Jakel sekali lagi memperluaskan operasi perniagaannya dengan membuka satu lagi cawangan baru di Bandar Tun Hussein Onn (BTHO). Perasmian pembukaan gedung pakaian terbesar itu diadakan pada 27 Mac dengan tawaran Harga Runtuh sehingga 85 peratus buat pelanggan-pelanggan yang hadir.
Apa yang lebih menarik lagi, kain-kain raya edisi 2018 dibawa masuk mendahului cawangan-cawangan lain ke dalam gedung ini secara eksklusif. Jakel BTHO yang mempunyai keluasan 30,000 kaki persegi ini menempatkan kepelbagaian fabrik di setiap atas mengikut kategori.
Ads
Aras bawah sekali menempatkan koleksi kain washable, kain bermeter baju melayu, koleksi pakaian siap lelaki dan wanita, dan banyak lagi. Di aras 1 pula lebih kepada koleksi kain fabrik sutera korea, fabrik plain, fabrik baju melayu songkit dan banyak lagi. Aras 2 pula menghimpunkan ratusan koleksi kain langsir, cadar penggantin dan cadar harian.
Ads
Bila kami bertanya kepada Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpula Jakel, lokasi BTHO ini dipilih bersesuaian dengan mereka-mereka yang tinggal berhampiran contohnya seperti di Cheras, Kajang, Balakong dan banyak lagi. Walaupun kawasannya tidak begitu meriah, dan padat, namun kawasan ini lebih selesa kerana kawasannya yang lapang dan kawasan parkir yang luas.
Ads
Di samping itu, pelanggan boleh turut menikmati 10,000 pasang kain secara percuma sepanjang tempoh minggu pertama pembukaan gedung. Kepada anda yang masih tidak mempunyai kain untuk Aidilfitri yang bakal menjelang ni, anda boleh Waze Jakel BTHO dan bolehlah dapatkan kain bermutu di gedung Jakel BTHO ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam beberapa tahun kebelakangan jenama Reebok dilihat banyak memberi fokus kepada produk pakaian dan kasut yang lebih kepada aktiviti kecergasan seperti cross fit. Namun kini Reebok dilihat kembali ingin memperkasakan semula segmen gaya hidup.
Terjemahan terbaik untuk merealisasikan idea gaya hidup di kalangan penggemar fesyen sekarang tidak lain tidak bukan menerusi rekaan kasut.
Rata-rata bagi ramai orang bila sebut sahaja tentang kasut dari jenama ini pasti akan terbayang model Reebok Classic yang rekaannya cukup timeless dan evergreen.
Akan tetapi dengan munculnya model terbaru yang mengetegahkan rekaan lebih terkini, relevan dengan gaya semasa serta menawarkan keselesaan maksima, Reebok Zig Kinetica dilihat mambu membuka laluan baharu kepada Reebok untuk menjadi pesaing utama dalam pasaran gaya hidup.
Kempen memperkenalkan Reebok Zig Kinetica mula mencuri perhatian ramai apabila jagoan sukan MMA, Connor McGregor tampil menjadi menggayakan kasut ini menerusi sebuah video promo yang cukup menarik.
Nama ‘Zig’ sebenarnya bukanlah asing bagi Reebok. Pada tahun 2010 mereka memperkenalkan kasut larian diberi nama Reebok Zig.
Menariknya, tapak kasut yang berbentuk ‘zig-zag’ini menampilkan teknologi ZigTech. Pada ketika itu ia diperkenalkan sebagai teknologi untuk memberikan prestasi lebih baik untuk atlet.
Silhouette terbaru yang muncul dalam bentuk Zig Kinetica memperlihatkan reka bentuk yang lebih dinamik. Menurut Reebok, ia diinpirasikan daripada teknologi angkasa lepas dengan sedikit sentuhan futuristik.
Ia memperlihatkan Reebok menggunakan outsole yang lebih lebar – sesuai dengan trend semasa ‘çhunky sneakers’ yang membanjiri pasaran.
Pada bahagian atasnya ia diperbuat daripada material mesh yang tidak memerangkap haba – bermakna kaki pemakainya tidak berasa panas. Mesh yang digunakan juga merupakan jenis breathable.
Tarikan luarannya pastinya terarah kepada rekaan corak embedded yang memenuhi segenap ruang bahagian tepi sama ada sebelah dalam atau luar. Rekaan inovatif ini sekali gus membawa siri Zig Kinetica ini keluar dari gym terus ke jalanan.
Seperti yang MASKULIN nyatakan di atas, Zig Kinetica dilengkapi dengan tapak kasut dengan rekaan berbentuk zigzag. Ia bukanlah sekadar bentuk kerana ia mampu memberi pulangan tenaga kepada pemakai dengan menggunakan tiga sistem diperkenalkan oleh Reebok:
Buat anda yang berminat dengan kasut ini bolehlah kekal true-to-size. Berita baik untuk anda yang memiliki kaki lebar, Zig Kinetica merupakan kasut yang tepat kerana ia mempunyai ruang mencukupi di bahagian hadapan dan tengah.
Berbeza dengan kasut larian yang lebih tirus di bahagian tengah, Zig Kinetica memberikan keselesaan sepanjang hari.
Bagi penulis sendiri yang sudah menggunakan kasut ini buat tiga hari berturut-turut, tidak salah untuk mengatakan bahawa Zig Kinetica merupakan antara kasut paling selesa pernah dipakai.
Cuma jika dibandingkan dengan kasut lain sepertinya ia sedikit berat namun tidaklah rasa membebankan. Bagi pengguna kasual yang mencari keselsaan untuk hari yang panjang, Zig Kinetica merupakan jawapan yang tepat.
Reebok Zig Kinetica kini boleh didapati di pasaran tempatan menerusi butik Reebok, Royal Sporting dan Stadium terpilih di seluruh negara pada harga RM459 bermula hari ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jangan la sibuk nak melancong ke luar negara kalau dalam negara sendiri pun kau tak habis pusing kan. Memandangkan kos hidup yang semakin mencekik, pasti bab melancong dan bercuti akan terbantut juga. Jangan risau ini Maskulin kongsikan 10 tempat menarik dan unik di Malaysia yang boleh korang pilih.
Mungkin ramai yang sejak lahir sampailah hari ini membesar dan hidup di dalam ibu kota penuh sibuk tak pernah henti. Apakata cuba bercuti di Sekeping Serendah ini. Bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan! Sambil mendengar bunyi unggas dan serangga hutan, sungguh mendamaikan. Bila malam tidur pun dalam kelambu. Wow, romantik! Hehe!
Web: sekeping.com/serendah/
Facebook: facebook.com/sekepingretreats
Sebut sahaja Negeri Sembilan, apa yang ada dalam fikiran sesiapa sahaja tentang tempat bercuti di sana tentulah Port Dickson dan Ulu Bendul sahaja. Namun tak ramai tahu di Seremban mempunyai sebuah tempat yang sangat menarik untuk bercuti di namakan The Shorea ini. Terdapat beberapa jenis villa penginapan yang boleh dipilih.
Web: theshorea.com
Facebook: facebook.com/TheShorea
Untuk yang inginkan suasana kampung yang moden, dilengkapi dengan kolam renang? Datanglah ke Limastiga. Hanya 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur sahaja. Di sini, hanya pengunjung beragama Islam sahaja dibenarkan untuk menginap. Ini bagi menjaga kesucian tempat ini daripada haiwan dan minuman terlarang. Syabas!
Web: limastiga.blogspot.com
Facebook: facebook.com/Limastiga
Selain The Shorea yang terletak di Seremban, orang Selatan Malaysia juga mungkin boleh mencuba untuk bercuti di The Dusun yang terletak di Mantin. Apapun OhMedia merasakan tidak sesuai pengunjung beragama Islam untuk bermalam di sini memandangkan pemilik The Dusun bukan beragama Islam dan ada membela seekor Anjing di resort ini. Anda boleh lihat Anjing tersebut yang bernama “MAYA” di Facebook mereka.
Web: thedusun.com.my
Facebook: facebook.com/thedusun
Untuk yang suka bercuti lebih ‘adventure’ lagi di dalam hutan, Tanah Aina bukanlah satu tempat yang asing lagi. Bermalam di dalam khemah yang disediakan menjadikan percutian ala-ala adventure ini bersesuaian kepada sesiapa sahaja biarpun bukan kaki camping. Tanah Aina merupakan satu resort eco-tourism di Pahang yang menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain. Selain Tanah Aina Farouq di Raub, Tanah Aina juga ada di 3 lokasi lain iaitu Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong, Tanah Aina Farhana di Desaru, Johor dan juga Tanah Aina Fareena di Lentang, Karak, Pahang. Setiap Tanah Aina adalah unik dan akan membuatkan percutian kita sesuatu pengalaman yang akan diingati sampai bila-bila.
Web: tanah-aina.com
Facebook: facebook.com/tanahaina
Ingin merasai percutian ala-ala di kampung Melayu zaman dahulu-kala di tepi Selat Melaka? Desa Balqis adalah tempat yang mesti ada dalam senarai percuti anda. Terletak di Kuala Linggi, Melaka, ini menjadi lokasi paling bersesuaian untuk mereka yang dah lama teringin nak menginap di rumah-rumah Kampung dan lari seketika dari hiruk-pikuk kota.
Web: desabalqis.com
Facebook: facebook.com/DesaBalqis
Di sini, pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah sekeliling Hutan Simpan Kanching. Hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, tak syak lagi ini antara tempat menarik untuk lari seketika dari kesibukan hidup untuk seketika.
Web: tprr.net
Facebook: facebook.com/tprr1
Ini merupakan resort 5 Bintang untuk yang inginkan percutian agak mewah tapi masih kekal dengan suasana yang sangat merehatkan otak. Terletak di Air Keroh, Melaka, di sini merupakan satu lagi lokasi percutian yang menarik dan patut dicuba sesiapa sahaja.
Web: phileahotel.com.my
Facebook: facebook.com/philea.resort.melaka
Siapa yang gemarkan suasana percutian unik lebih-lebih lagi yang tempat unik untuk memenuhkan geleri di Facebook dan Instagram peribadi, The Carpedia mungkin satu tempat percutian yang boleh anda pilih. Sekali imbas sahaja dah nampak keunikan tempat ni dengan senibina yang sangat rare di negara ini yang mana selalunya hanya boleh dijumpai di Brighton Beach, Melbourne. Walaupun binaannya nampak kecil, tapi di dalamnya boleh memuatkan sehingga 6 orang!
Web: thecarpedia.com.my
Facebook: facebook.com/thecarpedia
Sekali lihat bukan di Malaysia, tapi siapa sangka ianya berlokasi di Banting, Selangor. Mungkin ramai yang tak tahu kewujudan tempat ini sebelum ini sehinggalah ianya menjadi viral baru-baru ni.
Apapun pengalaman bercuti di sini walaupun tidak jauh dari Kuala Lumpur pastinya memjadi pengalaman menarik buat sesiapa sahaja.
Sumber : Oh media
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anak saudara Datuk Hattan, Mikael Hatta merupakan salah seorang pelajar pelajar Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya yang meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Keputusan 9A yang diraih Mikael menjadikan sekolahnya yang khusus pelajar lelaki itu sebagai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik bagi pencapaian SPM 2023, sekaligus membanggakan Hattan sebagai bapa saudara.
Menerusi hantaran klip video di laman Instagram, Hattan kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika mengucapkan tahniah kepada anak arwah adiknya itu serta semua rakan seperjuangan yang dikenali dengan nama Warriors1923.
“Mula-mula sekali tahniah kepada Warriors1923 Alam Shah, mereka nombor satu dalam Malaysia.
“Ini anak arwah adik saya Mohd Hatta Shahbuddin. Alhamdulillah dia score dan membanggakan kami sekeluarga,” ujar Hattan.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana reaksi Allahyarham Hatta jika dia masih hidup menyaksikan kejayaan anak lelakinya itu hari ini, demikian luahan Hatttan yang langsung memeluk Mikael di dalam video tersebut.
Video tersebut dirakamkan ketika Hattan turut serta menghadiri hari pengumunan keputusan SPM di sekolah tersebut yang berlangsung pada Isnin di Dewan Putra Perdana SAS.
Untuk rekod, Mikael merupakan salah seorang dari 81 pelajar yang meraih keputusan semua A sekolah tersebut.
Dengan 14 pelajar lagi yang meraih semua A+, SAS mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 1.07 sekaligus menempatkannya di kedudukan pertama dalam ranking SPB terbaik tidak rasmi, sebuah sejarah baharu bagi sekolah itu.
Sebagai makluman, kumpulan pelajar tingkatan lima SAS yang menduduki SPM pada tahun lalu dikenali dengan nama kumpulan Warriors1923.
Angka 1923 pada nama itu diambil sempena tahun pertama pengajian mereka sebagai pelajar tingkatan satu iaitu 2019, dan tahun akhir pengajian mereka sebagai pelajar tingkatan lima iaitu 2023.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.