Tidak dinafikan sebagai pemilik kereta salah satu perkara yang boleh meresahkan kita ialah apabila menyaksikan ekzos mengeluarkan asap yang berwarna sama ada putih, hitam atau kelabu.
Buat pengguna konvensional pastinya kita risau dan kurang arif tentang apakah maksud di sebalik warna ekzos tersebut, bukan?
Tapi tahukah anda setiap warna asap keluar dari ekzos membawa petanda kerosakan berbeza? Berikut MASKULIN kongsikan apa makna di sebalik warna asap ekzos.
ASAP PUTIH
Asap putih merupakan warna yang sering kita lihat keluar dari ekzos. Jika ia keluar selama beberapa saat selepas anda hidupkan enjin, itu merupakan perkara biasa kerana itu mungkin proses pemeluwapan. Akan tetapi jika asap putih cukup tebal yang keluar anda harus berikan perhatian.
Ini kerana itu merupakan antara petanda minyak pelincir memasuki kebuk pembakaran serta berlakunya kerosakan pada enjin kenderaan anda. Kemunculan asap putih juga mungkin membawa petanda berlaku kerosakan pada gasket silinder. Jika ini berlaku, segeralah bawa kereta ke bengkel untuk diperiksa dan dibaiki segera.
Foto: carthrottle.com
ASAP HITAM
Andai kata ekzos kereta anda keluar asap hitam berkpeul-kepul. itu merupakan satu petanda tidak baik. Kemunngkinan besar enjin kereta anda tidak dapat udara mencukupi yang menyebabkan bahan api dibakar berlebihan. Jadi apa yang perlu anda periksa ialah penapis udara kerana ada kemungkinan ia tersumbat. Selain itu, cuba juga bersihkan penapis. Jika kondisinya teruk tukar sahaja yang baru.
Ads
Namun jika anda dapati penapis udara keadaan baik namun masih mengeluarkan asap hitam, itu mungkin petanda injektor bahan api, manifold atau komponen lain ada masalah. Jadi langkah terbaik selepas itu ialah bawa segera ke bengkel.
ASAP KELABU
Asap ekzos berwarna kelabu pula mungkin petanda enjin membakar minyak transmisi daripada silinder atau terdapat kerosakan pada gelang piston. Perkara anda harus lakukan ialah perhatikan dengan baik supaya pembaikan dapat dilakukan segera sebagai langkah pemulihan.
Selain warna asap, anda juga boleh cuba cari bau atau hidu bau terbakar yang menunjukkan masalah pada komponen pengecas turbo. Jika terdapat kerosakan seperti yang disyaki, baikilah dengan segera agar kerosakan lebih teruk dapat dielakkan. Segera baiki apa yang patut bagi mengelak kos pembaikan yang lebih tinggi.
Biru di sini bukanlah bermaksud kebiruan yang terang. Asap yang berwarna kebiruan ini membawa maksud terdapat kebocoran di dalam enjin. Jika ini berlaku, enjin kereta anda mungkin sedang membakar minyak hitam.
Kebocoran minyak hitam boleh berlaku disebabkan kerosakan pada kedap injap (valve seal), masalah pada dinding silinder atau gelang piston (piston ring) haus/rosak. Jika ia keluar ketika memecut pula itu mungkin bermakna gelang piston yang rosak. Manakala jika asap berwarna sama keluar ketika nyahpecut, kebarangkalian itu berpunca daripada kepala silinder.
Ads
Jadi perhatikanlah asap ekzos kereta anda ya untuk kenali pasti apakah kerosakan yang mungkin telah berlaku.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmyFilem sekuel kepada “Mat Kilau” ini turut menampilkan dua pelakon dari negara jiran yang turut terlibat, salah seorangnya ialah Tissa Biani. Mungkin ramai rakyat Malaysia yang mengenali Tissa melalui lakonannya dalam siri “Gadis Kretek”, filem seram “KKN Di Desa Penari” dan “Makmum”. #tissabiani #pendekarawang #darahinderagajah #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
“Wah, memang gempak! Depan motosikal, belakang kereta.” Itulah ayat-ayat normal yang akan terpacul dari bibir peminat kenderaan yang diubah suai.
Tambahan pula, memang ada orang yang mempunyai minat yang sangat luar biasa dalam bidang automotif. Apabila tersangat kreatif, pelbagai idea luar kotak boleh muncul.
Misalnya menerusi Facebook Turbo & Stance, laman tersebut ada berkongsi beberapa koleksi gambar motosikal yang telah diubah suai oleh Boss Hoss Cycles Germany.
Pada bahagian hadapan, masih jelas nampak seperti rupa motosikal tetapi pada bahagian belakangnya, terlihat pula rekaan seperti bumper kereta.
Bagaimana? Luar biasa bukan? Apa-apa pun, idea untuk mereka kenderaan ini memang betul-betul ‘rare’ dan di luar kotak fikiran kita.
Sesekali pandang, macam berkonsepkan ala-ala Batman pun ada juga. Apa pandangan anda? Kongsikan bersama kami!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menunggang motosikal merupakan salah satu hobi golongan lelaki dan hujung minggu akan menjadi aktiviti beriadah buat mereka. Tetapi ada ketikanya jika anda ingin menunggang secara berbahaya ataupun melakukan wheelie tempatnya bukan di jalan terbuka. Ini akan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Jika anda menunggang secara merbahaya lakukanlah di lokasi yang tertutup mahu pun tiada kenderaan. Kisah ini perlu dijadikan pengajaran buat anda. Pawel Zietowski dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan akibat daripada perbuatannya.
Video selama 51 saat itu merekodkan beliau melakukan wheelie beberapa kali, mengambil swafoto, berdiri di atas motor dan melepaskan tangan dari hendal serta menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya.
Selain itu, Zietowski dilarang memandu laju dan menggunakan telefon ketika memandu selama 28 bulan. Menerusi video yang dipaparkan ketika perbicaraan, Zietowski menunggang motosikal Yamaha R6.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebaik model Yamaha NVX 155 dilancarkan ke pasaran tempatan, ramai pengguna kecewa dan sedikit marah. Dalam keterujaan menunggu model skuter berkenaan tiba, ia dimusnahkan dengan pengumuman harga yang agak mahal. Ramai peminat dua roda melontarkan ketidakpuasan hati di laman Facebook Sinar Turbo.
Pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan harga NVX 155 ialah RM10, 500 seunit (termasuk GST). Menurut penulis, sebaik model ‘panas’ dari HLYM itu tiba ke pusat jualan, harga NVX 155 mampu mencecah RM13, 000 seunit.
Jika di Indonesia ditawarkan dengan tiga varian iaitu standard, varian R dan varian S. Malaysia hanya menawarkan spesifikasi tertinggi sahaja. Maka pengguna tempatan tiada pilihan lain.
Di sini penulis senaraikan sebab kenapa harga NVX 155 lebih mahal berbanding Yamaha NMAX:
1) SISTEM ABS
Jelas sekali NXV 155 di Malaysia ditawarkan dengan sistem ABS. Ciri ABS sebenarnya agak mahal dan menyumbang kepada peningkatan harga NVX 155. Anda perlu menambah kira-kira RM1000+ untuk motosikal yang dilengkapi dengan sistem ABS berbanding tanpa ABS.
2) SISTEM KUNCI PINTAR (KEYLESS)
Sistem ini sudah banyak digunakan pada kereta. Sistem tanpa kunci tidak memerlukan anak kunci untuk menghidupkan motor. Cukup anda menyimpan kunci pintar di dalam beg dan hanya memutar tombol penghidup yang disediakan pada kanan hendal. Sistem ini juga dilengkapi dengan immobiliser.
3) SISTEM STOP & START
Sistem stop dan start menyumbang kepada penjimatan bahan api. Ia akan mematikan enjin secara automatik apabila motosikal berhenti.
4) SISTEM PENJANA MOTOR PINTAR
Ciri ini mempunyai kaitan dengan sistem stop dan start yang mana ia akan memastikan enjin motosikal dihidupkan kembali secara lembut dan senyap dengan hanya sedikit putaran pada pendikit motosikal.
5) CIRI ANSWER BACK
NVX 155 dilengkapi dengan ciri Answer Back yang mana memudahkan pemilik mengesan motosikal di kawasan parkir. Dengan hanya menekan butang pada kunci pintar anda akan mendengar bunyi beep sekiranya berada berhampiran dengan motosikal.
6) SOKET KUASA 12V
Soket mengecas telefon diletakkan di ruang simpanan mini yang terletak pada sebelah kiri hendal.
7) SKRIN DIGITAL LCD 5.8 INCI
Model skuter supersport Yamaha didatangkan dengan skrin besar digital sepenuhnya. Sehingga informasi speedometer, odometer, baki minyak, takometer dan lain-lain mudah dibaca oleh pengguna.
8) TEKNOLOGI VVA
Dari segi mekanikal, NVX 155 dilengkapi enjin bersesaran 155cc SOHC , 4-lejang yang dipadukan dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) dan sistem penyejukan cecair. Teknologi VVA itu mampu meningkatkan tindak balas enjin sehinggakan motosikal mampu memecut secara maksimum ketika pada kelajuan rendah hingga tinggi. Paling penting, skuter itu dilengkapi teknologi Blue Core.
1) HARGA
Nah…tentunya kekurangan pertama soal masalah harga. Hal ini kerana harga NVX 155 dianggap mahal oleh pengguna Malaysia. Dan…mungkin anda di antara pembeli akan berfikir terlebih dahulu sebelum membelinya. Mahar yang perlu dibayar itu sememangnya sudah dinilai sesuai jika dibandingkan dengan spesifikasi dan teknologi yang ditawarkan. Bagaimanapun, ia bergantung kepada pengguna.
Jika anda menganggap harga berkenaan tidak berbaloi, masih banyak pilihan skuter lain di pasaran. Apa yang penting pengguna harus bijak membuat pilihan menepati bajet dan keperluan sendiri.
Secara peribadi, penulis berpendapat di Malaysia pengguna bukan bergantung kepada satu pengeluar, masih banyak lagi opsyen jenama yang lain. Tepuk dada, tanya selera.
2) MATERIAL PELANA
Posisi tempat duduk yang kurang selesa buat penumpang belakang dan material pelana yang sedikit licin di belakang akan menyebabkan pembonceng meluncur ke depan ketika penunggang membrek.
3) RUANG KAKI TERHAD
NVX 155 kurang selesa buat mereka yang tinggi terutamanya 180 sentimeter ke atas kerana bahagian lutut begitu rapat dengan ruang simpanan mini yang terletak di sebelah kiri hendal. Ini kerana penunggang tidak dapat melunjurkan kaki ke depan seperti gaya tunggangan santai NMAX. Sementara, NVX 155 lebih kepada gaya tunggangan skuter supersport. Tentunya kedua-dua skuter itu menawarkan sensasi tunggangan yang berbeza kerana memiliki konsep desain yang berlainan.
4) RUANG SIMPANAN
NVX 155 memiliki ruang simpanan yang terhad pada bahagian depan yang cukup berbeza dengan motor skuter yang lain.
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.