Bicycle photo created by freepik - www.freepik.com

Trend berbasikal kini bukan lagi rahsia bagi penggemar aktiviti kecergasan dan juga riadah. Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan, aktiviti berbasikal menyaksikan peningkatan populariti yang sangat ketara.

Lihat sahaja apabila tibanya hujung minggu. Pasti kita akan dapat melihat kelibat pengayuh basikal berada di mana-mana di atas jalan seluruh negara. Dan kini kita dapat lihat bermacam jenis basikal menjadi pilihan dan di antara yang paling mendapat tempat di hati peminatnya ialah basikal lipat atau folding bike.

Basikal lipat kini menjadi alternatif yang cukup praktikal terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Selain sangat selesa digunakan ia juga mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja dengan fungsi lipat dibawanya. Hendak dimuatkan di dalam kereta pun sangat mudah. Malah rata-rata basikal lipat juga ringat dan tidaklah terlalu berat.

Bicycle photo created by freepik – www.freepik.com

Buat anda yang mungkin ingin berjinak-jinak dengan basikal lipat ada beberapa perkara perlu anda ketahui. Kali ini MASKULIN ingin kongsikan kelebihan dan kelemahan penggunaan basikal lipat.

KELEBIHAN

SAIZ KECIL & SENANG DISIMPAN – Pertama sekali kelebihannya semestinya pada saiznya yang kecil. Selain boleh dilipat kebanyakannya boleh disimpan di dalam beg khas lalu menyenangkan untuk ia dibawa ke mana saja.

Basikal lipat sangat sesuai bagi anda yang ingin melakukan perjalanan singkat melalui jalan-jalan bandar dan memerlukannya untuk pergi ke tempat kerja mereka atau memuat naiknya ke pengangkutan awam. Dan di rumah ia boleh disimpan di mana-aman sudut kecil dan tidak memakan ruang yang besar.

IKLAN
Bicycle photo created by freepik – www.freepik.com

KENDERAAN MOBIL – Disebabkan saiz yang kecil dan boleh dilipa, basikal jenis ini boleh menjadi teman setia buat anda tinggal di bandar besar. Melakukan perjalanan singkat kurang 10 kilometer bukan menjadi masalah besar buat anda.

Begitu juga untuk ke tempat kerja yang berhampiran dengan tempat tinggal. Ia juga boleh menjimatkan wang anda berbanding menggunakan kereta. Parking pun tak perlu bayar. Hanya kayuh, lipat dan simpan!

LEBIH PRAKTIKAL – Basikal lipat juga jauh lebih mudah dikendalikan daripada basikal konvensional yang lain kerana ia mempunyai berat badan yang lebih ringan dari segi roda dan bingkai. Usah risau tentang kerusi atau tongkat kerana ia boleh diselaraskan tanpa sebarang masalah menyesuaikannya dengan tahap yang diperlukan.

IKLAN
Bicycle photo created by freepik – www.freepik.com

KELEMAHAN

KETAHANAN – Antara faktor yang sering menjadi kerisauan ramai ialah struktur yang terlalu mungkin sedikit lemah. Disebabkan ia mempunyai mempunyai berat yang lebih ringan, maka ada sesetengah jenis basikal lipat menawarkan ketahanan lebih rendah berbanding jenis basikal yang lain.

Namun begitu, perkembangan teknologi terkini menyaksikan basikal lipat telah banyak berubah dan menggunakan material yang lebih tahan lasak dan kukuh di pasaran.

MUATAN RENDAH – Salah satu perkara lagi yang mungkin menjadi kelemhan buat sesetengah orang ialah memampuan untuk membawa muatan lebih banyak.

IKLAN

Sebenarnya ini bukanlah satu masalah pun kerana fungsi basikal lipat bukanlah untuk membawa muatan banyak. Disebabkan itulah kebanyakan basikal lipat tidak menyokong beban berat yang banyak kerana roda dan struktur itu sendiri sangat rapuh.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat anda. Selamat berkayuh!