1. Senaraikan perkara-perkara yang anda ingin lakukan selama ini yang anda tidak pernah lakukan
Selama anda berkenalan dengan kekasih lama, anda mempunyai banyak perkara yang ingin anda lakukan. Tetapi disebabkan kekangan masa dan komitmen dalam perhubungan membuatkan anda tidak berkesempatan untuk melakukannya. Dengan menyenaraikan perkara-perkara yang anda ingin lakukan ini akan membuatkan anda dapat melihat betapa banyaknya perkara lain yang boleh anda lakukan selain mengingati kekasih lama yang tidak lagi bersama anda.
2. Ceriakan diri anda
Memang sukar untuk melalui hari-hari tanpa si dia di sisi. Diri terasa sepi, sunyi tanpa teman. Tetapi hidup mesti diteruskan. Walaupun pelbagai dugaan yang dilalui, anda perlu kuat untuk meneruskan kehidupan anda. Mulakan sesuatu yang baru. Sekurang-kurangnya anda akan rasa gembira kerana mempunyai pengalaman baru.
3. Jumpa dengan kawan-kawan lama
Atau berjumpa dengan kawan-kawan baru anda. Salah satu cara untuk anda berkenalan dengan kawan baru adalah dengan menyertai persatuan atau kelab yang sama minat dengan anda. Mungkin anda minat pada kucing.
4. Brainwash dan gunakan akal logik untuk menghilangkan perasaan sedih
Ads
Jika pasangan anda sebelum ini menyusahkan hidup anda, jadi mudah untuk anda melupakannya. Apa yang perlu anda lakukan adalah imbas kembali benda-benda negatif yang menyakitkan hati yang pernah si dia lakukan. Itu akan membuatkan anda semakin menyampah untuk ingat pada kekasih lama itu. Tetapi, jika si dia merupakan seorang yang baik, mungkin sukar sedikit untuk anda melupakannya. Anda perlu gembira kerana anda diberikan peluang untuk berjumpa dan berkenalan dengan seorang kekasih yang baik hati. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin kebaikan yang anda terima dari si dia selama ini adalah untuk menjadikan anda lebih kuat untuk perhubungan anda yang akan datang.
5. Hargai dirinya
Walau apapun yang pernah berlaku antara anda dengan si dia, maafkanlah segala kesilapan dan kesalahannya. Jika anda berani, berjumpa dan berdepan dengan dia. Nyatakan kepadanya yang anda selama ini sangat terasa hati ketika bersama dengannya. Tetapi, katakan juga yang anda telah pun memaafkan segala kesilapan yang telah si dia lakukan. Ini akan membuatkan diri anda rasa lebih lega kerana telah memaafkan dan membebaskan perasaan dendam yang tersimpan dalam diri anda selama ini.
7. Pandanglah jauh ke depan
Ingatlah, kehidupan ini adalah untuk memberi dan menerima. Tidak semestinya dengan bercinta sahaja akan membuatkan diri anda ceria. Ada banyak lagi perkara lain yang membolehkan anda untuk pergi jauh ke depan. Jadikan segala apa yang berlaku pada diri anda selama ini sebagai pengajaran yang bermakna dalam diri anda. Secara tidak lansung, perasaan sedih dan kerisauan anda akan hilang dengan sendirinya.
Ads
8. Kuatkan semangat
Jangan mudah untuk putus asa dan berhenti berharap. Anda perlu kuatkan semangat anda. Walaupun si dia telah pergi meninggalkan anda, tetapi anda sebenarnya masih mempunyai perkara lain yang boleh menggembirakan hati anda. Kembalilah semula mengingati Allah Yang Maha Esa. Mungkin selama ini anda lalai dan lupa kepada siapa yang patut anda curahkan perasaan dan derita. Kembalilah kepadaNya, dan bersyukurlah kerana Allah masih menyanyangi anda dengan memberikan ujian-ujian seperti ini agar anda tidak terpesong jauh dariNya.
9. Elakkan dari bercerita tentang kekasih lama anda
Benda yang berlalu, usahlah dikenang. Yang pergi, biarkan ia berlalu pergi. Janganlah anda asyik berceritakan tentang kekasih lama anda kepada rakan-rakan anda. Semakin banyak anda ceritakan kisah-kisah lama dengan rakan-rakan, semakin meluat dan rimas mereka rasa. Jangan pula sampai rakan-rakan meninggalkan anda pula. Apabila anda keseorangan, semakin sukarlah untuk anda melupakan pasangan anda itu nanti.
Ads
10. Padamkan kesemuanya
Ya, padamkan segala mesej-mesej SMS, panggilan telefon, atau no phone si dia dari handphone anda. Ianya mungkin pedih, mungkin sukar, tetapi itu adalah kebaikan untuk anda bagi melupakannya. Lagipun, anda tidak memerlukannya lagi, kan? Tidak guna untuk anda menyimpan segala kenangan itu semua dalam handphone dan laptop anda. Buangkan saja.
11. Elakkan dari bersendirian
Apabila anda bersendirian, anda akan cenderung untuk mengingat semula kekasih lama anda. Untuk itu, adalah lebih baik jika anda melakukan perkara-perkara lain atau berjumpalah dengan rakan-rakan anda. Jangan duduk bersendirian dan memasang lagu-lagu romantik yang biasa anda berdua dengar bersama-sama pada suatu ketika dahulu. Saya tahu, setiap pasangan pasti mempunyai “lagu tema” mereka masing-masing. Jika anda ingin melupakan si dia sepenuhnya, elakkan dari mendengar lagu tema anda berdua.
12. Buangkan segala benda yang membuatkan anda ingat pada si dia
Ini mungkin satu tindakan yang drastik, tetapi ianya satu cara yang paling terbaik untuk anda melupakannya. Buangkan segala benda yang membuatkan anda ingat pada kekasih lama. Jika si dia pernah berikan anda jam tangan, teddy bear, baju, atau apa sahaja, buangkan saja ke dalam tong sampah. Jika anda masih ada perasaan belas kasihan, pulangkan semula barang-barang itu kepada si dia. Anda tidak perlukannya lagi. Anda ingin melupakannya. Jadi buangkan sahaja benda-benda tersebut yang tidak lagi bermakna dalam hidup anda.
Sumber : Tentang Cinta
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Coklat gelap bukan saja mampu membantu meningkatkan metabolisme tubuh malah ia dikategorikan sebagai makanan yang kaya dengan zat magnesium. Zat itu didapati membantu merawat pesakit kanser pankreas.
Penyelidik dari Sekolah Kesihatan Awam Universiti Bloomington, Indiana, Amerika Syarikat Dr Ka He berkata, pengurangan sebanyak 100 miligram magnesium sehari dikaitkan dengan risiko untuk seseorang menghidap barah pankreas sehingga 24 peratus. Justeru, dengan pengambilan coklat gelap ini ia menjadi sumber zat magnesium untuk tubuh badan sekali gus membantu kita mengurangkan risiko daripada menghidap barah pankreas.
Apa fungsi pankreas?
Pankreas adalah organ pada sistem pencernaan yang memiliki dua fungsi utama iaitu untuk menghasilkan enzim pencernaan serta beberapa hormon penting lain. Antara fungsinya adalah mengatur kadar gula dalam darah melalui pengeluaran glucogen.
Selain itu, ia membantu proses pengurangan kadar gula dalam darah dengan mengeluarkan insulin yang mempercepat aliran glukos ke dalam sel tubuh terutama otot.
Kadar kematian kanser meningkat
Berdasarkan laporan Institut Kanser Kebangsaan, angka kematian akibat barah pankreas pada 2002 hingga 2011 meningkat berikutan pengurangan pengambilan magnesium selain turut dikaitkan dengan masalah kencing manis.
Bagi individu yang berisiko lebih tinggi terkena kanser pankreas, mereka digalakkan menambah magnesium di samping mendapatkan zat itu melalui diet harian untuk mengurangkan risiko kanser.
Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Kanser British itu dijalankan berdasarkan analisis data ke atas 66,000 lelaki dan wanita berusia antara 50 hingga 76 tahun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hajat seorang lelaki obes seberat 286 kilogram (kg) untuk kembali kurus dan menikmati kehidupan normal tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia.Mohamad Faisal Md. Ali, 29, yang pernah mendapat perkhidmatan jurulatih kecergasan peribadi percuma pada Oktober lalu menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya, Kamsah Mat Noor, 57, akibat sesak nafas.
“Ketika itu saya melihat wajah Faisal berpeluh dan dia semacam sukar bernafas. Saya tepuk-tepuk pipinya dan meminta abangnya supaya segera memanggil Dresar (Pembantu Perubatan) dari Klinik Kesihatan Batu Rakit untuk melihat keadaan anak saya
“Tidak lama selepas Dresar sampai dan memeriksa Faisal, anak saya disahkan sudah tiada,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pengebumian Allahyarham Faisal.
Anak bongsu daripada lima beradik itu sebelum ini terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kira-kira dua bulan akibat sesak nafas dan baru pulang ke rumah empat hari lalu.
Mengulas antara permintaan akhir anaknya sebelum meninggal dunia, Kasma berkata ketika sedang mendapatkan rawatan di hospital, arwah anaknya pernah memintanya membuatkan makanan kegemarannya iaitu nasi kerabu.
“Tapi saya beritahu pada dia tak boleh, Doktor tak bagi. Sepanjang di hospital memang Faisal hanya diberikan minum susu enam kali sehari oleh doktor,” katanya sebak.
Kasma yang juga seorang pengusaha kuih-muih di kampung tersebut berkata pemergian Faisal satu kehilangan besar baginya kerana selama ini arwah antara anak yang rajin membantunya membuat kuih-muih untuk jualan harian.
“Arwah juga seorang yang periang, boleh kata dia merupakan penghibur kepada keluarga kami, Makcik akan rindu senda gurau Faisal nanti,” katanya.
Dalam pada itu, jenazah Mohamad Faizal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Mengabang Telipot .Jenazah lelaki obes itu diturunkan dengan penakal menerusi bantuan jentolak di dalam liang lahad.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dah tengah bulan Januari ni,dah bayar belum cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2017. Jangan dah akhir-akhir tarikh nanti baru nak sibuk isi borang e-filing dan baru terhegeh-hegeh nak kumpulan segala resit. Ada jugak yang baru nak ambil tahu pasal item yang dibenarkan untuk pelepasan cukai. Saya tahu ramai yang macam ni.
Berikut adalah senarai pelepasan cukai pendapatan bagi tahun 2017:
1. Perbelanjaan terhadap Ibu Bapa
Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) – Terhad RM5,000 atau
Pelepasan Untuk Ibu Bapa – Terhad RM1,500 setiap ibu dan bapa, dengan syarat ibu bapa mestilah:
Berumur 60 tahun dan ke atas
Berpendapatan tidak melebihi RM24,000 setahun (jika bekerja)
Pelepasan perbelanjaan perubatan tidak dituntut
Boleh dapat pelepasan sehingga RM3,000 jika kedua-dua ibu bapa layak..
2. Yuran Pendidikan Diri Sendiri.
Terhad RM7,000. (Tahun 2016: RM6,000)
Kursus yang layak bagi peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda – Undang-undang, Perakaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Saintifik atau Teknologi
Kursus yang layak bagi Peringkat Sarjana / PhD – sebarang bidang atau kursus kajian
3. Kesihatan
Belanja perubatan bagi penyakit yang sukar diubati atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM6,000
Pemeriksaan perubatan penuh atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM500
4. Simpanan Tabung SSPN – Terhad RM 6,000.
5. Perkeso – Terhad RM250
6. Gaya Hidup
Pembelian bahan bacaan, komputer, telefon pintar, tablet, alat sukan, yuran keahlian gimnasium dan langganan internet – Terhad RM2,500
7. Peralatan Penyusuan
Pembelian peralatan penyusuan ibu (potongan dibenarkan sekali setiap 2 tahun untuk pembayar cukai wanita sahaja) – Terhad RM1,000
8. Pra-Sekolah Anak-Anak
Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah – Terhad RM1,000
9. Insurans nyawa dan KWSP – Terhad RM6,000
10. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh – Terhad RM3,000
11. Insurans pendidikan dan perubatan – Terhad RM3,000
12. Bayaran zakat – Tiada had (100% pelepasan)
13. Insurans perubatan.
Setakat ni, inilah sahaja pelepasan yang ada bagi tahun 2017 yang boleh kita maksimumkan belanja untuk minimumkan cukai. Yang penting jangan lupa simpan resit!
Harap senarai ini dapat kita buat persediaan awal terutama pada mereka yang baru pertama kali nak isytihar cukai, yang baru dinaikkan gaji, atau yang dapat bonus. Apa-apa pun, perkara paling penting ialah mencatat perbelanjaan setiap hari, tak kira sama ada besar atau kecil
Catat setiap perbelanjaan dan simpan setiap resit transaksi. Lebih baik, kumpulkan di satu tempat khas supaya lebih mudah untuk kemukakan claim menerusi E-Filing nanti. Tak payah susah-susah nak ingat balik.
Maklumat lanjut mengenai pelepasan cukai boleh dirujuk di laman web LHDN.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.