Ads

Astro Raikan 30 Tahun, Tawar Akses Semua Saluran, Kandungan Khas & Pengalaman Eksklusif

astro

Tiga dekad selepas menjadi sebahagian daripada landskap hiburan tempatan, Astro meraikan ulang tahun ke-30 dengan membawa pelbagai ganjaran, kandungan khas serta pengalaman eksklusif kepada pelanggan bermula Ogos hingga Disember 2026.

Sambutan yang membawa tema penghargaan kepada rakyat Malaysia itu merangkumi akses percuma kepada semua saluran Astro untuk tempoh tertentu, dua saluran khas, akses Astro X3 di TV pintar, penambahan saluran untuk pelanggan NJOI serta pelbagai aktiviti lapangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata perjalanan tiga dekad syarikat itu tidak dapat dipisahkan daripada sokongan masyarakat Malaysia.

Astro Raikan 30 Tahun, Tawar Akses Semua Saluran, Kandungan Khas & Pengalaman Eksklusif

“Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jutaan rakyat Malaysia yang telah menjadikan kami sebahagian daripada kehidupan mereka.

“Sepanjang tiga dekad yang lalu, kami amat berbesar hati kerana berpeluang memainkan peranan penting dalam membentuk landskap media dan hiburan negara, serta terus berkhidmat kepada komuniti di seluruh Malaysia menerusi pelbagai cerita, hiburan, pendidikan dan pengalaman yang dikongsi bersama.

Astro Raikan 30 Tahun, Tawar Akses Semua Saluran, Kandungan Khas & Pengalaman Eksklusif
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan

“Sokongan anda membantu kami untuk terus meneroka dan melahirkan bakat-bakat sambil membawakan kisah yang mencerminkan keunikan dan kepelbagaian di negara kita.

“Hari ini, kami berbesar hati menjadi pencipta kandungan nombor 1 di Malaysia, satu kedudukan yang hanya dapat direalisasikan dengan kepercayaan dan sokongan masyarakat Malaysia, serta komitmen semangat berpasukan, rakan kongsi dan juga bakat-bakat.

“Selari dengan landskap media yang terus berkembang, kami kini lebih komited untuk mengangkat kisah-kisah Malaysia, memupuk bakat generasi baharu serta mencipta pengalaman yang mampu menyatukan rakyat Malaysia.

Ads

“Menjadi satu penghormatan buat kami untuk terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia, dan kami teruja serta diinspirasikan oleh peluang-peluang yang menanti pada masa hadapan,” katanya,” jelasnya lagi.

Semua Saluran Astro Dibuka Kepada Pelanggan

Antara tarikan utama sambutan itu ialah akses kepada semua saluran Astro dari 15 Ogos hingga 16 September 2026.

Dua saluran tambahan turut diperkenalkan iaitu Astro 30 di Saluran 100 serta Aniplus di Saluran 120.

Astro Raikan 30 Tahun, Tawar Akses Semua Saluran, Kandungan Khas & Pengalaman Eksklusif

Astro 30, yang tersedia sehingga 31 Oktober, menghimpunkan filem blockbuster, konsert dan program pilihan termasuk kesemua lapan filem Spider-Man, Borneo Rising, The Last Kopek Senario Reunion 30 Tahun, BTS: Love Yourself in New York Concert Film, How to Make Millions Before Grandma Dies, Tekad: Ekspedisi Guthrie Everest 2026 dan Tom Tom Bak.

Aniplus pula tersedia sehingga 31 Disember dengan pilihan anime terbaharu dan popular dari Jepun termasuk Trapped in a Dating Sim 2: The World of Otome Games is Tough for Mobs serta Hanaori-san Still Wants to Fight in the Next Life.

Ads

Astro Raikan 30 Tahun, Tawar Akses Semua Saluran, Kandungan Khas & Pengalaman Eksklusif

Pada masa sama, pelanggan turut diberikan akses kepada Astro X3 pada TV pintar, yang membolehkan kandungan distrim terus menerusi aplikasi Astro tanpa menggunakan dekoder.

NJOI Dapat Empat Lagi Saluran

Pelanggan NJOI turut menerima penambahan kandungan secara komplimentari bermula 13 Ogos.

Empat saluran tersebut ialah Astro Prima, Astro Oasis, Astro AEC dan Stadium Astro, menjadikan keseluruhan saluran komplimentari yang tersedia kepada pelanggan NJOI sebanyak 26 saluran.

Sambutan ulang tahun itu turut dibawa keluar daripada skrin menerusi KITA FM 2026: Satu Nama, Satu Suara, yang menghimpunkan kesemua 13 jenama Astro Audio.

Ads

Astro Raikan 30 Tahun, Tawar Akses Semua Saluran, Kandungan Khas & Pengalaman Eksklusif

Program berkenaan merangkumi jelajah bas, sesi bertemu peminat dan pengalaman interaktif, bermula pada sambutan Hari Merdeka di Dataran Putrajaya sebelum berakhir di Kuching pada 16 September.

Sebagai sebahagian sambutan Hari Malaysia, KITA FM turut merancang Larian 63 Kilometer yang melibatkan penyampai radio dalam usaha mencipta rekod Malaysia, selain melancarkan lagu tema berbilang bahasa, “KITA”.

BACA: Ramadan Ondash Tolak Pertarungan Semula Dengan Johan Ghazali

Sambutan 30 Tahun Di Pavilion Kuala Lumpur

Kemuncak sambutan turut diteruskan menerusi Astro 30th Anniversary Showcase pada 23 Ogos 2026 di Pintu Masuk Utama Pavilion Kuala Lumpur.

Antara nama yang bakal tampil ialah Faizal Tahir, Sherry Al Hadad, Stacy Anam, ALPHA, Vanessa Reynauld, Auddra dan Zeppo Youngsterz.

Peminat juga berpeluang bertemu barisan bakat daripada Talk To My Manager 2, Big Stage Rocketfuel, Big Stage Tamil, selain pelakon daripada beberapa drama dan filem termasuk Project: High Council – Kudrat dan Terbang, filem yang diinspirasikan daripada kisah pelumba rali legenda Karamjit Singh.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads