Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, kita mudah dijangkiti batuk berpanjangan. Sekali dah kena batuk, sampai semput dan sakit-sakit dada dibuatnya.

Sekiranya anda sudah mencuba pelbagai cara untuk mengatasi masalah batuk berpanjangan yang anda alami tapi masih juga tidak berkesan, apa kata cuba petua ini.

Ruziani Radzidi ada berkongsi petua daripada pengamal perubatan Cina menggunakan stim buah oren Sunkist atau limau bersama garam di laman Facebooknya.

Manalah tahu petua yang dikongsikan ini dapat mengatasi sekali gus mengurangkan batuk berpanjangan yang anda alami. Semoga petua ini bermanfaat untuk anda.

BACA: Doktor Ini Kongsi Cara Betul Makan Limau Mandarin, Elak Batuk Atau Sakit Tekak!

PETUA: Kurangkan Masalah Batuk Berpanjangan Dengan Berkesan

Stim Buah Oren sunkist atau Limau Dengan Garam

Tahun lepas saya mengalami masalah batuk berpanjangan hampir 2 bulan lamanya. Puas mencuba pelbagai jenis ubat, antibiotik dan petua. Dengan izin Allah, akhirnya saya temui petua ini yang diberitahu oleh kawan lama. Alhamdulillah.

Petua ini juga sesuai untuk orang yang mengalami sesak dada atau hampir semput (athma)

Sesuai untuk orang dewasa dan kanak kanak.

Pasti ada antara kita yang pernah mengalami masalah batuk berpanjangan, dah cuba pelbagai jenis ubat dan petua tapi ada yang tidak berkesan atau lambat. Atau mengalami on off batuk mengikut musim.

Di sini saya nak kongsikan satu cara mudah dan berkesan untuk merawat masalah batuk berpanjangan ini.

ﺇﻥ ﺷﺎءﺍﻟﻠﻪ

IKLAN

Rawatan ini adalah petua daripada pengamal ubatan Cina untuk mengurangkan batuk, masalah batuk berpanjangan, sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Cara-caranya:

1. Rendam buah oren atau limau dalam air garam selama 15 minit.  *Tujuannya hanya untuk membersihkan buah.

Atasi Batuk Berpanjangan Ikut Petua Orang Cina Guna Buah Oren & Garam!

2. Potong bahagian atas oren seperti di dalam gambar dan tambah kira-kira 1/2 hingga 1 sudu teh garam atas permukaan yang dipotong.

Atasi Batuk Berpanjangan Ikut Petua Orang Cina Guna Buah Oren & Garam!

Atasi Batuk Berpanjangan Ikut Petua Orang Cina Guna Buah Oren & Garam!

Atasi Batuk Berpanjangan Ikut Petua Orang Cina Guna Buah Oren & Garam!

IKLAN

*Untuk hasil yang baik, dicadangkan menggunakan garpu untuk cucuk-cucuk garam supaya masuk ke dalam buah oren (Sunkist).

Atasi Batuk Berpanjangan Ikut Petua Orang Cina Guna Buah Oren & Garam!

3. Letak oren (Sunkist) di dalam bekas seperti di dalam gambar, kemudian masukkan dalam bekas pengukus, kalau tidak ada pengukus cukup letak dalam periuk belanga yang mempunyai penutup dan stim selama 15 minit.

Atasi Batuk Berpanjangan Ikut Petua Orang Cina Guna Buah Oren & Garam!

Atasi Batuk Berpanjangan Ikut Petua Orang Cina Guna Buah Oren & Garam!

4. Selepas kukus air akan terkumpul di dalam bekas yang ada limau tu, untuk elak pembaziran, perah sekali buah limau berkenaan, jus sedia digunakan, lagi bagus minum panas-panas. *Boleh digantikan dengan buah limau mandarin.

Atasi Batuk Berpanjangan Ikut Petua Orang Cina Guna Buah Oren & Garam!

IKLAN

Atasi Batuk Berpanjangan Ikut Petua Orang Cina Guna Buah Oren & Garam!

Untuk lebih sedap carilah oren Sunkist yang manis.

*** sekadar perkongsian ***

BACA: Kumur Dengan Air Garam, Lelaki Ini Atasi Sakit Tekak Ibunya Tak Sampai 1 Hari!

Apa sebenarnya yang ada pada oren dan limau ini?

Buah oren dan limau mempunyai manfaat meningkatkan aliran atau air liur, melembapkan mulut, memberi manfaat kepada paru-paru, kedua-dua oren dan limau mempunyai fungsi membuat mulut dan tekak lembap. Oleh itu, mengurangkan rasa kerengsaan yang menyebabkan gatal atau batuk.

Buah oren dalam Perubatan Cina adalah natural dan manis, jadi oren menambah manfaat kepada perut dan limpa dan menyuburkan Yin daripada kedua-dua organ. Ini bermakna bahawa oren adalah baik untuk batuk yang kering, dan ia juga lebih selamat untuk kegunaan jangka panjang.

Bagi limau pula, ia amat bermanfaat tetapi rasanya lebih berasid dan pahit, dan ia juga mempunyai fungsi tambahan melembapkan paru-paru, menghentikan batuk dan mengurangkan kahak.

Limau juga hangat dan lembap, penggunaan jangka masa panjang ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan perut dan beberapa gejala haba yang lain.

Secara ringkasnya, menggunakan buah limau dalam kaedah di atas adalah lebih baik dan berkesan untuk mengurangkan kahak dan berhenti batuk, tetapi ia tidak sesuai untuk kegunaan jangka panjang.

Sumber:
Jes Tham, Solu Heal

Semoga perkongsian ini dapat membantu masalah batuk yang berpanjangan. Cuba tau!! InshaAllah. Kita ikhtiar!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI