Siapa yang tidak kenal dengan nama Ryan Bakery yang sinonim dengan video parodi pendek yang mengimbas kembali kenangan indah zaman kanak-kanak pada era 1990-an di laman sosial.
Ryan yang baru dinobatkan sebagai Popular Content Creator Of The Year menerusi anugerah berprestij TikTok Awards Malaysia 2023 mengumumkan bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Pempengaruh TikTok berusia 28 tahun itu memberitahu kepada media tempatan yang isterinya, Elyia Ibrahim kini sedang hamil lima bulan.
SUDAH SEDIA NAMA BAYI
Walaupun masih tidak mengetahui jantinya bayi, Ryan sudah bersedia dengan nama yang indah buat anak sulung yang bakal lahir.
“Jika anak lelaki saya cadang nak letak nama Ryan Ezra dan jika anak perempuan Raysha Ezra, insyaAllah,” kongsinya.
Ads
Memasuki trimester kedua kehamilan, Ryan atau nama penuhnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery turut berkongsi pengalaman melihat isterinya mengalami alahan yang teruk.
Seperti wanita hamil lain, isterinya juga mengidam untuk makan atau minum sesuatu yang luar dari kebiasaan.
Ads
Menurut Ryan, Elyia pernah mengidam untuk minum teh hijau.
“Kampung saya di Temerloh itu jauh ke kawasan dalam. Kalau hendak keluar ke pekan, jauh. Kalau saya mengadu penat, risau dia akan menangis. Saya start kereta pergi beli juga,” ujarnya.
Terdahulu, Ryan dan Elyia mendirikan rumahtangga pada 1 Oktober 2022 selepas lima bulan mengikat tali pertunangan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sudah lama single tetapi tidak tahu bilakah masa sesuai untuk memulakan temu janji pertama. Sibuk dengan urusan kerja serta kuliah menjadikan anda seorang saja yang tidak berteman di kalangan rakan-rakan sekeliling. Apa kata pilih hujung minggu ini untuk bertemu dengan si dia yang telah lama memberi respon ‘Yes’ untuk bertemu.
Pilih lokasi yang selesa dan kondusif untuk memberi ruang perbualan yang menarik. Meskipun menonton wayang sangat popular tetapi ia agak ketinggalan zaman. Apalah sangat mengajak si dia menonton wayang dengan memerhati skrin tanpa sebarang bicara. Ia agak bosan untuk kali pertama dan jika dibandingkan, berbual di kafe berdekatan adalah lebih baik.
Walaupun si dia mahu membayar ‘konon-konon belanja’ kerana anda sudi mengajaknya keluar. Ingat bahawa ia idea anda untuk mengajak teman anda keluar. Buat masa sekarang, elak bayar asing dan belanja si dia dengan ikhlas. Tidak perlu mahal-mahal. Semampunya anda.
Biarpun anda bukanlah seorang fashionable, berpakaian dan berpenampilan biarlah berpada-pada dan kena pada tempat. Anda tidak perlu mengenakan sut atau tali leher seperti siri di dalam televisyen. Memadai anda memakai pakaian yang selesa dan tidak ketinggalan zaman. Pilihan selamat adalah seluar jeans dan baju t yang kemas serta kasut yang bersih.
Tepati janji kerana ia melambangkan sikap anda. Memandangkan ini adalah temu janji pertama kali bersama si dia, jangan tukarkan impian indah menjadi mimpi buruk buat anda berdua. Lebih baik sampai awal daripada membiarkan si dia menanti anda.
Tanyakan soalan yang membina dan bukannya soalan yang menampakkan anda tidak tahu perkembangan semasa. Dengar dan senyum boleh membuatkan anda kelihatan seperti seorang lelaki yang cool.
Wanita gemarkan pujian. Mulakan satu pujian yang tidak melampau untuk memberi rasa keselesaan pada diri masing-masing. Kadang-kadang, pujian memberi idea untuk topik yang anda mahu mulakan. Elak memuji banyak kali setiap kali berborak kerana nanti kedengaran seperti berbaur seksual.
Lupakan hari-hari sebelumnya dan lihat hari-hari mendatang. Cipta hari mendatang dengan lebih menarik untuk menghasilkan perhubungan yang kekal. Jangan jadikan first date anda menjadi the last date buat si dia!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sabah merupakan Negeri Di Bawah Bayu yang sangat terkenal dengan kepelbagaian etnik dan tempat-tempat yang menarik.
Jika anda nak merasa percutian menarik di Sabah, inilah masanya! Mungkin sebelum ini anda biasa pergi tempat yang ramai orang dan biasanya akan melawat pulau-pulau di negeri itu.
Antara lokasi pulau percutian yang sering mendapat perhatian ramai adalah di sekitar kawasan Sipadan, Sibuan, Mataking dan Semporna.
Haa… memang banyak tempat menarik di Sabah tetapi inilah keindahan Pantai Kelambu yang kurang dikenali di Kudat.
Bagi mereka yang ingin berada di tanah besar, pantai Simpang Mengayau adalah tempat yang sesuai untuk pengunjung pantai yang ingin menikmati pantai pasir putih, kejernihan air biru dan pemandangan yang tenang.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Rider Chris telah pun berkongsi tempat menarik tersembunyi di Sabah.
Paling penting, disini juga banyak port yang menarik untuk korang ber’OOTD’. Sudah tentu gambar korang akan menjadi lebih cantik dengan pemandangan semula jadi di persisiran pantai.
Hanya kira-kira 2 kilometer dari pantai ini, korang boleh menjejaki northernmost point di Pulau Borneo dan berada di sempadan terdekat antara Filipina dan Malaysia sambil melihat pemandangan panorama Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Terdapat banyak chalet, kafe, restoran, tandas awam dan tempat ini juga menjadi antara lokasi melihat matahari terbenam yang sangat indah. Penting untuk korang tahu juga, di kawasan ini juga hanya transaksi tunai diterima kerana liputan internet yang terhad. Jadi, bawa wang tunai siap-siap ya.
Cantikkan tempat tersembunyi ini? Sementara lokasi ini masih tidak dikunjungi ramai lagi, eloklah sekiranya korang bertandang ke sini dulu.
Cara paling efektif buat perut anda kembali flat dan cantik.
KUNYAH MAKANAN SEHINGGA BETUL-BETUL HANCUR SEHINGGA 40 KALI KUNYAHAN
Tip ini merupakan salah satu sunnah Nabi Muhammad S.A.W. yang ramai orang terlupa untuk amalkan setiap masa pada hari ini. Sebelum menelan makanan yang ada di dalam mulut, kita hendaklah kunyah makanan tersebut sehingga lumat. Menurut pengamal perubatan atau dari segi biologi ia akan membantu untuk mencerna makanan dengan lebih mudah oleh enzim-enzim.
LAKUKAN SENAMAN BADAN
Cuba lakukan senaman ringan atau jogging pada awal pagi kerana di samping dapat menghirup udara yang segar, kita juga dapat mengeluarkan peluh di badan. Senaman juga penting untuk membina stamina yang mantap pada diri dan juga dapat menghilangkan masalah perut buncit tersebut. Memadai dengan hanya melakukan aktiviti joging sebanyak tiga kali seminggu.
BUAT GERAKAN BADAN LATIH TUBI
Sangat penting bagi anda membuat gerakan seat-up secara baring, pegang pada bahagian kepala dengan kedua-dua belah tangan. Angkat kepala beserta badan serentak dengan kaki (dalam keadaan yang bengkok) sebanyak 8 kali sehari. Lakukan secara berdisiplin setiap hari dan pastikan juga anda menggunakan pelapik belakang yang lembut sebagai pelindungan kepada bahagian belakang badan anda. Cuba tengok hasilnya setelah seminggu. Sudah pasti berhasil untuk hilangkan masalah perut buncit tersebut.
PENGAMBILAN AIR LEMON KOSONG
Pada setiap pagi sebelum menjamah makanan, anda digalakkan untuk mengambil segelas air lemon kosong yang tidak ditambah gula. Hal ini untuk membuang sisa-sisa makanan dan asid yang tertinggal di dalam perut anda. Selain daripada menjadi minuman detox untuk nyah toksin dalam badan, ia juga dapat menghilangkan masalah perut buncit yang dihadapi.
BANYAKKAN MINUM AIR MASAK
Apabila kita mengambil air masak pada kadar yang mencukupi, ia dapat mencairkan sodium (garam) di dalam badan anda sehingga boleh menaikkan kadar air dalam badan yang keluar. Secara logik lebih banyak minum air masak akan membuatkan proses buangan air dari dalam badan lebih mudah.
AMALKAN MINUM TEH HIJAU KOSONG
Kajian antarabangsa juga menunjukkan bahawa teh hijau boleh meningkatkan tahap metabolisme dalam badan seseorang. Teh hijau juga bagus untuk membakar lemak dan kalori di dalam badan dengan lebih mudah. Selain daripada membantu pelancaran penghadaman badan, teh hijau juga dapat stabilkan suhu badan dan gula di dalam darah. Jika amalkan minum teh hijau setiap masa sebelum makan juga dapat memberi kesan mujarab untuk hilangkan masalah perut buncit.
KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM DALAM MAKANAN
Pengambilan garam (sodium) yang berlebihan boleh menyebabkan perut anda buncit. Nak tahu sebab apa? Garam akan menghalang atau melambatkan proses air dari keluar dari badan dan air yang banyak di dalam perut akan menghasilkan gas-gas yang berpotensi untuk membesarkan diameter perut anda. Maka, kurangkan mengambil garam yang berlebihan dalam makanan demi menjaga perut anda itu.
JANGAN KURANG / LEBIH TIDUR
Kurang tidur akan membuatkan kadar metabolisme dalam tubuh akan berkurangan sekali gus menyukarkan proses pembakaran lemak. Manakala jika tidur berlebihan pula akan membuatkan tubuh menjadi pasif dan terbiasa untuk kurang bergerak. Kedua-dua aktiviti ini boleh mengakibatkan lemak berkumpul dengan lebih cepat.
BERHENTI MINUM MINUMAN SODA
Kajian juga mendapati individu yang kerap minum air soda akan menjadi lebih cepat gemuk berbanding mereka yang tidak minum minuman tersebut. Hal ini demikian kerana pemanis tiruan dalam soda boleh menyebabkan perut buncit lebih pantas dan akan mengundang rasa lapar dengan lebih cepat. Oleh itu lebih baik jika minuman ini diganti dengan air kosong atau air lemon kosong sahaja.
BERPUASA SUNAT PADA HARI ISNIN DAN KHAMIS
Ibadah puasa yang dilakukan oleh orang Muslim dan orang non-muslim (mengikut cara ibadah masing-masing) merupakan antara tips terbaik untuk menghilangkan masalah perut buncit lebih berkesan. Menahan lapar dan dahaga dari sebelum subuh sehingga tenggelamnya matahari merupakan diet yang terhebat pada zaman ini bagi kempiskan perut. Di samping itu, kita juga dapat merehatkan perut dan sistem percernaan dari bekerja buat sementara waktu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.