Apabila membicarakan mengenai penjagaan tubuh badan yang ideal, masih ramai yang beranggapan ianya bertujuan untuk menjaga penampilan semata-mata.
Bagaimanapun, pelakon Amir Ahnaf mempunyai tanggapan yang berbeza mengenai perkara tersebut.
“Kebanyakan daripada kita selalu fikir yang badan cantik seronok nak tunjuk dekat orang. Apa kata kita tukar pemikiran kita kepada kalau badan cantik, otak cantik?”
Kecergasan tubuh badan akan mempengaruhi kecerdasan otak, seterusnya meningkatkan tahap keyakinan seseorang, demikian ulas Amir ketika ditemui MASKULIN.
@maskulinmyApa agaknya aktiviti kecergasan yang diamalkan oleh pelakon yang terkenal dengan watak Kahar dalam siri “Project: High Council” ini? #amirahnaf #fitness #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Ditanya mengenai sama ada mempunyai perancangan membina badan dalam masa terdekat, pemegang watak Kahar dalam siri Project: High Council ini berkata dia sudah selesa dengan bentuk tubuhnya sekarang.
“InsyaAllah suatu saat mungkin akan pergi gym lah. Tetapi untuk masa sekarang, saya banyak fokus kepada Latihan MMA (Mixed Martial Arts),” jelasnya.
Aktiviti kecergasan Amir menumpukan pada latihan muay thai dan bertinju, namun kini sudah melibatkan kickboxing dan judo.
Amir akan berlatih sekurang-kurangnya dua kali seminggu sejak tamat penglibatanya dalam siri Project: High Council tahun lalu.
BACA: “Jangan Sia-Siakan Zaman Sekolah”, Pesan Hazama Kesal Tidak Tumpu Pelajaran Dahulu