Cermin mata boleh diibaratkan sebagai ‘nyawa kedua’ bagi yang rabun jauh atau dekat. Kalau hilang atau rosak, tentu boleh buat anda tak tentu arah. Ditambah lagi kalau anda ada anak kecil. Jika terlepas ke tangan anak-anak, silap-silap boleh rosak atau patah.
Bagi memastikan cermin mata anda tahan lama, ikuti perkongsian Optometris bernama Hanun Nadiah Rozi tentang kepentingan menjaga cermin mata.
Semoga perkongsiannya ini bermanfaat.
Orang kata cermin mata ni sejenis pelaburan. Kita labur duit untuk penglihatan lebih baik.
Tapi kadangkala, pelaburan ni tak bertahan lama. Baru enam bulan pakai, dah calar sana sini.
Ads
Jadi, bagaimana nak bagi cermin mata tahan lebih lama supaya bertahun-tahun boleh pakai?
Saya kongsikan tips ya.
+ Jika mahu lap kesan cap jari atau habuk atas kanta cermin mata, pastikan bukan dalam keadaan kanta kering. Lalukan cermin pada air dulu supaya habuk berlalu pergi. Boleh kalau nak lap masa kering. Cumanya, kanta tu akan lagi cepat bercalar kalau ada habuk melekat semasa dilap.
+ Disebabkan kanta tu seeloknya basah, jangan pula sewaktu tiada sumber air, anda sedekah air liur pula pada kanta. Tahukah anda, air liur mungkin mengandungi minyak dan unsur lain yang boleh sebabkan lapisan antisilau kanta rosak.
Ads
+ Lap kanta guna kain lembut contohnya kain mikrofiber. Boleh kalau nak guna tisu atau kain biasa, cuma nanti cermin lagi senang ada kesan calar sebab material kasar. Ibarat seperti kesan parut pada kulit sebab terhiris duri pokok bunga ros. Akibatnya nanti, lagi cepat pula perlu melabur pada kanta lain.
+ Masa nak tidur, buka cermin mata, letak elok-elok di tepi bantal atau atas meja terdekat. Pastikan kantanya menghadap siling (ke atas). Supaya kanta tak bergeser dengan permukaan kasar. Tapi kalau letak dalam bekas khas bingkai tersebut, diizinkan.
+ Jaga cermin mata ni macam jaga cermin kereta. Contohnya, masa memandu, mesti nak cermin depan bersih, betul tak.. Baru rasa puas bila nak ‘aim’ potong kereta depan. Jadi kalau dah rasa comot tu, jemput lap ya.
Ads
Tips di atas akan jadi mudah jika benar benar sayang pada peneman setia mata anda. Sayangilah mereka.
Besar harapan saya agar jodoh anda panjang dengan cermin mata masing-masing. ?
P/s : Perkenalkan ‘nyawa kedua’ saya. Faham-faham sajalah kalau power tinggi ni. Hilang arah kalau tiada cermin mata.
Hanun Nadiah Rozi
Optometris
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah tak anda ke tempat baru dan rasa terasing dari orang di sekeliling anda? Kebanyakkan orang mengalami kesukaran untuk berhubung dengan orang lain kerana mereka awkward dengan suasana baru. Sudahlah kita tak kenal dengan orang di sekeliling, tambahan pula kita sejenis pemalu. Pasti lebih sukar. Ini beberapa tips untuk anda yang masih tidak boleh bergaul dengan orang di sekeliling anda.
Kongsi makanan
Langkah ini sebenarnya tidak terlalu sukar untuk dilakulan. Belilah apa jua jenis jajan untuk anda kongsikan dengan orang di sekeliling anda. Sebagai contoh Pringles, jika anda rajin, anda boleh ke setiap meja dan sua kepada mereka. Jika anda segan, kongsikan saja dengan orang disebelah anda. Dari situ anda boleh mulakan perbualan ringan. Sedikit sebanyak, anda telah berkomunikasi dengan salah seorang pekerja dalam pejabat anda tu.
Topik menarik
Dah bagi keropok tu, nak cakap apa eh? Topik menarik sebenarnya membantu untuk anda berbual panjang dengan seseorang yang anda baru kenal. Soalan seperti “asal mana?” boleh membuatkan topik anda kedengaran bosan! Kenapa? Kerana jika anda berinteraksi dengan orang yang petah berkata-kata tu tak apa lah, namun jika anda berinteraksi dengan seorang yang Introvert? Pasti jawapannya “Pahang” lepas tu? Nak tanya apa lagi? Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, cuba anda ubah soalan anda kepada “muka macam orang Kelantan, orang kelantan ke?” soalan begini akan membuatkan orang tersebut berfikir ‘dari mana datangnya wajah Kelantan? Dan mereka mula bertanyakan kembali kepada anda soalan. Dari situ, anda berdua dalam zon selamat untuk berbual.
Soalan ke Game
Nak main game dengan orang yang baru anda kenal? Jangan terkejut dengan tip kali ini. Jadikan perbualan anda menarik dengan berteka-teki dengan orang tersebut. sebagai contoh:
Amir: Hujung minggu selalunya kau buat apa? Jap, biar aku teka. Kau suka main bola kan?
Soalan-soalan begini akan membuatkan pihak lagi satu berasa seronok untuk teruskan perbualan. Dalam pada masa yang sama, mereka akan memberikan hint kepada anda. Mereka juga boleh berteka-teki dengan anda. Dengan cara ini memudahkan anda mengenali seseorang tanpa perlu korek rahsia mereka satu per satu. Natural kan?
Minta pendapat
Sebagai permulaan, jangan pilih topik yang berat. Topik yang ringan seperti soalan mengenai merah atau biru untuk kasut baru yang anda lihat di laman Instagram boleh membantu untuk anda berbual dengan panjang bersama seseorang. Anda boleh kenali personaliti dan keluarga mereka dari pendapat yang anda minta. Secara automatik mereka akan membuka sejarah diri mereka atau keluarga mereka. Sebagai contoh,
“oh, kakak ipar aku ada kasut color macam ni.” atau
“aku ada kawan jual kasut ni murah. Kau nak beli tak?”
Hey, nak networking sebenarnya tak susah pun. Anda cuma perlu tahu caranya saja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Terdapat pelbagai jenis manusia di dalam dunia ni. Mungkin ada diantara anda yang tidak tahu maksud introvert. Perkataan ini berlawanan daripada perkataan extrovert yang membawa maksud periang. Seorang extrovert zahirnya seorang yang senang ditegur dan menegur, seorang yang ceria walau dimana sahaja. Ini berbeza dari si introvert dimana mereka ini hanya lebih menumpukan pada diri sendiri dan tidak mahir dalam pergaulan. Senang cerita mereka ini seorang yang pemalu.
Mungkin anda kenal, rapat ataupun anda adalah introvert? Tahukah anda bahawa seorang introvert ini sangat menarik jika anda betul-betul perhatikan mereka? Ini antara perkara yang anda mungkin tak perasan bahawa seorang introvert mempunyai daya tariknya yang tersendiri sehinggakan anda mungkin hampir jatuh hati terhadap mereka.
Jujur
Menipu merupakan satu dosa besar buat mereka. Apabila mereka mula menipu atau putar belilt cerita dengan anda, mereka akan rasa kurang selesa. Pada akhirnya, mereka akan memberi tahu perkara yang sebenar kepada anda. Jadi, jika anda sedang berkawan dengan seorang yang jujur, anda sudah tahu personalitinya sedikit sebanyak seorang Introvert.
Bijak
Bijak bukanlah boleh diukur dengan mengetahui seseorang itu introvert atau extrovert. Namun, bijak yang dimaksudkan disini adalah seorang introvert biasanya gemar memencilkan diri di dalam rumah pada hujung minggu. Jadi, untuk mengelakkan bosan, mereka akan membaca buku, menonton movies dan banyak lagi. Dari situ mereka akan tambahkan pengetahuan Am mereka. Cuba anda berbual dengan mereka, anda pasti dapat mengesan mereka ini seorang yang bijak bukan? Ini kerana seorang introvert juga berhati-hati dalam memilih perkataan. Mereka tidak mahu melukakan hati mana-mana pihak dan takut di kecam masyarakat, jadi pemilihan perkataan sangat penting bagi mereka juga.
Sensitif
Seorang introvert sangat sensitif apabila berhadapan dengan sesuatu situasi. Kajian pernah dibuat keatas dua orang, dimana mereka diberikan buah Lemon dan terus memakannya. Seorang introvert akan terus meluahkan kembali hirisan Lemon tersebut setelah mendapati rasa buah yang sangat masam. Jadi, jika anda seorang yang extrovert dan anda rapat dengan introvert, jangan sesekali lukakan hatinya, potensi untuk dia merajuk dengan anda berbulan-bulan sangat tinggi.
Berdikari
Anda tak perlu menjaga mereka seperti kanak-kanak, letaklah mereka dimana-mana, pasti mereka boleh hidup tanpa bantuan sesiapa. Si introvert bersifat tidak mahu susahkan orang lain. Mereka juga sebenarnya malu untuk bertanya dan meminta bantuan dari orang. Jadi, mereka akan mula berfikir cara untuk hidup tanpa bantuan sesiapa pun.
Pendengar yang setia
Bukan semua orang rajin mendengar cerita anda berulang kali. Namun tidak kepada si introvert, jika anda ada masalah yang ingin diluahkan, anda boleh bercerita kepda mereka. Namun, ada kelemahan disebalik pendengar yang setia ini. Anda tidak akan berpeluang untuk mendengar pandangan mereka, kerana mereka bersifat menjaga hati orang sekeliling. Mereka takut jika pandangan mereka melukakan perasaan anda. Ini kerana, seorang introvert tidak mempunyai ramai kawan, anda dan beberapa orang lagi sajalah rakan yang ada. Mereka ini memegang kepada konsep “utamakan mana yang ada”. Jika anda seorang yang suka bercerita dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain, maka introvert lah seseorang yang perlu anda cari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Fesyen merupakan satu seni yang kini dianggap cukup penting dalam kehidupan masyarakat moden. Selain bertindak menjadi kanvas personaliti pemakainya, fesyen juga boleh membawa simbol status dan juga kekayaan.
Trend fesyen pula tidak dapat dijangka ke mana hala tujunya. Seperti roda, ia kebiasaannya akan berulang kepada perkara yang sama cuma membezakan ialah sentuhan serta inspirasi yang muncul di sebalik rekaan.
Namun tidak semua fesyen itu sesuai untuk semua orang dan tidak semua juga relevan dengan apa yang dibawa oleh seorang figura bernama lelaki.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi jenis trend yang mungkin agak unik dan pelik pernah dipertontonkan untuk pasaran di dalam industri fesyen.
ROMPHIM
Sejujurnya penulis sendiri tidak ada keberanian untuk menggayakan rompers. RompHim merupakan jenama rompers lelaki yang dilancarkan pada tahun 2017. Pakaian dalam kategori ‘one piece’ ini muncul dengan pelbagai corak cetakan.
LACE SEPARATES
Bila sebut sahaja tentang kain lace pastinya ia lebih sinonim dengan pakaian wanita. Tapi sebenarnya ada juga pengusaha fesyen menggunakan material ini menhasilkan baju untuk lelaki. Boleh see thru! Mungkin untuk lelaki yang ada personaliti kinky sesuai menggayakannya.
CROP TOPS
Jenama Comme des Garçons pernah menampilkan crop tops untuk lelaki menerusi koleksi ‘Boyhood’ suatu ketika dahulu.
Baju senteng ini bukannya bersaiz kecil ya tetapi memang direka sebegitu. Kalau berani cubalah pakai.
OVERSIZED SLEEVES
Baju lengan panjang juga cukup popular di kalangan lelaki. Namun berbeza dengan trend ini di mana labuh lengannya sangat panjang hingga berlipat-lipat. J.W Anderson pernah menampilkan knit-sweter tampil dengan rekaan ini. Sekurang-kurangnya bahagian tangan boleh terlindung dari cuaca sejuk.
CHOKER
Penggunaan aksesori choker lebih sinonim di kalangan wanita terutamanya golongan muda. Namun tidak berapa lama dahulu ia pernah digayakan dengan berleluasa oleh lelaki terutamanya artis dan penyanyi. Mungkin pemakainya gemar jadi mangsa cekik barangkali.
Dapatkan seleksi fesyen yang lebih sesuai dengan anda dan tidak pelik di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Datuk Seri Bung Moktar Radin, figura politik Sabah yang sinonim dengan laungan “Radu Tatap Radu”, meninggal dunia meninggalkan legasi keberanian dan perjuangan rakyat yang akan kekal dikenang.