Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini ramai yang mengikuti diet intermittent fasting. MASKULIN sendiri rasa tak perlulah dihurai dengan panjang lebar tentang intermittent fasting.
Jika anda seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa pasti sudah tahu bagaimana ia dilakukan bukan sahaja oleh selebriti malah ramai penggiat aktiviti kecergasan.
Namun bagi ‘kaki gym’ melakukan intermittent fasting merupakan dilema. Jika ingin bersenam badan memerlukan tenaga. Tapi kalau sudah melakukan diet intermittent fasting pasti ia memberikan sedikit kesan terhadap keupayaan fizikal.
Sebenarnya jika dilakukan dengan betul kedua-dua aktiviti ini boleh dilakukan dengan serentak.
Jadi bagaimana caranya?
Ads
JANGAN BINA OTOT KETIKA BERPUASA
Sama ada anda mengikuti program 5/2 (makan lima hari, puasa dua hari) atau 16/8 (puasa 16 jam dan makan dalam masa 8 jam), kedua-dua mempunyai kesan tersendiri terhadap badan anda. Kebanyakan orang yang melakukan intermittent fasting ini akan berjaya menurunkan berat badan.
Jadi buat anda yang ingin membina otot ia bukanlah satu kondisi ideal bila badan berpuasa. Jadi jika anda dalam program diet tersebut usahlah berusaha membina otot sebaliknya tumpukan kepada senaman melibatkan stamina dan kardio.
Ads
BOLEH ANGKAT BERAT
Tapi itu tidak bermakna anda tidak boleh melakukan aktiviti senaman seperti mengangkat berat. Anda mungkin tak akan dapat bina otot semasa berpuasa namun dengan melakukan angkat berat ia membantu anda mengekalkan kekuatan otot dan stamina.
Lakukan dalam tempoh dua hingga tiga kali rutin senaman angkat berat dalam seminggu.
Ads
MAKAN DAHULU SEBELUM ANGKAT BERAT
Seloknya lakukan aktiviti ngkat berat selepas anda berada dalam tempoh boleh makan. Selain angkat berat anda juga boleh lakukan aktiviti larian pecut, crossfit dan juga HIIT (high intensity interval trainig). Ini sangat penting terutamanya bagi anda yang memiliki fizikal yang sedikit kurus dan under-weight.
LEBIHKAN SENAMAN KARDIO
Kebanyakan pencinta aktiviti bina badan atau otot melakukan senaman kardio seperti berlari di atas treadmill atau basikal sebelum memulakan hari dengan sarapan. Semasa anda dalam prgram intermittent fasting adalah lebih baik melakukan senaman seperti ini untuk membakar kalori dengan efisien.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berlari merupakan aktiviti senaman yang paling popular di negara kita. Mengapakah ia menjadi aktiviti fizikal yang popular? Terdapat banyak faktor yang menjadikan larian sebagai aktiviti senaman pilihan rakyat Malaysia.
Pertama sekali kerana ia mudah dilakukan. Selain itu ia juga tidak memakan kos yang tinggi. Cukup sekadar memiliki sepasang kasut larian yang sesuai sahaja.
Namun dalam melakukan aktiviti larian anda harus bijak menggunakan teknik dengan betul agar tidak mudah mengalami kecederaan seperti kejang otot, masalah pernafasan dan juga kecederaan kaki.
Antara perkara paling penting buat anda yang aktif berlari ialah bernafas dengan betul. Ia nampak mudah namun jika teknik yang diamalkan salah boleh jejaskan prestasi anda sendiri. Malah jika bernafas tak betul anda juga akan berasa cepat penat dan mengah.
Teknik pernafasan yang betul sangatlah penting kerana ia juga berkait rapat dengan jantung. Apa yang penting anda kena pastikan udara atau oksigen banyak masuk ke dalam badan.
Berikut MASKULIN kongsikan teknik bernafas dengan baik semasa melakukan aktiviti larian.
Anda perlu tarik nafas dengan dalam, bukan nafas pendek.
Semasa berlari anda perlu bernafas sampai ke perut, bukan hanya di dada sahaja. Dengan amalkan teknik ini udara akan banyak masuk ke bahagian dada.
Keadaan postur badan semasa anda berlari juga sangat penting. Pastikan badan tidak membongkok. Ini kerana jika anda dalam postur ini dada akan mengecil. Luruskan badan dan buka dada dengan baik.
Bagi memastikan anda mampu berlari dalam jarak yang lebih jauh pastikan bernafas dengan keadaan relaks. Elakkan bernafas dengan laju.
Bila bernafas semasa berlari sedutlah udara dengan menggunakan hidung dan hembuskan menerusi mulut.
Larian yang efisien adalah larian idaman ramai orang. Jadi untuk mendapatkan larian berkualiti teknik pernafasan memang penting. Gunakan teknik 3 tapak sedut nafas dan 2 tapak hembus nafas.
Jika anda berasa sedikit tercungap-cungap, usahah risau. Itu perkara yang normal berlaku semasa berlari. Jika keadaan ini berlaku perlahankan pace anda dan cuba tarik nafas dengan lebih tenang.
Semoga perkongsian teknik pernafasan untuk larian ini memberikan manfaat kepada anda. Selamat berlari dan sihat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hormon testosteron ialah sejenis hormon steroid lelaki dari kumpulan Androgen dan merupakan HORMON SEKS utama lelaki.Ia bukan saja penting untuk anda membina otot bahkan untuk melancarkan keinginan seksual anda juga. Malangnya ramai juga antara kita yang kurang sedar yang kadar pengeluaran hormon semakin menurun apabila umur semakin meningkat setiap tahun sebaik saja memasuki usia 30 tahun.
Namun begitu, 4 masalah di bawah yang berkaitan dengan kekurangan tahap testosteron sebenarnya masih boleh diubati.
1. Kehilangan Keupayaan Seks
Kebanyakan lelaki yang kekurangan kadar testosteron akan mengalami keinginan seksual yang rendah – sukar untuk membangkitkan keghairahan dan lesu di bilik tidur. Hormon inilah yang beroperasi untuk menjana keinginan seksual anda – seperti ketika anda ternampak sesuatu yang meransang nafsu, anda akan berasa tergoda untuk melakukan seks.
2. Otot Anda Mengecil
Testosteron membantu tubuh anda untuk menjana metabolisma untuk membina otot engan menggalakkan tubuh anda untuk menghasilkan protein bagi tujuan tersebut. Tanpa kewujudan hormon ini anda akan mengalami masalah untuk membina otot dan seterusnya anda bakal mengalami kehilangan otot-otot yang anda pernah bina dahulu.
3. Zakar Akan Mengecil
Tanpa aliran hormon testosteron yang lancar, tisu pada zakar dan skrotum akan mengecut dan mengecil – sebagai hasilnya zakar anda kian mengecil.
Terapi testosteron pun sukar untuk mengembalikan semula saiz zakar anda yang mengecil itu – tapi ia masih mampu meningkatkan pembesaran zakar anda mungkin dalam seinci atau dua inci.
4. Perut Anda Membesar
Mereka yang mengalami kanser prostat semuanya mempunyai masalah perut yang besar – ini pula adalah akibat daripada kekurangan hormon testosteron. Penghasilan lemak di sekitar perut dan pinggang ini adalah dijana oleh lipoprotein lipase yang disebabkan oleh kekurangan hormon testosteron.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pencarian bakat baharu sukan permotoran kini diteruskan dengan pengenalan perlumbaan Cabaran Yamaha NVX oleh pihak Hong Leong Yamaha bersama-sama penganjur bermula pada pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Bandar Jasin Bestari, Jasin, Melaka, 5 dan 6 Ogos ini.
Perlumbaan Cabaran Yamaha NVX bakal menggunakan motosikal skuter yang baharu dilancarkan, Yamaha NVX 155 melibatkan penyertaan 20 remaja belasan tahun yang bercita-cita untuk mengikut jejak langkah pelumba negara yang mencipta nama di pentas antarabangsa ketika ini seperti Khairul Idham Pawi, Hafizh Syahrin Abdullah, Adam Norrodin dan Zulfahmi Khairuddin.
Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg berkata, perlumbaan ini menggunakan format serupa dengan dua perlumbaan satu pengeluar sedia ada, pada masa sama pelumba-pelumba yang melepasi ujian pemilihan telah dipanggil menjalani satu sesi latihan kendalian Yamaha sebagai proses menyesuaikan diri dan dapat mengendalikan jentera ini dengan baik sewaktu di litar.
“Pengenalan kategori ini juga menjadi satu lagi landasan untuk remaja belasan tahun mempamerkan kebolehan mereka dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai pelumba muda berpotensi.” jelasnya.
Buat semua peminat , ayuh saksikan perlumbaan pertama Cabaran Yamaha NVX di Bandar Jasin Bestari, Jasin, Melaka pada hujung minggu ini.