
Astro Home of Live Entertainment terus membuktikan peranannya sebagai peneraju hiburan langsung negara apabila tampil sebagai antara penggerak utama dalam Festival ULTRA5G U Mobile: Cara U Sabah yang berlangsung dari 6 hingga 8 Februari 2026 di Jetty DBKK, Kota Kinabalu.
Berlatarbelakangkan pemandangan laut dan ‘vibe’ urban kota Kinabalu, festival ini bukan sekadar acara hiburan biasa, sebaliknya menjadi medan pertemuan muzik, teknologi dan budaya pop yang diraikan secara terbuka oleh rakyat Sabah.
Bermula seawal 10 pagi hingga lewat malam, festival ini dibuka secara percuma dan menerima sambutan luar biasa daripada orang ramai.
Mini Showcase Astro, Pentas Bintang Hiburan Popular
Sebagai sebahagian daripada pengisian utama festival, Astro membawakan mini showcase khas pada 7 dan 8 Februari.
Lebih istimewa showcase ini menampilkan barisan artis daripada francais hiburan utama Astro seperti Gegar Vaganza, The Hardest Singing Show, Big Stage dan Gempak Most Wanted Awards.

Selain persembahan pentas, pengunjung turut berpeluang mengunjungi booth Astro yang menawarkan pengalaman interaktif, pratonton kandungan eksklusif serta pendedahan lebih dekat kepada ekosistem hiburan Astro menerusi platform televisyen, digital dan penstriman.
Hari Kedua, 7 Februari: Emosi, Tenaga dan Jiwa Muzik

Hari kedua festival menyaksikan Kota Kinabalu benar-benar digegarkan dengan persembahan bertenaga daripada barisan artis hebat. Syamel tampil membuka tirai dengan aura tersendiri. Lagu ‘Kau Pun Sama’ dibawakan dengan penuh penghayatan, membuatkan penonton terus melekat dari awal persembahan. Jelas pentas ini memang kena dengan jiwa seni Syamel.
Shahrul Kamal pula hadir bagaikan tanpa brek. Lagu ‘It’s My Life’ dibawa dengan jiwa rock sepenuhnya, lantang, kuat dan terus menghidupkan pentas.
Selain itu Shahrul turut membawakan lagu hit-nya, ‘sifar’ yang terus menggegarkan pentas sensasi tersebut hingga berjaya buat penonton tidak senang duduk.

Memori penonton terus terbuai dengan persembahan seterusnya dari Kaka Azraff. Pastinya lagu popular nyanyian Kaka berjudul ‘Bawaku Pergi’ yang paling menarik perhatian. Bukan sahaja dihayati malah turut dinyanyikan bersama-sama dengan penonton!

Persembahan turut diteruskan dengan kemunculan Angelica Paujin dan Aisha Retno yang masing-masing menampilkan keunikan tersendiri. Vokal padu dan emosi sampai menjadi benang merah malam tersebut.

Amir Masdi pula menguasai pentas dengan gaya vokalis rock yang penuh tenaga, membuktikan kredibilitinya sebagai antara penyanyi lelaki paling konsisten masa kini.
Sorakan penonton tidak surut apabila Stevan Pasaribu dari Indonesia tampil dengan lagu galau ‘Belum Siap Kehilangan’, membuatkan seluruh Jetty DBKK dibaluti emosi.
Malam kedua ditutup dengan penuh jiwa apabila Noh Salleh tampil dengan set yang syahdu, diakhiri dengan lagu ‘Rahsia Tuhan’ yang meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Hari Ketiga, 8 Februari: Penutup Penuh Nostalgia dan Tenaga

Hari ketiga dan terakhir festival diteruskan dengan momentum yang sama kuat. Apabila ‘Anak Kampung’ berkumandang, Jimmy Palikat membawa penonton menyelusuri lorong nostalgia, dengan seluruh pentas turut sama menyanyi dan menikmati momen istimewa tersebut.
Persembahan Noryn Aziz dan Adira yang turut tampil berduet pada malam tersebut juga cukup menggamit memori penonton yang hadir. Apa tidaknya mereka berdua menyanyikan lagu dangdut legenda, ‘Senggol Senggolan, Cubit Cubitan’ nyanyian asal Mas Idayu!


Akim Ahmad pula tampil membawa lagu ‘Cinta’ nyanyian Marsha, tetapi dalam versi rock. Lebih menarik, lagu ini merupakan hasil ciptaan Akim sendiri bersama Stacy, menjadikan persembahan itu lebih bermakna dan bertenaga.

Sebagai penutup festival, ratu tari Sabah, Stacy, tampil penuh emosi. Sorakan, nyanyian dan momen terakhir itu benar-benar terasa, menandakan berakhirnya Festival ULTRA5G U Mobile: Cara U Sabah dengan penuh gemilang.

Sambutan Luar Biasa, Kenangan Berpanjangan
Secara keseluruhan, penganjuran Festival ULTRA5G U Mobile: Cara U Sabah meninggalkan momen cukup berharga buat peminat dan rakyat Sabah. Sokongan mereka yang luar biasa, penuh semangat dan sporting menjadikan festival ini antara yang paling hidup pernah disaksikan.
Bagi Astro Home of Live Entertainment, festival ini bukan sahaja mengukuhkan jenama sebagai peneraju hiburan langsung, tetapi juga membuktikan bahawa Sabah sentiasa menjadi pentas yang subur untuk muzik, bakat dan pengalaman hiburan bertaraf nasional.
Tingkatkan pengalaman hiburan anda dengan Astro One pada harga RM49.99 sebulan, dengan penstriman sehingga empat peranti serentak. Untuk gaya hidup aktif, teruskan tontonan di aplikasi sooka, di mana sahaja anda berada. Langgan hari ini dan nikmati hiburan tanpa kompromi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




