Berikut beberapa makanan yang mampu memberi nutrien penting untuk kulit.
Sayur hijau dan merah
Sayur mempunyai manfaat yang luar biasa bagi tubuh, untuk itu sebaiknya banyakkan pengambilan sayuran, khususnya sayuran yang berwarna merah dan hijau untuk mendapatkan kulit yang cantik. Ini kerana di dalam sayuran terdapat beta-karoten yang berfungsi sebagai antioksidan bagi kulit yang dapat menghasilkan sel kulit baru dan membuat warna kulit menjadi lebih muda dan cerah. Antara sayuran yang baik untuk kulit adalah bayam, lobak merah dan brokoli.
Daging merah
Daging merah mengandung banyak zink dan protein yang sangat baik bagi kesihatan wajah. Ini kerana daging merah kaya protein untuk menghasilkan kolagen dan antiradang semula jadi.
Ikan
Ikan kaya asid lemak Omega-3 yang berkhasiat untuk menjaga kulit supaya tetap cerah. Selain itu, dengan mengamalkan makan ikan seperti sardin, tuna dan salmon dapat melindungi kulit tubuh daripada pancaran sinar matahari dan pencemaran kerana protein yang terdapat pada ikan membantu penghasilan sel dan membuat kulit tubuh menjadi lebih bercahaya.
Kacang hijau
Kacang hijau adalah makanan yang baik bagi kesihatan dan kecantikan kulit kerana dengan pengambilan kacang hijau 10 miligram setiap hari dapat membuat rambut dan kuku menjadi lebih kuat dan sihat.
Ads
Makanan dari gandum
Di dalam gandum terdapat biotin yang berfungsi untuk membuat sel di dalam tubuh. Dengan mengamalkan makanan daripada gandum akan terhindar daripada penyebab kulit kering dan kusam.
Yogurt
Yoghurt sangat baik bagi kesihatan kulit dan bermanfaat untuk melawan masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan dapat menghilangkan kelemumur. Sebaik-baiknya pilih yoghurt yang kurang lemak dan gula untuk menghindarkan masalah kesihatan lain. Selain itu, yoghurt juga adalah antibiotik semula jadi yang dapat membantu menghasilkan bakteria baik dalam tubuh dan menjaga kesihatan pencernaan.
Ads
Beras merah
Ketika kekurangan tenaga, beras merah adalah yang terbaik untuk dimakan. Ini kerana beras merah akan membuat anda berasa lebih kenyang dan dalam jangka waktu lebih lama. Selain manfaat gizi, ia juga terdiri dari magnesium, protein, vitamin B kompleks dan antioksidan yang semua bermanfaat dalam menjaga kulit halus dan bebas noda.
Avokado
Fakta menunjukkan buah avokado sarat dengan lemak baik dan sangat popular dalam dunia diet. Buah ini juga mengandungi vitamin C dan E yang berguna untuk menjaga kulit yang cerah, sempurna dan indah.
Ads
Bawang putih
Mengandungi bahan yang disebut allicin, sehingga bawang putih banyak dikenali kerana kemampuannya untuk melawan segala bakteria dan virus dalam tubuh. Bahan dari dapur ini juga antijerawat dan masalah kulit yang berkait rapat dengan bakteria dalam tubuh.
Tauhu
Tauhu atau tofu sangat umum dalam diet vegetarian kerana makanan ini terdiri daripada zat besi, kalsium, mangan, protein, dan lemak sihat. Rutin makan tauhu akan memberikan kesan magis pada kulit anda. Ini termasuk produk soya lain seperti susu soya dan tempe.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Gastrik adalah sejenis penyakit disebabkan ketidakseimbangan asid dan pepsin pada usus kita. Apabila seseorang itu ada penyakit ini, dia hendaklah sentiasa jaga pemakanan dan jangan skip makan seharian. Kalau sakit Gastrik ini sudah menyerang, memang sakitnya bukan calang-calang. Sesetengah orang boleh pengsan kalau ketahanan dirinya lemah untuk lawan sakit Gastrik ini.
Sekiranya ketika gastrik mula menyerang dan tiada ubat gastrik dengan anda, di bawah ini ada tersenarai beberapa makanan yang mudah didapati dalam dapur kita yang berfungsi mengurangkan sakit gastrik yang di alami.
MAKANAN UNTUK KURANGKAN SAKIT GASTRIK
1) Pisang
Pisang mengandungi Potassium yang sangat dan mempunyai nilai pH yang tinggi iaitu alkali. Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mucus. Mucus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik.
Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik.
2) Susu Sejuk
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan. Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.
3) Bunga Cengkih
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik. Selain itu, bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman. Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.
4) Halia
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Satu kajian berkaitan dengan keperluan makanan untuk lebih kenyang menunjukkan bahawa makan sarapan dengan hidangan cendawan boleh membuatkan perut anda kenyang lebih lama dan tidak begitu lapar. Ia lebih bagus daripada anda menikmati nasi lemak yang akan menyebkan anda mengantuk dan sarapan barat seperti roti, hotdog dan telur hancur.
Menerusi A health blog, kajian yang telah dilakukan oleh mereka sebelum ini telah mencapai keputusan bahawa cendawan boleh membuatkan anda lebih kenyang berbanding dengan daging, tetapi kajian ini tidak mengkaji nutrisi dan jumlah protein yang terdapat dalam cendawan tersebut. Malah, kajian ini mencadangkan bahawa sama ada menggantikan cendawan untuk daging atau menggantikan beberapa daging dengan cendawan boleh menjadi nutrisi baik dan juga mengenyangkan perut anda dengan masa lebih lama.
Oleh sebab pakar saintifik telah menunjukkan protein menjadi makronutrien yang paling memuaskan, para penyelidik ingin memadankan kandungan protein dalam cendawan dan campur tangan daging untuk dasarnya mengawal bagaimana protein memberi kesan kenyang. Selepas memadankan cendawan dan daging dengan kandungan protein, ternyata kedua-duanya mengandungi jumlah kalori yang sama, yang dalam pada masa yang sama, dapat membantu menghilangkan perasaan mudah lapar.
Cendawan Shiitake
Shiitake segar dan kering sangat terkenal dalam masakan Asia. Rasanya yang enak dan menyelerakan telah mendapat perhatian barat dan kini anda boleh dapatkan cendawan ini di luar Asia di mana-mana pasar raya sepanjang tahun.
Cendawan Tiram
Cendawan tiram merupakan cendawan liar yang terhasil pada musim luruh disebabkan cuaca sejuk dan lembap. Tiada masalah untuk menikmati cendawan tiram ini kerana ia boleh didapati di mana-mana pasar raya yang boleh dimasak secara rebus ataupun goreng.
Morels
Morel tumbuh dengan mudah di hutan utara America dan Eropah. Rasa unik mereka berharga kepada rakyat Perancis. Mereka lebih gemar menggunakan morel untuk dimasak dengan mentega atau digoreng rangup! Di Malaysia, anda boleh dapatkan di pasar raya besar, dan harganya tidak begitu murah, namun sekali sekala tak salah nak cuba kan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penggunaan aplikasi peta seperti Waze atau Google Map kini menjadi salah satu perkara rutin buat pemandu kereta bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.
Selain mampu membantu pemanduan menjadi lancar ia juga boleh memberikan pilihan laluan atau route yang mungkin lebih singkat atau mengelakkan dari kesesakan jalan raya.
Namun pernahkah anda tertanya-tanya adakah penggunaan telefon pintar untuk tujuan ini menyalahi undang-undang atau tidak.
Memetik laporan terbaru The Star, selagi pengguna kenderaan terutamanya pemandu kereta menggunakan peranti dengan sokongan alat bebas tangan atau phone holder, mereka tidak menyalahi undang-undang sekiranya melakukan leretan atau menyentuh skrin untuk membuat atau menerima panggilan.
Menurut Peraturan 17A Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan Raya 1959, menggunakan telefon pintar atau bimbit ketika memandu adalah satu kesalahan melainkan ia menggunakan hands-free kit atau pemegang telefon.
Jelas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Komisionaer Datuk Seri Kasim Karim berkata undang-undang tentang perkara ini cukup kelas berkenaan pemandu tidak boleh memegang telefon bimgit ketika kereta sedang dalam perjalanan mahupun terhenti di dalam kesesakan lalu lintas atau di lamput isyarat.
Ini kerana pemandu masih lagi dianggap dalam mod pemanduan aktif. Pengecualian menggunakannya bagaimana pun boleh dilakukan jika menggunakan alat hands-free atau pemegang telefon yang dilekatkan pada papan pemuka atau lokasi selamat untuk dilihat.
“Menggunakan telefon bimbit tanpa pemegang semasa situasi sedemikian bermakna mengalihkan perhatian mereka daripada jalan raya.
“Ini boleh mendatangkan bahaya dan ketidakselesaan apabila pemandu dikehendaki menyambung semula pemanduan apabila trafik mula bergerak semula,” tambahnya lagi dalam temu bual bersama The Star.
Beliau juga mengingatkan pemandu agar pengguna untuk hanya menggunakan telefon pintar apabila sudah tiba di tempat letak kereta.
Selain itu, beliau juga menasihati pengguna agar tidak menyalahgunakan lorong kecemasan untuk tujuan yang tidak kukuh kerana ia adalah satu kesalahan.
Manakala penggunaan jam pintar pula dibenarkan kerana tidak dianggap sebagai peranti hand-held.
Pada 2020, polis mengumumkan bahawa menggunakan telefon bimbit semasa memandu tanpa bantuan pemegang atau kit bebas tangan bukan lagi satu kesalahan yang boleh dikompaun semata-mata.
Mereka yang dikeluarkan dengan saman atas kesalahan itu akan diheret ke mahkamah dan berdepan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga tiga bulan. Penalti digandakan untuk pesalah berulang.
Smeoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.