Menurut Hun Haqeem, ramai lelaki masih beranggapan bahawa rutin penjagaan kulit seperti “morning routine” dan “night routine” adalah sesuatu yang hanya dilakukan oleh wanita.
Mereka percaya bahawa sebagai lelaki, cukup sekadar mandi, memastikan diri bersih dan teruskan hari seperti biasa.
Namun, hakikatnya, kulit wajah lelaki juga memerlukan perhatian, terutamanya bagi mereka yang sering memakai solekan untuk kerja atau terdedah kepada pencemaran dan cahaya matahari setiap hari.
Foto : The Star
Pengalaman Breakout yang Mengubah Perspektif
Hun Haqeem berkongsi pengalaman peribadinya apabila dia mengalami breakout teruk akibat tidak menjaga kulit dengan betul.
Sebagai seorang pelakon, dia perlu memakai makeup setiap hari untuk penggambaran dan photoshoot.
Tetapi, tanpa penjagaan kulit yang betul, kesannya mula dirasai.
“Satu hari, muka saya tiba-tiba breakout teruk sangat. Jadi, saya terpaksa jumpa orang yang lebih arif dalam bidang ni dan minta pendapat mereka. Rupa-rupanya, salah satu punca utama adalah kerana saya tak membersihkan muka dengan betul selepas seharian bekerja,” kata Hun Haqeem.
Ads
Penjagaan Kulit juga Sebahagian Kebersihan Diri
Bagi lelaki yang masih merasakan bahawa skincare itu sesuatu yang “terlalu feminin”, Hun Haqeem menegaskan bahawa mereka perlu mengubah perspektif dan melihatnya dari sudut “hygiene” atau kebersihan diri.
“Kalau awak boleh anggap skincare ini sebagai kebersihan diri, bukan sekadar kecantikan, saya rasa korang akan okay je,” katanya.
Menjaga kulit tidak semestinya memerlukan berpuluh-puluh produk kecantikan.
Asasnya mudah sahaja, pastikan anda mencuci muka dengan pencuci yang sesuai untuk menyingkirkan kotoran dan minyak berlebihan.
Ads
Selepas itu, gunakan pelembap bagi memastikan kulit kekal terhidrat dan tidak kering.
Akhir sekali, jangan lupa memakai sunscreen untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan penuaan pramatang dan masalah kulit lain.
Tidak kira lelaki atau wanita, penjagaan kulit adalah penting untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan bebas dari masalah.
“Kalau korang rasa benda ni terlalu feminin, just anggap je ini cara kita untuk bersihkan kulit. Ini adalah hygiene. Kalau korang boleh anggap ia sebagai kebersihan diri, korang akan okay. Good luck!”
Jadi, mulai hari ini, jangan malas untuk menjaga kulit wajah anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Baik lelaki atau wanita, pencukur adalah salah satu peralatan grooming yang wajib ada. Tanpanya banyak bulu yang tidak diperlukan tumbuh melata hingga merosakkan penampilan terutamanya wajah anda.
Walaupun begitu, masih ada lagi yang tidak mengambil berat terhadap penjagaan pisau cukur hingga ia boleh merosakkan wajah anda. Pisau cukur diperbuat daripada besi dan jika tidak disimpan dengan elok ia akan berkarat serta menjemput banyak kaum bakteria.
Disebabkan itu, MASKULIN ingin menerangkan bagaimana menjaga pisau cukur agar ia tahan lama serta menjimatkan duit anda.
Ramai orang tidak menggunakan krim pencukur ketika mencukur. Ia amat penting untuk membuatkan bulu-bulu yang akan dicukur dalam keadaan lembab serta memudahkan proses mencukur.
Ia juga penting untuk mengelakkan pisau cukur tergores dengan kulit anda hingga mengakibatkan kecederaan malah lebih teruk lagi terdapat kesan parut.
2. Bersihkan pisau cukur dengan teliti
Percaya atau tidak, ramai orang selalu selepas bercukur suka tinggalkan pisau begitu sahaja tanpa membersihkannya. Penjagaan paling mudah adalah untuk melalukan air di setiap celah garis pisau. Selain itu, bulu yang tertinggal boleh mengakibatkan kesan luka kerana ia amat tajam, jadi pastikan pisau cukur anda bersih serta bebas dari bulu lama yang telah dicukur.
3. Keringkan setelah digunakan
Air yang tertinggal pada pisau cukur akan membuatkan ia berkarat. Pisau yang berkarat bakal membuatkan banyak bakteria hinggap disitu. Lebih teruk jika anda gunakan pisau cukur yang terdapat kesan karat, kulit muka anda pasti akan merasa gatal serta tanda kemerahan kerana sudah dijangkiti bakteria.
4. Simpan di tempat yang kering
Walaupun sudah kering tetapi tidak bermakna kalau anda tinggalkan ia di dalam bilik air. Persekitaran bilik air yang lembap, boleh mempengaruhi pisau cukur dan membuatkan ia berkarat. Cari tempat yang kering untuk menyimpannya.
Untuk memastikan pisaunya sentiasa tajam, asah ia guna seluar jeans yang tidak dipakai lagi. Caranya adalah dengan mengalur gerak pisau terbabit sama macam anda bercukur. Anda boleh asah ia bila sudah dapat rasa cukuran pisau tersebut tidak selancar biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak sah rasanya kalau anda tidajk mempunyai pencukur atau shaver dalam koleksi barangan penjagaan diri. Tanpanya, banyak bulu yang tidak diperlukan tumbuh melata sehingga boleh menjejaskan penampilan pada wajah.
Masih ramai lelaki sebenarnya tidak mengambil berat atau tidak tahu bagaimana untuk menjaga shaver mereka dengan baik. Pisau cukur diperbuat daripada besi dan jika tidak disimpan dengan baik, ia akan berkarat dan menjemput banyak bakteria.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi sedikit tip bagaimana menjaga shaver agar ia tahan lama sekali gus boleh menjimatkan duit.
Guna krim pencukur
Ramai orang tidak menggunakan krim pencukur ketika mencukur. Ia amat penting untuk membuatkan bulu-bulu yang akan dicukur berada dalam keadaan lembab sekali gus memudahkan proses mencukur. Ia juga penting untuk mengelakkan pisau cukur daripada tergores dengan kulit hingga mengakibatkan kecederaan dan lebih teruk meninggalkan kesan parut.
Bersihkan dengan teliti
Percaya atau tidak, ramai orang selepas bercukur suka tinggalkan pisau begitu sahaja tanpa membersihkannya. Penjagaan paling mudah adalah dengan melalukan air di setiap celah-celah garis pisau.
Selain itu, bulu yang tertinggal pada mata pisau boleh mengakibatkan kesan luka kerana ia amat tajam. Jadi, pastikan pisau cukur anda bersih dan bebas daripada bulu lama yang telah dicukur.
Keringkan selepas digunakan
Air yang tertinggal pada pisau cukur akan membuatkan ia berkarat. Pisau yang berkarat bakal membuatkan banyak bakteria hinggap di situ.
Lebih teruk lagi, jika anda menggunakan pisau cukur yang mempunyai kesan karat, kulit muka anda akan mengalami kegatalan dan timbul tanda kemerahan kerana dijangkiti bakteria.
Walaupun sudah kering, tidak bermakna anda boleh meninggalkan pisau cukur di dalam bilik air. Persekitaran bilik air yang lembab boleh mempengaruhi pisau cukur dan membuatkan ia berkarat. Carilah tempat yang kering untuk anda menyimpannya.
Asah dengan seluar jeans
Untuk memastikan mata pisau cukur sentiasa tajam, asahkan ia menggunakan seluar jeans yang tidak digunakan lagi. Caranya adalah dengan mengalur gerak pisau tersebut sama seperti anda bercukur. Anda boleh mengasah ia apabila anda merasakan mata pisau tersebut tidak tajam seperti biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki zaman moden kini tidak lagi lokek untuk berbelanja untuk mendapatkan produk penjagaan wajah dan kulit. Jadi tidak hairanlah semakin banyak produk penjagaan lelaki kini semakin banyak dan dihasilkan untuk tujuan lebih spesifik. Antara jenama yang sering menampilkan produk tumpuan adalah Aesop.
Terbaru, Aesop memperkenalkan koleksi istimewa yang merupakan salah satu koleksi untuk tahun 2020 iaitu Gift Kits. Menariknya koleksi ini turut diberi nama gelaran ‘Sensory Chronicles’. Setiap kita yang ditawarkan membawa pengguna untuk merasai sendiri sensasi minda dan sentuhan menerusi koleksi ini.
Dilancarkan pada 2 November lalu, setiap Gift Kit yang hadir dengan kotak khas diperbuat daripada 100 peratus bahan mudah reput atau biodegradable yang boleh juga dikitar semula. Ia sekali gus selari dengan ideologi jenamanya yang ingin mengurangkan impak terhadap alam sekitar.
TEMAN SASTERA
Jelas Aesop, koleksi ini juga mengandungi beberapa hasil seni sastera yang semakin dilupakan. Ia boleh dimuat turun sebagai eBook atau audio file (dalam bahasa Inggeris). Hasil sastera ini boleh dijadikan peneman tatkala pengguna merasai sendiri pengalaman escapism ketika menggunakan produk penjagaan kulitnya.
Terdapat 5 jenis Gift Kit berbeza yang ditawarkan oleh Aesop iaitu The Ardent Nomad, The Lore Collector, The Seasoned Wayfarer, The Mataphysical Voyager dan The Chance Companion.
Setiap satu hadir dengan karya sastera berbeza dalam bentuk digital hasil penulis terkenal seperti Isabelle Eberhardt, Lafcadio Hearn, Rabindranath Tagore, Joaquim Maria Machado de Assis dan Katherine Mansfield.
Koleksi Gift Kit ini boleh didapati di semua signature store Aesop seluruh negara serta stokis mereka yang terpilih.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik tentang gaya hidup lelaki!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.