Beberapa hari lalu sambutan Hari Bapa telah diraikan di seluruh dunia. Bak kata orang pengorbanans eorang ayah itu tiada sempadannnya.
Sanggup melakukan apa sahaja demi mencari rezeki buat isteri dan anak-anak. Malah ada yang sanggup berlapar, bekerja di tengah panas serta menghadap apa jua cabaran di tempat kerja demi anak-anak.
Tiada ibu bapa yang tak ingin melihat anak-anak mereka dapatkan yang terbaik dalam hodup mereka. Disebabkan itulah ramai yang sanggup melakukan apa sahaja demi keselesaan anak-anak bergantung dengan kemampuan mereka.
Itulah yang ditunjukkan oleh seorang bapa kepada anaknya di Kemboja. Menurut satu posting di Facebook dalam Bahasa Khmer yang dikongsi oleh pengguna bernama Sophous Suon menampilkan seorang kanak-kanak dengan sebuah beg sekolah yang cukup unik.
Perkonghsian yang disertakan dengan beberapa keping foto itu menunjukkan kanak-kanak tersebut menggalas sebuah beg yang diperbuat daripada tali rafia berwarna biru!
Beg berwarna biru disertakan dengan tali berwarna hitam dan buckle pengetat ini mencuri perhatian warganet di negara tersebut dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Menurut perkongsian itu lagi, beg istimewa ini mempunyai ketahanan yang cukup untuk membawa kelengkapan seorang pelajar seperti beg dan alat tulis.
Beg tersebut dipercayai telah dihasilkan oleh bapa pelajar tersebut kerana tidak mampu untuk membelinya. Usaha yang ditunjukkan oleh bapa pelajar ini ternyata membuat ramaiw arganet berasa terharu dan kagum.
Walaupum tidak berkemampuan namun dia berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anaknya. Malah ramaijuga warga tempatan melahirkan keinginan untuk membantu pelajar ini.
Bertuah kau dik dapar seorang bapa yang bukan sahaja kreatif tapi sanggup memberikan yang terbaik demi pendidikan anaknya.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran yang terbaik buat ktia semua yang mungkin hidup lebih senang di sini. Bersyukurlah kerana majoriti daripada kita tak perlu untuk berdepan dengan segala kesusahan seperti yang dialami oleh pelajar ini dan keluarganya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Di kalangan peminat sukan terutamanya olahraga, Irfan Shamsuddin bukan lagi satu nama asing. Malah nama inilah yang sentiasa disebut-sebut mampu mengharumkan nama negara apabila beraksi di pentas antarabangsa.
Pada temasya Sukan SEA yang lalu, Irfan mengesahkan lagi status sebagai jaguh tidak terkalah apabila berjaya mengutip pingat emas bagi acara kegemarannya iaitu lempar cakera. Kejayaannya itu lebih manis lagi kerana ia merupakan kali keenam berturut-turut Irfan berjaya mendapatkan pingat emas di Sukan SEA. Ia merupakan satu pencapaian yang sangat luar biasa.
Namun setiap kejayaan tidak datang bergolek dengan mudah. Saban tahun lawan pasti akan bertambah kuat dan cabarannya juga agak berbeza. Namun bagi Irfan perkara seperti inilah yang membuatkannya lebih kompetitif dan memberikan prestasi terbaik.
Ikuti temu bual MASKULIN bersama Irfan Shamsuddin usai tamat kejohanan Suka SEA yang lalu.
1. Pertama sekali tahniah di atas kejayaan pertahankan pingat emas di Sukan Sea. Anda telah 6 kali berturut-turut memenangi acara ini, apakah rahsia sebenar di sebalik kejayaan luar biasa ini?
Terima kasih banyak, adalah suatu penghormatan untuk menang sekali lagi untuk keenam kalinya berturut-turut. Tiada rahsia, tetapi saya ingin berkata bahawa kekal tenang dan fokus yang membantu saya berprestasi dengan baik di SEA GAMES. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan percaya pada saya.
2. Dengan kemenangan berturut-turut ini, adakah anda menganggap Sukan Sea sebagai salah satu medan atau kejohanan pemanas badan untuk kejohanan lebih tinggi?
Tanpa ragu, Sukan SEA sentiasa menjadi cara yang baik bagi saya untuk memulakan pertandingan setiap tahun, ia membantu saya memulakan musim dengan baik.
Saya dapat melihat apa yang boleh diperbaiki dan dilakukan dengan lebih baik bagi pertandingan yang akan datang. Belajar dari kesalahan saya dan memastikan mereka tidak berulang. Saya sangat bersemangat untuk pertandingan yang akan datang tahun ini.
3. Apakah perbezaan atau cabaran yang anda hadapi untuk temasya Sukan Sea baru-baru ini?
Tanpa ragu, cabaran terbesar dan kekecewaan yang mendalam bagi saya berlaku apabila salah seorang pegawai dengan silap mengangkat bendera merah bukannya bendera putih semasa lemparan pertama saya.
Saya yakin bahawa lemparan itu merupakan rekod Sukan SEA kerana saya melihat cakera saya hampir ke garisan 60m. Namun, sungguh malangnya pencapaian saya tidak dianggap. Sasaran saya adalah untuk mencapai garisan 60m dan saya tahu ia adalah mungkin tetapi disebabkan kesilapan ini, ia membuat saya berasa kecewa dan tidak gembira dengan hasil saya. Lemparan pertama akan sentiasa menjadi lemparan terbaik saya, memberikan lemparan yang paling kuat dan tidak diberi pengiktirafan amat mengecewakan.
4. Apakah rahsia persiapan anda sebelum berdepan kejohanan besar seperti Sukan Sea atau pertandingan antarabangsa?
Adalah sangat penting bagi saya untuk meluangkan sekurang-kurangnya satu hari setiap minggu untuk berehat dan pulih. Ketika ini, saya mengutamakan melibatkan diri dalam aktiviti harian biasa saya dan, yang paling penting, menghargai masa bersama orang yang saya sayangi.
Menjaga kebajikan fizikal saya memegang kepentingan yang besar dalam hidup saya. Ini melibatkan mengekalkan aktiviti fizikal yang konsisten dan latihan untuk mengoptimumkan prestasi saya, dan saya beruntung menerima sokongan daripada Under Armour dengan peralatan yang luar biasa.
Untuk menyokong rutin latihan saya, saya melawat seorang fisioterapis 2-3 kali seminggu dan menggabungkan mandian ais yang menyegarkan selepas sesi latihan tertentu. Apabila saya menghadapi pertandingan, saya sedar akan kepentingan mencapai ketenangan mental. Untuk mencapai ini, saya menyesuaikan sesi latihan saya untuk mencapai keseimbangan antara kesan ringan tetapi berkesan.
Selain itu, saya memberikan keutamaan untuk mendapatkan tidur yang mencukupi sebagai komponen penting dalam menguruskan kesihatan fizikal dan mental saya menjelang pertandingan. Saya teguh berkeyakinan bahawa tidur malam yang berkualiti adalah sangat penting, kerana sebarang kompromi dalam kualiti tidur boleh memberi kesan buruk terhadap prestasi saya semasa pertandingan.
5. Dari persiapan latihan berdepan kejohanan seperti ini, apakah pakaian atau perlengkapan yang anda gunakan?
Sebagai Duta Under Armour, saya sentiasa terkesan dengan teknologi inovatif yang terdapat dalam kelengkapan latihan mereka. Salah satu koleksi yang memukau saya adalah koleksi UA RUSH™. Apa yang benar-benar menakjubkan tentang koleksi ini ialah penggunaan fabrik UA Rush™ yang menangkap tenaga yang dihasilkan oleh badan anda semasa berlatih dan mengubahkannya menjadi tenaga inframerah.
Tenaga ini kemudian dipantulkan kembali ke dalam badan anda, memberi anda daya untuk mendorong diri anda lebih jauh dan mencapai prestasi yang lebih tinggi. Koleksi UA RUSH™ mencerminkan pendekatan canggih yang diusung oleh Under Armour dalam produk mereka.
6. Dari segi kerja berpasukan dan keakraban bersama atlet dan jurulatih, adakah ia merupakan faktor penting bagi memastikan kejayaan anda menjadi realiti?
Sebagai duta yang bangga bagi Under Armour yang menghayati semangat “Protect This House saya percaya dengan teguh akan kepentingan kerjasama kerana ia membentuk satu sistem sokongan untuk semua individu di trek.
Sokongan yang diberikan oleh pasukan saya dan jurulatih membantu saya mengatasi pelbagai cabaran, dari segi mental dan fizikal. Melalui sesi latihan bersama, kami berlatih bersama dan sedar akan perjuangan setiap individu, mencipta persekitaran yang positif dan membantu kami untuk mengekalkan kesediaan mental dalam persaingan kami.
7. Apakah sasaran anda seterusnya?
Matlamat saya adalah untuk mencapai jarak yang lebih jauh, dengan sasaran mencapai 60 meter ke atas. Secara ideal, saya mengarah untuk mencapai jarak kira-kira 62 meter ke atas. Ini akan membantu mengukuhkan lagi sesi latihan saya dan mengesahkan segala usaha keras yang telah saya lakukan, pada akhirnya mempersiapkan saya untuk pertandingan-pertandingan akan datang.
8. Sebagai Raja Lempar Cakera ASEAN, anda telah menjadi idola dan inspirasi kepada atlet-atlet muda. Apakah nasihat yang boleh anda kongsikan kepada mereka?
Nasihat saya kepada atlet muda adalah untuk mendekati segala sesuatu dengan kasih sayang dan semangat. Jaga kesihatan dengan menjaga pemakanan yang baik dan berlatih dengan tekun. Terima kesilapan sebagai peluang pembelajaran dan jangan biarkan mereka merosakkan semangat anda.
Sebaliknya, abaikan mereka dan berikan yang terbaik, sambil tetap terbuka terhadap nasihat. Jika sesuatu tidak membawa kebahagiaan, mungkin lebih baik untuk dipertimbangkan semula.
Apabila anda benar-benar menikmati dan mencintai apa yang anda lakukan, ia akan terpancar secara semula jadi dalam prestasi anda. Berpartisipasilah dengan bebas dalam pertandingan tempatan dan antarabangsa.
Ingatlah, permulaan perjalanan anda seringkali paling sukar, jadi jangan pernah menyerah, walaupun kemajuan pada awalnya terasa perlahan. Dan seperti motto Under Armour, ‘Lindungi Rumah Ini,’ kelilingkan diri anda dengan pasukan yang betul dan jadilah rakan sepasukan terbaik yang anda mampu. Nikmatilah setiap langkah perjalanan.
9. Atlet berpengalaman luas seperti anda mungkin tiada masalah berdepan perasan gugup atau memikul tekanan yang besar di atas bahu. Ketika beraksi apakah perkara paling penting perlu berada di dalam minda?
Jika saya berasa gementar, ia akan kelihatan. Masa sebelum lemparan saya adalah penting; pemanasan yang baik dan beberapa waktu sendirian adalah penting. Saya perlu menjaga keadaan ketenangan pada setiap masa, dengan mengingat gambaran yang lebih besar. Apa yang terjadi, akan terjadi. Saya perlu sentiasa fokus.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tak kenal dengan bintang bola sepak Barcelona, Lionel Messi.
Berusia 37 tahun dan merupakan bapa kepada tiga cahaya mata, Messi meraih semula status sebagai pemain bola sepak lelaki terbaik dunia oleh barisan panel pakar The Guardian.
Terkenal Di Seluruh Dunia & Kaya- Raya, Lionel Messi Ikon Lelaki Setia!
Selain kemahiran bermain bola sepaknya yang luar biasa, masyarakat dunia mengagumi Messi kerana sifat kebapaan dan setia kepada pasangan.
Dengan nilai kekayaan dianggarkan mencecah lebih RM2.5 billion sebagai pemain bola sepak profesional, duta produk, usahawan dan social media influencer, Messi memilih untuk berbahagia dengan kehidupan berkeluarga.
Pada saat kepercayaan wanita kian terhakis terhadap kesetiaan lelaki, Messi bangkit membuktikan bahawa suami yang hebat itu masih ada.
Sentiasa disampingnya, sosok isteri Antonela Roccuzzo sering menjadi perhatian kamera kerana kejelitaan dan ‘kisah cinta’ pasangan hebat itu.
Bayangkan mereka saling mengenali sejak zaman kanak-kanak. Messi jatuh cinta pandang pertama dengan isterinya ketika usia mereka sembilan tahun, dan sejak itu mula kerap berhubung melalui surat dan panggilan telefon apabila meningkat remaja.
Selepas menjalin hubungan serius dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Thiago dan Mateo, pasangan ini akhirnya memeterai cinta mereka dengan ikatan perkahwinan pada tahun 2017.
Sehingga kini biarpun Messi amat terkenal di seluruh dunia, keluarga itu selesa memilih gaya hidup low profile bersama anak-anak kesayangan mereka – Thiago, Mateo dan Ciro.
Moga Messi terus berjaya dan bahagia bersama keluarga dan kariernya.
Jika dahulu sukan bola sepak dikaitkan dengan golongan lelaki tapi kini kaum wanita menjadi tulang belakang kejayaan sukan ini. Ini dibuktikan oleh pengurus pasukan bola Thailand, MADAM PANG.
Kejayaannya mengemudi jawatan utama dalam Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) melakar sejarah. Madam Pang juga diumum sebagai Presiden FAT ke-18 selepas menewaskan empat lagi pencabarnya untuk jawatan penting itu.
Melakar sejarah tersendiri apabila menyaksikan buat pertama kali wanita mengemudi jawatan utama dalam Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT). Madam Pang diumum sebagai Presiden FAT ke-18 selepas menewaskan empat lagi pencabarnya untuk jawatan penting itu.
Bukan biasa-biasa ini 10 fakta tentangnya:
1. Madam Pang, atau nama sebenarnya Nualphan Lamsam berusia 58 tahun dan merupakan seorang jutawan.
2. Dilahirkan di Bangkok, beliau merupakan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Muang Thai Insurance.
3. Beliau terdahulu membina kerjaya bola sepak selama 17 tahun termasuk sebagai pengurus pasukan bola sepak kebangsaan Thailand.
4. Madam Pang mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Somyot Poompanmoung yang meletak jawatan berikutan prestasi buruk pasukan kebangsaan.
5. Beliau juga ialah keturunan generasi kelima daripada keluarga Lamsam dan merupakan anak kepada ahli politik Parti Demokrat, Photipong Lamsam.
7. Dilahirkan dalam salah satu keluarga terkaya di Thailand, Lamsam lebih dikenali sebagai pengasas Bank Kasikorn – bank keempat terbesar di Thailand, dengan aset hampir AS$117 bilion.
8. Madam Pang adalah ahli Parti Demokrat dan penolong setiausaha agung parti itu dari 2006 hingga 2016.
9. Melangsungkan perkahwinan pertama dengan Pengerusi Sittipol Sales Co dan German Auto Co, Vachara Phanchet, namun beliau bercerai pada awal 2005 dan memiliki seorang anak perempuan, Nuanwan Phanchet.
10. Beliau kemudian berkahwin dengan Kolonel Polis, Narat Sawettananas pada 19 Januari 2014.
Pencapaiannya sebagai presiden dan pengurus bolasepak nasional Thailand bukan biasa-biasa. Malah, Madam Pang yang juga bekas pengurus pasukan bolasepak wanita Thailand yang telah berjaya membawa Thailand ke Piala Dunia Wanita FIFA sebanyak dua kali berturut-turut.
Kini, beliau difahamkan telah meletakkan jawatan Pengurus Pasukan Kebangsaan dan menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pembangunan liga bolasepak Thailand dan berhabisan untuk memastikan Thailand layak ke Piala Dunia FIFA 2026.
Banyak jasa Madam Pang dalam sukan bola sepak Thailand!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.