Ingat senang nak dapatkan perut six pack? Bertahun diet, bersenam nak dapatkan postur tu ok, ini 5 sebab mengapa lelaki yang dah ada six pack tak perlu lagi terburu-buru nak bekerja keras sampai nak mati. Relaks dan selfie tayang je body yang memang dah cantik tu ok!
1. Tidak perlu bersukan setiap hari
Bersenam memang baik dan menyihatkan tubuh badan anda. Namun sama seperti hal lain, senaman berlebihan boleh juga membahayakan tubuh anda. Jadi anda boleh bersenam sekurangnya 3-4 kali seminggu demi memiliki perut six pack. Hal itu dilakukan demi menjadikan otot perut itu lebih rileks dan menghindari bahaya dari senaman berlebihan.
2. Jangan sampai cedera
Ramai antara mereka yang melaporkan mengalami kecederaan akibat dari senaman berlebihan. Hal itu dinyatakan oleh pihak American Army yang melakukan bancian. Dengan adanya bancian tersebut sebaiknya ia dijadikan teladan. Jangan terburu-buru dan berlebihan jika ingin bersenam. Lebih baik melakukan dengan normal secara berkala.
Ads
3. Fokus pada bahagian otot yang lain
Untuk memiliki perut six pack, jangan hanya fokus kepada bahagian dan rutin senaman tertentu sahaja. Anda juga sebaiknya fokus pada bahagian otot yang berlainan juga. Ini membolehkan seluruh otot tubuh anda untuk mendapat senaman dan gerakan yang mencukupi disertai dengan amalan pemakanan yang bernutrisi.
Ads
4. Punggung yang kuat
Perut six pack melambangkan juga postur punggung yang tegap dan kuat. Jangan biarkan bahagian punggung anda lemah kerana ia boleh menyebabkan kecederaan di saat anda bersenam demi mendapatkan perut six pack. Ini adalah disebabkan punggung, khususnya bahagian bawah, bertanggung jawab untuk menyokong otot di sekitar perut.
5. Cermin mampu untuk menipu
Terdapat dua jenis lemak yang berada di dalam tubuh, iaitu lemak gut dan lemak hypodermic. Sifat lemak gut pula lebih berbahaya kerana kebiasaannya ia boleh menganggu fungsi jantung dan organ lain. Jadi meskipun perut anda sudah six pack, jangan tertipu dengan cermin kerana mungkin sahaja anda memiliki lemak gut dalam tubuh.
Kenapa bila hari bapa je korang nak hadiahkan beg?tie?pen? dan sebagainya? Memanglah definisi seorang bapa itu merujuk kepada kelakian tapi why not untuk kali ni korang hadiahkan sesuatu yang pelik? Mesti lawak! Semoga sambutan hari bapa kamu kali ini lebih meriah dengan barisan idea hadiah pelik untuk hari bapa.
Boxer (Superman)
Ini paling menggelikan hati! Siapa sangka kamu akan menghadiahkan ayah kamu boxer superman ini? Pasti dia terkejut. Walaupun dia tidak akan memakainya, pasti dia akan simpan hadiah kamu ini, tanda dia hargai pemberian kamu!
Butt Putt Practice Putter
Ayah kamu seorang yang sukakan sukan golf? Nah! Ini sangat sesuai dengannya.
Rugby Ball Paperweight
Jika ayah kamu seorang yang rajin membaca, tak salahkan untuk menghadiahkan sesuatu yang besar seperti ini? Paperweight ini boleh didapati dari pelbagai bentuk. Tapi untuk ayah yang terbaik, pilihan bentuk rugby ball ini adalah yang paling bagus.
Jurulatih sukan
Apa rasanya reaksi ayah kamu apabila kamu memberitahu dia hadiah hari bapanya sudah di luar rumah. Apabila ayah kamu melihat di luar rumah, sudah ada jurulatih yang berbadan sasa, tegap dan mungkin menakutkan sudah tercegat di depan rumah. Pasti dia terkejut! Meriahkan hari bapa kamu dengan melihat dia melakukan sedikit aktiviti sukan. Biar jurulatih itu megendalinya. Bukan untuk membebankan tapi hanya untuk berseronok dan mencuba sesuatu yang lain. Tapi ingat, janganlah suruh ayah kamu buat aktiviti yang kurang sesuai dengan umur dan kesihatannya.
Lilin Selamat Hari Bapa
Lilin? Seriously? Tapi jika lilin ini dinyalakan dan di letakkan di atas meja pada waktu malam saat kamu dan keluarga menonton tv, bukankah itu lebih mendamaikan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
HYROX kini bukan lagi sekadar pertandingan kecergasan untuk atlet elit. Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, sukan yang menggabungkan larian dan latihan fungsian itu berkembang pesat sehingga menjadi fenomena dalam kalangan komuniti kecergasan, selebriti dan pempengaruh di seluruh dunia.
Perkembangan itu turut jelas dapat dilihat di Malaysia apabila semakin ramai rakyat negara ini menyertai pertandingan HYROX di luar negara.
Malah, pada HYROX Jakarta yang berlangsung hujung minggu lalu, dianggarkan kira-kira 1,000 peserta dari Malaysia mengambil bahagian dalam pelbagai kategori, sekali gus membuktikan komuniti HYROX tempatan kini antara yang paling aktif di rantau Asia Tenggara.
Selain atlet dan penggemar kecergasan, kehadiran beberapa selebriti Malaysia turut mencuri perhatian, termasuk dua pelakon popular tanah air, Aedy Ashraf dan Meerqeen.
Menerusi perkongsian di media sosial masing-masing, Aedy dan Meerqeen menyertai kategori Men’s Pro Doubles, antara kategori yang mencabar kerana menggunakan beban lebih berat berbanding kategori Open.
HYROX menggabungkan lapan segmen larian sejauh satu kilometer yang diselang-selikan dengan lapan stesen latihan berintensiti tinggi atau dikenali sebagai Roxzone.
Antara cabaran yang perlu disempurnakan termasuk SkiErg, sled push, sled pull, burpee broad jump, rowing, farmer’s carry, sandbag lunges dan wall balls.
Kategori Pro pula menggunakan beban yang lebih tinggi, sekali gus menuntut kekuatan fizikal, ketahanan kardiovaskular serta mental yang luar biasa.
Bagi Aedy dan Meerqeen, penyertaan ini merupakan pengalaman pertama mereka di pentas HYROX.
Bukan sahaja mendapat sokongan daripada peminat Malaysia, kedua-dua pelakon itu turut menarik perhatian pengunjung tempatan di Indonesia.
Sepanjang pertandingan, ramai peserta dan penonton dilihat mengambil peluang bergambar bersama mereka, selain mengikuti perkembangan mereka menerusi media sosial.
Kehadiran selebriti dari Malaysia itu secara tidak langsung turut menyerlahkan lagi penyertaan besar komuniti negara ini dalam HYROX Jakarta.
Penyertaan Aedy dan Meerqeen turut menjadi topik hangat di media sosial, khususnya di platform Threads.
Ramai netizen memuji kesungguhan kedua-dua pelakon itu yang tetap mampu menjalani latihan intensif walaupun masing-masing sibuk dengan jadual penggambaran dan kerjaya seni.
Seorang pengguna Threads menyifatkan pencapaian mereka sebagai sesuatu yang wajar diberikan penghargaan.
“Tahniah Aedy dan Meerqeen! Gila, bukan senang nak habiskan HYROX. Semangat dan mentaliti kuat kalian berdua memang patut dipuji. Terbaik.”
Hantaran tersebut turut disertakan dengan kompilasi video sepanjang pertandingan yang memaparkan aksi mereka mengharungi pelbagai cabaran termasuk segmen larian, latihan fungsian dan Roxzone.
Ramai turut menyatakan bahawa kejayaan menyelesaikan HYROX memerlukan komitmen latihan yang tinggi dan bukan sesuatu yang boleh dicapai hanya dengan kecergasan biasa.
Lebih membanggakan, Aedy dan Meerqeen berjaya menamatkan cabaran kategori Men’s Pro Doubles dengan catatan masa 1 jam 40 minit 7 saat.
Walaupun bukan memburu kedudukan podium, pencapaian tersebut tetap mendapat pujian kerana kategori Pro sememangnya terkenal sebagai antara kategori paling mencabar dalam HYROX.
Bagi ramai peserta, menamatkan perlumbaan sahaja sudah dianggap satu pencapaian besar memandangkan ia menguji kekuatan fizikal dan mental secara serentak.
Fenomena HYROX di Malaysia terus berkembang dengan pesat.
Jika sebelum ini sukan tersebut hanya dikenali dalam kalangan komuniti kecergasan tertentu, kini semakin ramai selebriti, pempengaruh dan orang awam mula menjadikan HYROX sebagai sasaran kecergasan baharu.
Gabungan latihan kekuatan, ketahanan dan daya tahan menjadikan pertandingan ini berbeza daripada acara larian biasa.
Tidak hairanlah komuniti HYROX Malaysia kini antara yang paling aktif di Asia Tenggara, dengan penyertaan besar pada setiap kejohanan antarabangsa.
Melihat sambutan yang semakin menggalakkan, tidak mustahil lebih ramai selebriti tempatan akan menyertai pertandingan HYROX pada masa akan datang.
Bagi Aedy Ashraf dan Meerqeen pula, penyertaan sulung mereka di Jakarta bukan sahaja membuktikan tahap kecergasan yang dimiliki, malah menjadi inspirasi kepada peminat bahawa di sebalik jadual kerja yang padat, disiplin dan komitmen tetap mampu membawa seseorang mencapai cabaran yang kelihatan mustahil.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pisang: buah hebat untuk otot, sixpack dan kesihatan tubuh. Jika anda ingin membentuk otot dan mendapatkan sixpack, pengambilan pisang setiap hari sangat disarankan. Selain membantu dalam pembentukan otot, memakan dua biji pisang sebelum melakukan senaman berat juga mampu memberikan tenaga tambahan dan menstabilkan paras gula dalam darah.
Ini kerana pisang kaya dengan serat dan pelbagai antioksidan. Buah ini juga mengandungi potasium, vitamin B6, vitamin C, magnesium, protein serta sedikit lemak yang baik untuk tubuh.
Pisang menawarkan nutrien penting yang mampu memperbaiki kualiti tidur anda. Pengambilannya secara konsisten boleh membantu anda tidur lebih lena.
Kalium dalam pisang berperanan mengekalkan keseimbangan pH badan. Ia juga menyokong pembentukan otot serta mempercepatkan proses pemulihan otot selepas latihan.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa makan pisang secara berkala boleh mengurangkan risiko kemurungan dan membantu meningkatkan mood seseorang.
Untuk individu yang ingin menurunkan berat badan, pisang adalah pilihan terbaik kerana rendah kalori namun sarat dengan nutrien penting, menjadikannya suplemen semula jadi untuk mengecilkan pinggang.
Walaupun tidak mengandungi kalsium secara langsung, pisang membantu tubuh dalam meningkatkan penyerapan mineral tersebut berkat kandungan fruktooligosakaridanya.
Kaya dengan pati tahan hadam, pisang memperlahankan proses pencernaan, membuatkan anda berasa kenyang lebih lama selepas makan.
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.