Potongan rambut adalah salah satu aspek penting dalam penampilan seorang lelaki. Gunting rambut bukan sahaja mempengaruhi keyakinan diri, tetapi juga memberi kesan kepada bagaimana orang lain melihat kita.
Namun, ada beberapa sebab mengapa anda perlu mengelakkan gunting rambut sehari sebelum hari penting.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan dua sebab utama mengapa lelaki perlu merancang potongan rambut mereka dengan lebih baik.
Anda Mungkin Tidak Suka Dengan Potongan Rambut Anda
Potongan rambut yang buruk boleh merosakkan penampilan anda pada hari penting. Meskipun anda mempercayai tukang gunting rambut anda, kadang-kadang hasilnya tidak seperti yang diharapkan.
Mungkin potongan terlalu pendek atau gaya yang tidak sesuai dengan wajah anda. Jika ini berlaku sehari sebelum acara penting, anda tidak akan mempunyai masa untuk memperbaikinya.
Ini boleh menjejaskan keyakinan diri anda dan menyebabkan anda rasa kurang selesa sepanjang hari tersebut.
Memotong rambut beberapa hari atau seminggu sebelum hari penting memberi anda masa untuk menyesuaikan diri dengan potongan baru.
Ads
Jika anda tidak suka dengan potongan rambut tersebut, anda masih mempunyai masa untuk membuat pembetulan atau membiasakan diri dengan penampilan baru.
Dalam tempoh ini, anda juga boleh mendapatkan pendapat daripada rakan atau keluarga mengenai potongan rambut tersebut dan membuat perubahan jika perlu.
Beri Masa Rambut Untuk Tumbuh Semula
Memotong rambut sehari sebelum hari penting tidak memberikan masa yang cukup untuk rambut anda tumbuh semula dan ‘settle’ dengan gaya baru.
Rambut yang baru dipotong mungkin kelihatan terlalu kemas atau tidak natural. Dengan memberi masa beberapa hari, rambut anda akan tumbuh sedikit dan kelihatan lebih natural dan sesuai dengan bentuk wajah anda.
Selain itu, rambut yang dipotong terlalu pendek mungkin memerlukan masa untuk mencapai panjang yang lebih sesuai.
Ini amat penting terutamanya jika anda mempunyai gaya rambut yang memerlukan sedikit panjang untuk kelihatan terbaik.
Memotong rambut lebih awal juga membolehkan anda membuat sedikit penyelarasan jika ada bahagian yang tidak rata atau tidak sesuai dengan kehendak anda.
Ads
Merancang potongan rambut anda dengan baik adalah penting untuk memastikan anda kelihatan terbaik pada hari-hari penting.
Memotong rambut sehari sebelum acara penting boleh menyebabkan penampilan yang kurang memuaskan dan mengurangkan keyakinan diri.
Dengan memberi masa yang cukup untuk menyesuaikan diri dengan potongan baru dan membiarkan rambut tumbuh sedikit, anda akan lebih bersedia dan yakin pada hari penting tersebut.
Pastikan anda merancang potongan rambut anda sekurang-kurangnya beberapa hari sebelum acara untuk memastikan penampilan anda adalah yang terbaik.
Kelemumur teruk dan keruping kepala memang merunsingkan kerana jika tidak dirawat dengan cepat boleh mengakibatkan rambut makin nipis dan botak dan menggangu penampilan anda
Sebelum kita mencari jalan penyelesaian terlebih dahulu kenalilah apakah punca berlakunya kelemumur. MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Dr Iskandar Mirza menerusi satu bebenang ciapan di laman media sosial Twitter kendaliannya.
Jelasnya, masalah kelemumur boleh berlaku apabila kulit di badan atau kepala berubah menjadi keruping. Ia tidak membawa sifat berjangkit atau merupakan sakit serious.
Namun kondisi ini sebenarnya boleh mengurangkan tahap keyakinan diri apabila berjumpa kenalan atau berjumpa orang lain secara bersemuka.
Masalah kelemumur yang tidak terlalu banyak boleh dikawal dengan menggunakan syampu setiap hari. Akan tetapi jika ia tidak membawa kesan ketara bermakna anda harus menggunakan syampu khas yang mengandungi ubat. Satu perkara yang harus diingat, jika ia hilang itu tak bermakna kelemumur itu tak akan muncul semula.
Kenali Simptoms
Keruping di Kawasan kulit badan atau kepala
Kulit kepala gatal
Kulit kepala bersisik
Ada ketikanya simptom akan menjadi bertabah teruk terutamanya jika berada dalam keadaan stres serta bila musim sejuk dan kering.
Terdapar beberapa penyebab utama mengapa kelemumur boleh muncul.
Kulit sensitive, berminyak
Tak shampoo dengan kerap
Ada jangkitan kulat di kulit kepala
Kulit yang kering
Kulit sensitive terhadap produk
Sakit kulit kronik seperti psoriasis dan eczema
JENIS SYAMPU MENGIKUT KONDISI
Pyrithione zinc shampoo (Head &Shoulders, DermaZinc)
Mengandungi anti bakteria dan anti kulat
2) Tar-based shampoos (Neutrogena T/Gel)
Tar memperlahankan kematian sel – sel kulit di kepala daripada menjadi keruping.
3) Shampoo mempunyai salicylic acid (Neutrogena T/sal, Baker’s P&S)
Shampoo ini dapat membuang sisik kelemumur
4) Selenium sulfide shampoo (Head & shoulders intensive, Selsun Blue)
Mempunyai anti kulat.
5) Ketoconazole shampoo
Dapat membunuh kulat di kulit kapala.
Dan jika anda masih ragu-ragu akan jenis syampu dan rawatan sesaui silalah berjumpa dengan pakar kulit.
Semoga perkongsian yang dilakukan oleh Dr Iskandar ini mapmu memberikan manfaat kepada anda semua.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apakah perkara pertama yang akan melintas di fikiran anda bila mendegar perkataan ‘Maskulin’?
Penulis yakin rata-rata daripada anda pasti akan terus membayangkan seorang lelaki yang mempunyai fizikal yang tegap dan penampilan yang kemas.
Tapi benarkah itu ciri-ciri maskulin terutamanya pada pandangan wanita?
Tahukah anda bahawa persepsi tersebut sebenarnya salah kerana wanita memandang ciri-ciri lelaki maskulin lebih dari itu.
‘Lelaki maskulin’ pada mata wanita secara umumnya merujuk kepada sifat-sifat fizikal dan emosi yang biasanya dikaitkan dengan kejantanan dan ketangkasan.
Walau bagaimanapun, penting untuk diingat bahawa definisi ‘maskulin’ boleh berbeza-beza mengikut pandangan individu dan juga budaya.
Berikut adalah 10 ciri maskulin yang beberapa wanita mungkin sukai:
Keperibadian Kuat
Lelaki yang mempunyai keperibadian yang kukuh, berkeyakinan, dan tegas dapat menarik perhatian wanita.
Ketangkasan Emosi
Keupayaan untuk berkomunikasi dan mengendalikan emosi dengan matang dan sensitif menunjukkan kematangan emosi yang menarik.
Kejujuran
Ketulusan dan kejujuran dalam perhubungan adalah ciri yang sangat dihargai oleh kebanyakan wanita.
Kecenderungan untuk memahami perasaan dan pandangan orang lain menunjukkan empati yang menarik.
Pandai Selesaikan Masalah
Kemampuan untuk mencari penyelesaian dan mengatasi cabaran adalah ciri yang menonjolkan ketangkasan.
Pandai Jaga Diri
Usaha dalam menjaga penampilan fizikal dan kesejahteraan diri menunjukkan komitmen terhadap kesihatan dan kesejahteraan.
Ingatlah bahawa ini hanyalah beberapa ciri yang boleh menarik minat wanita dan setiap wanita mempunyai keutamaan yang unik. Apa yang lebih penting adalah menjadi diri sendiri dan membina hubungan berdasarkan saling penghargaan dan pemahaman.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video tentang penjagaan diri lelaki terbaik seperti di bawah!
“Asyik style rambut je sayang, tak nak try tukar ke?”
Mungkin itulah yang diperkatakan oleh isteri atau kekasih anda melihatkan gaya rambut yang tak pernah berubah sejak beberapa tahun.
Sebenarnya tak salah kita sebagai lelaki untuk mencuba sesuatu yang baru. Cuba keluar dari zon selesa dan terokaibenda baru. Antaranya gaya potongan rambut.
Percayalah bila anda tukar gaya rambut orang pasti akan perasan. Dan ini boleh membina satu personaliti yang lebih membantu anda dalam aktiviti seharian.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 25 gaya potongan rambut terkini yang boleh anda rujuk. Jadi bila ke kedai gunting nanti tunjuk saja salah satu foto di bawah kepada tukang gunting rambut.
Bagi penggemar muzik dan hiburan pentas berprofil tinggi, Mei 2025 menjanjikan sesuatu yang istimewa di Miri, Sarawak.
Bandaraya petroleum ini bakal menjadi saksi penganjuran dua...