Bulan Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi dan kini para peniaga, pemilik jenama fesyen dan pelbagai pembekal kelengkapan untuk hari kemenangan pada tahun ini sudah mula mengorak langkah dengan cukup pantas.
Baju raya semestinya berada dalam keutamaan ramai orang. Iyalah, Hari Raya Aidilfitri hanya muncul sekali dalam setahun pastinya ramai yang ingin tampil segak bergaya. Bagi lelaki, salah satu kemestian ialah mengenakan pakaian tradisional, baju Melayu.
Pengaruh selebriti tidak dinafikan cukup besar kesannya terhadap pasaran apabila melibatkan fesyen.
Dan untuk tahun ini ramai warganet yang menjangkakan Baju Melayu Teluk Belanga akan menjadi pilihan ramai selepas menyaksikan ia digayakan oleh Remy Ishak pada pertunjukan fesyen ‘Terrrrpaling Raya: Bulan Bintang’ pada Sabtu lalu.
“Remy Ishak sesuai untuk mewakili atau face of Teluk Belanga. Saya rasa beliau merupakan selebriti lelaki yang paling sesuai dan kena dengan saran pasaran kerana Remy Ishak ada wajah Melayu dan Maskulin,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi (Meri).
“Kita telah kaji dan lihat respons di media social. Duta-duta yang kita pilih menjawab kita punya objektif untuk tarik crowd. Dan paling penting kita selesa untuk bekerja dengan Remy Ishak dan juga duta-duta kami yang lain,” tambahnya lagi.
Ads
Melihat komen-komen warganet di Instagram Remy Ishak, MASKULIN menjangkan populariti Baju Melayu Teluk Belangan akan menjadi pilihan ramai bagi raya kali ini.
Antara komen menarik;
“Aku dapat rasa nanti aku time raya macam siapa dah!”
Ads
“Aura lain macam abang Remy! Confirm warna ni ramai yang lock.”
“Auto beli tahun ni!”
Selain Remy Ishak pelakon popular Shukri Yahaya, turut ditonjolkan sebagai di antara duta utama Bulan Bintang bagi koleksi sempena Aidilfitri pada tahun ini.
Ads
Pertunjukan fesyen Bulan Bintang The Terrrpaling Raya Fashion Show menampilkan koleksi Raya 2024 Ready To Wear (RTW), bagi pakaian bersaiz besar, set sedondon keluarga yang terdiri daripada 40 rekaan dengan 70 pilihan warna eksklusif.
Pertunjukan fesyen ini juga menampilkan barisan duta Bulan Bintang 2024 yang terdiri daripada selebriti terkenal seperti Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Nadhir Nasar, Mierul Aiman dan Daiyan Trisha.
Jenama ini turut melancarkan Kempen Terrrpaling Raya di mana Bulan Bintang menawarkan hadiah bernilai RM 3 juta untuk semua pembeli Bulan Bintang pada tahun ini.
Antara hadiah yang ditawarkan ialah 10 biji buah Perodua Myvi dan Bezza, iPhone 15, emas 999 dan pelbagai hadiah yang menarik akan dimenangi oleh para pelanggan jenama Bulan Bintang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dapat dinafikan kasut kini menjadi salah satu item yang cukup penting dalam penampilan seorang lelaki. Tatkala hadir di acara formal amatlah penting untuk kita mengenakan kasut yang bukan sahaja sesuai tetapi membawa aura fesyen yang mampu melonjakkan gaya.
Salah satu jenama yang cukup sinonim dengan gaya semi-formal dan kasual ialah Clarks. Sejak sekian lama Clarks cukup dikenali ramai dengan siluet hadir dengan identiti rekaan tersendiri.
Terbaru, Clarks menampilkan koleksi Clarks Torhill. Ia merupakan inovasi mereka dengan mengekalkan DNA rekaan dan juga hasil pertukangan yang diimaginasikan semula selari dengan relevan fesyen terkini.
Meneruskan legasi rekaan kasutnya seperti Wallabee dan Desert Boot, Torhill menggabungkan identiti dua siluet tersebut dengan satu hasil yang cukup ikonik.
Diperolehi daripada arkib siluet ikonik, Torhill ialah generasi akan datang model kasut, direka bentuk semula untuk kasual kontemporari berinspirasikan warisan, dan dibayangkan semula untuk peminat kasut generasi seterusnya.
Dihasilkan bagi merapatkan jurang antara Clarks Shoes dan Clarks Originals, Torhill juga datang dengan inspirasi yang lahir daripada arkib Clarks.
Gabungan koleksi SS23 Torhill penggayaan sukan santai dengan kelayakan fesyen ke hadapan yang berani — dengan aksen Wallabee yang ikonik, bahagian atas kulit dan suede dan jahitan moccasin klasik.
Reka bentuknya pula terarah kepada nostalgia yang cukup dekat di hati peminat Clakrs terarah yang layak mendapat perhatian ramai dengan mengorak langkah gaya seperti yang anda tidak pernah lihat sebelum ini.
Jenama kasut warisan British bergabung tenaga dengan rakan ikon — pemuzik dan aktivis dari Philadelphia dan salah seorang bintang muda terhangat Hollywood dan pelakon, Jabari Banks, bersama-sama dengan sejumlah pencipta TikTok untuk debut secara eksklusif Torhill di TikTok.
Paling terkenal dengan peranannya sebagai Will Smith dalam but semula Bel-Air, the Bank dinamik dan “rakan Jabari” akan mempamerkan but Torhill mereka di platform media sosial dengan #GRWM (Bersedia Dengan Saya), #Unboxing, dan kandungan #HowIWearMyTorhill.
Pelancaran pertama sosial SS23 Torhill koleksi menandakan evolusi yang berani dan menarik dalam cerita Clarks.
Ikon baharu untuk generasi akan datang, Torhill ialah kasut terbaik SS23 – siluet Clarks retro yang diilhamkan oleh masa lalu, dibayangkan semula dan bersedia untuk itu dunia di hadapan. Hadapi dunia ke hadapan dengan Clarks.
Jangan lupa subscribe atau like YouTube dan TikTok MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menjadi seorang lelaki memang agak terhad bila kita bercakap pilihan aksesori. Tak banyak yang boleh digayakan berbeza dengan golongan wnaita.
Disebabkan itulah jam tangan sentias amenjadi aksesori yang cukup bernilai dan dihargai oleh seorang lelaki. Ia kini bukan lagi berfungsi semata-mata menjadi menunjuk masa semata-mata tetapi lebih daripada itu.
Malah terdapat pelbagai jenis jam tangan ditawarkan di pasaran mengikut paras harga berbeza. Antara jam pilihan yang popular ialah jam klasik, semi automatik, mekanikal dan terkini jam pintar.
Jam juga muncul dalam pelbagai jenis bentuk. Ada yang berbentuk bulat, segi empat dan juga segi tiga. Tapi apakah cara terbaik untuk memilih jam sebelum anda membelinya?
Ikuti tip yang MASKULIN kongsi di bawah.
OPSYEN JENIS JAM
Sebelum membeli jam anda harus faham bahawa terdapat pelbagai jenis jam yang terdapat di pasaran. Jadi anda harus tahu adakah jam tersebut bakal memenuhi keperluan anda setiap hari. Sebagai contoh jika anda seornag yang sentiasa aktif melakukan aktiviti larian atau berbasikal, jam tangan pintar adalah pilihan paling tepat. Jika mahu tampil segak dan tampil elegan pula carilah jam dengan rekaan klasik.
KETAHANAN
Antara faktor utama pemilihan ialah perlu melihat apakah material atau bahan jam tangan itu diperbuat. Untuk jam ada dua bahagian yang penting iaitu body dan juga tali jam. Sama sepeeti di atas anda pilihlah material yang sesuai dengan gaya hidup anda. Jika sentiasa berpeluh elakkan membeli tali daripada jenis kulit.
Faktor ini sangat penting kerana anda perlu tahu jam tersebut digerakkan dengan salah satu daripada tiga jenis fungsi biasa iaitu bateri, quartz dan mekanikal. Ketiga-tiga ini membawa fungsi yang lebih kurang sama cuma berbeza daripada aplikasi dalaman jam sahaja. Namun, ini merupakan faktor penting bagi pengumpul jam.
PILIHAN JENAMA
Memilih jam berkualiti semestinya akan hadir dengan harga yang cukup mahal. Namun jika anda membuat survey lebih awal, pasti opsyen itu akan bertambah besar. Jangan tergesa-gesa membuat keputusan kelak nanti anda menyesal dengan pembelian. Bacalah review dari laman sesawang yang boleh dipercayai agar anda dapat gambaran awal tentang performance dan kualiti jam tersebut.
UKURAN
Setiap jenis jam mempunyai ukuran yang berbeza-beza sama ada body atau ukuran panjang tali. Untuk body jangan beli jam tangan yang mempunyai diameter melebihim lebar pergelangan tangan. Bagi tali pula jika ada memakai jam tangan pada laras paling besar tapi ia meninggalkan kesan selepas membukanya, itu bermakna jam sangat ketat. Bagi anda yang badan bersaiz besar carilah jam yang mempunyai rekaan lebar dan bulat.
BUAT KEPUTUSAN
Anda boleh membeli jam mengikut keperluan spesifik seperti bersukan, kerja, majlis formal atau untuk dipadankan dengan pakaian kasual. Apa yang penting anda harus tahu adakah ia memenuhi keperluan harian anda. Jnagan beli jam semata-mata ia trend terkini walhal ia senagat tak sesuai untuk anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selama bertahun-tahun pantai Gold Coast telah menjadi tempat untuk berkumpul, bertemu dan bersukan. Jika anda melihat reka bentuk Pingat anda akan lihat garis-garis disekeliling pingat yang melambangkan pasir lembut yang bergeser dengan setiap gelombang merupakan simbol pencapaian atlet. Perubahan air yang berterusan mewakili evolusi dalam atlet yang membuat tanda mereka. Rekod-rekod dibuat dan sejarah istimewa diraikan.
Delvene Cockatoo-Collins merupakan pereka pingat yang tinggal dan bekerja di Minjerribah, Pulau Stradbroke Utara. Delvene mendapat nspirasi dari saat-saat yang dikongsi bersama keluarganya, terutamanya ibunya, dan kata-kata nasihat dari neneknya. Dia menerjemahkan naratif-naratif ini ke dalam interpretasi kontemporinya sendiri untuk memastikan kesinambungan mereka. Delvene terlibat untuk merekabentuk karya seni untuk medan Sukan Komanwel Gold Coast 2018. Dia menumpukan reka bentuknya di sekitar garis pantai yang indah dan kepentingan pantai sebagai tempat perhimpunan, pertemuan dan sukan. Reka bentuk pingat Delvene telah dihidupkan oleh Royal Australian Mint yang bertanggungjawab untuk pengeluaran dan penghantaran pingat.
Setiap pingat kosong di periksa dengan tangan dan secara individu dimasukkan ke dalam pena duit syiling terbesar Mint. Rekabentuknya diubah sebanyak empat kali untuk memastikan rekabentuknya dibentuk dengan sempurna di permukaan logam. Pingat emas dan perak digubah sebanyak 4 kali di mana, dua kali pada 280 tan dan kemudian dua kali pada 260 tan. Pingat gangsa juga tidak terlepas dari pengubahsuaian sebanyak empat kali tetapi pada 460 tan. Sebaik sahaja mereka dikeluarkan dari akhbar, pingat akan diperiksa sekali lagi, memastikan pingat itu sempurna untuk diberikan kepada juara Sukan Komanwel.
Kami ingin mengucapkan tahniah kepada para pemenang pingat dan mengucapkan selamat maju jaya kepada atlet-atlet negara yang berhempas pulas demi mengharumkan nama negara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.