Buat lelaki yang ingin tampil lebih bergaya dan dalam masa yang sama menonjolkan status, jam tangan merupakan aspek yang cukup penting.
Selain ia membawa simbol status, jam tangan dalam kategori luxury atau mewah juga merupakan satu peranti yang boleh menjadi harta warisan selama bergenerasi lamanya.
Terbaru, “ThinKing” sebuah jam tangan mekanikal ternipis di dunia diperkenalkan dengan ketebalan hanya 1.65 milimeter (mm) dan berat 13.3 gram.
Reka bentuk luar biasa
Jam Tangan “ThinKing” Sumber: Oddity Central
Direka oleh pembuat jam terkemuka dari Rusia, Konstantin Chaykin, ThinKing merupakan prototaip inovatif yang tampil dengan reka bentuk luar biasa.
Reka bentuk casingnya yang sangat halus menjadikan jam ini mudah terdedah kepada tekanan biasa semasa dipakai.
Untuk melindunginya, tali jam khas daripada kulit buaya dengan sisipan elastik dan titanium digunakan untuk menyerap hentakan serta tekanan semasa pemakaian.
Ads
Jam tangan ultra nipis ini sarat dengan pelbagai inovasi teknikal, termasuk barrel penggulungan yang ultra nipis dan sistem dwi-roda imbangan.
Lebih nipis daripada syiling lima sen Amerika
Ketebalannya yang luar biasa juga mengatasi rekod sebelumnya dengan kelebihan 0.5 mm, menjadikan ia lebih nipis daripada syiling lima sen Amerika.
Jam Tangan “ThinKing” Sumber: Oddity Central
Untuk mencapai kejayaan ini, Chaykin mengaplikasikan idea-idea radikal dalam reka bentuknya, termasuk menggantikan pemutar jam klasik dengan paparan jam dan minit melalui dua tingkap berasingan.
Ads
Meskipun lebih rapuh berbanding jam tangan biasa, ThinKing diperbuat daripada keluli tahan karat khas yang mampu menahan tekanan harian.
Tidak hairanlah jam ultra nipis ini bernilai tinggi, mengambil masa lama untuk dihasilkan dan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi.
Namun, pengguna perlu memakainya dengan berhati-hati kerana ketipisannya membuatkan ia mudah rosak.
Mesti korang ingat lelaki badan kurus ni senang untuk dress up berbanding lelaki yang berbadan besar kan?Tapi sebenarnya sangkaan korang meleset. kerana lelaki kurus banyak juga cabaran dalam berfesyen ni.
Jadi sekarang kami nak share tip berfesyen untuk lelaki kurus supaya korang tampak stylo . Check this out!
1. BETULKAN CUTTING
Kalau susah nak jumpa cutting baju seluar yang sesuai, better korang hantarkan kat tukang jahit untuk ikut saiz korang. At least takdelah nampak macam korang pinjam baju ayah atau abang atau kawan yang badan lagi besar daripada korang.
2. PAKAI LEBIH SELAPIS
Kerapkan pakai baju berlapis. Contohnya, korang pakai t-shirt then korang pakai jaket ‘varsity’ atau kemeja yang besar sikit kat luar mengikut keselesaan korang ok. Janganlah pulak cuaca panas terik korang pakai baju sampai tiga lapis. Cara ni boleh bagi ilusi badan korang lebih berisi.
3. PAKAIAN ‘SLIM FIT’ TERBAIK
Untuk lelaki berbadan kurus ni, pakaian slim fit cutting sangat sesuai sebab boleh menampakkan susuk tubuh keras dan bahu lebih lebar. Tapi ingat tau, bukan ‘skinny fit’ sebab boleh jelas nampak yang korang kurus.
4. ELAK PAKAIAN LONGGAR
Pakaian longgar memang rasa selesa kan. Namun elakkan pakaian yang terlalu longgar. Sebab menampakkan lelaki kurus bertambah kurus. Mungkin persepsi ramai orang kata pakaian longgar sikit dapat sorokkan susuk tubuh kurus. Tapi sebenarnya tanggapan ni salah.
5. ELAK AKSESORI BESAR
Aksesori macam tali pinggang atau jam tangan yang besar sepatutnya korang elakkan. Korang mesti akan kelihatan tak kena. Sebab apa? Cuba bayangkan kalau korang pakai jam tangan besar kat tangan, mesti orang akan nampak jam tu dulu baru nampak betapa halusnya tangan korang. For sure korang boleh goncang-goncang jam kat tangan korang tu hahaha.
6. ELAK CORAK MENEGAK
Memakai baju yang ada corak menegak adalah teknik untuk menampakkan seseorang itu lebih kurus. Jadi korang dah tahu korang kurus, elakkan corak menegak. Seeloknya pakai baju yang ada corak melintang. Lagi pun corak melintang kan memang tengah trending sekarang. Let’s join the club!
7. WARNA CERAH
Pakaian berwarna cerah menampakkan si pemakai lebih berisi dan sesuai sangat untuk korang yang berbadan kurus. Kalau boleh, kurangkan berpakaian gelap seperti hitam atau coklat. Tapi kalau dah minat sangat, cubalah cari warna kelabu atau coklat terang.
8. TAHU JENAMA SESUAI
Mungkin ada sesetengah korang yang tak tahu, sebenarnya ada beberapa jenama pakaian yang direka untuk saiz badan tertentu. Jenama A mungkin sesuai untuk lelaki kurus macam korang tapi jenama B lebih sesuai untuk lelaki berotot a.k.a sado. Jadi pilihlah jenama dan fashion designer tu tentu dah arif dalam mereka fesyen untuk lelaki kurus macam korang. Topman, Uniqlo atau H&M.
Ok korang dah nampak jalan penyelesaian untuk dilema korang tu kan. Apa tunggu lagi, korang pergi laa shopping sekarang.
Sumber: Lelaki Sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dah masuk raya ke dua ni, macam mana seronok tak beraya? Mungkin hari ini keluarga anda rancang untuk anda sekeluarga ziarah sanak saudara dan jiran tetangga di kampung. Inilah masa yang paling sesuai untuk ber OOTD di rumah orang. Namun, sebenarnya jika anda ke rumah terbuka atau ziarah ke rumah orang lain, ada beberapa peraturan yang anda kena ikut.
Senyum
Ini adap yang paling basic untuk anda lakukan. Jika anda tidak gemar dengan berkunjung ke rumah sanak saudara, maka anda kena buka hati anda untuk menerima apa jua situasi yang berada di depan mata. Lemparkan senyuman itu kan satu sedekah.
Simpan phone
Tahu dah, tahun 2018 merupakan tahun yang pesat dengan dunia teknologi. Mungkin topik yang mak cik dan pak cik anda bualkan itu membosankan, tapi cuba anda ‘fit in’ dengan topik tersebut. Walaupun anda tidak gemar dengan topik tersebut, anda mungkin boleh cuba mengubah topik, namun jangan terlalu berat sehinggakan anda dan sanak saudara bergaduh pula.
Elak topik sensitif
DCF compatable JPEG Img
Memandangkan demam PRU14 masih belum kebah, anda dinasihatkan agar tidak membincangkan topik ini secara besar-besaran kerana ia akan menyebabkan perbalahan kedua-dua belah pihak. Jika anda ingin sampaikan ideology anda tidak mengapa, namun tidaklah terlalu dalam sehingga mengguris hati orang tua. Mungkin anda boleh buka topik bola? Piala Dunia FIDA kan dah dekat.
Ke dapur
Bukan mudah untuk anak lelaki masuk ke dapur, dan kadang-kadang para wanita pun tidak selesa dengan kehadiran anda yang turut membantu mereka di dapur. Jika anda beraya di rumah orang, apa kata kalau anda ke dapur dan basuh cawan dan pinggan anda sendiri. Jangan harapkan tuan rumah saja. Penat mereka. Lakukan perkara ini walaupun tuan rumah sebut “takpe letak je situ”. memang tuan rumah cakap begitu, namun si tukang membasuh tu, panas je dengan perangai anda.
Jamah
Ini lebih kepada adap Melayu. Jika anda seorang yang menjaga diet, dan tak nak makan dengan banyak. Apa kata setiap kali anda berkunjung ke rumah orang, anda jamah sedikit makanan mereka. Paling tidak pun anda makanlah biskut raya yang terhidang. Jika anda tidak menyentuh makanan-makanan tuan rumah, ini akan menyinggung perasaan mereka. Jadi, jamah ye.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama New Balance kini dilihat semakin mendapat tempat di kalangan peminat fesyen. Sejak beberapa tahu lalu ia menjadi pilihan ramai terutama di kalangan sneakerhead dan penggemar streetwear.
Selain itu, New Balance juga dilihat semakin mengukuhkan kedudukan mereka dalam dunia fesyen berteraskan sukan. Terbaru, New Balance memperkenalkan instalasi terbaru kempen globalnya, ‘We Got Now’ menerusi beberapa siri video.
Lebih menarik siri video kempen yang dilancarkan oleh mereka turut menampilkan juara dua kali NBA, Kahwhi Leonard, penyanyi K-pop popular IU, bintang bola sepak Raheem Sterling dan Bukayo Saka serta tidak ketinggalan artis meningkat naik, Jack Harlow.
Menerusi tiga video yang dilancarkan ia menampilkan Harlow dan Leonard dalam video pertama, IU menerusi video kedua dan akhir sekali Sterling dan Saka. Mereka merupakan wajah-wajah yang telah banyak mencorakkan dunia sukan dan juga budaya popular masa kini.
Fokus yang diserlahjan mereka juga memawa signifikasi kemantapan jenama New Balance yang kini dilihat menjadi salah satu suara generasi baharu dalam melakukan ekspresi diri.
Kerjasama New Balance bersama atlet dan artis menerusi ‘We Got Now’, New Balance dilihat ingin memperkasakan impian setiap individu untuk sekarang dan masa akan datang.
“Kesinambungan kempen ‘We Got Now’ memberikan cabaran tersendiri kepada duta jenama kami dan bersama-sama peminat ia boleh direalisasikan dengan cukup bermakna.
“Kita perlu memberi peluang kepada diri sendiri merasai kebebasan untuk melakukan sesuatu yang positif,” jelas Ketua Pegawai Urusan dan Timbalan Presiden Urusan Perniagaan New Balace, Chris Davis.
Jika anda ingin ketahui lebih lanjut tentang kempen ini, boleh layari laman sesawang rasmi mereka.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.