Melakukan senaman dengan menggunakan alat bantuan senaman seperti dumbbell sememangnya cukup popular di kalangan kaki workout. Penggunaannya mampu memberikan pelbagai variasi rutin senaman dan paling penting boleh meningkatkan otot bisep menjadi lebih mantap.
Tapi tahukah anda terdapa beberapa kenis teknik rutin senaman menggunakan dumbbell yang berbeza. Malah setiap satunya boleh memberikan fokus untuk bisep di bahagian dalam luar dan juga bawah.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa teknik senaman menggunakan dumbbell yang boleh anda lakukan di mana sahaja termasuklah di rumah.
IKLAN
BISEP CURL
Ini merupakan rutin senaman dumbbell yang paling penting kerana ia menjadi asa untuk rutin yang lain.
Berdiri tegak dengan tangan di bawah memegang dumbbell.
Angkat sehingga mencecah ke parasa bahu dan perlahan-lahan kembalikannya ke bawah semula
Elakkan melakukan henjutan atau jerk
ALTERNATED BISEPS CURL
Teknik sama dengan bisep curl. Cuma apa yang berbeza anda perlu mengangkat dumbbell secara bergilir antara tangan kiri dan kanan
Jika penant berhenti untuk seketika sebelum melakukan tangan sebelah lagi. Jangan paksa diri untuk lakukan angkatan secara paksa.
HAMMER CURL
Satu lagi bentuk senaman bisep yang penting dalam rutin dumbbell untuk kekuatan bisep.
IKLAN
Pegang dumbbell di di bahagian sisi badan dengan tapak tangan menghadap ke arah badan.
Angkat kedua-dua belah tangan dengan membengkokkan siku dan rendahkannya semula secara perlahan-lahan.
Paling penting kena pastikan tangan sentiasa lurus semasa melakukan rutin ini.
SEATED ALTERNATED CURL
Duduk di atas kerusi dan pegang dumbbell di kedua belah tangan. Pastikan bahagian tapak tangan menghadap ke badan.
Secara berselang-seli angkat dumbbell hingga ke paras bahu.
INCLINE BISEP CURL
Cari tempat untuk bersandar dan pegang dumbell di kedua belah tangan.
Angkat kedua-dua dumbbell hingga ke paras bahu.
Jangan lakukan henjutan secara paksa.
SEATED CONCENTRATED CURL
Dudul di atas bangku atau kerusi dengan sebelah tangan memegang dumbbell dan sebelah lagi direhatkan di atas paha.
Angkat dumbbell hingga ke paras bahu dan perlahan-lahan turunkannya semula.
Terdapat pelbagai lagi teknik senaman dumbbell yang boleh anda lakukan. Usah risau MASKULIN akan kongsikan lebih banyak di dalam artikel akan datang.
Semoga teknik yang dikongsikan di atas mampu merealsasikan impian anda untuk dapatkan bisep yang ‘sado’.
IKLAN
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah.
https://www.youtube.com/watch?v=FOqtUg4Dlt0&t=17s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
TAKUT GEMUK DI HARI RAYA? TIDAK MENGAPA, BARU RAYA PERTAMA KAN, JANGAN SAMPAI SEBULAN SELUAR DAN BAJU TERPAKSA CARI SAIZ LAIN PULA. CUBA KAWAL PEMAKANAN ANDA DAN JADIKAN HARI RAYA SEBAGAI HARI UNTUK KEKAL SIHAT DAN BERTENAGA.
Jika telah mengambil secara berlebihan, pastikan anda mencari jalan untuk membakar kesemua kalori itu kembali. INGAT! Setiap 8000 kalori yang tidak dibakar akan meningkatkan berat badan anda sebanyak 1KG!
Jumlah kalori yang terbakar bergantung pada ketumpatan tubuh dan berat badan seseorang. Berikut anggaran kiraan kalori dibakar bagi individu seberat 68 kilogram membuat aktiviti selama 1 jam.
Aerobik = 405 kalori
Bermain bola keranjang (agresif)= 450 kalori
Berjalan pantas= 300 kalori
Berkebun= 320 kalori
Mengemas rumah= 240 kalori
Bermain golf (tanpa kedi) = 385 kalori
Bermain Pingpong = 280 kalori
Menonton televisyen = 40 kalori
#1 Ketupat
Saiz Hidangan: 1 Biji (80g) = 88 kalori
#2Ketupat Palas
Saiz Hidangan: 1 Biji (80g) = 124 kalori
#3 Lemang
Saiz Hidangan: 1 Potong sedehana besar = 82 kalori
#4 Lontong Bersayur
Saiz Hidangan: 1 Mangkuk =350 kalori
#5 Soto Ayam
Saiz Hidangan: 1 Mangkuk = 403 kalori
#6 Laksa
Saiz Hidangan: 1 Mangkuk = 550 kalori
#7 Serunding Daging
Saiz Hidangan: 1 genggam kecil (55g) = 200 kalori
#8 Serunding Ayam
Saiz Hidangan: 1 genggam kecil (55g) = 180 kalori
#9 Rendang Ayam
Saiz Hidangan: 1 ketul ayam bersama kuahnya = 148 kalori
#10 Rendang Daging
Saiz Hidangan: 2 potong daging serdahana besar berserta sedikit kuah = 112 kalori
#11 Nasi Briyani
Saiz Hidangan: 1 pinggan (2 genggam) = 487 kalori
#12 Nasi Himpit
Saiz Hidangan: 5 potong = 150 kalori
#13 Bihun Goreng
Saiz Hidangan: 1 pinggan kecil = 295 kalori
#14 Teh Tarik
Saiz Hidangan: 1 gelas = 90 kalori
#15 Nescafe Tarik
Saiz Hidangan: 1 gelas = 100 kalori
#16 Kopi O Kosong
Saiz Hidangan: 1 gelas = 2 kalori
#17 Air Bergas / Soda
Saiz Hidangan: 1 gelas = 85 kalori
#18 Air Kosong
Saiz Hidangan: 11 gelas = 0 kalori
#19 Air Sirap
Saiz Hidangan: 1 gelas = 85 kalori
#20 Kuih Tart Nanas
Saiz Hidangan: 1 biji tart nanas kecil = 50 kalori
#21 Biskut Raya (lain-lain secara am)
Saiz Hidangan: 1 biji biskut raya secara am = 50 kalori
#22 Dodol
Saiz Hidangan: 1 biji dodol bungkus kecil = 71 kalori
#23 Kuih Lapis
Saiz Hidangan: 1 potong = 132 kalori
#24 Tapai Pulut
Saiz Hidangan: 1 biji = 134 kalori
#25 Ais Krim
Saiz Hidangan: 1 skop biasa = 95 kalori
#26 Kurma
Saiz Hidangan: 1 biji besar = 60 kalori
#27 Kek Keju
Saiz Hidangan: 1 potong serdehana = 240 kalori
#28 Kek Coklat Penuh
Saiz Hidangan: 1 potong serdehana = 250 kalori
#29 Nasi Putih
Saiz Hidangan: 1 genggam tangan =150 kalori
#30 Kek Lapis Sarawak
Saiz Hidangan: 1 potong (40g) = 160 kalori
#31 Wajik
Saiz Hidangan: 1 potong (40g) = 120 kalori
#32 Pulut Kuning
Saiz Hidangan: 1 senduk (50g) = 130 kalori
#33 Nasi Kerabu
Saiz Hidangan: 1 pinggan lengkap bersama lauk sampingan (260g) = 310 kalori
#34 Sate Ayam
Saiz Hidangan: 5 cucuk (80g) =200 kalori
#35 Rendang Tok
Saiz Hidangan: 1 ketul (30g) = 40 kalori
#36Kerepek Ubi Bercili
Saiz Hidangan: 3 keping (10g) = 50 kalori
#37Kerepek Pisang
Saiz Hidangan: 3 keping (10g) = 40 kalori
#38Bihun Sup
Saiz Hidangan: 1 mangkuk = 150 kalori
#39Mi Rebus
Saiz Hidangan: 1 mangkuk (320g) = 420 kalori
#40Mi Kari
Saiz Hidangan: 1 mangkuk (410g) = 530 kalori
# 41 Kuih Kapit
Saiz Hidangan: 2 gulung = 40 kalori
#41 Kuih Caras
Saiz Hidangan: 1 keping = 50 kalori
#43 Kuih Ros/Loyang
Saiz Hidangan: 1 biji =30 kalori
#44 Kuih Siput/Gunting
Saiz Hidangan: 1 sudu makan (10g) = 30 kalori
#45 Muruku
Saiz Hidangan: 1 keping (10g) =50 kalori
#46Bahulu
Saiz Hidangan: 1 biji (15g) = 60 kalori
#47 Cornflakes Madu
Saiz Hidangan: 1 biji (20g) = 80 kalori
#48Biskut Bersalut Coklat Seperti Almond London
Saiz Hidangan: 1 biji (10g) = 50 kalori
#49Rempeyek
Saiz Hidangan: 1 keping (20g) = 70 kalori
#50Kuah Kacang
Saiz Hidangan: 1 senduk (50g) = 130 kalori
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tekanan darah rendah biasanya terjadi disebabkan oleh kandungan gula dalam darah menjadi rendah. Biasanya bacaan paras gula mencecah di bawah 3.9 mmol/L ( 60 atau 70 mg/dL )
Sel badan kita sangat perlukan gula yang secukupnya untuk berfungsi dengan baik bagi menghasilkan tenaga.
Tekanan Darah Normal = 120 / 80 mmHg
Tekanan Darah Rendah = 90 / 60 mmHg
Punca Masalah Hb Rendah Boleh Berlaku
Makan terlalu sedikit menyebabkan kurang nutrisi
Terlalu banyak aktiviti yang berlebihan
Kelemahan penyerapan zat besi dalam badan
Dehidrasi mengakibatkan jumlah cecair yang masuk ke dalam tubuh tidak seimbang
Gejala Tekanan Darah Rendah
Sakit kepala
Pening kepala
Cepat letih
Menggigil
Berpeluh
Kerap lapar
Pernafasan pendek dan cepat
Kulit menjadi pucat dan sejuk
Denyutan jantung laju
Penglihatan terjejas
Cepat haus
Mual
Tips Mengatasi Masalah Tekanan Darah Rendah
Apabila ada tanda-tanda tekanan darah rendah ambil 15-20 gram gula glukos atau karbohidrat ringkas
Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
Minum air secukupnya. Seeloknya yang mengandungi kalium dan natrium yang tinggi
Lakukan senaman ringkas sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
Tidur dengan posisi kepala ditinggikan sedikit dari badan.
SUMBER ” DIARI NUTRISI
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
1. Gunakan sudu plastik, campurkan satu sudu cuka epal dan madu asli ke dalam air suam. Sudu besi tidak digalakkan kerana dikhuatiri akan menjejaskan zat madu.
2. Baca selawat 3 kali dan terus minum. Kemudian, bilas mulut dengan air masak untuk mengelakkan daripada gigi reput akibat kuantiti asid dalam cuka epal yang agak tinggi.
3. Selepas minum, pastikan anda rehatkan diri dengan tidur dan selepas bangun nanti, insya’Allah rasa sakit akan berkurangan dan hilang.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“3 rakyat Malaysia cipta teknologi pengecasan tanpa wayar di angkasa, bulan”, itulah tajuk utama laporan media tempatan yang membawa nama mereka menjadi sebutan dan meraih perhatian MASKULIN kali ini.