Isu pelajar ponteng sekolah sudah lama bersarang dan ketika ini ia masih lagi berlaku. Apa yang memeranjatkan bagi ibu bapa adalah ketika perjumpaan antara guru dan ibu bapa, di dapati anak mereka tidak hadir ke sekolah walhal bapanya hari-hari hantar anak ke sekolah kerana mereka telah ponteng sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa.

Jika dahulu agak sukar untuk memeriksa kehadiran anak dan ibu bapa perlu tunggu ketika perjumpaan antara guru dan ibu bapa atau ketika hari ambil kad laporan prestasi belajar.

Disebabkan itu, seorang Cikgu Sekolah, Cikgu Abdul Mueiz Roslee telah membuat perkongsian di laman Facebooknya tentang portal laman web rasmi bagaimana untuk pantau kehadiran anak ke sekolah.

BACA: Hanya Install Aplikasi Ini, Ayah & Ibu Boleh Pantau Aktiviti Media Sosial Anak Dengan Mudah!

PORTAL SEMAK KEHADIRAN ANAK KE SEKOLAH

Isu ponteng adalah isu global sejak zaman tok kaduk lagi. Lebih dahsyat, bila anak pergi sekolah dengan memakai pakaian seragam tapi tak sampai ke sekolah. Melencong ke tempat lain.

Mak ayah mati-mati ingat anak ke sekolah. Rupanya tidak.

IKLAN

“Tuan. Anak tuan dah 3 hari tak sekolah. Tuan tahu tak?”

“Eh, cikgu. Anak saya pergi sekolah lah. Saya yang hantar dia setiap hari. Macam mana cikgu boleh kata dia tak datang sekolah?”

“Macam ni lah tuan. Apa kata kalau tuan datang sekolah. Kita bincang.”

Itulah antara dialog yang kerap kedengaran bila ada kes ponteng. Lebih perit, bila mak ayah hanya tahu anak tak datang sekolah bila dapat surat amaran pertama. Sedih betul.

IKLAN

BACA: Pemanduan Anda Pada Waktu Malam Lebih Selamat Jika Amalkan 5 Tip Ini

Tapi sekarang, jangan risau. KPM telah memberi satu solusi kepada ibu bapa untuk menyemak kehadiran anak-anak di sekolah. Kiranya, anak tak boleh tipulah.

Macam mana nak semak? Senang saja.

IKLAN

https://public.moe.gov.my buka link ini. Lepastu daftar.

Ayah & Ibu Boleh Bendung Isu Ponteng Sekolah Guna Portal Ini Untuk Pantau Kehadiran Anak

Kemudian pilih kehadiran. Nah. Semua nama anak tuan-tuan dan puan-puan yang bersekolah di sekolah kerajaan akan tersenarai. Pilih, dan semaklah kehadiran mereka.

Ayah & Ibu Boleh Bendung Isu Ponteng Sekolah Guna Portal Ini Untuk Pantau Kehadiran Anak

Tolong cakna ya mak ayah. Kalau tak nak menyesal satu hari nanti.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI