Mempunyai buah dada lelaki adalah mimpi ngeri yang dahsyat kepada manusia apa-apa. Ini telah berlaku beberapa lelaki dan bra untuk lelaki telah dibangunkan untuk menyelamatkan keadaan. Buah dada lelaki disebabkan oleh tiga unsur utama, menggunakan steriod anabolik berat badan yang berlebihan atau mengalami keadaan perubatan yang dikenali sebagai gynecomastia. Memahami akar dua faktor ini akan membuat ia mudah untuk memahami cara-cara menyelesaikannya. Menjadi berlebihan berat badan adalah tanda-tanda lebihan lemak di dalam badan

Lelaki Berbuah Dada? Ini 4 Sebab Kenapa Dada Tidak Bidang

 

1- SEIMBANGKAN LATIHAN

Ada 3 jenis darjah iaitu flat, incline, dan decline. Ketiga-tiga jenis darjah ini melatih bahagian yang berbeza-beza, dengan flat yang menjadi latihan paling utama dilakukan semua orang. Ramai yang buat dua bahagian sahaja iaitu flat dan decline. Incline susah sedikit, sebab itu tak ramai yang buat banyak incline (sebanyak flat dan decline). Kalau anda tak seimbangkan darjah latihan, pengembangan otot anda juga jadi tak seimbang. Mungkin sekali, anda besar bawah tapi atas kurang sedikit. Selepas ini, lebihkan juga latihan incline.

IKLAN

Lelaki Berbuah Dada? Ini 4 Sebab Kenapa Dada Tidak Bidang

2- JARANG BUAT LATIHAN EXPLOSIVE

Maksud explosive di sini bukanlah maksudnya anda gunakan bom untuk berlatih. Explosive bermaksud anda kena lakukan pergerakan yang laju. Ini adalah untuk mengaktifkan secara maksimum gentian-gentian otot di dada anda. Pergerakan explosive sesuai dilakukan selepas warm-up dan sebelum latihan utama anda. Antara pergerakan explosive yang bagus adalah seperti clap push-up, medicine ball throw, dan bench press yang dilakukan secara laju (berat dan ringan).

IKLAN

Lelaki Berbuah Dada? Ini 4 Sebab Kenapa Dada Tidak Bidang

 3- TIDAK GUNAKAN DUMBBELL

Dumbbell adalah rakan paling rapat anda dalam latihan dada yang membidang dan penuh. Betul, latihan bench press menggunakan barbell adalah latihan utama untuk membesarkan otot, tetapi penggunaan dumbbell melengkapkan lagi latihan anda. Malah, kalau anda hanya fokus pada latihan barbell sahaja, mungkin sekali anda sedang mengalami sakit-sakit bahu yang sungguh tidak selesa dan mengganggu latihan anda. Ubat yang mujarab adalah latihan yang menggunakan dumbbell dengan pemegangan yang berbeza (neutral grip). Gunakan barbell untuk latihan berisipadu rendah, dan fokus latihan bina badan dengan dumbbell.

IKLAN

Lelaki Berbuah Dada? Ini 4 Sebab Kenapa Dada Tidak Bidang

4- KURANG LATIHAN BARBELL

Mungkin juga anda banyak sangat guna dumbbell, sampai tinggalkan latihan barbell. Untuk latihan kekuatan, penggunaan barbell mengalahkan penggunaan peralatan lain. Kalau anda masih tidak mampu bench press berat badan anda sendiri, anda masih belum kuat. Kalau anda hanya mampu bench press berat badan bawah 10 rep, anda masih lemah. Kekuatan berkait rapat dengan pembinaan otot. Program latihan anda hendaklah teliti. Semakin anda kuat dalam bench press, nescaya semakin besar otot dada anda.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI