Jaguh berbasikal trek negara dikenali The Pocket Rocketman berusia 36 tahun itu meluahkan kesyukuran atas kurniaan pingat Darjah Kebesaran berkenaan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu menerusi hantarannya di laman sosial.
Memetik laporan Berita Harian, darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk itu diterimanya dalam satu majlis sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke-62 yang berlangsung di Istana Syarqiyyah.
“Merafak sembah dan menjunjung kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Sultan Negeri Terengganu Darul Iman di atas pengurniaan pingat Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 Hari Keputeraan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Tiupan Semangat Berjuang Di Sukan Olimpik Paris 2024
“Pengurniaan ini akan patik jadikan sebagai tiupan semangat buat diri patik untuk berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024 tidak lama lagi. Patik sungguh terharu di atas pengurniaan ini dan berasa sungguh bertuah menjadi anak jati negeri Terengganu Darul Iman.
Ads
“Patik sekalian juga mendoakan agar KDYMM Tuanku Sultan dan KDYMM Sultanah Terengganu sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dan terus kekal bersemayam di atas singgahsana dengan penuh kebesaran, kemuliaan dan kedaulatan. Daulat Tuanku!” tulis Azizulhasni dalam hantaran di laman media sosialnya hari ini.
Azizulhasni sebelum ini turut dikurniakan darjah kebesaran yang sama ketika beliau sedang dalam persiapan akhir menggalas misi Malaysia memburu kilauan pingat emas sulung negara di Tokyo 2020 pada Julai 2021.
Azizulhasni bakal membuat penampilan kelima di Paris nanti sejak membuat penampilan sulungnya di pentas Olimpik di London 2012.
Cemburu biar bertempat. Adakah anda tahu? Cemburu jika tidak dibendung boleh membawa pada masalah jiwa. Sebelum merebak, atasinya segera. Ini solusi yang dilakukan kebanyakan lelaki bagi menyelesaikan dan mengendali pasangan kuat cemburu. Sedikit sebanyak ia membantu wanita mengurangkan rasa cemburu itu.
Tegur Dengan Suara ‘Macho’
Bagi kaum Adam yang cakna dengan emosi si Hawa, mereka tahu bagaimana untuk mengawal situasi apabila pasangannya mulai cemburu. Salah satu solusi adalah menegur dengan suara perlahan. Nampak seperti remeh, tetapi kesannya agak mengagumkan.
Harus diketahui bahawa wanita tidak boleh menerima pasangan yang sengaja berdiam diri tanpa memberi jawapan apabila ditanya ataupun menengkingnya tatkala meminta jawapan. Jalan terbaik, lelaki harus memberi jawapan dengan nada suara yang sederhana dan tidak tergagap-gagap. Sedikit sebanyak emosi cemburunya akan sedikit kendur.
Penjelasan Hanya Sekali
Bukan tidak mahu melayan pertanyaan tetapi cukuplah hanya sekali. Andai masih lagi tidak percaya, terpulang. Lelaki enggan bertikam lidah mengenai perkara yang tidak penting. Contohnya, cemburu kerana rakan-rakan. Huh, alangkah ruginya bergaduh mengenai rakan-rakan yang setiap hari bergaul. Pasangan pula haruslah berfikiran terbuka tetapi dalam masa yang sama ingat mengingati mengenai hubungan yang terjalin.
Kenang Momen Indah
Pujuk sudah merayu pun sudah tetapi pasangan masih lagi merajuk. Garu kepala nak buat apa lagi. Apa kata anda cuba buka topik perbualan baru dengannya mengenai kenangan indah berdua. Contohnya, kenangan lucu, pertemuan pertama dan lain-lain.
Selalu Yakinkan Pasangan
Jika pasangan sering bertanya itu dan ini sehingga menyemakkan fikiran, pegang tangannya dan beritahu bahawa anda adalah milik dia selama-lamanya. Jangan gusar mengenai hubungan ini dan yakinkan pasangan agar dia percaya dengan anda.
5-Wanita hanya inginkan perhatian
Perlu tahu bahawa perhatian amat penting dalam suatu perhubungan. Anda tidak boleh pertikai perkara ini. Apa kata dalam kesibukan kerja tu, cuba layangkan satu mesej ringkas tetapi penuh bermakna. ‘Hai sayang, rindu kat awak la…bye’. Buangkan ego sedikit, setidaknya dia tidak berfikir bukan-bukan sepanjang ketiadaan anda di rumah.
BERIKUTAN HARGA BARANG TIRUAN JAUH LEBIH MURAH BERBANDING YANG ASLI, BARANGAN TIRUAN SENTIASA MENDAPAT TEMPAT DI KALANGAN PENGGUNA. TAPI BAGAIMANA PULA DENGAN MEREKA YANG MENCIPTA DAN MENGHASILKAN PRODUK ASAL, INI YANG HARUS RAMAI DI ANTARA KITA WAJIB AMBIL TAHU!
Bukan tidak menyedari yang kualiti barangan tiruan sangat rendah tetapi faktor harga dan menepati gaya terkini menjadikan ia sering menjadi tumpuan orang ramai.
Dengan kos kira-kira RM100 sahaja, seseorang itu boleh memiliki pelbagai barangan ‘berjenama’ terkenal dan dengan gaya terkini berbanding ribuan ringgit yang perlu dibelanjakan untuk barangan asli.
Dengan adanya barangan seperti ini, semua orang kini boleh kelihatan bergaya dengan barangan berjenama terkenal. Dari beg tangan, kasut, tali pinggang, baju, barang perhiasan, minyak wangi, jam tangan dan banyak lagi, semuanya boleh dimiliki dengan harga yang sangat murah!
Jika pengguna bernasib baik dan cermat dalam menggunakan barangan itu, ia juga boleh bertahan lama dan berbaloi dengan harga yang dibeli. Ramai yang membeli melihat kepada keperluan terlebih dahulu. Lelaki terutamanya mereka tidak akan membazir dan akan membeli yang asli sekiranya selalu dipakai dan sudah pasti tahan lasak.
Kalau beli yang tiruan mungkin baru pakai dua tiga kali sudah terkoyak tetapi kalau barangan seperti tali pinggang atau beg duit, yang tiruan pun dah memadai. Sedar barangan tiruan tidak akan bertahan lama tetapi dengan harganya yang rendah, tidaklah terlalu kesal sekiranya rosak dan tidak boleh dipakai lagi.
Fesyen terlalu cepat berubah, kalau yang asli tentu kita sayang untuk buang sebab harganya mahal sedangkan ia bukan lagi fesyen semasa.
Pergi sahaja jalan TAR, China Town dan hari ini secara online, barangan tiruan dijual secara berleluasa, jadi nak salahkan siapa kalau semua ni memang senang nak dapat! Jadi kesedaran untuk beli barang asli semakin berkurangan.
Sekarang lagi seronok sebab barang tiruan ni siap ada gred, lagi banyak AAA lagilah nampak macam asli, tapi semua ini memang ciplak, pembeli sedar tapi nak buat macam mana, trend buat semua ini jadi semakin berleluasa. Hanya dengan ilmu sahaja pembeli tidak akan ditipu. Kadang kala produk ori pun ada peniaga yang jual di dalam butik, jadi hati-hati!
BOLEH MENANGIS OWNER BARANG ORI! INI SEBAB BETAPA PENTINGNYA HAK CIPTA SEBELUM ANDA HASILKAN PRODUK!
Bila sebut tentang harta intelek, masih ramai individu kurang memahami mengenai kepentingan perkara tersebut. Malah, ada yang beranggapan masalah berkaitan harta intelek bukan satu isu penting dan tidak membawa apa-apa makna dalam pembangunan sesebuah negara. Disebabkan itulah terdapat segelintir pihak bertindak sewenang-wenangnya ‘mencuri’ hak orang lain dan mengaut keuntungan di atas apa yang diusahakan oleh pihak yang bersusah-payah menghasilkan karya tersebut.
1. Banyak kesalahan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap sesuatu ‘produk’ harta intelek seperti menggunakan perisian komputer palsu, meniru logo, plagiat hasil rekaan juga bermacam lagi yang membuatkan ramai orang rugi disebabkan barang tiruan!
2. Secara umumnya, harta intelek merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai bidang seperti karya muzik, sastera dan seni, hasil reka cipta, simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan. Termasuklah hak cipta, cap dagang, paten dan hak-hak lain yang berkaitan. Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu daripada ‘harta-harta’ yang bersifat abstrak itu mempunyai hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.
3. Bagaimanapun, kecenderungan sesetengah pihak melanggar undang-undang harta intelek lebih berkait rapat dengan sikap dan pemikiran mereka yang memandang sinis kepentingan harta intelek.
1.Harta intelek adalah hasil ciptaan minda sama ada dalam bentuk reka cipta, simbol, nama dan reka bentuk yang digunakan dalam perdagangan serta ciptaan/ karya sastera dan seni.
2.Terdapat enam komponen harta intelek yang boleh dilindungi iaitu paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hak cipta dan petunjuk geografi.
3.Ini adalah kerana tanpa disedari, cap dagangan, reka bentuk perindustrian dan hak cipta adalah harta intelek yang banyak dihasilkan oleh para usahawan terutamanya usahawan muda pada masa kini. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa adalah penting bagi mereka untuk mendaftar harta intelek mereka ini bagi menjaga hak yang telah mereka cipta.
4.Jadi, adalah menjadi satu peluang dan cabaran kepada MyIPO untuk menarik golongan seperti ini untuk memahami apa itu harta intelek dan kepentingan pendaftaran harta intelek mereka.
1.Cap dagangan adalah apa-apa tanda yang dapat membezakan barangan dan perkhidmatan seseorang peniaga daripada peniaga-peniaga yang lain. Cap Dagangan termasuklah perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur tersebut. Contoh cap dagangan yang didaftarkan di MyIPO adalah jenama tudung Fareeda, Naelofar Hijab, Zawara, dUCk scarve, Maybank & Petronas.
2.Ada juga yang menyebut cap dagangan sebagai tanda niaga/ jenama/ logo/ brand.
3.Cap Dagangan ini sebenarnya sangat penting dalam sesuatu perniagaan di mana usahawan dapat membezakan produk mereka dengan produk jenama lain dalam pengiklanan dan promosi. Ia juga memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih yang terbaik berdasarkan kepada citarasa dan kualiti yang disukai.
4.Tempoh perlindungan cap dagangan adalah 10 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh diperbaharui bagi setiap 10 tahun.
1.Reka bentuk perindustrian ialah rupa bentuk luaran secara keseluruhan sesuatu barang atau produk yang menarik dipandang. Contoh, rekabentuk atau design unik atau corak pada baju, tudung, juga bentuk botol dan packaging (bungkusan).
2.Reka bentuk Perindustrian juga boleh dipohon bagi rekaan bentuk perabut dan barang-barang perhiasan seperti cincin, gelang dan lain-lain. Reka bentuk telefon bimbit dan kenderaan seperti kereta dan motorsikal juga boleh didaftarkan.
3.Tempoh perlindungan reka bentuk perindustrian adalah maksimum 25 tahun (boleh diperbaharui setiap 5 tahun).
1.Hak cipta adalah perlindungan yang diberikan kepada penulis karya, pemilik hak cipta dan pelaku berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987. Contoh-contoh karya ialah seperti buku, lirik lagu, filem, rakaman lagu, lukisan dan lain-lain lagi.
2.Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat iaitu asli, karya ditulis/ direkod/ dijadikan dalam bentuk bahan dan pencipta adalah orang berkelayakan.
3. Bagi membuktikan pemilikan hak cipta, karya boleh di failkan secara sukarela di bawah Sistem Pemberitahuan Sukarela Hakcipta di MyIPO.
4.Tempoh perlindungan bagi karya sastera dan muzik ialah sepanjang hayat pencipta dan sehingga 50 tahun selepas kematiannya.
PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA ATAU MYIPO.
1.Perbadanan Harta Intelek Malaysia atau MyIPO ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
2. MyIPO ialah badan yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pendaftaran harta intelek seperti Cap Dagangan, Paten, Rekabentuk Perindustrian, Hakcipta, Petunjuk Geografi dan Rekabentuk Susun Atur Litar Bersepadu.
3. MyIPO beribu pejabat di Kuala Lumpur dan mempunyai cawangan di Pulau Pinang, Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Untuk maklumat lanjut, boleh juga rujuk pada website MyIPO
www.myipo.gov.my/
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam perjalanan hidup, lelaki tidak dapat lari daripada bertembung dengan individu toksik — sama ada rakan sekerja yang suka menjatuhkan, bos yang gemar ‘power trip’, atau pasangan yang hanya mementingkan diri. Individu sebegini sering dikaitkan dengan sifat narsistik, iaitu mereka yang obses dengan diri sendiri, sentiasa mahu mengawal keadaan dan suka memanipulasi emosi orang lain.
Kalau terlalu lama melayan mereka, jiwa boleh penat, keyakinan diri merosot dan kesihatan mental terganggu. Sebagai lelaki, kita perlu ada strategi. Di sinilah munculnya Grey Rock Technique atau teknik batu kelabu, satu senjata senyap untuk menundukkan individu narsistik tanpa perlu bertikam lidah atau berperang emosi.
Grey Rock Technique ialah strategi komunikasi yang menggalakkan kita untuk menjadi seperti “batu kelabu” — neutral, membosankan, dan tidak memberi apa-apa tindak balas emosi. Individu narsistik hidup dengan perhatian dan drama. Bila kita tidak beri mereka apa yang mereka mahu, lama-kelamaan mereka akan bosan dan berundur.
Cara aplikasinya mudah:
Jawab ringkas. Contoh: “ok”, “oh”, “baik”.
Tiada emosi. Jangan naikkan nada suara atau tunjukkan riak marah.
Elak cerita peribadi. Jangan beri ‘peluru’ untuk mereka serang balik.
Public Health Malaysia (PHM) menjelaskan, teknik ini berkesan kerana individu narsistik akhirnya akan hilang minat bila gagal mendapatkan reaksi yang mereka idamkan.
Sebagai lelaki, kita selalu dianggap benteng kekuatan. Namun, realitinya tidak semua orang berniat baik terhadap kita. Ada yang cuba menjatuhkan, menguji atau mempergunakan kelemahan kita.
Dengan menguasai Grey Rock Technique, anda akan:
Kekal kawalan diri – Tidak mudah diprovokasi atau dikuasai emosi.
Lindungi kesihatan mental – Kurang stres kerana tidak melayan drama.
Tunjukkan maskuliniti sejati – Lelaki yang tenang dan strategik jauh lebih dihormati daripada yang cepat melatah.
PHM turut berkongsi panduan praktikal untuk berdepan dengan individu toksik ini:
Kawal emosi diri – Jangan biarkan mereka mengawal reaksi anda.
Fokus pada fakta, bukan ego – Elak terjebak dalam perdebatan sia-sia.
Tetapkan sempadan – Nyatakan dengan jelas apa yang anda boleh toleransi.
Jangan terlalu berharap pada empati – Individu narsistik jarang memahami perspektif orang lain.
Gunakan Grey Rock Technique – Respon neutral, ringkas, tanpa emosi.
Akhiri perbualan dengan kawalan – Anda tentukan bila perlu berhenti.
Tip ini bukan sahaja melindungi diri, malah membina disiplin mental yang tinggi.
Ingat, anda tidak boleh mengubah sikap orang narsistik, tetapi anda boleh mengawal cara anda bertindak. Jadi lelaki yang bijak berstrategi — tenang, tidak mudah goyah, dan tahu bila perlu mengundur.
Akhirnya, Grey Rock Technique bukan tanda kelemahan, tetapi bukti kematangan. Kadang-kadang, kekuatan lelaki sejati bukan diukur pada lantangnya suara, tetapi pada ketenangan yang tidak tergugat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang