Bayangkan anda atau pasangan di rumah sedang memasak. Tiba-tiba dapur yang permukaannya diperbuat daripada bahan kaca pecah secara tiba-tiba!
Ia bukan sahaja merugikan tetapi boleh membahayakan keselamatan anda dan keluarga. Sejak kebelakangan ini kita sudah mendengar dan telah tular beberapa insiden menunjukkan bahawa ini bukanlah satu kejadian yang asing berlaku.
BACA: Bila Dapur Gas Berkarat & Api Tak Kuat, Ini Caranya Nak Servis Sendiri Dapur!
Bagaimana perkara ini boleh berlaku dan apakah langkah-langkah keselamatan yang adan boleh ikuti?
Sebuah perkongsian menarik telah dimuat naik oleh Public Heakth Malaysia yang ingin memberikan kesedaran kepada masyarakat akan keselamatan apabila menggunakan dapur yang permukaannya diperbuat daripada kaca.
Menerusi perkongsian di Facebook ini, Public Health Malaysia turut berkongsi beberapa tip berguna untuk anda mengelakkan diri daripada berdepan kejadian tak diingini. Jom ikuti perkongsian tersebut di bawah;
Memang merbahaya dan menakutkan!
Beberapa insiden yang tular menunjukkan ia bukan suatu insiden yang asing di Malaysia.
Mengapa perkara ini terjadi dan bagaimanakah insiden bahaya ini boleh di cegah?
Ikuti perkongsian ringkas PHM.
Dapur permukaan kaca memang lebih cantik dari segi estetika dan lebih mudah dibersihkan.
Sebab itu, ia masih menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Untuk memastikan kualiti produk ini dan untuk melindungi pengguna, bermula April ini, semua jenis dapur perlu melalui proses penilaian khas oleh SIRIM.
Oleh itu, untuk memastikan produk dapur yang berkualiti, pilih yang memiliki pelekat dan pengesahan dari sirim.
Langkah lain untuk mencegah dapur kaca dari pecah adalah;
- Elakkan meletakkan beban terlalu berat. Periuk untuk memasak gulai kawah misalnya, memang tidak sesuai di gunakan di atas dapur kaca ini.
- Jangan gunakan peralatan dapur yang tajam dan merosakkan permukaan kaca ini. Kaca yang mula tercalar akan mudah retak dan pecah.
- Elakkan mengguna “steel wool” untuk menyental permukaan dapur kaca. Perkara ini juga akan mencalarkan permukaan dapur.
- Rajinkan diri membersihkan dapur dari kerak kerak sisa makanan. Periksa sekiranya ada kesan retak atau pecah.
- Sediakan ruang udara dikeliling dapur termasuk di bawah dapur. Objek panas akan mengembang, ruang sempit akan menyebabkan tekenan kepada bahan kaca ini.
- Baca manual arahan yang disediakan bersama produk. Sesetengah produk ada arahan khusus.
Rasa culas ?
Mungkin ada pilihan dapur lain yang lebih selamat untuk anda ?
Kepada anda yang menggunakan dapur seperti ini, mohon berikan perhatian sewajarnya untuk keselamatan anda seisi keluarga.
Berikut merupakan posting asal Public Health Malaysia di Facebook;
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI