Sememangnya tidur meniarap akan buat seseorang berasa selesa bahkan dapat membantu orang yang berdengkur tidur dengan lebih senyap namun hakikatnya ia akan mendatangkan beberapa risiko lain.
Sakit Belakang/Masalah Tulang Belakang
Kebanyakan orang yang tidur meniarap berisiko tinggi untuk mendapat sakit belakang dan leher. Menurut pakar, tidur secara meniarap akan meletakkan tekanan yang banyak pada bahagian belakang badan dan tulang belakang. Ini kerana berat badan seseorang tertumpu pada bahagian tengah tubuh. Oleh itu, agak sukar tulang belakang untuk berada pada posisinya dan kemungkinan teralih ketika tidur.
Tekanan pada tulang belakang juga akan melemahkan badan di mana, apabila keadaan tulang belakang terjejas, kesakitan itu akan berkangkit ke bahagaian tubuh yang lain kerana tulang belakang merupakan saluran kepada sambungan saraf-saraf dalam badan seseorang. Antara simptom awalnya adalah seperti kebas-kebas.
Sakit Leher
Tidur dalam keadaan meniarap akan memaksa seseorang untuk memalingkan wajahnya agar boleh bernafas ketika sedang lena. Cara itu sebenarnya akan memberi tekanan kepada urat leher (seolah anda memulas tulang tengkuk) dan dalam masa yang sama menjejaskan struktur tulang belakang.
Pada awalnya mungkin anda tidak akan terasa kesakitannya namun, hari demi hari jika terus dilakukan, ia akan menyebabkan sakit leher yang kritikal. Jaga-jaga supaya tidak diserang Herniated Disk!
Herniated Disk berlaku apabila lapisan kusyen tulang yang memelihara tulang daripada bergesel antara satu sama lain tersepit dan terkeluar daripada landasannya menyebabkan saraf terasa sakit disebabkan penolakan kusyen yang tersepit itu tadi.
Jejaskan Jantung & Kesihatan Otak
Tidur meniarap jejaskan kesihatan jantung dan otak kerana oksigen kurang sampai kepada kedua-dua bahagian organ tersebut. Jadi anda boleh memilih untuk tidur secara mengiring selepas ini.
Kedutan Pada Wajah
Kekerapan tidur pada posisi meniarap ini boleh menyebabkan masalah kedutan pada wajah dan punca wajah cepat melalui proses berkedut. Tidur dengan posisi berbaring boleh mengelakkan kulit wajah bersentuhan atau bertindih terlalu lama di atas bantal.
Jerawat
Sarung bantal atau cadar tilam anda boleh memerangkap minyak dari kulit dan ini menyebabkan masalah jerawat. Sebaiknya, cuci cadar dan sarung bantal setiap minggu sekali. Anda akan rasa lebih selesa dan lebih mudah untuk tidur. Namun jika anda rasa yang ia agak sukar untuk anda mencucinya setiap minggu, elak meletakkan kulit wajah anda bergeseran dengan sarung bantal yang memerangkap banyak bakteria.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI