Listerine bukan sahaja untuk berkumur, membersihkan mulut ataupun mengatasi masalah mulut berbau. Sebenarnya banyak lagi kegunaan Listerine yang bagus dan efektif belum pernah anda tahu.

Bukan sahaja berfungsi untuk pelbagai kegunaan di rumah, Listerine juga boleh nda gunakan sebagai tip cantik dan bersih cara bajet.

Ini 11 kegunaan hebat Listerine.

1. Pengganti deodoran & hilangkan bau busuk pada ketiak

Rugi Kalau Tak Simpan Kat Rumah, Ini 11 Tip Cantik & Bersih Cara Bajet Dengan Listerine!

Anda kehabisan deodoran pada waktu penting? Relax, perkara ini dapat diatasi hanya dengan mengaplikasikan sedikit Listerine pada ketiak menggunakan kapas. Selain itu, Listerine juga efektif untuk menghilangkan bau tengik pada ketiak dan memberikan bau yang lebih segar. Caranya, anda hanya perlu tuangkan sedikit Listerine pada kapas atau kain putih dan sental pada ketiak.

2. Menghilangkan kelemumur

Rugi Kalau Tak Simpan Kat Rumah, Ini 11 Tip Cantik & Bersih Cara Bajet Dengan Listerine!

Sebelum digunakan sebagai ubat kumur, bahan-bahan aktif yang ada pada Listerine juga boleh digunakan terlebih dahulu sebagai ubat untuk membasmi kelemumur. Caranya mudah, basahkan rambut dengan sedikit air, campurkan 1/4 cawan Listerine bersama 1 cawan air pada rambut. Urut dan usap Listerine ke seluruh bahagian rambut hingga rasa segar dan dingin. Kemudian anda balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut. Lebih menjimat daripada membuat rawatan di salun.

3. Mengecut & menghilangkan jerawat

Rugi Kalau Tak Simpan Kat Rumah, Ini 11 Tip Cantik & Bersih Cara Bajet Dengan Listerine!

IKLAN

Jika anda dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat masih tak hilang-hilang, cuba gunakan Listerine. Bersihkan wajah sebelum tidur, kemudian sapukan sedikit Listerine pada jerawat menggunakan cotton bud. Keesokan harinya, jerawat akan mengecut dan hilang disebabkan oleh kandungan alkohol yang ada pada Listerine.

4. Hilangkan gatal-gatal pada kaki

Rugi Kalau Tak Simpan Kat Rumah, Ini 11 Tip Cantik & Bersih Cara Bajet Dengan Listerine!

Tuangkan Listerine ke dalam besen bersama air dan sedikit cuka putih. Rendamkan kaki anda selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki berbau busuk dan bercagu akan hilang. Malah kulit kaki anda juga akan lebih cantik dan sihat.

5. Mengatasi bau kaki

Rugi Kalau Tak Simpan Kat Rumah, Ini 11 Tip Cantik & Bersih Cara Bajet Dengan Listerine!

Listerine memiliki kandungan anti-kuman dan anti-infeksi yang mampu membunuh bakteria dan mengurangkan peluh pada kaki. Rendamkan kaki pada campuran air suam bersama sedikit Listerine untuk mengatasi masalah aroma kaki yang busuk akibat penggunaan kasut tertutup dalam tempoh yang lama.

IKLAN

6. Membasmi kuman pada berus gigi

Rugi Kalau Tak Simpan Kat Rumah, Ini 11 Tip Cantik & Bersih Cara Bajet Dengan Listerine!

Berus gigi yang selalu kita sebenarnya mengandungi kuman. Bagaimana untuk membersihkan kuman tersebut? Caranya, tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman.

7. Bersihkan skrin tv atau komputer

Rugi Kalau Tak Simpan Kat Rumah, Ini 11 Tip Cantik & Bersih Cara Bajet Dengan Listerine!

Sembur sedikit Listerine pada kain dan sapukan ke atas skrin TV atau komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.

8. Hilangkan bau busuk dalam tong sampah

Rugi Kalau Tak Simpan Kat Rumah, Ini 11 Tip Cantik & Bersih Cara Bajet Dengan Listerine!

IKLAN

Jika anda malas nak membersihkan tong sampah di rumah dan tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak dipakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong sampah tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau busuk yang ada pada tong sampah.

9. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga

Rugi Kalau Tak Simpan Kat Rumah, Ini 11 Tip Cantik & Bersih Cara Bajet Dengan Listerine!

Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang terkena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan daripada menjadi lebam.

10. Membasmi kuman di mangkuk tandas

Rugi Kalau Tak Simpan Kat Rumah, Ini 11 Tip Cantik & Bersih Cara Bajet Dengan Listerine!

Listerine juga boleh membersihkan mangkuk tandas. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas dengan berus. Ia berfungsi untuk mematikan kuman mati dan memberi bau wangi pada tandas.

11. Menghilangkan kutu di bulu haiwan

Rugi Kalau Tak Simpan Kat Rumah, Ini 11 Tip Cantik & Bersih Cara Bajet Dengan Listerine!

Ramai penggemar kucing alami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Anda boleh campurkan Listerine dengan air dan semburkan pada bulu kucing tersebut. Selain itu, anda juga boleh mencampurkan Listerine dengan syampu mandian kucing.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI