Apabila sudah terbiasa melakukan larian, kita tidak akan dapat lari daripada merasai keterujaan. Setiap hari pasti akan rasa tidak sabar untuk berlari dan mencatatkan masa lebih baik dari sebelumnya. Namun tahukah anda ada banyak jenis kesalahan larian?

Itulah yang boleh dikatakan anda sebenarnya sudah mula menjadikan larian sebagai rutin harian yang harus dilakukan. Namun ramai orang melakukan kesilapan akibat terlalu teruja hingga boleh menyebabkan kecederaan yang teruk.

Pengalaman dalam melakukan larian merupakan aspek penting untuk membuatkan larian anda konsisten dan baik. Akan tetapi bagi yang masih baru mungkin keterujaan itu melebihi segala.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa kesalahan utama yang dilakukan oleh pelari hingga mereka rasa mudah penat atau berdepan kecederaan.

1. BERLARI TERLALU BANYAK

Pertama sekali usahlah terlalu obses ingin mencapai sasaran jarak yang kadangkala tak masuk akal. Berlari merupakan aktiviti berimpak tinggi dan boleh menyebabkan badan menjadi penat dan kejang otot.

Tidak salah untuk berlari dalam jarak yang jauh cuma perlu dilakukan dalam jadual yang sesuai dengan ketahanan diri. Jarakkan larian jarak jauh diselang-selikan dengan larian revovery. Bina ketahanan diri sedikit demi sedikit agar badan anda lebih bersedia untuk berdepan cabaran larian jarak jauh.

IKLAN

Jenis Kesalahan Dalam Larian Boleh Buat Anda ‘Pancit’ Cepat

2. OBSES DENGAN PACE

Bila sudah lama aktif berlari setiap orang pasti ingin meningkatkan kualiti larian. Dan ia tidak lain tidak bukan dengan memperbaiki kadar pace larian dengan lebih baik.

Penggunaan peranti GPS dan jam pintar kini membuatkan semakin ramai yang obses dengan pace. Apatah lagi bila dikongsi ke laman media sosial. Kelajuan itu akan datang secara semula jadi dan tidak perlu dipaksa hingga boleh datangkan kecederaan.

IKLAN

3. BERLATIH TERLALU KERAS

Sehari selepas melakukan ,larian jarak jauh anda perlu masa untuk recover. Lakukan larian recovery pada jarak sederhana atau singkat bagi memberikan masa badan untuk pulih. Semakin jauh jarak larian semakin lama jugalah tempoh recovery.

Ingat, jangan paksa diri untuk melakukan larian jarak jauh dalam selang masa yang dekat.

4. KEKEJANGAN OTOT DEMI LARIAN

Pencapaian hebat tidak akan dapat dalam sekelip mata. Memaksa diri untuk mencapai sasaran tak realistik hanya merugikan anda sahaja. Sebagai contoh jika anda seorang beginner dan ingin menyertai maraton dengan berlatih dalam masa 6 minggu sahaja, ia hanya mengundang masalah.

IKLAN

Persedian yang baik perlu dilakukan tanpa memaksa diri dan bagi mengelakkan berlakunya kekejangan otot dan kecederaan serius. Jika anda beginner berikan tempoh selama beberapa bulan sebelum menyahut cabaran menyertai maraton.

Jenis Kesalahan Dalam Larian Boleh Buat Anda ‘Pancit’ Cepat

5. SERTAI PROGRAM SALAH

Seperti MASKULIN katakan setiap orang mempunyai kemampuan fizikal tersendiri. Tidak salah untuk menyertai mana-mana program larian atau latihan asalkan ia tidak membebankan fizikal anda.

Usah terlalu terikut-ikut dengan trend larian berkumpulan yang mungkin tidak sesuai dengan anda. Hasilkan rutin larian yang selesa dan tidak membebankan. Dapatkan nasihat daripada sesonal runner yang mempunyai pengalaman.

Dapatkan kasut larian berkualiti dan pada harga hebat di sini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI