Dunia hiburan tanah air bakal menggegarkan Miri, Sarawak dengan sebuah acara berskala mega yang pastinya cukup dinanti-nantikan. Buat julung kalinya, jenama hiburan paling popular, MeleTOP, melebarkan sayapnya ke luar Semenanjung Malaysia melalui kerjasama strategik antara Astro dan TVS.

Hasil gabungan tenaga ini, lahirlah ‘Konsert MeleTOP TVS’, sebuah konsert mega yang bakal mencatat sejarah sebagai edisi pertama MeleTOP yang diadakan di Bumi Kenyalang.

Dengan taglinenya penuh semangat, “Nang Champiyen Nang Lagend”, Konsert MeleTOP TVS bakal diadakan secara langsung di Stadium Bandaraya Miri (tertutup) pada 17 Mei 2025, jam 9.00 malam.

Bagi anda yang tidak dapat hadir secara fizikal, usah risau. Konsert hebat ini boleh disaksikan secara langsung di TVS (saluran 122), Astro ONE dan juga melalui aplikasi sooka. Jika terlepas siaran langsung, siaran ulangan tersedia di Astro Ria (saluran 104) pada 25 Mei 2025, jam 9 malam.

Kerjasama antara Astro dan TVS ini bukan sekadar membawakan hiburan ke Miri, tetapi juga menjadi simbol penyatuan dua entiti media gergasi dalam meraikan kepelbagaian budaya dan bakat tempatan.

Hello Miri: Sembang Santai dan Pra-Konsert

Sebelum konsert kemuncak berlangsung, Astro turut membawakan siri aktiviti menarik di bawah jenama ‘Hello Miri’. Program ini akan berlangsung dari 9 Mei hingga 11 Mei di Atrium 1, Ground Floor, Permaisuri Imperial City Mall, Miri, yang turut bertindak sebagai rakan penaja lokasi.

Hello Miri merupakan satu inisiatif Astro untuk mendekatkan diri dengan peminat dan pelanggan di Borneo. Ini memberi peluang kepada mereka bertemu secara langsung dengan artis-artis kesayangan serta menikmati pra-tonton kandungan menarik daripada Astro.

Astro & TVS tampilkan Vokalis Hebat Hael Husaini & Hafiz Suip Di Konsert MeleTOP TVS

Sepanjang tiga hari ini, Permaisuri Imperial City Mall bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti interaktif. Pengunjung berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan barisan artis popular yang hadir seperti Siti Saleha, Haneesya Hanee, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Wani Kayrie, Adira, Firdaus Rahmat, Ayu Damit (GV), Noryn Aziz (GV), Shahrul Kamal, Nikki Palikat (GV), Kaka Azraff, Tomok, Priscilla Abby, Dinda Dania, Isaac Voo, serta pelakon antarabangsa dari drama bersiri “Little Nyonya”, Zhang Ze Tong dan Tyler Ten.

Ads

Kehadiran mereka pastinya bakal memeriahkan lagi suasana dan memberi pengalaman eksklusif buat para peminat di Miri.

Konsert MeleTOP TVS: Malam Puncak Gendang dan Glamor

Inti pati utama acara ini tentunya adalah Konsert MeleTOP TVS pada 17 Mei. Difahamkan konsert ini direka khas dengan mengangkat warisan kebudayaan Borneo sebagai tema utama. Ia menggabungkannya secara kreatif dengan budaya pop kontemporari.

Sekali gus menjanjikan ia sebagai sebuah acara unik, kaya dengan elemen tempatan namun tetap relevan dengan cita rasa penonton moden.

Astro & TVS tampilkan Vokalis Hebat Hael Husaini & Hafiz Suip Di Konsert MeleTOP TVS

Di antara nama besar yang bakal tampil melakukan persembahan termasuklah Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Marsha Milan, Hafiz Suip, Stacy, Floor 88 & Namie, DOLLA, Sada Borneo, Dion Das, Francisca Luhong (Miss Universe Malaysia 2020), Hairee Francis, Wani Kayrie dan Noki.

Ads
Astro & TVS tampilkan Vokalis Hebat Hael Husaini & Hafiz Suip Di Konsert MeleTOP TVS
Hael Husaini – Foto: Syok
Astro & TVS tampilkan Vokalis Hebat Hael Husaini & Hafiz Suip Di Konsert MeleTOP TVS
Hafiz Suip – Foto: Utusan Malaysia

Seleksi gabungan artis dari Semenanjung dan Borneo ini bukan sekadar barisan penghibur, tetapi juga cerminan perpaduan dalam seni.

Mengemudi malam penuh gemilang ini adalah gandingan pengacara MeleTOP yang popular seperti Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Hawa Rizwana, bersama-sama pengacara TVS iaitu Ghaz Zawawi, Cheryl Toh, dan Fattah Bolh. Gabungan pengacara ini pastinya akan menambah seri dan kemeriahan konsert.

Astro & TVS tampilkan Vokalis Hebat Hael Husaini & Hafiz Suip Di Konsert MeleTOP TVS

Peluang Kilauan Emas & Info Terkini

Dalam rangkaian acara Hello Miri, satu aktiviti yang tidak boleh dilepaskan bagi mereka yang mempunyai bakat terpendam ialah Uji Bakat Kilauan Emas 2025. Sesi uji bakat ini akan berlangsung pada 9 Mei, dari jam 10 pagi hingga 10 malam di lokasi yang sama.

Jika anda merupakan bakat-bakat veteran yang ada di Miri dan kawasan sekitarnya, inilah masanya menonjolkan kebolehan dan mungkin menjadi bintang Kilauan Emas yang seterusnya.

Ads

Selain itu, sepanjang acara Hello Miri, peminat juga boleh mengunjungi booth Astro yang disediakan. Di sini, pelbagai maklumat terkini mengenai produk dan promosi terbaru dari Astro, termasuk pelbagai tawaran menarik untuk pakej langganan.

Bagi anda yang ingin menikmati Konsert MeleTOP TVS dan pelbagai kandungan hiburan lain, Astro menawarkan pilihan penstriman melalui Astro ONE atau aplikasi sooka.

Pakej Astro ONE memberikan akses kepada lebih 95+ saluran dengan kemampuan penstriman sehingga 4 peranti serentak, menjanjikan Hiburan Tanpa Henti untuk seisi keluarga.

Tingkatkan lagi pengalaman digital anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps pada harga istimewa RM90 sebulan.

Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro ONE, layari www.astro.com.my sekarang. Secara keseluruhan, siri acara ini, dari Hello Miri hingga Konsert MeleTOP TVS, menjanjikan sebuah ekstravaganza hiburan yang menggabungkan bakat tempatan dan nasional, serta meraikan kekayaan budaya Borneo.

Jadi bro, jangan lepaskan peluang ini!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI