Masalah dagu berlapis bukan hanya ditakuti oleh wanita sahaja. Lelaki pun turut risau jika miliki dagu berlapis dan berlipat. Betul ke nak hilangkan dagu berlapis ini anda kena buat diet ekstrem? Tak perlu, sebab dengan senaman mudah juga anda boleh hilangkan masalah dagu berlapis ini.
Senaman dagu adalah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah dagu berlapis ini. Ada 8 senaman dagu yang disarankan. Semuanya mudah, tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan dan boleh dibuat di rumah.
Apa lagi, jom kita cuba.
1. THE KISS
Ads
Berdiri dan dongakkan kepala sambil memandang ke siling.
Muncungkan bibir seolah-olah anda ingin mencium siling selama 5-8 saat.
Relaks dan tegakkan semula kepala.
Ulang sebanyak 5 kali.
2. STICK IT OUT
Jelirkan lidah dalam kiraan 5.
Masukkan semula lidah dalam kiraan 5
Ulang sebanyak 10 kali.
3. JAW JUT
Ads
Tolak rahang bawah ke depan sehingga terasa stretching di bawah dagu.
Buat kiraan sehingga 10.
Relaks semula rahang.
Ulang sebanyak 10 kali.
4. NECK ROLL
Mula dari arah kanan, pusingkan kepala secara membulat.
Buat sehingga kiraan 5.
Kembalikan kepala ke sisi asal.
Pusingkan pula kepala ke kiri secara membulat dalam kiraan 5.
Ulang semula dalam kiraan 30 saat.
5. TONGUE ON TEETH
Ads
Buka mulut.
Angkatkan hujung lidah pada barisan gigi atas.
Anda akan rasakan ketegangan pada leher.
Hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil membuat bunyi ‘ahhh’.
Lakukan selama 1 minit.
Relaks dan ulang sekali lagi.
6. CHIN SLAP
Jelirkan lidah.
Tepuk bawah dagu dengan belakang tangan secara perlahan-lahan.
Lakukan sehingga 30 saat.
7. IN AND OUT
Bentukkan tangan anda seperti V dan letak ibu jari pada hujung rahang.
Pastikan jari lain berada di tepi pipi.
Tolakkan muka ke hadapan secara perlahan-lahan.
Biarkan selama 30 saat dan tolak semula ke belakang.
Relaks dan ulang sehingga 3 kali.
8. LAYING LIFTS
Baring dan angkat kepala perlahan-lahan hingga dagu mencecah dada.
Biarkan selama 10 saat.
Kembalikan kepala pada posisi asal.
Ulang sebanyak 2 kali.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan sesetengah individu cukup skeptikal dan sinis apabila membicarakan tentang buah-buahan tempatan. Bagi mereka buah-buahan import yang tidak terdapat di Malaysia lebih baik.
Walhal buah tempatan sebenarnya mempunyai khasiat dan zat yang jauh lebih baik dari sesetengah buah luar negara! Salah satunya ialah superfuirt yang cukup banyak dan mudah didapati di negara kita iaitu buah betik.
Buah yang hebat ini juga sesuai dimakan sama ada sihat atau sakit. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang untuk didapati, buah betik dikatakan sebagai buah yang mengandungi hampir kesemua zat makanan yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan.
Disebabkan oleh kelebihan-kelebihan yang ada dalam buah betik inilah ia menjadi pilihan buah-buahan yang cukup digemari oleh kebanyakan lelaki yang ingin tampil kacak dan sihat.
Ini antara 10 khasiat buah betik yang tak patut anda lepaskan.
Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien-nutrien penting yang terkandung dalam buah betik menjadikan buah ini sebagai buah-buahan yang mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.
Tidak hanya untuk pencernaan, buah betik juga boleh membantu dalam merawat dan mengatasi masalah-masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan.
Anda hanya perlu hancurkan buah betik dan tampalkan di tempat yang bermasalah selama setengah jam sebelum mandi. Sekiranya dibuat secara konsisten, kulit yang bermasalah itu akan kembali sembuh. Selain itu, buah betik juga bertindak untuk menghaluskan kulit dan menjadikan wajah anda sentiasa awet muda.
Buah yang kaya dengan vitamin A dan C ini disarankan pengambilannya sebagai buah-buahan yang elok dimakan untuk anda yang ingin menurunkan berat badan. Sebiji betik kecil yang beratnya 1/2 kg hanya mengandungi 68 kalori atau 3 peratus daripada diet standard 2,000 kalori. Diet 3,500 hingga 7,000 kalori setiap minggu, dapat mengurangkan 1 hingga 2 kg berat badan.
Buah betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah yang menyebabkan kaki rasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah tumit pecah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua, kemudian ambil getahnya lalu sapukan di bahagian tumit yang pecah.
Bagi lelaki yang ingin meningkatkan kuantiti sperma, apa kata masukkan buah betik sebagai menu diet harian anda. Setiap lelaki dewasa digalakkan mengambil 500mg Vitamin C setiap hari. Sesuai dengan khasiat buah betik sebagai pembekal antioksidan yang baik.
Menurut sebahagian doktor dan pakar pemakanan, pengambilan buah betik ranum yang dicampur dengan madu asli adalah baik bagi anda yang mengalami kencing tak lawas dan penghidap masalah pada berkaitan dengan sistem kencing. Membuang air kecil secara baik penting untuk menghindarkan anda daripada diserang masalah batu pada pundi kencing.
Makan buah betik setiap hari juga dapat menambahkan tenaga dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan pelbagai gangguan dalam perut dan penghadaman makanan.
Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, ambillah air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan campurkan dengan sedikit perahan limau nipis.
Betik mempunyai beberapa enzim protein pencernaan yang unik termasuklah papain dan chymopapain. Dipercayai enzim ini mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar. Sebagai tambahan, khasiat antioksida di dalam betik termasuklah vitamin C, E dan beta karotena juga amat baik dalam mengurangkan keradangan.
Papain di dalam betik muda juga dikatakan amat berguna dalam masalah kekurangan jus gastrik, mukus tidak elok yang berlebihan di dalam perut, dyspepsia dan keradangan usus. Buah yang masak pula jika dimakan selalu boleh mengurangkan masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik. Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.
Jika mengalami sembelit, cubalah makan betik kerana ia murah dan selamat. Betik juga menjadi penawar yang ideal bagi penyakit buasir berdarah. Selain membekalkan banyak vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, buah betik juga boleh menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit yang ada dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut anthelmintic yang dapat membunuh kuman.
Semoga perkongsian ini mampu berikan manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ya, dalam kehidupan seharian kita kadangkala tak sedar bahawa setiap hari banyak makanan dan minuman yang diambil mengandungi banyak gula. Kandungan gula inilah yang banyak menyumbang kepada obesiti dan pelbagai penyakit yang jika diambil berlebihan adakan datang dalam jangka masa panjang.
Sebagai orang Malaysia kita memang tak dapat lari daripada makanan yang bergula. Sebagai sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya dan bangsa, Malaysia merupakan sebuah melting pot buat juadah makanan. Tidak hairanlah kenapa negara kita sering berada dalam carta terbaik bila melibatkan makanan.
Tapi malangnya banyak makanan dan minuman tempatan yang mengandungi gula. Begitu juga makanan dan minuman yang diproses. Jadi bayangkan dalam seharian berapa banyak gula yang kita ambil?
Gula boleh datang dalam pelbagai bentuk dan bukanlah hanya gula putih sahaja. MASKULIN yakin anda sendiri pun kadangkala tak tahu yang makanan yang diambil mempunyai kadar kandungan gula yang banyak.
Mungkin pada usia muda seperti korang masih tidak ada banyak kesannya. Tapi percayalah jika gaya hidup pemakanan tanpa kawalan begini berlarutan ia pasti memberi kesan pada masa akan datang.
Jadi apakah cara terbaik untuk cut off pengambilan gula dalam kehidupan seharian kita?
Antara perkara paling mudah untuk kurangkan pengambilan gula ialah kurangkan membeli dan makan makanan yang diproses. Adakah korang tahu bahawa sejumlah besar makanan diproses dalam kotak atau tin mengandungi gula tambahan? Malah ada sesetengah makanan mempunyai lebih 3 atau 4 jenis gula berbeza.
Kalau tak guna makanan diproses macam mana nak masak? Katakan nak masak spaghetti, mesti kena guna tomato puree bukan? Apa kata beli tomato dan masak sendiri. Dengan cara ini ia bukan sahaja lebih sihat tapi mungkin lebih menjimatkan.
Nak lari secara total daripada tak mengambil langsung gula memang amat mustahil. Jadi jika korang berdedikasi untuk kurangkannya, buatlah kuota sendiri. Sebagai contoh anda kena ingat apa yang anda makan. Jika rasa sudah terlebih sama ada makanan atau minuman pasti akan ingat.
Salah satu minuman yang amat popular ke restoran makanan segera. Kadangakala kita berasa amatlah susah untuk lari daripada minuman berkarbonat. Jadi bagaimana caranya? Caranya mudah sahaja iaitu haruslah sentiasa bawa air kosong sendiri ke mana sahaja. Bekas air itu bukan sahaja bertindak sebagai sumber aiar tetapi peringatan bahawa anda nak kurangkan pengambilan gula.
Makanan ringan atau digelar sebagai jajan merupakan antara gaya hidup yang cukup sinonim lelaki. Apatah lagi jika lepak bersama kawan-kawan atau menonton televisyen. Pasti mulut tu rasa nak menguyah saja, kan? Jadi apa kata gantikan jajan dengan buah-buahan. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi mengandungi serat yang banyak.
Katakan anda suka memasak terutamanya cookies, brownies dan kek. Untuk boleh kurangkan satu pertiga gula daripada sukatan biasa dan gantikan dengan ekstraks bahan lain seperti almond, vanila, perahan oren atau lemon.
Ia ringkas. Ia basic. Ia mudah ditemui di mana sahaja dan murah. Pernah dengar tak bila anda demam atau batuk doktor akan beritahu untuk minum air lebih banyak. Khasiat air kosong ini memang sangat banyak. Jadi lebihkan meminum air kosong berbanding air manis yang lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai yang beranggapan bahawa kecederaan utama yang berlaku kepada mereka yang aktif melakukan larian ialah sakit lutut. Tahukah anda bahawa ia adalah satu perkara yang tidak benar!
Kecederaan yang paling banyak berlaku dan sangat sinonim dengan aktiviti larian ialah melecet atau blister. Malah ia juga dianggap satu kecederaan biasa akibat berlakunya pergeseran terutamanya apabila memilih kasut saiz tidak sesuai atau material stoking dan pakaian tidak tepat.
Antara kerisauan ramai orang tentang lutut apabila berlari ialah tidak untuk tulang, tidak elok untuk sendi dan juga kecederaan serius pada bahagian tersebut.
Hakikat sebenarnya ia BOLEH MENCEDERAKAN & BOLEH MENGUATKAN lutut. Apa yang menentukannya ialah bagaimana anda berlari dan cara latihan.
Terdapat beberapa punca utama mengapa anda boleh sakit lutut atau berdepan kecederaan bila berlari. Antaranya ialah;
Aktiviti larian boleh menguatkan lutut anda dengan syarat anda mengikut beberapa langkah tersebut;
Semoga perkongsian ini memberikan banyak manfaat larian untuk anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.