Nampak tenang, menyegarkan dan rutin harian bagi ramai tetapi secawan teh yang menggunakan uncang plastik sebenarnya boleh membawa bahaya tersembunyi kepada kesihatan.
Kajian oleh McGill University, Kanada, mendedahkan bahawa satu uncang teh plastik boleh melepaskan sehingga 11.6 bilion zarah mikroplastik dan 3.1 bilion zarah nanoplastik ke dalam air panas.
Ini menjadikan teh yang sepatutnya menyihatkan bertukar menjadi “sup plastik” yang penuh dengan bahan kimia tidak kelihatan.
Foto : The Malaysia Post
Kenapa Ia Lebih Bahaya Daripada Kuali Nonstick?
Berbeza dengan kuali nonstick yang perlu tercalar sebelum melepaskan zarah berbahaya, uncang teh plastik melepaskan mikroplastik secara automatik hanya dengan terkena suhu tinggi.
Struktur plastik seperti PET dan nylon akan mula pecah dan membebaskan zarah kecil apabila direndam.
Jenis uncang pyramid yang kelihatan premium sebenarnya antara yang paling teruk, kerana menggunakan plastik yang lebih reaktif.
Malangnya, uncang ini semakin popular kerana reka bentuk moden dan pembungkusan yang menarik.
Ads
Zarah Plastik Dalam Darah, Otak dan Organ Reproduktif
Foto : MItra Bukalapak
Lebih membimbangkan, kajian dari Belanda mendapati 77% sampel darah manusia kini mengandungi mikroplastik.
Ia juga telah dikesan dalam otak, plasenta wanita hamil, testis lelaki dan organ penting lain, membuktikan betapa mudahnya zarah halus ini menembusi sistem badan.
Kajian menunjukkan kesan jangka panjang termasuk gangguan hormon, keradangan kronik, tekanan oksidatif sel, penurunan fungsi kognitif dan penurunan kesuburan.
Lebih menggerunkan, bayi kini dilahirkan dengan zarah plastik dalam sistem tubuh mereka, menjadikan kita generasi pertama yang benar-benar terdedah kepada bahaya ini sepanjang hayat.
Ads
Apa Langkah Pencegahan Yang Boleh Kita Ambil?
Langkah terbaik ialah kembali kepada cara tradisional gunakan teh daun kering tanpa uncang, pilih uncang teh yang diperbuat daripada kertas tanpa salutan plastik, dan kurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian.
Periksa label produk dan lebih berhati-hati dengan apa yang anda minum dan makan.
Minum lebih banyak air, ambil makanan tinggi antioksidan, dan gunakan bekas kaca, keluli tahan karat atau seramik sebagai alternatif.
Ironinya, ramai lebih takut kepada bahan luar seperti vaksin yang hanya disuntik beberapa kali, berbanding mikroplastik yang diserap setiap hari tanpa sedar.
Kesihatan bukan hanya tentang mengelak satu ancaman, tetapi membina kesedaran menyeluruh terhadap apa yang masuk ke dalam badan.
Mungkin sudah tiba masanya kita tanya diri sendiri sebelum minum teh “Adakah ini teh… atau sup plastik?”
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasti anda pernah dengar tentang perihal ‘mandi malam boleh sebabkan paru-paru berair’. Tapi adakah perkara ini ada kebenarannya?
Sebelum ini orang tua-tua melarang untuk mandi di waktu malam. Mereka mengatakan perkara tersebut boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair. Masa berlalu pergi dan cerita-cerita yang mengatakan mandi malam penyebab kepada paru-paru air menjadi versi yang baharu.
Salah satu versi yang baharu adalah mereka mengatakan apabila waktu malam, liang roma akan terbuka dan ini akan menyebabkan air masuk ke dalam badan ketika mandi. Air yang berlebihan ini akan terkumpul di dalam paru-paru dan akhirnya menyebabkan paru-paru berair
Di sini kami ingin memberi tahu beberapa perkara tentang paru-paru berair:
Penggunaan istilah paru-paru berair sebagai istilah perubatan adalah tidak spesifik dan boleh mendatangkan kekeliruan. Kerana ia boleh membawa maksud kepada dua perkara iaitu samada Pleural effusion ataupun Pulmonary Edema dan kedua-dua penyaki ini adalah berbeza.
Pleural Effusion
Perlu diketahui bahawa paru-paru dilindungi oleh dua lapisan pleural. Fungsi pleura ini untuk melindungi paru-paru malah mewujudkan ruang diantara pleura bahagian dalam dan luar. Ruang tersebut mempunyai sedikit cecair dan ia akan membenarkan pergerakan paru-paru untuk membesar dan mengecil.
Ruang inilah yang akan dipenuhi oleh cecair dan menyebabkan penyakit yang bernama pleural effusion.
Penyebab pleural effusion:
Kanser paru-paru
Jangkitan kuman paru-paru(penumonia)
Masalah lemah jantung
Kegagalan buah pinggang dan hati
Pulmonary edema
Di dalam paru-paru terdapatnya alveolar yang berfungsi sebagai tempat pertukaran oksigen. Ia seperti poket-poket kecil.
Jika air terkumpul disini, nama penyakit tersebut adalah Pulmonary edema. Penyebab kepada penyakit ini adalah lemah jantung, serangan sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan juga hati.
Betul ke mandi malam penyebab paru-paru berair?
Kita berbalik kepada mandi malam. Kena faham bahawa lapisan kulit merupakan lapisan yang tidak telap pada air dan liang roma tidak akan terbuka pada waktu malam. Oleh sebab itu, mandi waktu malam tidak akan menyebabkan air masuk ke dalam tubuh dan berkumpul di paru-paru.
Malah penyebab-penyebab penyakit-penyakit di atas langsung tiada kaitan dengan mandi malam
Kalaulah mandi pun berbahaya pada waktu malam, kita pun sepatutnya perlu melarang minum air kerana air lagi senang diserap oleh saluran pencernaan kita.
Kesimpulan:
Paru-paru berair bukanlah disebabkan mandi pada waktu malam. Ianya disebabkan penyakit-penyakit di atas.
Oleh itu, jika anda balik ke rumah dalam keadaan yang tidak selesa sebab berpeluh dan anda berkeinginan untuk mandi, dipersilakan. Tiada masalah!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kepala botak tengah menjadi masalah yang sering berlaku apabila berusia. Ramai golongan lelaki sebolehnya cuba elak untuk botak tengah, namun ia tetap terjadi dan masih ramai tidak tahu apa punca sebenarnya.
Namun anda boleh elak perkara ini berlaku jika sentiasa menjaga rambut dan amalkan gaya hidup, pemakanan dan tidak berdepan stres melampau.
Ini 5 sebab utama mengapa fenomena ‘botak tengah’ ini boleh berlaku kepada seorang lelaki.
Bahan Kimia Berlebihan
Menggunakan bahan kimia pada rambut juga merupakan salah satu faktor yang melambatkan pertumbuhan rambut. Melakukan bleaching, rebonding, mengerintingkan rambut atau kerap menggayakan rambut boleh menyebabkan rambut rosak dan ‘mati’.
Tekanan
Gangguan emosi merupakan salah faktor terbesar untuk memiliki rambut yang tidak berkualiti. Menderita akibat stress boleh menyebabkan rambut anda gugur dengan sangat cepat.
Antara faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah kekurangan nutrisi. Mengamalkan diet yang tidak seimbang akan menghancurkan folikel (akar) rambut sehingga menyebabkan rambut sukar untuk tumbuh.
Pengambilan Ubat
Pengambilan ubat-ubatan secara tak langsung akan memberikan kesan kepada kulit kepala dan juga rambut.
Tak Cukup Tidur
Kurang tidur juga boleh menjadi punca rambut lambat panjang. Sebaiknya anda perlu tidur antara 7 ke 8 jam setap hari bagi menjana sel-sel rambut ketika anda tidur ini kerana ketika itu tubuh dan otak anda seTidur yang mencukupi, antara 7 ke 8 jam dalam sehari mampu menjana sel-sel rambut ketika anda tidur kerana ketika itu tubuh dan otak anda sedang berehat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap orang yang mula aktif dalam aktiviti larian pastinya mempunyai sasaran untuk mencapai jarak 10 kilometer.
10 kilometer bukanlah satu jarak yang dekat Malah ia memerlukan latihan yang intensif serta memerlukan tenaga dan stamina yang tinggi untuk melengkapkan larian sejauh itu.
Jadi bagaimana anda boleh latih diri untuk mencapai jarak tersebut dalam masa hanya sebulan atau 30 hari? Perkara paling penting untuk anda realisasikan misi ini ialah dengan membina ketahanan dan kekuatan tanpa melakukan latihan yang berlebihan.
Ia satu tugas bak kata orang “easier said than done”.
Jadi amatlah penting untuk anda mempunyai disiplin yang tinggi tak kiralah sama ada anda seorang pelari beginner, intermediate atau advanced.
Sama ada anda seorang pelari beginner atau veteran, asas utama latihan larian ini ialah mengikuti latihan larian yang meliputi tiga jenis program iaitu:
Long Runs (LR) – larian melebihi 3 kiloneter yang dilakukan untuk membina stamina. Ini merupakan larian pada kelajuan di mana anda boleh bernafas dengan mudah dan selesa.
Easy Runs (ER) – larian di bawah 3 kiloneter bagi melatih diri untuk berlari dalam kondisi selesa dan senang.
Cross Training (CT) & hari rehat – Tempoh di mana anda boleh ambil untuk rehat atau melakukan aktviti lain seperti berbasikal, berenang atau yoga. Ia bergantung kepada diri anda untuk memastikan stamina berada pada paras sama.
Berikut merupakan latihan larian 10 kiloneter untuk pelari beginner.
Jadual Latihan Minggu 1
Hari 1: 30 minit CT atau rehat
Hari 2: 2 km ER
Hari 3: 30 minit CT atau rehat
Hari 4: 2 km ER
Hari 5: Rehat
Hari 6: 3 km LR
Hari 7: 2 km brisk walk atau rehat
Jadual Latihan Minggu 2
Hari 1: 30 minit CT atau rehat
Hari 2: 2.5 km ER
Hari 3: 30 minit CT atau rehat
Hari 4: 2.5 km ER
Hari 5: Rehat
Hari 6: 4 km LR
Hari 7: 2 km brisk walk atau rehat
Jadual Latihan Minggu 3
Hari 1: 30 minit CT atau rehat
Hari 2: 3 km ER
Hari 3: 30 minit CT atau rehat
Hari 4: 3 km ER
Hari 5: Rehat
Hari 6: 5 km LR
Hari 7: 2 km brisk walk atau rehat
Jadual Latihan Minggu 4
Hari 1: 3 km ER
Hari 2: 30 minit CT atau rehat
Hari 3: 3 km ER
Hari 4: Rehat
Hari 5: 2 km ER
Hari 6: Rehat
Hari 7: HARI TERAKHIR!
JOIN LARIAN
Selepas anda sudah dapat capai sasaran tersebut maka bolehlah anda cuba cabar diri untuk masuk pertandinga larian sama ada kompetitif atau fun run.
Dan sepanjang melatih diri untuk mencapai jarak 10km, anda boleh sertai cabaran Virtual Run CABARAN MASKULIN DARE 50km anjuran MASKULIN.
Pelbagai hadiah menarik boleh anda menangi. Dan kalau berjaya selesaikan jarak 50km dalam masa 40 hari anda layak mendapat medal, t-shirt khas dan sijil penyertaan!
Datuk Seri Bung Moktar Radin, figura politik Sabah yang sinonim dengan laungan “Radu Tatap Radu”, meninggal dunia meninggalkan legasi keberanian dan perjuangan rakyat yang akan kekal dikenang.