
Makan Putih Telur Demi Cepat Kurus
Pernah dengar tentang amalan diet dengan putih telur? Putih telur mungkin kurang digemari kerana rasanya yang agak berbeza dengan kuningnya yang lebih berlemak. Berdiet dengan putih telur dianggap benda kecik yang remeh tetapi sebenarnya berdiet dengan cara ini memberikan impak yang besar terhadap penurunan berat badan dan bentuk fizikal. Mahu cuba? Jom, kami kongsikan sedikit tips bagaimana kaedah pengamalannya agar matlamat untuk kurus menjadi kenyataan.
Pertama sekali, untuk turunkan kadar gula dalam badan yang menjadi salah satu punca kegemukan adalah dengan memakan putih telur. Makanlah putih telur seberapa banyak yang anda mahu kerana ia tak memberi kesan kepada peningkatan berat.
Cara memasaknya terpulang kepada anda, cuma jangan gunakan minyak untuk menggoreng dan jangan makan bersama sos. Namun, jika anda ingin menggunakan minyak untuk mempelbagaikan selera, pilihlah minyak yang berasaskan minyak zaitun.
Perlu ditekankan di sini, hanya telur putih semata-mata. Telur kuning? Boleh makan, tetapi pengambilannya tidak boleh lebih dari 2 biji sehari.
Amalkan selama 7 hari.
Dan minumlah air masak (kosong) dengan banyak kerana ia menggalakkan buah pinggang untuk mencuci sistem tubuh dan menyingkirkan toksin dalam badan.
Selepas 4 hari, anda boleh rasai perubahan yang agak ketara pada perubahan berat badan. Teruskan dengan petua selanjutnya iaitu memakan telur setiap pagi, sayur, daging, ayam atau makanan laut setiap tengahari, dan telur untuk makan malam (sebelum 8 malam). Cara masaknya juga mengikut kreativiti sendiri, asalkan tanpa minyak dan sos.
Untuk keluarga, masaklah seperti biasa dan dalam masa yang sama makan bersama mereka dengan menu ‘istimewa’ anda itu. Untuk menampung keseimbangan nutrisi, lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayuran.
Nasi, mi dan apa sahaja produk makanan berasaskan tepung putih adalah tergolong sebagai makanan berat, jadi anda belum boleh mengambilnya untuk hidangan harian.
Perkara penting untuk program kurus anda, diari atau buku catatan mestilah dipantau selalu. Pastikan anda dapat meruskanlah usaha ini selama 2 minggu. Selepas langkah yang ketiga, bolehlah beransur-ansur mengambil makanan ruji kita, tapi berhentilah makan sebelum kenyang dan untuk waktu tengahari sahaja.
Salah satu perkara penting yang semua orang tahu patut diamalkan iaitu amalan pengambilan makanan seimbang. Walaupun diet pengambilan putih telur tidak menggambarkan keseimbangan, namun itu cuma untuk menurunkan paras kandungan gula, seterusnya memudahkan proses pengurangan lelemak badan yang mungkin dah lama jadi ‘kilang haram’ dalam badan.
Walau bagaimanapun, putih telur sebenarnya mempunyai kesan sampingannya. Kesan sampingan itu adalah seperti;
Oleh kerana putih telur mengandungi protein yang cukup tinggi, maka ia juga boleh menimbulkan alergi pada sistem tubuh seseorang. Oleh sebab itulah bayi di bawah usia setahun tidak digalakkan pemberian telur atau putih telur ke dalam makanannya. Namun biasanya seiring dengan bertambahnya usia, alergi seseorang itu akan hilang dengan sendirinya.
Natrium yang tinggi dapat meningkatkan tekanan darah seseorang. Jadi, dinasihatkan jika anda ingin berdiet dengan kaedah ini, sebaik-baiknya berjumpa doktor dan periksa tekanan darah sama ada anda boleh meneruskan pengambilan putih telur dalam diet makanan anda atau tidak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang
Kenapa Lelaki Berbulu Dikatakan Lebih Berkarisma & Pintar?
Pernah dengar orang cakap lelaki berbulu nampak lebih bijak?
Sama ada ia sekadar mitos atau ada asas saintifik, persepsi ini sering menjadi topik perbualan.
Dari janggut yang lebat hingga bulu dada yang menonjol, ramai yang percaya bahawa lelaki berbulu kelihatan lebih matang, berkarisma dan intelektual.
Tapi, sejauh mana kebenarannya?
Salah satu sebab utama lelaki berbulu sering dikaitkan dengan kebijaksanaan adalah imej klasik dalam sejarah.
Jika kita lihat tokoh-tokoh intelektual seperti Socrates, Charles Darwin atau Sigmund Freud, mereka semua mempunyai satu persamaan iaitu janggut yang lebat.
Dari segi budaya pop, ramai watak bijak dalam filem atau siri TV juga sering digambarkan dengan rambut dan janggut penuh, menjadikan imej ini lebih kukuh dalam minda masyarakat.
Beberapa kajian mencadangkan bahawa hormon testosteron, yang berkait rapat dengan pertumbuhan bulu badan, juga mempunyai kesan terhadap kepercayaan diri dan keupayaan membuat keputusan.
Testosteron bukan sahaja mempengaruhi ciri fizikal lelaki tetapi juga dikatakan mempunyai kaitan dengan kecerdasan emosi dan kebolehan berfikir secara strategik.
Namun, tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan bahawa lebih banyak bulu badan bermaksud lebih banyak kebijaksanaan.
BACA LAGI : Tip Jaga Jambang, Barulah Nampak Kemas, Tak Semak Macam Lalang
Dari sudut psikologi, manusia cenderung mengaitkan ciri fizikal tertentu dengan sifat dalaman.
Lelaki yang berjanggut dan berbulu sering dianggap lebih matang dan berwibawa, menjadikan mereka kelihatan lebih meyakinkan dalam dunia profesional dan sosial.
Namun, ini tidak bermaksud mereka benar-benar lebih bijak sebaliknya, ia hanyalah satu ilusi yang terhasil daripada tanggapan masyarakat.
Jadi, lelaki berbulu mungkin nampak bijak, tetapi kebijaksanaan sejati lebih daripada sekadar rupa fizikal.
Sama ada anda berbulu lebat atau tidak, yang penting adalah bagaimana anda membawa diri dan ilmu yang anda miliki.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang
Tidak Merokok Di Hadapan Anak Dan Isteri Bukanlah Jaminan Mereka Selamat Dan Sihat
Merokok membahayakan kesihatan, bukan sahaja kepada perokok, malah kepada mereka yang tidak merokok. Selama ini, kita biasa mendengar tentang perokok aktif dan perokok pasif. Sebagai makluman semua, mari kita imbas kembali istilah berikut :
◾Perokok aktif : Perokok yang menghisap rokok secara langsung.
◾Perokok pasif : Mereka yang menghidu asap rokok daripada rokok yang sedang menyala, DAN juga daripada asap yang dihembuskan oleh perokok aktif.
Bagaimana pula dengan “Third-hand smoker (THS)” atau “Perokok Ketiga” ?
Ini mungkin istilah baru bagi kebanyakkan kita.
Secara ringkas, perokok ketiga bermaksud individu yang menghisap ‘Asap ketiga’.
‘Asap ketiga’ merujuk kepada sisa-sisa partikel daripada pembakaran rokok seperti tar, formaldehyde, ammonia, nikotin, karbon monoksida, arsenik dan sebagainya
Nikotin merupakan partikel yang melekit dan mudah melekat pada langsir, sofa, karpet, dinding dan siling. Apabila bahan-bahan ini bertindak balas dengan udara atau bahan kimia lain yang terdapat dalam ruangan itu, ia boleh dibebaskan kembali ke persekitaran lalu disedut oleh individu yang berada di dalam ruang tersebut.
‘Asap ketiga’ juga boleh melekat pada rambut, pakaian dan kulit seseorang. Ia bukan hanya menyebabkan bau asap pada pakaian kita. Lebih berbahaya lagi, ia adalah sumber racun terhadap tubuh kita dan orang lain yang bakal kita temui.
‘Asap ketiga’ dapat melekat selama berhari-hari pada permukaan benda-benda tersebut, sungguhpun ruang tersebut telah dibersihkan atau dianginkan dengan membuka kipas atau jendela. Terdapat beberapa kajian mengenai berapa lamakah ‘asap ketiga’ berada dalam sesuatu ruang:
Risiko kepada kesihatan bagi Perokok Ketiga adalah sama seperti perokok tegar. Sesuatu yang ingin ditegaskan di sini ialah bahaya yang bakal dihadapi oleh KANAK-KANAK akibat menghidu ‘asap ketiga’ ini. Antara masalah kesihatan yang boleh dihidapi oleh kanak-kanak adalah seperti : Penyakit paru-paru, jangkitan telinga, kematian mengejut pada bayi (SIDS), masalah pembelajaran, alahan dan kanser (leukimia, kanser kalenjar, kanser paru-paru
Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk memelihara diri anda dan keluarga daripada menjadi MANGSA sebagai Perokok Ketiga :
a) Tidak membenarkan sesiapa merokok di rumah / dalam kenderaan anda walaupun tingkap dibuka.
b) Memastikan sekolah dan pusat asuhan anak-anak adalah kawasan bebas dari asap rokok.
c) Hanya pergi ke restoran dan kawasan awam yang melarang merokok di tempat awam.
d) Mendidik anak-anak untuk menjauhkan diri daripada orang yang sedang merokok.
e) Menegur individu yang merokok di tempat awam / di kawasan larangan merokok dengan berhemah – Ini kerap berlaku di kedai-kedai makan / kenduri-kendara — Lepas kenyang, terus menyalakan rokok tanpa mengambil kira kehadiran orang lain di sekeliling mereka .
Dan yang paling utama, jika anda seorang perokok, BERHENTILAH MEROKOK ! Demi kesihatan anda, demi kesihatan keluarga anda !
Ingatlah !!
Anda tetap MERACUNI keluarga anda walaupun :
Sumber : rootofscience.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

je senang







