Mesti anda tertanya-tanya, kenapa jerawat selalu tumbuh di tempat berbeza-beza kan? Ada jerawat timbul di hidung, muka, dagu, pipi, dahi dan lain-lain.
Kehadiran jerawat di tempat berbeza-beza ini ada kaitan dengan tahap kesihatan badan kita. Sebelum jerawat tumbuh dan makin merebak, seeloknya anda ketahui cara untuk mengatasinya terlebih dahulu.
Jerawat tumbuh di kawasan hidung dan dahi bermaksud anda sedang mengalami stres. Menurut kajian, jerawat di kawasan zon T ini disebabkan oleh tekanan seperti tekanan bekerja atau belajar. Ini kerana hormon adrenaline meningkatkan pengeluaran minyak di dalam kulit dan menyebabkan berlakunya ‘breakout’.
Cara nak elak: Kurangkan pemakanan yang berminyak dan produk tenusu. Selain itu, kawal corak pemakanan dan cuba elak makanan yang membuatkan anda alergik supaya keadaan tidak akan menjadi lebih teruk.
2. Jerawat di garis rambut
Produk rawatan rambut atau syampu yang berlebihan boleh menyebabkan pori-pori kulit tersumbat sehingga menyebabkan jerawat. Sebaiknya gunakan produk rambut yang sesuai dan dengan kadar yang betul.
Ads
Cara nak elak: Hindari penggunaan produk rawatan rambut secara berlebihan dan jangan sampai terkena kulit muka. Pastikan anda mencuci tangan untuk membersihkan sisa-sisa produk yang masih melekat. Ketika mencuci muka, pastikan anda menggosoknya hingga ke pori. Lakukan secara perlahan dan lembut agar tidak berlakunya iritasi. Jika jerawat di garis rambut menjadi semakin teruk, gunakan toner di kawasan tersebut untuk rawatan ekstra.
Ini sangat berkait rapat dengan kitaran haid wanita. Hormon seperti testosterone akan menjadikan gelandir banyak mengeluarkan minyak sehingga menyebabkan liang pori-pori tersumbat. Kesannya menyebabkan kulit berjerawat.
Cara nak elak: Seminggu sebelum datang bulan, gunakan pencuci muka atau krim ‘anti-acne’ dengan kandungan benzoyl peroxide secara kerap pada waktu ini. Sapukan krim jerawat di atas kawasan muka iaitu dagu dan leher sebagai langkah berjaga-jaga sebelum timbul jerawat.
Ads
4. Jerawat di pipi
Tangan anda mempunyai banyak kekotoran. Jerawat di bahagian ini mudah terjadi apabila anda sering menyentuh permukaan wajah dengan tangan yang tak bersih. Bukan itu sahaja, ia juga disebabkan oleh suhu badan panas dan sarung bantal tidur yang kotor.
Cara nak elak: Pastikan anda membersihkan tangan sebelum menyentuh permukaan wajah. Ambillah makanan yang boleh menyejukkan badan dan jangan lupa minum banyak air masak. Pastikan sarung bantal anda bersih dan basuh secara kerap untuk menghilangkan debu dan kekotoran.
Jerawat di sekitar bahagian mulut ini berkait rapat dengan diet anda. Sisa daripada pengambilan banyak makanan berasid seperti lemon atau cuka boleh menimbulkan iritasi kulit di sekitar kawasan ini. Beberapa makanan berminyak yang melekat di sekitar mulut juga boleh menyumbatkan pori-pori hingga menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga disebabkan oleh masalah penghadaman.
Cara nak elak: Setiap sahaja anda sudah makan, gunakan tisu basah untuk mengelap sekitar mulut dan membuang semua sisa makanan yang melekat.
6. Jerawat di dada atau belakang badan
Ia sering dialami oleh wanita yang ada masalah dengan pakaian atau baju dalam yang tidak menyerap peluh. Bakteria menyebabkan jerawat mudah tumbuh di kawasan yang lembap. Selain itu, pemakanan yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan badan mudah ditumbuhi jerawat.
Cara nak elak: Guna pakaian yang menyerap peluh sama ada ketika bersukan ataupun membuat aktiviti luar. Selain itu, kawal pemakanan misalnya makan oat kerana ia dapat membantu mengurangkan risiko jerawat tumbuh di bahagian ini. Anda juga boleh menggunakan produk rawatan yang sesuai dengan jenis kulit. Jika kulit anda terlalu sensitif, berjumpalah dengan doktor kulit.
Ada orang lebih suka wajah mereka licin bersih dari sebarang misan, janggut atau jambang. Mungkin alasannya tidak mahu berasa rimas.
Namun tahukah anda menyimpan janggut atau jambang membawa beberapa kelebihan yang mungkin kita tidak tahu? MASKULIN yakin ramai di antara anda pun sudah tahu bahawa menyimpan janggut itu merupakan salah satu amalan Sunnah dari Nabi kita yang tercinta.
Tidak dinafikan lelaki berjanggut atau berjambang sedikit sebanyak menonjolkan sisi kejantanan atau maskulin yang lebih mantap. Jika tak percaya cuba anda bandingkan diri anda yang licin bersih dan berjanggut atau berjambang. Cuba tanya orang terdekat yang manakah mereka nampak lebih ‘jantan’?
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa kelebihan lelaki yang menyimpan janggut atau jambang.
Melindungi Serangan Bakteria & Jangkitan Kuman
Haa, betul tak saya kata, terkejut kan dengan fakta yang pertama ini. Kajian yang terperinci telah dijalankan ke atas 408 lelaki pekerja hospital yang berjanggut mendapati Lelaki yang bercukur penuh tidak berjanggut adalah 3 kali ganda lebih cenderung untuk ‘menyimpan bakteria’ di mukanya berbanding lelaki pekerja hopital yang berjanggut!
Lindungi Wajah Panas Matahari
Ini memang terang-teranglah kan. Dengan adanya janggut, kurang kawasan badan kita yang akan terkena matahari. Pancaran Matahari keterlaluan mampu mencetus jadinya kanser kulit dan adanya janggut mampu menapis 90-95% daripada pancarana ultraviolet yang berbahaya itu.
Bayangkan panas yang dirasa orang yang berambut penuh dan orang yang botak, rasa-rasanya siapa yang akan berpeluh terlebih dahulu jika diletakkan di tengah panas?
Ini mesti lelaki suka dengar kan? Menjadi lebih Maskulin, kacak, matang dan berani adalah seperti naluri kedua kepada kaum lelaki. Kenapa? Tiada yang tahu jawapannya, tapi itu hakikat seorang lelaki sejati! Namun, terkejut atau tak, sebenarnya kajian dari New South Wales di Australia juga membuktikannya!
Sebanyak 351 orang perempuan dan 177 orang lelaki heteroseksual (heteroseksual bermakna lelaki normal yang suka perempuan tau!) telah memberi markah scoring berdasarkan gambar 10 orang lelaki.
Kajian mendapati :
i) Lelaki yang berjanggut lebat 10 hari adalah paling menarik untuk Wanita.
ii) Lelaki yang berjanggut penuh dipandang sebagai seorang Bapa yang sangat baik dan bertanggungjawab
iii) Lelaki yang berjanggut Stubble (Janggut pendek) mendapat markah terendah dan lebih rendah berbanding lelaki yang mencukur janggut penuh dalam semua kategori iaitu tarikan, maskulin, kesihatan dan potensi menjadi bapa yang bertanggungjawab.
Janggut Boleh Tubuh Panjang
Jangan terkejut kalau anda terjaga dari tidur dan mendapati janggut anda dah meliputi badan anda! Janggut boleh tumbuh hampir 4 kali ganda ketinggian anda! Dianggarkan, janggut anda akan sepanjang lebih kurang 27 kaki kalau anda tak pernah cukur dari lahir sehingga meninggal dunia. Haa, boleh masuk Malaysia Book of Records!
Mencetus Kasih Sayang
Anda pernah dengar tentang Pogonophilia? Ia merujuk kepada golongan yang sangat suka dan sangat sayang kepada janggut dan orang yang menyimpan janggut. Ini berlaku terutamanya di kalangan peremupuan. Siap ada terma sendiri lagi tu! Punyalah hebat penangan janggut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Normal lah manusia tak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang kita dah ada kan. Masa kini bukan perempuan je yang gila bab kecantikkan ni, lelaki juga tidak berkecuali. Lambakan produk kecantikan di pasaran adakalanya menimbulkan persoalan, apakah produk itu selamat digunakan? Meskipun pengguna boleh membuat semakan pendaftaran sesebuah produk itu laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), namun pengguna juga perlu tahu bagaimana cara-cara untuk mengesan produk itu merupakan produk yang tidak selamat untuk digunakan.
Untuk itu, anak muda bernama Khairul Yoi ini tampil berkongsi 10 tips untuk anda. Semoga bermanfaat.
Penat ah nak jawab soalan “yoi produk ni kilo tak, yoi produk ni slamat tak, yoi bla bla bla tak, yoi single tak, eh.”
Sini aku ajar teknik mudah nak kesan produk sampah.
1) kau pergi kedai jamu dalam mall tu. Tak pon memana toko jamu. Segala skincare dalam kotak, ada satu set, bekas kecik2, warna warni di aidilfitri, itu la produk sampah.
2) kau cari founder dia. Tgok latar blakang. Kalau takde background medic atau chemist, spm blom habis, atau pesen blajar tak tinggi mana, pendek kata bodoh la senang citer, maknanya produk dia produk sampah.
3) kau tgok ada jual kat drugstores tak. Kalau takde, sampah!
4) bnda ni paling senang detect. Tgok kotak, ada alamat kilang tak, ada ingredients tak. Kalau takde, sampah!
5) ada kkm tak bermakna selamat. Aku dh pernah citer pasal kkm sebelum ni. Apatah lagi yg takde kkm. Lagi la sampah!
6) tengok testimoni. Kalau edit sampai hilang hidung, sampah!
7) bau. Bau wangi mcm letak perfume. Sebab nak hilangkam bau mercury.
8 ) tekstur. Melekit dan berkilat. Ada mercury. Bila dibiarkan lama2, bekas krim akan jadi hitam.
9) sekiranya korang pakai dan muka barai, sampah! Takde istilah healing crisis. Ada yg cakap “aku pakai elok je”. Yang ni aku nak terang sikit. Ada 3 cara mercury / hydroquinon / tretinoin baraikan kesihatan kau. Pertama, kesan segera. Kalau pakai terus barai. Kedua, lepas berhenti baru barai. Ketiga, muka glowing, cantik, berkilat. Tapi buah pinggang rosak slow2. Ada mangkuk hayun tanya “pakai kat muka tetiba rosak buah pinggang? Takde kena mengena!” Haa ini kalau aku kabor kau bengap mmg menggelupur. Mercury meresap dari kulit smpai ke dalam saluran darah, darah dibawak ke buah pinggang utk tapis. Takdenya muka kau pakai penapis teh untuk tapis darah. Tu pasal effect buah pinggang. Dah rasa educated sikit lepas baca ni kau boleh slow2 hantuk kepala kat dinding.
10) overclaim. Pakai 2 minit dah putih. Pakai seminggu dh naik urat hijau, bla bla bla. Sama mcm supplement dan jamu. Kalau nampak overclaim boleh sembuhkan kanser ke boleh rawat buah pinggang ke boleh rawat penyakit apa ke, sampah! Ingat, supplement bukan ubat!
I’ve done my part. The choice is yours!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jangan salahkan produk semata-mata jika muka anda macam kilang minyak dan jerawat mudah naik. Tidak dinafikan muka berminyak memang merunsingkan kerana menampakkan wajah anda berkilat.
Jika tak mahu berdepan dengan muka berminyak, pastikan anda atasi dengan segera bagi mengelakkan berlakunya penyumbatan liang pori-pori sehingga wajah mudah naik jerawat.
Pastikan anda ambil tahu empat punca ini agar mudah untuk anda elak muka berminyak dan berjerawat.
1. Ambil makanan berminyak, berlemak dan bergoreng
Antara punca yang paling kerap terjadinya kulit berminyak adalah melalui pemakanan anda. Pengambilan banyak makanan berminyak, berlemak atau bergoreng tanpa memikirkan kesan sampingannya menyumbang faktor menyebabkan kulit muka berminyak.
Setiap orang lahir dengan kelebihan masing-masing. Ada segelintir yang lahir dengan genetik kulit berminyak yang sangat teruk, namun ia tidak menghalang anda daripada terus konfiden di hadapan orang ramai. Walau bagaimanapun, keadaan ini masih boleh dikawal jika anda mengikuti tip-tip penjagaan untuk kulit berminyak.
BACA: Lelaki Ini Kongsi 30 Produk Terbaik Atasi Muka Berjerawat, Berminyak & Parut!
3. Berdepan dengan tekanan
Tekanan merupakan perkara normal yang sering terjadi terhadap lelaki. walaupun tekanan tidak mempunyai kaitan terus dengan kulit berminyak, namun ia boleh mengubah keseimbangan hormon yang ada dalam badan seseorang sehingga menyebabkan masalah kulit berminyak.
4. Terdedah dengan matahari yang terik dan persekitaran berhabuk
Anda pasti pelik mengapa orang yang bekerja di pejabat tidak mengalami masalah kulit berminyak yang sangat teruk, sedangkan anda yang bekerja di bawah matahari yang terik sering mengalami kulit berminyak.
Bagi yang bekerja di kawasan terbuka dan panas, anda cenderung mengalami kulit berminyak yang sangat tinggi. Ini kerana kulit muka dipaksa untuk menghasilkan lebih banyak minyak untuk melindungi wajah yang terdedah dengan kepanasan dan kekotoran.