan.
Foto : Pngtree
Mengapa Bau Badan Menjadi Isu?
Bau badan terjadi apabila peluh bercampur dengan bakteria yang terdapat di permukaan kulit, khususnya di kawasan seperti ketiak.
Walaupun peluh secara semula jadi tidak berbau, bakteria yang memecahkan peluh menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.
Faktor-faktor lain yang menyumbang termasuk:
Diet tidak seimbang
Pengambilan makanan berbau kuat seperti bawang putih dan rempah boleh meningkatkan bau badan.
Ini berlaku kerana bahan aktif dalam makanan tersebut, seperti sulfur dalam bawang putih, diserap ke dalam aliran darah dan dilepaskan melalui peluh.
Ads
Foto : SinarPlus
Kebersihan diri
Kekurangan rutin mandi, terutamanya selepas melakukan aktiviti fizikal yang menyebabkan peluh, boleh menyebabkan peluh dan bakteria terkumpul pada permukaan kulit.
Apabila bakteria ini memecahkan peluh, ia menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.
Masalah Kesihatan
Keadaan seperti hiperhidrosis (peluh berlebihan) atau perubahan hormon.
Hiperhidrosis iaitu keadaan di mana seseorang menghasilkan peluh secara berlebihan, walaupun tanpa rangsangan seperti suhu panas atau aktiviti fizikal.
Ads
Peluh yang berlebihan ini menyediakan persekitaran yang ideal untuk pertumbuhan bakteria, yang seterusnya menghasilkan bau yang kuat.
Foto : Lifebuoy
Langkah Mengatasi Bau Badan
Meningkatkan Kebersihan Diri
Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan gunakan sabun antibakteria. Jangan lupa untuk mencukur kawasan ketiak bagi mengurangkan pengumpulan bakteria.
Penggunaan Deodoran Yang Betul
Penggunaan deodoran yang betul memainkan peranan penting dalam menjaga kebersihan dan mengawal bau badan.
Deodoran berfungsi dengan cara menutup bau yang dihasilkan oleh bakteria yang memecahkan peluh.
Ads
Pemilihan Pakaian yang Sesuai
Pakai pakaian yang diperbuat daripada bahan yang boleh menyerap peluh seperti kapas.
Amalkan Diet Sihat
Kurangkan makanan yang boleh menyebabkan bau badan seperti bawang putih, kafein dan alkohol.
Berjumpa Doktor Jika Perlu
Jika masalah berterusan, dapatkan nasihat daripada doktor untuk rawatan lanjut.
Bau badan bukan sahaja memberi kesan kepada hubungan sosial, tetapi juga boleh menjejaskan keyakinan seorang lelaki.
Oleh itu, mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini bukan sahaja penting untuk kesihatan fizikal, tetapi juga untuk kesejahteraan emosi.
Dengan kebersihan diri yang baik, lelaki bukan sahaja boleh meningkatkan keyakinan diri, tetapi juga menarik perhatian orang lain, termasuk perempuan yang mereka kagumi.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak sah rasanya kalau seorang lelaki tak ada sebotol minyak wangi di rumah. Paling kurang pun mesti nak ada sebotol yang boleh digunakan terutamanya bila menghadiri majlis-masjlis rasmi.
Terdapat pelbagai faktor mengapa lelaki memilih sesetengah minyak wangi. Selain faktor harga dan juga jenis bau antara faktor yang paling penting buat lelaki ialah ketahanan bau minyak wangi.
Tidak semua minyak wangi mampu bertahan dengan lama. Ada yang kalau dipakai hanya dalam beberapa jam sahaja terus hilang baunya. Manakala ada juga yang semakin badan anda berpeluh semakin kuat baunya keluar.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 10 jenis minyak wangi yang mempunyai bau paling tahan lama. Jom ikutinya di bawah!
Hanae Mori EDP
Mungkin ramai yang tak terbiasa dengan jenama ini. Namun ia sebenarnya sebuah jenama yang agak disegani terutamanya dalam penghasilan minyak wangi. Gabungan bau kayu dan sitrus eksotik menjadi tarikan utamanya. Paling penting baunya mampu bertahan lama.
BVLGARI Man In Black
Produk ini sebenarnya sudah lama berada di pasaran. Mungkin ia sedikit berada di bawah radar ramai orang. Diperkenalkan sejak tahun 2010 ia menawarkan bau bertonakan kulit dengan sentuhan rempah ratus dan ekstraks istimewa menjadikannya sebagai antara minyak wangi tahan lama.
Bagi lelaki maskulin yang inginkan sentuhan berpersonaliti elegan, seksi dan tampan inilah minyak wangi yang mampu menyerlahkan anda. Kandungannya dihasilkan daripada bahan berkonsentrasi tinggi dengan ambien bauan iris, vetiver dan cedar. Lalu menjadikannya leboh menonjol terutamanya bila berad di tempat awam.
Guerlain L’Instant De Guerlain Extreme
Khas buat anda yang sentiasa aktif dari siang ke malam. Semakin anda berpeluh semakin ‘galak’ baunya keluar. Menggabunghkan ekstraks daripada pokok koko, vanilla dan saldalwood menjadikan ia sebagai minyak wangi sejati buat lelaki.
L’HOMME By YSL EDT
Yves Saint Laurent juga antara jenama yang sering meniti di bibir penggemar minyak wangi. Diperkenalkan sejak tahun 2006, minyak wangi ini pantas popular kerana bau yang ditawarkannya digemari majoriti lelaki. Dengan asas bau daripada tonka bean, vetiver Tahiti dan cedar menjadikan ia sebagai minyak wangi yang wajib dimiliki lelaki.
PRADA Luna Rossa Extreme EDP
Bila anda perhatikan ada perkataan ‘extreme’ pada minyak wangi, percayalah bahawa ia sesuai untuk seseorang yang sentiasa bergerak aktif terutamanya yang meluangkan banyak masa di bawah matahari. Menampilkan bauan berciri makulin dan menggoda ia dikatakan antara minyak wangi disenangi kaum wanita.
Versace Oud Noir De Parfum
Tak dapat dinafikan dalam dunia fesyen nama Versace adalah antara yang sering dijulang. Dengan hanya 1% kandungan alkohol ia membuatkan minyak wangi ini lebih tahan lama. Bauan asa yang ketaranya ialah agarwood, oriental wood dan ekstrask dari kulit.
Dolce & Gabbana Light Blue
Minyak wangi EDP ini terbukti tahan lama dengan membawa bau kuat berteraskan inspirasi buahan akuatik. Walaupun ia berbau agak lembut namun itu tidak membuang sifat makulin yang masih kuatr dibawa oleh karakter minyak wangi ini.
Jean Paul Galutier Ultra Male
Baunya lebih kurang sama dengan versi Jean Paul Gaultier Le Male tetapi dengan sedikit perubahan iaitu keunikan asas bau buah pear. Sesuai digunakan buat anda yang sering berada di dalam pejabat dalam kondisi berhawa dingin.
Creed Aventus Millesime
Jenama yang memfokuskan sepenuhnya kepada penghasilan minyak wangi ini cukup terkenal terutamanya di kalangan penggemar tegar. Dengan nada maskulin ia membawa bauan yang unik dengan sentuhan nenas, blackcurrant dan epal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, sudah beberapa kali terkena apabila membeli perfume yang tidak tahan lama dan tidak sesuai dengan jenis bau badan sendiri. Mencari perfume yang sesuai dengan badan dan juga karakter diri kadangkala bukanlah senang. Apatah lagi mencari yang sesuai dengan hidung kita sendiri.
Antara pengajaran yang diperolehi, jangan beli berdasarkan jenama semata. Kerana setiap orang mempunyai karakteristik berbeza. Jadi tidak salah kita jadi lebih cerewet dalam memilih perfume yang sesuai. Lagipun harga perfume berkualiti pun bukanlah murah.
Berdasarkan misi mencari perfume sesuai, MASKULIN ingin kongsi beberapa info tan tip berguna untuk anda..
FAHAMI JENIS BAU DAN KARAKTERNYA
FRESH ATAU MENYEGARKAN
Antara bauan yang sinonim dengan karakter segar ialah Giorgio Armani Acqua di Gio. Sesuai untuk anda yang tak melakukan aktiviti terlalu lasak dan lebih banyak habiskan mada dalam pejabat.
FLORAL
Ya, lelaki juga boleh guna minyak wangi berbau bungaan. Tapi tidak semua jenis bau bunga yang sesuai. Buat lelaki bau bunga lavender mampu memberikan personaliti seksi kepada pemakainya. Dior Homme antara contoh perfume bau seperti ini.
WOODY ATAU KAYU
Minyak wangi yang paling sinonim dengan karakter maskulin dan kelelakian. Mampu menyerlahkan sifat kejantanan paling maksima kerana ia lebih keras dan mampu memberikan gaya keyakinan kepada pemakainya.
Setiap minyak wangi mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebagai contoh keberkesanannya di dalam kondisi atau persekitaran tertentu. Jika anda mahu elemen tarikan luar biasa di pejabat pilihlah bau woody. Manakala untuk lebih santai dan bersahaja, bauan fresh paling sesuai buat anda. Dan jika anda ingin tampil seksi pada janji temu pilihlah bauan floral.
PENGGUNAAN KE MAJLIS
Setiap majlis pastinya datang dengan tema berbeza. Sebagai seorang lelaki yang mementingkan karakteristik bauan pastinya anda ingin memilih minyak wangi sesuai dengan acara.
Majlis formal – bauan yang mempunyai sifat elegan dan eksklusif seperti Amouage, Creed atau Tom Ford
Majlis tak formal – sesuai dengan bauan woody atau fresh yang sesuai dengan karakter anda. Antara pilihan sesuai Polos Sport Extreme dan Bleu de Chanel.
Aktiviti luaran – pilihlah minyak wangi yang menyerlahkan bau ketika anda berpeluh.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mencari perfume yang betul-betul sesuai. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memiliki potongan rambut yang menarik dan cantik merupakan idaman setiap lelaki. Jadi amat penting penjagaan rambut diberi perhatian khas setiap hari.
Ada orang dilahirkan cukup bertuah dengan rambut yang lebat dan sihat. Namun tahukah anda sejauh mana lebat sekalipun rambut namun jika ia tidak dijaga dengan baik pasti akan rosak juga nanti.
Menjaga rambut sebenarnya tidaklah sesukar mana yang anda fikirkan. Apa yang penting harus amalkan rutin harian yang baik. Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip menarik untuk anda menjaga rambut agak lebih bersinar, sihat dan kemas.
Barulah sentiasa tampil dengan kacak!
JANGAN TERLALU KERAP BASUH
Ini antara kesalahan rookie yang banyak dilakukan oleh lelaki. Usah terlalu kerap menggunakan syampu yang mempunyai bahan kimia setiap hari. Cukuplah dalam seminggu anda mencuci rambut menggunakan syampu sekadar 3 atau 4 kali sahaja.
KERINGKAN DENGAN BAIK
Jangan sesekali menggosok rambut dengan tuala menggunakan kekerasan. Dalam kondisi basah rambut terdedah untuk rosak dengan mudah. Keringkan rambut dengan cara lap dengan perlahan-lahan.
SIKAT RAMBUT DENGAN BAIK
Jika rambut anda makin menipis, carilah gaya potongan rambut yang sesuai. Usah sembunyikan kawasan bertompok yang nipis dengan menyikat rambut ke sebelah kawasan itu. Ia bukan sahaja buruk malah buatkan anda nampak macam sangat desperate.
JAUHI KLORIN
Kandungan klorin terutamanya di kolam renang merupakan ramuan bencana buat rambut anda. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi kering dan mengeras. Jika anda ingin mandi di kolam renang gunalah penutup kepala atau spukan sedikit perapi.
GUNA PRODUK BERPADA-PADA
Usah terlalu teruja untuk mencuba segala macam produk penjagaan rambut. Penggunaan terlalu banyak produk ini mendedahkan rambut anda dengan pelbagai kandungan kimia.
lelaki kacak rambutnya sihatrambut
SYAMPU BERFORMULA KHAS
Sebelum membeli dan menggunakan mana-mana syampu pertama sekali anda harus pastikan jenis rambut anda. Carilah syampu yang sesuai dengan rambut dan yang mengandungi bahan-bahan mesra alam dan mampu memberi kadar pH yang seimbang.
BASUH TAPI JANGAN ULANG
Ada sesetengah orang bila mandi suka mengenakan syampu melebihi satu kali. Bagi mereka cucian berkali-kali membuatkan rambut lebih bersih. Sebenarnya tabit itu sangat buruk untuk kesihatan rambut.
KURANGKAN SUHU
Tidak salah untuk menggunakan alat pengering rambut. Namun sebolehnya kurangkan sedikit tahap kepanasan yang anda gunakan. Atau untuk kesihatan berpanjangan cuba elak sama sekali daripada menggunakan pengering rambut.
SELALU TRIM RAMBUT
Setiap orang mempunyai kadar pertumbuhan rambut yang berbeza-beza. Namun majoritinya rambut akan mula tumbuh sedikit panjang selepas 4 hingga 6 minggu. Usah biarkan rambut anda serabai. Kunjungilah kedai gunting rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk melakukan kemasan rambut.
MANDIAN SEJUK
Tahukah anda air sejuk boleh menutup kapilari darah pada kulit kepala. Kapilari darah ini berfungsi membawa pelbagai jenis nutrien yang diperlukan bagi mengelakkan rambut menjadi rosak. Jadi dengan mandi menggunakan air yang sejuk boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
ELAK WARNA
Antara punca utama rambut lelaki cepat rosak ialah tabiat mewarnakan rambut berulang kali. Minimumkan penggunaan bahan kimia terutamanya yang terdapat di dalam pewarna rambut.
ALAT YANG BETUL
Pastikan juga anda sentiasa menggunakan alatan yang betul untuk menguruskan rambut. Rambut merupakan bahagian yang sangat sensitif. Elakkan guna sikat yang mempunyai jarak ruang terlalu kecil.
TOPI KETAT
Menggayakan topi yang ketat di bahagian kepala juga tidak baik untuk kesihatan rambut untuk jangka masa yang lama.
PEMAKANAN YANG SIHAT
Diet yang sihat menjamin tubuh badan yang sihat. Begitu juga dengan rambut. Jika anda amalkan gaya hidup yang sihat ia akan turut mempengaruhi kesihatan rambut. Rambut yang sihat dan bersinar kebiasaannya datang daripada amalan diet yang sempurna.
Untuk penjagaan yang baik anda juga perlu menggunakan beberapa produk rambut yang boleh membantu. Dapatkannya di sini dengan harga sangat menarik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Guru lelaki kongsi kisah sedih, pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.